Saturday, September 26, 2009

MUNAFIK12

11 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Tetapi Mereka Berwalikan Kepada Musuh-Musuh Allah.

Allah menyuruh orang-orang beriman supaya menghayati al-Qur’aan dengan memahami bahasa arab, ini kerana tanpa memahami bahasa arab kita tidak akan mendapat gambaran sebenar apa yang dikehendaki ataupun apa yang dimaksudkan oleh Allah dalam setiap ayat-ayatNya.

Untuk memahami maksud yang sebenar tentang larangan Allah kepada orang-orang yang beriman dari mengambil musuh-musuh Allah sebagai wali, maka perkataan wali perlu diteliti mengikut maksud dan penggunaannya dalam bahasa arab.

Dalam kamus al-Muhit disebutkan bahawa perkataan wali digunakan dengan beberapa bentuk iaitu:
1 – al-Walyu bererti: dekat.
2 – al-Maula digunakan dengan beberapa pengertian iaitu: yang menguasai(al-malik bererti tuan), yang dikuasai(al-abdu bererti hamba), kawan karib(al-qarib), jiran tetangga(al-jaar), rakan kongsi(as-syarik), tetamu(an-nazil), pemimpin(al-wali), Tuhan (ar-rabb), pemberi ni’mat bantuan kesenangan(al-mun’im), penolong(an-nasir), yang diberi ni’mat dan kesenangan(al-mun’im alaihi), yang dicintai dan disayangi(al-muhib), yang diikuti (at-tabi’).

Melalui analisa terhadap penggunaan perkataan “wali” dengan bentuk-bentuknya serta pengertian-pengertiannya dapat kita simpulkan bahawa pengertian wali (wala’) adalah mencakupi perngertian dekat, persahabatan, saling tolong-menolong, setiakawan, saling cinta kasih dan saling mengikut dan menerima pandangan dan nasihat.

Berpandukan kesimpulan tersebut, maka seseorang yang mengaku beriman sekali-kali tidak dibenarkan mengambil musuh-musuh Allah (tidak kira samada ianya musuh Allah yang nyata atau musuh Allah jenis munafik) dan memberikan kesetiaan kepadanya. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah aali Imran ayat 28:
                              
28. “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali”.


Firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 51:
       •             •      
51. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu . Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim”.

1 – Allah melarang orang-orang beriman mengambil orang-orang yahudi dan nasrani sebagai wali.
2 – Sesiapa yang mengambil mereka sebagai wali maka dia disisi Allah dia dikira sebagai sebahagian dari orang-orang yahudi dan nasrani.
3 – Allah berjanji bahawa orang-orang yang mengambil yahudi dan nasrani sebagai wali tidak akan mendapat hidayat dari Allah, kerana mereka ini orang-orang zalim.
4 – Orang-orang yang melanggar perintah Allah dalam ayat diatas adakah layak untuk kita melantik mereka menjadi pemimpin kita? Jikalau kita melantik mereka menjadi pemimpin maka kemanakah mereka akan memimpin kita?bagaimanakah pula hubungan kita dengan Allah?



Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 57:
                   •     
57. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.

Firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 80-81:
                         •           
80. “Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).
81. Sekirany mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadaNya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang kafir sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik”.

Firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 1:
      •    •                          •            •   
1. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul”.


Firman Allah dalam surah al-Mumtahanah ayat 13:
     •              
13. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada dalam kubur”.

Para ulama’ menyebut beberapa bentuk wala’(pengambilan orang kafir atau munafik sebagai teman penasihat atau pengurus lebih-lebih lagi sebagai pemimpin) yang dilarang oleh Allah Ta’ala, diantaranya:
1 – Mengikut pandangan hidup dan aliran pemikiran mereka, samada dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Tertarik dengan pegangan dan tindakan mereka yang jelas-jelas menentang peraturan-peraturan Allah. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 18:
      •        •        •         
18. “Kemudian Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad) berada di atas satu syariat (peraturan dan perundangan yang cukup lengkap) dari urusan(hukum-hukum ugama)itu, maka turutlah syariat itu(amalkannya dalam hidupmu), dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu(permintaan dari diri) orang-orang yang tidak mengetahui (bodoh)”.
19. “Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi Penolong dan Pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa”.

2 – Menaruh simpati kepada mereka sehingga tidak segan-silu bergaul dan berkawan dengan mereka, memberikan sokongan dan dokongan terhadap kezaliman mereka, saling kunjung-mengunjungi, mengangkat mereka menjadi pemimpin dan pegawai untuk menangani dan menyelesaikan urusan ummat Islam dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Qalam ayat 8-16:
   
8. “Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah)”.

    
9. “Mereka suka kalaulah engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu)”.

  •  • 
10. “Dan janganlah engkau menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi hina.
- Bersumpah atau bercakap baik tetapi hina dan jahat dalam perbuatan dan pendapatnya iaitu mengikut percakapan mereka kita faham mereka inginkan Islam tetapi apabila diteliti pada perbuatan dan pendapatnya kita dapati mereka membenci Islam dan mengagungkan orang-orang kafir-Pen.

 •  
11. “Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai)”.
- Mencaci yang dimurkai Allah yang dimaksudkan disini ialah mencaci orang yang benar juga suka menyebarkan fitnah untuk memecahbelahkan masyarakat agar kebenaran tidak dapat ditegakkan. Bukan sebagaimana orang-orang kafir menuduh Nabi Muhammad mencaci mereka apabila Nabi Muhammad menceritakan kebenaran, bukan juga sebagaimana orang kafir menuduh Nabi Muhammad suka memecahbelahkan masyarakat. Ini kerana menceritakan yang hak dan benar dan mengajak manusia kepada kebenaran tidak boleh dikatakan suka mencaci dan menyebarkan fitnah. Sila semak tuduhan-tuduhan orang kafir terhadap nabi Muhammad dalam kitab-kitab sirah Nabawiyyah, juga sila rujuk surah al-Bayyinah dan sila lihat dalam kamus arab melayu makna salah satu nama al-Qur’an iaitu al-furqan-Pen

••    
12. “Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, yang melanggar hukum-hukum agama, lagi yang amat berdosa”.

    
13. “Yang jahat kejam, yang selain itu tidak tentu pula bapanya”.
Orang-orang yahudi dan nasrani menganggap zina bukanlah suatu perkara yang haram, oleh
Itu, ramai dari kalangan kaum isteri mereka melakukan perbuatan sumbang tanpa pengetahuan suaminya dan dari perbuatan itu ada yang menghasilkan anak. Dan ada juga anak dara dari kalangan mereka melakukan seks luar nikah jikalau mengandung baru mereka kahwin, persoalannya: adakah anak yang dikandung itu benar-benar anak kepada lelaki yang dikahwininya itu atau anak kepada lelaki lain?.
Mereka inilah yang kita sanjung, yang kita ikuti sehingga kita sanggup meninggalkan ajaran Allah.
     
14. “Kalaupun dia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya”.
- Wahai ummat Islam! Sedarlah ! Kamu memilih untuk mengikuti orang kafir dan munafik adakah atas dasar dia banyak harta dan berpengaruh?bukan kerana Allah?

      • 
15. “Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan kami, ia berkata: " (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala".
- Apabila dibaca ayat-ayat Allah kamu dapati mereka tidak menyukainya dan mereka akan beralasan dengan berbagai-bagai alasan untuk menolaknya-pen

   
16. “(Orang yang bersifat demikian) - Kami akan adakan tanda di atas hidungnya.
- Wahai ummat Islam! Tidakkah kamu berasa gerun untuk berkawan dan menjadi teman rapat mereka? Apatah lagi untuk melantik mereka menjadi pemimpinmu?-pen

Firman Allah dalam surah Hud ayat 112-113:
             
112. “Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang bertaubat dan kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas (melanggar)hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan”.


      •           
113. “Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang Penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan”.

Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 28-29:
                           •     
28. “Dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi (dan mengikuti)orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati (dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran), disebabkan mereka menurut hawa nafsunya(tuntutan diri mereka yang bertentangan dengan kehendak Allah), dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.

               •                 
29. “Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang gejolaknya meliputi mereka dan jika mereka meminta minuman kerana dahaga, mereka diberi minum air yang seperti besi tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat istirehat(tempat kembali)”.

3 – Menyerupai perbuatan mereka yang zahir. Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan bererti dia termasuk golongan itu.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr, dia berkata: Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w pernah melihat saya memakai dua helai baju celupan berwarna kuning emas, lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya pakaian ini termasuk pakaian-pakain orang-orang kafir, maka janganlah kamu memakainya”.
Berkata Abdullah bin Amr: Sesiapa yang membangun bangunan atas tanah orang-orang musyrik, kemudian mengadakan upacara tahun baru dan festival buat mereka dengan menyerupai gaya mereka hingga dia mati, maka Allah akan mengumpulkan dia bersama mereka besok di hari kiamat” .

Perlu diketahui bahawa orang kafir terbahagi kepada dua golongan iaitu:
1 – Kafir yang menentang dan memerangi Islam dengan berbagai cara.
2 – Kafir yang merendahkan diri kepada Islam dan rela berdamai dan berada di bawah pemerintahan Islam.

Hukum wala’ terhadap kafir yang menentang dan memusuhi Islam.

Dalam buku Majmu’ah at-Tauhid bahagian Xll disebutkan mengenai bilakah seseorang diperbolehkan menyetujui perbuatan orang-orang kafir, musyrik dan mentaati mereka(iaitu orang kafir yang memusuhi dan menentang Islam). Mengenai perkara ini ada tiga perkara:
1 – Jika seseorang menyetujui dan merestui perbuatan mereka(orang-orang kafir yang memusuhi dan menentang Islam), secara zahir dan secara sembunyi, bererti dia menjadi orang kafir yang telah keluar dari agama Islam. Hal ini dinyatakan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 104-109:
•            
104. “Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada mereka, dan mereka pula beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”.

            
105. “Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang berdusta”.

             •           
106. “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar”.

             
107. “Yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat, dan sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kepada kaum yang kafir”.

            
108. “Mereka itulah orang-orang yang telah di cop (dipaterikan)oleh Allah Taala hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka; dan merekalah orang-orang yang lalai(lupa kepada hari akhirat)”.

       
109. “Tidak syak lagi, bahawa mereka ialah orang-orang yang rugi pada hari akhirat kelak”.

2 – Jika seseorang menyetujui sikap dan perilaku mereka yang batin sahaja (dalam hati dia terima perbuatan dan sikap orang kafir)sementara itu secara zahirnya dia tidak setuju terhadap sikap mereka maka dalam hal ini dia tetap dikategorikan sebagai kafir. Tetapi jika dia tetap konsisten (tekun) mengamalkan ajaran Islam secara zahir maka harta dan darahnya tetap terpelihara biarpun dia munafik.
3 – Jika seseorang menyetujui sikap mereka secara zahir (luaran), dan dia tidak setuju terhadap sikap mereka secara batin (dalam hati dia tidak setuju perbuatan dan perangai orang kafir) mungkin kerana dia dipaksa supaya taat kepad orang kafir dan diancam bunuh jika tidak mentaati mereka, dalam hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 106:
             •           
106. “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kekufuran maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar”.

TETAPI, JIKALAU DIA MELAKUKAN PERBUATAN YANG DEMIKIAN ITU KERANA TAKUT ATAU MENINGINKAN SESUATU DARI MEREKA, MAKA BERDASARKAN AYAT INI DIA TELAH MURTAD. KERANA DIA TERMASUK ORANG-ORANG YANG LEBIH MEMENTINGKAN KEHIDUPAN DUNIA DARIPADA KEHIDUPAN AKHIRAT .
(Maka penulis suka untuk bertanya: Maka tidak terasa gerunkah dalam hati mereka yang menderhaka kepada Allah dengan tidak mahu berjuang menegakkan hukum Allah - kerana takut kepada orang kafir, sedangkan orang kafir ini tidak pernah mengugut untuk membunuhnya?- ataupun kerana alasan untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara?)

Hukum wala’ terhadap kafir yang tidak menentang dan tidak memusuhi Islam.

firman Allah dalam surah al-Maa’idah ayat 5:
 •                                             
5. “Pada hari ini dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik-baik dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. dan sesiapa yang ingkar (tidak menerima undang-undang Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”.

Rasulullah s.a.w sendiri pernah menerima makanan yang berupa daging kambing yang diletakkan padanya racun. Rasulullah s.a.w juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang-orang yahudi Khaibar dalam hal pengelolaan tanah. Ketika Nabi s.a.w wafat, baju besi milik Baginda masih tergadai pada seorang yahudi. Nabi s.a.w pernah menerima hadiah dari seorang pendeta dan sebagainya.

Dapat disimpulkan bahawa wala’ yang dilarang adalah wala’ kepada orang kafir yang memusuhi dan memarangi Islam, iaitu ummat Islam dilarang memberi bantuan dan sokongan juga dokongan kepada musuh Islam yang memerangi ummat Islam. Ummat Islam juga dilarang bergaul dengan orang kafir yang membenci dan memerangi Islam dan ummat Islam dilarang turut serta membenci ummat Islam bahkan ummat Islam dilarang merasa benci apabila melihat orang Islam mendapat kemenangan dan kebahagiaan. Ummat Islam juga dilarang bersuka ria jika kaum muslimin mendapat musibah dan malapetaka.

Sikap dan Perangai Orang-orang Munafik dari Sudut Wala’(Kesetiaan dan sebagainya)

Munafik Dari Kalangan Pemimpin

1 – Apabila bertemu dengan orang-orang Islam mereka akan memihak dan bergabung dengan mereka, tetapi apabila mereka bertemu dengan orang kafir mereka akan memihak kepada mereka dan berpalng dari kaum muslimin. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 14yang bermaksud: “Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang beriman mereka berkata: Kami beriman tetapi apabila mereka kembali kepada syitan mereka, mereka mengatakan sesungguhnya kami (bergurau atau mengejek-iaitu menipu ummat Islam)”.

2 – Hati mereka banyak menyimpan kebencian terhadap ummat Islam(iaitu ummat Islam yang mengikut cara hidup Rasulullah s.a.w, para sahabat, syuhada’, para wali Allah dan para ulama’ akhirat). mereka sentiasa menunggu-nunggu agar malapetaka segera menimpa orang-orang beriman. Mereka sangat gembira bila menyaksikan kaum muslimin tertimpa musibah atau tewas dalam peperangan. Mereka terus menerus merasa sakit hati bila melihat kaum muslimin memperoleh kurniaan dan kemenangan dari Allah. Keadaan mereka ini diceritakan oleh Allah dalam surah at-Taubah ayat 90:
               •  
50. “Jika Engkau (Wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka) kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika engkau ditimpa sesuatu bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telahpun mengambil keputusan (tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling (meninggalkanmu) sambil mereka bergembira”.

3 – Orang – orang munafik sama sekali tidak ada kesetiaan untuk membela agama. Segala tindakan mereka dilandasi oleh keinginan memperolehi kekayaan dan keselamatan dunia sahaja. Perkara ini dijelaskan pada firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 141:
            •                          
141. “(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah Kami turut berjuang bersama-sama kamu? (oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)". dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah Kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman”.

4 – Orang-orang munafik dengan bangga menyatakan mereka ingin mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Allah dan tanpa malu-malu mereka mengemukakan alasan mereka berbuat demikian. Keadaan ini diterangkan dalam firman Allah dalam surah al-Maaidah ayat52

    •                         
52. “Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (kepada orang kafir dari kaum yahudi dan nasrani), sambil berkata: "Kami takut nanti kami akan ditimpa bencana pada suatu hari nanti(yang memaksa kami meminta pertolongan mereka, jadi sebelum berlaku demikian baik kami adakan hubungan terlebih dahulu dengan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan munafik itu); maka mereka nanti akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya”.

5 – Hati mereka penuh dengan niat busuk dan jahat. Kerana itu, ketika mereka membangunkan masjid, maka masjid yang dibangunkan itu dijadikan tempat untuk membinasakan ummat Islam.
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 107:
                        •  
107. “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina Masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (Mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu mulai disedari oleh kebanyakan orang Islam), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta(penipu)”.

6 – Mereka sentiasa bersama orang-orang kafir dalam memerangi ummat Islam.
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 11
                           •  
11. “Tidakkah engkau melihat dan merasa hairan (Wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir dari kalangan ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu kami akan keluar bersama-sama kamu, dan kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu kami akan membela kamu!" padahal Allah mengetahui dan menyaksikan bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.

7 – Mereka amat benci kepada wahyu (al-Qur’an dan Hadis) khususnya ayat al-Qur’an dan Hadis yang mewajibkan agar undang-undang Allah ditegakkan.
Firman Allah dalam surah al-Haj ayat 72
                         •        
72. “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika demikian, Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! "

8 – Mereka suka memutar belitkan Ayat-ayat Allah dan Sunnah RasulNya. Mereka suka membantah terhadap ayat-ayat Allah dan Sunnah RasulNya dengan alasan demi kemajuan ummat Islam.

Firman Allah dalam surah Ghafir ayat 50 yang bermaksud: “Dan tidaklah membantah terhadap ayat-ayat Allah kecuali orang-orang kafir. Maka janganlah kamu terpedaya oleh orang-orang kafir. Maka janganlah kamu terpedaya oleh kelicikan usaha mereka di dalam negeri”.

9 – Mereka hanya menerima wahyu yang berkaitan dengan hukum peribadi(ahwal syakhsyiyyah) seperti perkahwinan, talak, rujuk dan sebagainya. Itupun tidak kesemuanya, bahkan mereka senantiasa berusaha untuk merubahnya.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 85:
                                                     
85. “Kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab (Taurat) dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”.


10 – Mereka lebih suka mengikuti peraturan-peraturan orang-orang yahudi dan nasrani dengan mengikuti sejengkal demi sejengkal sahingga pada perkara yang tidak munasabah.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk kelubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: apakah yahudi dan nasrani yang engkau maksudkan? Nabi s.a.w menjawab: siapa lagi kalau bukan mereka”.
Akibat dari mengikuti jejak langkah yahudi dan nasrani.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya: Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu? Rasulullah s.a.w menjawab: “1) Terlalu banyak berseronok 2) Terlalu banyak kemewahan 3) Menghimpun harta sebanyak mungkin 4) Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia 5) Saling memarahi 6) Hasud menghasud sehingga jadi zalim menzalimi.
HR. Al-Hakim
Allah sumpah manusia yang mengikut jejak langkah yahudi dan nasrani menjadi kera dan babi.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari r.a bahawasanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “sesungguhnya ada sebahagian daripada ummatku yang akan meminum khamr (benda yang memabukkan) dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah Subhanahu Wata’ala akan menenggelamkan mereka kedalam bumi (dengan gempa) dan Allah akan merubah mereka menjadi kera atau babi”.
HR. Ibnu Majah
Beberapa akibat dari sumpahan Allah tersebut.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada al-Qur’an itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong dari hidayah. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada dibawah golongan (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali”.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ass r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah s.w.t menghilangkan ilmu itu dengan mematikan Alim Ulama’, maka apabila sudah ditiadakan Alim Ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain”.
HR. Muslim
11 – Mereka amat terkejut dan menolak dengan keras ketika disebutkan untuk mengamalkan peraturan-peraturan Allah.
Firman Allah dalam surah as-Syuura ayat 13:
                                          
13. “Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama yang Dia tetapkan hukumNya - apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah Agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan padanya". Berat bagi orang-orang musyrik apa yang engkau ajak mereka kepadanya. Allah memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima AgamaNya, dan memberi hidayah petunjuk kepada Agamanya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya ”.

Sikap Munafik Dari Kalangan Pengikut dan Penyokong

1 – Suka membodek pemimpin mereka. Mereka melakukan sedemikian agar mereka diterima menjadi pendamping kepada pemimpin tersebut.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat138-139:
  •    
138. “Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

          • • •   
139. “(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah”.

Para pemimpin yang mereka bodek memberikan kepada anak buahnya kesenangan dan kekayaan kemudian mereka akan dipergunakan oleh pemimpin tersebut untuk kepentingan dirinya.

Firman Allah dalam surah ayat 54:
        
54. “(dengan yang demikian), dia(Firaun)memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya. Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik”.

Mereka ini lupa kepada pesanan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Kamu akan dapati manusia yang paling jahat, iaitu orang yang mempunyai dua muka, dia datang kepada mereka dengan muka ini dan datang kepada mereka yang lain dengan muka yang lain pula”.
(H.R Bukhari dan Muslim)
Mereka juga lupa kepada apa yang diriwayatkan dari Muhammad bin Zaid, sesungguhnya orang menceritakan kepada Abdullah Ibnu Umar r.a: “Sesungguhnya ketika kami masuk ke rumah para pemimpin, kami mengatakan sesuatu yang berbeza dengan apa yang kami ucapkan sebenarnya ketika kami keluar dari sisinya”. Lalu Ibnu Umar berkata: “Kami menganggap perbuatan yang demikian itu pada masa Rasulullah s.a.w sebagai nifak”. (H.R Bukhari)

Mereka yang mengangkat orang-orang yang zalim sebagai pemimpin dan mereka segera mematuhi keinginan pemimimpin mereka ini lupa kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya ada beberapa orang di antara ummatku mereka ini bakal memperdalam pengetahuan agama dan membaca al-Qur’an , tetapi mereka berkata: Kami akan mendatangi para penguasa itu sehingga kami memperolehi sesuatu kekayaan, pangkat, jabatan dan seumpamanya dari mereka, dan kami akan menjauhi mereka lantara agama kami. Padahal yang demikian tidak bakal terjadi. Tak ubahnya seperti orang yang memetik pohon yang berduri dia tidak mendapat apa-apa selain hanya durinya. Demikian pula tidaklah mereka berusaha membodek para penguasa itu melainkan hanya memperoleh kesalahan-kesalahan belaka” .


2 – Mereka memilih orang jahil dan zalim menjadi pemimpin mereka kerana mengharapkan maslahah(kepentingan diri).

Mereka ini lupa kepada sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya yang berbunyi: “Pada hari kiamat nanti ada tiga golongan yang tidak diajak bercakap(tidak dilayan) oleh Allah dan tidak pula disucikan- salah satu dia antaranya ialah orang membaiat seorang pemimpin semata-mata didorong oleh keduniaan, jika keinginan dirinya dipenuhi, ia menepati baiatnya, tetapi jika keinginan nafsunya(dirinya)tidak dipenuhi maka dia tidak mahu menepati baiatnya” .

Hadis ini adalah penerang kepada firman Allah dalam surah aal-Imran ayat 77:
•                           
77. “Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
Mereka lupa bahawa Allah adalah Tuhan yang wajib ditaati segala titah perintahnya yang terkandung dalam al-Qur’an dan sunnah RasulNya. Dimana dalam al-Qur’an dan Sunnah RasulNya telah dijelaskan tentang perlantikan pemimpin, iaitu hendaklah berdasarkan kehendak Allah dan RasulNya bukan berdasarkan kehendak nafsu-pen

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 174:
•                   •           
174. “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

Mereka ini membuang jauh-jauh ajaran Allah dalam al-Qur’an dan Sunnah RasulNya, mereka ini lupa bahawa segala perbuatan hendaklah mengikut kehendak Allah sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an dan sunnah. Oleh kerana mereka bertuhankan hawa nafsu maka mereka melantik pemimpin mengikut nafsu mereka. Maka tunggulah apa yang dijanjikan oleh Allah seperti dalam hadis dan dalam dua ayat diatas-pen.


Allah Ta’ala mewajibkan orang-orang beriman untuk melantik orang beriman sebagai pemimpin dan mereka diwajibkan memberikan kesetiaan, kepatuhan hanya kepada orang beriman sahaja.

Firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 55:
          •   
55. “Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)”.
Dalam ayat ini Allah Ta’ala menggunakan perkataan “INNAMA” bermaksud “hanyalah mereka ini sahaja yang dibolehkan menjadi pemimpin kepada ummat Islam”.

Allah Ta’ala amat menyanyangi orang yang berilmu, oleh itu Allah Ta’ala berfirman dalam surah az-Zumar ayat 9:
•                          
9. "(Engkaukah yang lebih baik wahai orang kafir dan orang jahil) atau orang yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”.
Dari ayat ini dapat kita simpulkan beberapa kesimpulan antaranya:
1 – Tidak sama disisi Allah antara orang jahil dan orang alim. Allah mengasihi orang alim berbanding orang jahil.
2 – Tanda-tanda orang alim itu ialah:
a) Jelas kepada kita bahawa dia amat taat mengerjakan ibadat di waktu malam
b) Jelas kepada kita dia amat takut dan gerun kepada pertemuannya dengan Tuhannya di akhirat nanti sebab itu dia bertegas dan berhati-hati dalam hidupnya takut dimurkai Allah.
c) Jelas kepada kita bahawa dia benar-benar mengharapkan kasihan belas dari Tuhannya kerana dia yakin bahawa hanyalah keredhaan Allah sahaja dapat menyelamatkan dirinya.
3 – Allah mengajukan soalan: “Adakah sama orang yang mengetahui(alim) dengan orang yang tidak mengetahui? bertujuan menyuruh kita menggunakan akal fikiran untuk membezakan antara orang yang alim dan orang yang jahil ini kerana untuk menilai akal kita samada ianya sempurna atau tidak.
4 – Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa orang yang rosak akalnya sahaja yang tidak dapat membezakan antara orang alim dan orang jahil, dan tidak memahami bahawa Allah amat mengasihi orang alim berbanding orang jahil.
5 – Adakah sihat akal mereka yang memilih orang jahil lagi zalim sebagai pemimpin dan meninggalkan ulama’? sedangkan Nabi sendiri bersabda bahawa ulama’ adalah pewarisnya.

Allah Ta’ala berfirman dalam surah at-Taubah ayat 71:
              •         •    
71. “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.


12 - Mereka (Orang Munafik)Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Tetapi Mereka Tidak Mahu Berjihad Untuk Menegakkan Agama Allah.

Perkataan “Jihad” berasal dari perkataan arab yang bermaksud bersungguh-sungguh sehabis kemampuan samada dalam bentuk ilmu pengetahuan, kekuatan diri, harta, nyawa dan sebagainya demi untuk mencapai cita-cita. Jihad dalam menegakkan agama Allah ialah bersungguh-sungguh sehabis kemampuan yang ada samada dalam bentuk ilmu pengetahuan, kekuatan diri, harta, nyawa dan sebagainya demi untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.
Jihad untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini tidak bermaksud kita mengajak masyarakat untuk terus berperang dan membunuh orang kafir, bahkan jihad perlu mengikuti cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Perjuangan Rasulullah s.a.w ialah dengan menyampaikan ajaran yang terkandung dalam al-Qur’an untuk diamalkan dalam kehidupan. Rasulullah s.a.w menyampaikan ajaran yang terkandung dalam al-Qur’an dengan jelas tanpa selindung atau menyembunyikannya. Hasilnya masyarakat pada masa itu mulai berpecah belah, ada yang lari meninggalkan agama nenek moyang mereka untuk mengikuti Rasulullah s.a.w dan ada pula yang masih berkeras untuk tetap berpegang kepada ajaran yang merupakan warisan dari nenek moyang mereka. Ajaran Rasulullah s.a.w yang mengakibatkan perpecahan masyarakat ini adalah ajaran al-Qur’an yang sebenar, oleh itu, al-Qur’an dinamakan “al-Furqan” yang bermaksud pemisah atau pemecah diantara yang hak dan yang batil. Perkara ini dijelaskan dalam surah al-Bayyinah seperti berikut:
            
1. “Orang-orang yang kafir dari ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak berpisah (iaitu mereka masing-masing mengikuti ajaran agama mereka) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata(iaitu Rasul yang membawa al-Qur’an)”.

      
2. (Bukti yang nyata itu) Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci(al-Qur’an)”.
   
3. “(Al-Qur’an tersebut) terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang amat bernilai(kebenaran)”.
           
4. “Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata”.
            •     
5. “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah (menghambakan diri kepada)Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah ugama yang benar”.
•         •        
6. “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. mereka itulah sejahat-jahat makhluk”.
         
7. “Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk”.
   •                    
8. “Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya”.


Rasulullah adalah seorang yang disayangi dan disanjung oleh masyarakat yang mengenalinya sehingga Baginda digelar “al-Amin” yang bermaksud seorang yang benar-benar jujur dan Baginda pula berasal dari keluarga bangsawan yang baik dan disegani. Tetapi, setelah Baginda menerima wahyu dari Allah dan Baginda mula menyampaikan wahyu Allah, masyarakat mulai berpecah belah, ada yang mengikuti ajaran Baginda dan tidak kurang pula yang menentang. Mereka yang menentang Baginda ini pada hakikatnya tidak membenci Rasulullah s.a.w ini dibuktikan dengan tawaran-tawaran mereka untuk merawat Baginda kerana mereka menyangka Baginda disihir atau dirasuk dan sebagainya. Mereka ini tidak dapat menerima hakikat wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Baginda. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya dalam surah al-An’am ayat 33 yang berbunyi:
       •        
33. “Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).

Baginda terus menyampaikan wahyu Allah kepada masyarakat. Wahyu Allah ini mengandungi kata-kata yang menyakitkan hati mereka yang kafir. Mereka yang mengamalkan ajaran warisan nenek moyang mereka dikatakan sesat, salah, bahkan mereka juga dituduh sebagai orang bodoh bukan setakat itu sahaja, malahan nenek moyang mereka yang alim yang menjadi ikutan dan sanjungan juga dihina, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 170:
                       
170. “Dan apabila dikatakan kepada mereka" Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya". Patutkah (Mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu (Apa pun tentang perkara-perkara ugama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?

Mereka yang mengamalkan ajaran agama warisan dari nenek moyang mereka ini dikatakan kafir dan akan disiksa dalam neraka. Perkara ini jelas disebut dalam wahyu yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w antaranya dalam surah al-Bayyinah ayat 6:
•         •        
6. “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. mereka itulah sejahat-jahat makhluk”.

Bahkan lebih dari itu, mereka dituduh oleh Muhammad sebagai binatang dan lebih sesat dari binatang sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 179:
  •                               
179. “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Bukan setakat itu, bahkan mereka dihina lebih teruk lagi iaitu mereka dikatakan seperti kera dan babi. Perkara ini disebut dalam firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 65:
            
65. “Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 165:

   •        
166. “Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 60:
                        •     
60. “Katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. mereka Inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".


Mereka juga diumpamakan sebagai anjing, sebagaimana dalam firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 175 - 176:
             
175. “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami, kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat”.
    •    •                         
176. “Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.

Kata-kata sebeginilah yang dilaungkan oleh pengikut-pengikut Muhammad, kata-kata sebeginilah yang disampaikan dari mulut-kemulut, kata-kata sebeginilah yang dibisikkan dari telinga-ketelinga. Kata-kata sebeginilah yang dibaca dalam sembahyang-sembahyang mereka, kata-kata sebeginilah yang dialunkan dalam perayaan-perayaan mereka.

Hati mana yang tidak remuk, hati mana yang tidak marah, hati mana yang tidak berdendam, diri mana yang tidak terhina dengan penghinaan sebegini. Maka dendam terus membara sehigga memaksa mereka yang dituduh oleh Muhammad dan pengikutnya, melakukan tindakan-tindakan ganas dari bentuk penyiksaan kepada bentuk pembunuhan. Memerangi Muhammad dan pengikutnya yang memburukkan dan menuduh dengan tuduhan berat kepada mereka yang tidak mengikuti ajarannya adalah satu kewajipan. Mereka terus mengatur strategi untuk membunuh Muhammad tetapi Muhammad berjaya melarikan diri ke Madinah. Mereka tidak berputus asa, mereka merancang untuk memerangi Muhammad dan pengikutnya, maka berlakulah beberapa siri peperangan. Akhirnya Muhammad dan pengikutnya berjaya, berjaya menundukkan Makkah, berjaya menyebarkan kata-kata tuduhan yang berat ini kepada pelusuk dunia. Setelah Muhammad meninggal, tugasan memburuk-burukkan orang yang tidak mengikuti ajaran Muhammad ini disambung oleh pengikut-pengikutnya.
Penentang Muhammad tidak berdiam diri, mereka tetap merancang dan terus merancang. Berbagai kempen diadakan demi untuk meraih sokongan dan dokongan. Mereka tidak mampu menyerang Islam dari luar secara peperangan terbuka maka mereka merancang untuk menyerangnya dari dalam. Perancangan mereka ini disambut oleh golongan munafik. Banyak dari aliran-aliran fahaman Islam yang membantu mereka untuk menyerang ummat Islam dari dalam, mereka memesongkan ajaran Muhammad, mereka berusaha untuk melenyapkan ayat-ayat al-Qur’an yang memburuk-burukan mereka, mereka berusaha menyekat penyebaran Islam kerana dengan tersebarnya Islam maka tersebarlah tuduhan-tuduhan buruk kepada mereka. Oleh itu, jihad disekat dengan berbagai cara. Antara aliran agama yang membantu penentang Muhammad ini ialah aliran Ahmadiyah al-Qadyani. Sebagaimana yang dimuat dalam buku yang berjudul Kumpulan Propaganda Ghulam Ahmad edisi 4 halaman 49 sebagai berikut: “Kini tinggalkan pemikiran tentang jihad, sebab peperangan yang didorong kerana membela agama telah diharamkan. Sementara al-Imam(pemimpin) dan al-Masih telah datang ke muka bumi serta nur(cahaya) Allah telah turun dari langit. Semuanya mengatakan jihad tidak diwajibkan lagi pada ummat Islam. Bahkan, orang yang berjihad di jalan Allah sebenarnya musuh Allah”.

Sebagaimana disebut diatas, apabila kita menyampaikan ajaran al-Qur’an dan sunnah dengan cara yang dikehendaki oleh Allah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabatnya maka kita akan ditentang oleh orang yang membenci ayat-ayat Allah. Penentangan mereka ini akan membawa kepada pencabulan hak-hak manusia dan melampaui batas kemanusiaan. Jikalau kezaliman berterusan maka demi untuk menyekat kejahatan mereka ini maka kita tidak dapat lari dari memerangi mereka. Inilah yang dinamakan “Al-Qital” dalam bahasa arab yang bermaksud peperangan. Peperangan yang disebut al-Qital dalam bahasa arab adalah kemuncak dari jihad(iaitu berjuang menegakkan agama Allah) oleh itu, berperang melawan orang yang memerangi Islam dipanggil jihad.

Jihad hukumnya wajib bagi ummat Islam demi untuk menegakkan kebenaran dan menjaga kehormatan ummat Islam. Jihad juga merupakan cara untuk membasmi segala kebatilan yang telah merosakkan perhambaan manusia kepada Allah.

Allah Ta’ala mengibaratkan jihad (iaitu perjuangan menyebarkan ajaran al-Qur’an dan Sunnah untuk diamalkan dalam kehidupan dan membenteras habis-habisan ajaran dan amalan yang bercanggah dengan ajaran al-Qur’an dan Sunnah) sebagai perniagaan yang menguntungkan, perkara ini disebut pada firmannya dalam surah as-Shaf ayat 10-11:
           
10. “Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

                
11. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.

Apabila jihad - iaitu perjuangan menyebarkan ajaran al-Qur’an dan Sunnah untuk diamalkan dalam kehidupan dan membenteras habis-habisan ajaran dan amalan yang bercanggah dengan al-Qur’aan dan Sunnah - dilaksanakan, pasti disana ada penentang. Apa yang perlu kita sedar dan insaf bahawa penentang kepada ajaran al-Qur’an dan Sunnah ini sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, mereka ini boleh bersikap seperti binatang bahkan lebih dahsyat lagi. Mereka boleh bersifat seperti kera dan beruk, mereka boleh bersifat seperti anjing dan babi sepertimana yang telah dijelaskan dalam ayat-ayat diatas. Mereka ini boleh bertindak diluar batas kemanusiaan. Apabila perkara sebegini berlaku maka ummat Islam dibenarkan membela agama mereka, dibenarkan mempertahankan diri dan maruah mereka, oleh itu, dibenarkan memerangi dan berperang dengan mereka jikalau mereka tidak mahu berhenti dari sifat kebinatangan mereka.

Berperang dijalan Allah ini merupakan perniagaan yang sangat mengntungkan. Hasilnya adalah syorga. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 111:
 •         •                                 
111. “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar”.

Kemenangan dalam peperangan bukanlah satu-satunya objektif yang dikehendaki oleh Allah, ini kerana menang atau kalah berada ditangan Allah. Dia berkuasa memberi kemenangan kepada sesiapapun dan dia juga berkuasa memberi kekalahan kepada sesiapapun. Peperangan merupakan anugerah Allah kepada hambanya iaitu anugerah kemenangan di dunia atau kemenangan di akhirat dengan mendapat darjah mati syahid. Peperangan juga adalah ujian untuk membezakan antara orang munafik dan orang yang benar-benar beriman. Dalam medan peperang inilah akan terbukti kelelakian (kebenaran)mereka yang melafazkan Iman dimulutnya. Dan medan peperangan ini juga akan meyingkap kebaculan mereka yang melafazkan Iman dimulut tetapi hati tidak beriman kepada Allah tetang martabat serta anugerah Allah kepada panglimanya yang gugur dimedan perjuangan. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 1-3:
 
1. Alif, Laam, Miim.

 ••     •    
2. “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”

 •           
3. “Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.

Jika ada seruan jihad dikumandangkan, maka orang-orang yang beriman akan segera menyahut panggilan jihad tersebut. Mereka tidak berkeberatan mengorbankan harta benda dan jiwa raga demi menyahut seruan Allah ini. Mereka melakukan perkara ini kerana dorongan kepercayaan yang jitu terhadap janji Allah kepada panglimanya yang gugur dalam perjuangan. Bagi mereka yang tidak berharta pula, mereka datang menghadap pemimpin mereka untuk meminta bantuan demi untuk memperjuangkan agamanya, namun pemimpin mereka hanya mampu berkata kami tidak mempunyai apa-apa untuk membantu kamu dalam menegakkan agama. Perkara ini dijelaskan dalam al-Qur’an surah at-Taubah ayat 92:
              •         
92. “Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah)”.

Setelah ummat Islam mendapat segala kelengkapan untuk berperang dan mereka bergerak untuk menemui musuh, maka orang-orang munafik mula menghembur-hemburkan berita-berita dan propaganda bohong dan menakut-nakutkan demi untuk melemahkan seterusnya memecah-belahkan pejuang-pejuang Islam. Antara berita bohong yang biasa disebarkan seperti kelebihan kekuatan musuh, banyak bilangannya, kesempurnaan dan kecanggihan senjata, taktik dan strategi mereka, berpaling tadah sebahagian besar kumpulan-kumpulan tertentu dan sebagainya. Mereka yang benar-benar beriman tidak dipengaruhi oleh munafik-munafik ini, mereka tetap maju dengan gagah dan penuh kepercayaan kepada Allah untuk memenggal kepala-kepala mereka yang biadab dengan Allah. Keadaan sebegini digambarkan oleh Allah pada firmannya dalam surah aali Imran ayat 173:
   •• • ••            
173. “mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)".

Apabila ada diantara mereka yang mati syahid, bagi mereka yang masih hidup tidak terasa takut dan gerun bahkan mereka bertambah yakin dan merasa sedih kerana Allah belum memilih mereka. Mereka terus berusaha dan berdoa agar mereka gugur sebagai pahlawan Allah. mereka ini tidak sabar-sabar untuk berkumpul bersama teman-teman mereka dalam syorga Allah. perhatikanlah firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 23:
          •    •      
23. “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (Apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”.

Mereka tetap memenuhi seruan jihad sekalipun kesihatan mereka tidak mengizinkan, walaupun mereka luka parah, ini kerana apa yang mereka mahukan ialah syahid, gugur sebagai seorang pahlawan Allah. Mereka ini dipuji oleh Allah dan diabadikan sebutannya dalam al-Qur’an. Firman Allah dalam surah aali Imran ayat 172:
             •   
172. “Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar”.
Inilah jalan yang dilalui oleh orang beriman, jalan inilah yang kita minta agar Allah tunjukkan kepada kita, agar kita dapat mengikutinya. Sebanyak 17 kali sehari semalam kita merayu kepada Allah dalam sembahyang, kita merayu dan memohon kepada Allah “Tunjukkilah kepada kami jalan yang benar iaitu jalan para Nabi, Siddiqin, Syuhada’, Orang-orang soleh dan wali-wali Alah. Apa gunanya jika kita hanya meminta tetapi tidak mahu mengikutinya? Ingatlah firman Allah “Celakalah bagi orang yang bersembahyang”. Ini kerana mereka bermohon kepada Allah dan mereka berjanji untuk mengikuti jalan yang diredhai Allah tetapi apabila keluar dari sembahyang mereka menyalahi janji mereka. Mereka tinggalkan al-Qur’an dan al-Hadis, mereka ikut orang kafir. Mereka jahil tentang kandungan al-Qur’an dan al-Hadis, yang mana terkandung di dalamnya pendapat dan kehendak Allah, tetapi mereka ini amat alim segala pendapat dan kehendak musuh Allah.



KEADAAN ORANG-ORANG MUNAFIK TERHADAP JIHAD

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 20:
                   •           
20. “Dan (kerana gemarkan pahala berjuang menegakkan Islam) orang-orang yang beriman berkata: "Alangkah baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang)?" maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang tegas keterangannya dan tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang jihad (menentang pencerobohan musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan yang demikian, maka kecelakaanlah bagi mereka”.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 19:
                                       
19. “Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (Wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (Wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan hapuskan pahala amalan mereka. dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya”.

Mereka lebih suka tinggal dirumah bersama isteri dan anak-anak juga bersama kaum lelaki yang lemah dan sakit dari mengikuti mereka yang berjuang. Perkara ini dijelaskan oleh Allah pada firmannya dalam surah at-Taubah ayat 87:
           
87. “Mereka suka tinggal bersama-sama orang-orang yang ditinggalkan (kerana uzur), dan (dengan sebab itu) hati mereka dimeteraikan atasnya, sehingga mereka tidak dapat memahami sesuatu”.

Mereka tidak suka untuk menyertai perjuangan, berbagai alasan mereka gunakan demi untuk mengelak diri mereka dari menyertai perjuangan. Sikap mereka ini diceritakan oleh Allah dalam surah al-Fath ayat 11:
             •                           
11. “Orang-orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (Wahai Muhammad): "Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami". mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (Wahai Muhammad: "Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka Adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha mendalam pengetahuannya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan ia akan membalasnya)”.

Mereka juga memujuk orang-orang mukmin yang berjuang, dengan tujuan untuk mengendurkan semangat perjuangan mereka, keadaan ini dijelaskan oleh Allah dalam surah at-Taubah ayat 81:
                      •       
81. “Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Api neraka jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami”.

Apabila mereka telah kehabisan modal untuk membuat alasan maka lahirlah dari mereka alasan-alasan bodoh, antaranya, salah seorang dari kalangan munafik ini tanpa malu berkata kepada Nabi s.a.w ketika dia hendak keluar berperang dalam peperangan Tabuk: “Sesungguhnya saya suka terhadap wanita-wanita dan saya takut jangan-jangan saya nanti ternoda oleh gadis-gadis Bani al-Asfar, untuk itu, izinkanlah saya untuk tidak menyertai peperangan(perjuangan) dan jangalah engkau jadikan aku terjerumus ke lembah bencana. Keadaan ini dijelaskan oleh Allah dalam surah at-Taubah ayat 49:
 •             •   
49. “Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: "Izinkanlah Aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). dan Sesungguhnya azab jahannam meliputi orang-orang yang kafir”.

Jika dikatakan kepada mereka: “Sekiranya kamu tidak mempunyai agama yang sewajibnya kamu mempertahankan(kalau tidak mahu memperjuangkan agama pun), maka pertahankanlah kehormatan dan negeri atau negara kamu dari tergadai”. Tetapi mereka berterus-terang mengaku bahawa mereka tidak berdaya(tewas kepada nafsu yang menuntut kemewahan, kekayaan dan kemajuan). Oleh itu, mereka tidak mampu menyertai perjuangan orang-orang yang beriman. Keadaan ini diterangkan oleh Allah pada firmannay dalam surah aali-Imran ayat 167:
                  •           •         
167. “Dan juga supaya orang-orang munafik itu dikenali (supaya kemunafikan mereka itu terbongkar dengan jelasnya)maka mereka diajak untuk berjuang di jalan Allah: "Marilah berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), atau pertahankanlah (diri, keluarga dan harta benda kamu)". mereka menjawab(iaitu orang-orang munafik yang kekeringan idea untuk berdalih, maka dia terpaksa berdalih dengan dalih sebegini): "Kalaulah kami faham ada peperangan (dengan sebenar-benarnya), tentulah kami mengikut kamu (turut berperang)". mereka ketika (mengeluarkan perkataan) itu lebih dekat kepada kufur dari dekatnya kepada Iman. Mereka selalu menyebut dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan”.

Tetapi mereka ini apabila berada dibelakang orang-orang yang kuat Imannya mereka berkata kepada sesama mereka atau kepada ummat Islam yang lemah dengan kata-kata sebagaimana yang disebutkan pada firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 49:
      •             
49. “(ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak iaitu tidak percaya kepada al-Qur’aan dan as-Sunnah) dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang musuh yang lebih besar bilangannya- iaitu seolah-olah anjing salak bukit-pen)". dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Mereka sentiasa kempen orang-orang beriman agar Iman mereka mengendur dan hilang dari dada mereka. Firman Allah dalam surah aali-Imran ayat 168-170:
                 
168. “Merekalah juga yang mengatakan tentang hal saudara-saudaranya (yang telah terbunuh di medan perang Uhud), sedang mereka sendiri tidak turut berperang: "Kalaulah mereka taatkan Kami (turut menarik diri) tentulah mereka tidak terbunuh". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika demikian, hindarkanlah maut dari diri kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Maka Allah Ta’ala melawan kempen mereka ini, dengan kempen dan janji kebahagiaan di akhirat nanti. Perkara ini dijelaskan pada firmannya dalam surah aali-Imran ayat 169-170:
 •             
169. “Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”.

                   
170. “(dan juga) mereka (yang telah mati Syahid) bersukacita dengan kurniaan Allah (sebagai balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan disampaikan kepada mereka berita gembira dan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati) , (Iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Jikalau mereka terpaksa menyertai pejuang-pejuang Islam maka mereka suka berlengah-lengah dalam melaksanakan tugasan perjuangan. Perkara ini dijelaskan pada firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 72-74:
•   •            •  
72. “Dan sesungguhnya ada di antara kamu: orang-orang yang sengaja memberat-beratkan dirinya (juga mempengaruhi orang lain supaya semangat perjuangan luntur). Kemudian kalau kamu ditimpa kemalangan (kekalahan,tercedera atau terbunuh) ia berkata: "Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmat kepadaku, kerana Aku tidak turut berperang (berjuang)bersama-sama mereka".

           •     •  
73. “Dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: "Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?"

                     •  
74. “Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar”.

Mereka ini jikalau terdesak mereka sanggup meninggalkan ajaran Islam(murtad). Perkara ini dijelaskan pada firman Allah dalam surah ayat 14:
              
14. “Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak (oleh musuh supaya) berpaling tadah (kepada mereka dan menyertai mereka untuk)menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja”.

Jikalau mereka turut berjuang maka mereka ini akan merosakkan barisan pejuang-pejuang Islam. Perkara ini dijelaskan pada firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 47:
   •               
47. “Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan, dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan orang-orang yang zalim”.

Jikalau mereka ada peluang untuk melarikan diri dari perjuangan, maka mereka melakukannya. Perkara ini dijelaskan oleh Allah pada firmannya dalam surah ayat 122:
             
122. “(ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut(mereka ingin menarik diri mereka dari perjuangan), padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang-orang yang beriman itu bertawakal”.

Apabila selesai peperangan maka merekalah yang beriya-iya merancang untuk merebut jawatan-jawatan dan kekayaan. Mereka akan mengadakan kempen-kempen dan berbagai helah dan hujjah (penipuan) kepada ummat Islam agar mereka yang benar-benar berjasa kepada Islam disingkirkan. Dengan ini, pangkat, kekayaan boleh mereka bolot. Perkara ini dijelaskan pada firman Allah dalam surah ayat 7-8:
                     
7. “Merekalah yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang yang munafik itu tidak memahami (hakikat yang sebenarnya)”.

           •       
8. “Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.

13 - Mereka (Orang Munafik)Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Tetapi Mereka Menyuruh Kemungkaran dan Mencegah Kema’rufan.


Menyuruh perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran adalah merupakan kewajipan setiap orang yang beriman. Perkara ini dijelaskan pada firman Allah dalam surah aali-Imran ayat 110:
  •  ••                     
110. “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”.

Firman Allah dalam surah aal-Imran ayat 104:
  •             
104. “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”.

Allah menerangkan bahawa hanya orang beriman sahaja yang menjalankan kerja menyuruh perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran . Perkara ini dijelaskan pada firmannya dalam surah at-Taubah ayat 71:
              •         •    
71. “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.

Akibat dari tidak menjalankan amar makruf dan nahi mungkar.

Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 25:
•   •           
25. “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya”.

Firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 78-79:

                •  
78. “Orang-orang kafir yahudi dari bani israil telah dilaknat (di dalam kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh”.

           
79. “Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan”.

                    
80. “Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka)”.

Punca atau sebab Allah laknat kaum yahudi sebagaimana disebut dalam ayat diatas:
1 – Mereka menderhaka kepada Allah dan Rasul. Mereka juga sering melanggar batas-batas ketetapan Allah(undang-undang Allah).
2 – Mereka tidak melarang kemungkaran yang dilakukan oleh kaum mereka.
3 – Mereka menjadikan orang kafir musyrik (yang memusuhi Allah dan RasulNya) sebagai teman rapat mereka.
    •           
81. “Sekirany mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadaNya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik”.
Allah menghukumkan tidak beriman kepada mereka yang mengambil orang-orang kafir musuh Allah sebagai teman rapat.

Akibat kepada mereka yang dilaknat oleh Allah ialah sebagaimana disebut pada firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 60:
                        •     
60. “Katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? ialah orang-orang Yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka Inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".

Abu Ali an-Nadawi dalam kitabnya yang bertajuk “Empat Puluh Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman” memuatkan sebuah hadis yang bertajuk: “BANGSA ARAB SUDAH HAMPIR BINASA”. Bunyi hadis tersebut seperti berikut:
Daripada Ummulmu’minin Zainab binti Jahsyi isteri Rasulullah s.a.w, beliau berkata: (pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk kedalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La Ilaha Illa Allah, celaka (binasa) bagi bangsa arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding ya’juj dan ma’juj seperti ini, baginda menemukan hujung ibu jari dan hujung jari telunjuk yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab) bertanya: Wahai Rasulullah! Adakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang-orang yang soleh? Lalu Nabi s.a.w bersabda: ya, jikalau kejahatan terlalu banyak.
Keterangan
Hadis diatas menerangkan bahawa apabila disuatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada ditempat itu, tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing dihari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.
Oleh itu, segala macam kemunkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak tejadi malapetaka yang bukan sahaja menimpa orang – orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada ditempat itu.
Dalam hadis diatas , walaupun khusus disebutkan bangsa arab, tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada didunia ini. Tujuan disebutkan bangsa arab secara khusus adalah kerana Nabi s.a.w sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan arab dan sedikit sekali dari bangsa lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju mundurnya ummat Islam adalah banyak bergantung kepada maju mundurnya bangsa arab itu sendiri. Selain itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa arab.
Ya’juj dan ma’juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam a.s) yang dahulunya banyak membuat kerosakan dimuka bumi. Lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zulqarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tiba hari kiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari kiamat sudah dekat sekali tibanya.
Hadis ini juga dengan jelas menunjukkan bahawa orang soleh yang hanya mampu menjaga dirinya sahaja dan tidak bangkit untuk menegakkan amar makruf dan nahi mungkar akan mengakibatkan kebinasaan kepada sesebuah Negara atau negeri. Oleh itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bangkit untuk mengikut jejak langkah Rasulullah saw, iaitu dengan menjadi pemimpin dan berusaha sedaya upaya untuk menegakkan undang-undang Allah. Ini kerana dengan menegakkan undang-undang Allah sahaja maka Negara atau negeri tidak akan dimusnahkan dengan bala Allah –Pen.

Sikap orang-orang munafik terhadap amar makruf dan nahi mungkar.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 67:
                      
67. “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik”.

Sikap orang-orang munafik ini telah dijelaskan dari awal lagi oleh Allah S.W.T iaitu diawal surah al-Baqarah ayat 8-16:
 ••   •       
8. dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

          
9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

             
10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

           
11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
       
12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

      ••              
13. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

     •           
14. dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

       
15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

           
16. mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

Dalam buku al-Munafiqun (Humul ‘Aduwwu Fahzarhum Qatalahumullah karangan) karangan Hamdi Ahmad Ibrahim : “Maksud mereka menyuruh kemungkaran” dalam ayat diatas ialah mereka memberikan keizinan untuk menjual minuman keras, membuka kedai-kedai minuman keras, membolehkan lelaki dan perempuan bercampur ditempat-tempat tertutup dan tempat terbuka. Mereka memasyarakatkan pentas-pentas, tarian-tarian, adengan lucah dan separuh lucah melalui media. Mereka bergegas membangunkan tempat-tempat pelacuran, sebab menurut undang-undang mereka, perbuatan zina yang didasari oleh suka sama suka merupakan kebebasan individu. Anak-anak mereka ketagih untuk bermain dengan khayalan. Diantara mereka tidak suka jika perbuatan-perbuatan batil ini ditegah. Mereka mendorong anak-anak gadis kelembah kehinaan.
“Mereka mencegah perbuatan makruf” bermaksud hati mereka tidak senang melihat wanita-wanita yang beriman menutup aurat dan bertudung sesuai dengan apa yang diperintah oleh Allah. Mereka juga terasa was-was dan gerun jikalau ada dikalangan ummat Islam yang berkumpul di Masjid-Masjid untuk mengkaji dan mempelajari kitabullah (al-Qur’an). Kaum Muslimin yang sering mengunjungi majlis ilmu selalu menjadi bahan perhatian mereka dan dituduh dengan berbagai tuduhan. Jika kaum muslimin mengajak mereka untuk menegakkan hokum Allah maka jiwa mereka sesak dan kaum Muslimin tersebut dituduh memecahbelah masyarakat dan menggugat keamanan Negara.
Memang semenjak dahulu lagi kaum munafik ini suka memperolok-olokkan kaum muslimin kerana ketaatan mereka terhadap ajaran Allah, perkara ini disebut didalam al-Quran antaranya dalam surah at-Taubah ayat 79:
                     
79. orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela, dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, - Allah akan membalas ejek-ejekan mereka, dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Jika ada orang munafik yang membangunkan masjid dan membaiki masjid-masjid yang rosak, mengadakan penghijauan hutan-hutan yang gondol, bekerja untuk memajukan Negara, mendirikan sekolah-sekolah dan mengasuh anak-anak yatim, maka semua yang dilakukan oleh mereka adalah sia-sia belaka, tidak ada manfaatnya sama sekali. Ini berdasarkan firman Allah:

14 - Mereka (Orang Munafik)Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Tetapi Mereka Bertujuan Mencari Kekayaan Bukan Kerdhaan Allah.

Bagi orang-orang yang hatinya dipenuhi cahaya keimanan, segala perbuatannya pasti didasari keimanan dan keikhlasan. Tanda yang jelas dari keimanan dan keikhlasan ini ialah rela berkorban demi Allah untuk memartabatkan agama Allah di muka bumi ini. Cirri-ciri mereka ini diterangkan dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Hasyr ayat 8:
                   
8. (pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (ugama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).

Mereka selalu memperbanyakkan perbuatan yang berbentuk ketaatan kepada Allah. Mereka berbuat demikian bukan untuk menjadi buah mulut orang ramai atau untuk mendapat pujian, tetapi mereka mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Sifat mereka ini dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran ayat 9 surah al-Insan:
         • 
9. (sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih,

    •   
10. "Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut".

Hayatilah kisah ini:
2 – Pada suatu waktu, al-Hasan dan al-Husain r.a jatuh sakit, maka Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar as-Shiddiq dan Umar al-Khattab datang menjenguk. Berkatalah Umar al-Khattab kepada Ali r.a: “Kalau engkau bernazar untuk dua orang putera engkau ini, Allah akan memulihkan kesihatan mereka, Insyas’ Allah...”. “Baiklah, aku akan berpuasa tiga hari sebagai syukur kepada Allah”,jawab Imam Ali. “Aku juga akan berpuasa tiga hari sebagai syukur ...” ujar Siti Fatimah r.a. “Kami juga akan berpuasa tiga hari ...” sambung serentak al-Hasan dan al-Husin r.a yang sedang sakit. Bahkan pembantu mereka, seorang wanita yang bernama Fidhah, tidak mahu ketinggalan mengucapkan nazar yang sama.
Beberapa hari kemudian Allah Ta’ala berkenan memulihkan kembali kesihatan al-Hasan dan al-Husin r.a. Maka mereka mulai berpuasa. Pada hari pertama mereka berpuasa mereka tidak memiliki makanan sedikitpun. Imam Ali r.a kemudiannya pergi kerumah kenalannya, seorang yahudi yang bernama syam’un yang bekerja sebagai pengusaha pengusaha tenun bulu biri-biri. Lalu imam Ali memohon untuk bekerja dengannya. Maka diberikan kepada Imam Ali bulu biri-biri untuk dipintal dengan upah tiga takar gandum. Imam Ali r,a segera pulang membawa bulu biri-biri tersebut untuk dipintal oleh isterinya sambil membawa tiga takar gandum yang diterimanya sebagai upah.
Sesampainya di rumah diceritakan kepada isterinya bagaimana dia berhasil memperoleh pekerjaan itu. Ternyata Siti Fatimah r.a menyambut baik usaha suaminya dan dengan senang hati dia bersedia mengerjakannya secepat mungkin.
Setelah sepertiga bulu biri-biri selesai dikerjakan, diambilnya setakar gandum yang menjadi haknya sebagai upah bekerja, lalu diolahnya menjadi lima potong roti. Dengan demikian masing-masing anggota keluarga akan mendapat sepotong roti pada waktu berbuka puasa.
Hari mulai petang dan tibalah waktu maghrib, bersama Rasulullah Ali menunaikan sembahyang di Masjid. Setelah selesai sembahyang dia pulang kerumah, lalu duduk bersama keluarga menghadap lima potong roti untuk berbuka puasa. Baru saja Imam Ali r.a menggigit rotinya itu tiba-tiba muncul seorang fakir miskin berdiri di hdapan pintu sambil berkata: “Assalamualaikum,Ahlul Bait Muhammad! Aku ini seorang Muslim yang sangat miskin...tolonglah berikan aku sebahagian dari hidangan yang sedang kamu makan semoga Allah akan memberi makan kalian dari hidangan yang tersedia di dalam syorga. Maka Imam Ali segera mengambil kesemua roti hidangan tersebut lalu diserahkan kepada fakir miskin itu. Malam harinya semua perut anggota keluarga terasa lapar. Untuk meneruskan puasa nazar mereka maka masing-masing meneguk air tawar.
Pada hari yang kedua pula datang seorang anak yatim meminta sedekah ketik amereka hendak berbuka puasa, maka tanpa berfikir panjang Imam Ali terus memberikan roti yang mereka miliki. Pada mala itu mereka terpaksa berlapar lagi. Untuk meneruskan puasa mereka maka mereka hanya meneguk air sahaja. Pada hari ketiga datang pula seorang yang kelaparan baru lepas dari tawanan orang kafir, maka Ali r.a mengambil semua roti yang mereka miliki lalu diberikan kepada orang tersebut. Mereka tidur malam itu dengan perut kosong. Maka tamatlah puasa nazar mereka dengan tanpa menjamah makanan walau sedikitpun. Pada keesokan hari, Imam Ali r.a tidak dapat menhan kesediha melihat kedua anaknya yang masih kecil ini dalam keadaan begitu keletihan akibat menahan lapar sehingga tubuhnya gementar. Maka Imam Ali r.a mengajak kedua anaknya itu ke rumah Rasulullah s.a.w.
Ketika Rasulullah s.a.w melihat keadaan cucu-cucunya seperti itu, Baginda berkata kepada menantunya, Imam Ali r.a: “Aku sedih sekali melihat kamu semua, mari kita pergi menemui Fatimah”.
Bersama-sama Rasulullah s.a.w, Imam Ali dan dua orang puteranya pulang ke rumah. Pada masa itu Siti Fatimah sedang berada dalam mihrabnya(tempat ibadatnya). Puterinya nampak kempis perutnya serta cekung matanya kerana tersangat lapar. Apabila melihat keadaan puterinya sedemikian segera Baginda memeluknya sambil mengucapkan: “Ya Allah! tolonglah Ahlul Bait Muhammad yang hampir mati kelaparan ini”.
Belum sempat selesai mengucapkan doa itu, datanglah Malaikat Jibril menyampaikan wahyu suci seperti yang termaktub dalam surah al-Insan(ad-Dahri) ayat 1-9:
          •• 
1. “Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?”
         • 
2. “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat”.
   •  • • 
3. “Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)”.
     • 
4. “(dalam pada itu), Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang”.
•    •   • 
5. “Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan(berbakti) (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur".
       
6. “Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya”.
 •      
7. “(Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksaNya merebak di sana sini”.
      • 
8. “Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan”.
         • 
9. “(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih”.

Orang-orang yang beriman di zaman Rasulullah s.a.w berjuang bermati-matian sehingga mereka sanggup ke medan pertempuran walaupun mereka amat tahu bahawa kelengkapan dan bilangan mereka amat sedikit berbanding kekuatan dan bilangan musuh mereka. Tetapi dengan keimanan yang tinggi dan keikhlasan mereka tanpa gementar keluar dengan laungan takbir menggempur musuh-musuh Allah. Kaum muslimin Berjaya mendapatkan harta rampasan yang melimpah ruah. Walaupun mereka dengan penuh jerih dan payah mendapatkan kemenangan dan harta rampasan yang banyak tetapi mereka tidak tamak, mereka benar-benar ikhlas dan mereka benar-benar beriman dimana harta-harta rampasan perang ini tidak dibahagikan kepada mereka sahaja walaupun mereka amat-amat memerlukan kepada harta rampasan tersebut. Harta-harta rampasan ini dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin yang berhijrah dari kalangan saudara mereka. Mereka tidak merasa marah atau irihati terhadap saudara mereka (orang-orang muhajirin)bahkan mereka merasa gembiran dan begitu berbangga dengan apa yang telah mereka lakukan. Mereka amat suka apabila dapat melihat saudara-saudara mereka kaum muhajirin mendapat kesenangan dan kemudahan. Perkara ini dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran surah al-Hasyr ayat 9:
                                
9. dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.
Rasulullah saw pernah bertanya: Apakah kamu rela jika orang-orang itu pulang membawa kambing dan unta, sedang kamu pulang bersama Rasulullah saw? Mereka menjawab:Ya kami rela..
Sebaik saja mereka mendengar ucapan Rasulullah saw ini mereka memuji sambil membaca tahlil dan menangis kerana gembira, sambil mereka berkata: “Kami telah rela terhadap pembahagian Allah dan Rasulnya”.
Begitulah gambaran sifat-sifat orang beriman. Mereka mengurangkan sifat keinginan memiliki harta benda dan memperbanyakkan rasa takut dan gerun kepada Allah, kerana Allahlah tujuan utama mereka.

Sementara itu, berbeza pula dengan sikap orang munafik, sebagaimana yang dikemukakan oleh “Ibnu al-Qayyim: “Mereka hidup berdasarkan perhitungan keduniaan”. Kerana itu kita dapati mereka sentiasa memandang dan menitikberatkan kepada imbuhan duniawi sahaja. Jika mereka diberi sesuatu yang dapat memuaskan nafsu mereka maka mereka merasa senang, tetapi jika nafsu mereka tidak dituruti atau tidak dipenuhi maka mereka amat marah dan akan membenci. Keadaan orang munafik ini dirakamkan dalam al-Quran ayat 58 surah at-Taubah:
 •               
58. dan di antara mereka ada yang mencelamu (Wahai Muhammad) mengenai (pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya), (maka) dengan serta merta mereka marah.

Orang-orang munafik ini akan segera pergi ke medan peperangan apabila mereka yakin bahawa kemenangan pasti ada di pihak kaum Muslimin. Keadaan ini dijelaskan oleh Allah dalam ayat 15 surah al-Fath :
                                   
15. orang-orang (munafik) yang tidak turut berjuang (bersama-sama kamu) akan berkata semasa kamu pergi (mengepong musuh serta) mendapat harta rampasan perang: biarkanlah Kami turut serta dengan kamu!" mereka (dengan itu) hendak mengubah janji Allah (yang menentukan hanya orang-orang yang turut hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu). Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu tidak dibenarkan sama sekali turut serta dengan kami; Demikianlah Allah menegaskan (larangan itu) semenjak dahulu lagi". mereka akan berkata pula: "(Bukan Tuhan yang melarang) bahkan kamu dengki kepada kami", (Apa yang mereka katakan itu tidaklah benar), bahkan mereka tidak faham kecuali sedikit sahaja; (Mereka hanya faham tentang kehidupan dan kesenangan dunia semata-mata).

Tetapi, apabila mereka tidak turut ke medan pertempuran, sedang orang-orang Muslim pulang dari medan pertempuran dengan membawa kemenangan dan harta rampasan yang melimpah, mereka menyesali diri mereka kerana telah menyia-nyiakan peluang keemasan. Allah merakamkan perbuatan mereka ini agar dijadikan panduan kepada mereka yang datang ke dunia ini selepas mereka. Firman Allah dalam surah ayat 73:
           •     •  
73. dan demi sesungguhnya kalau kamu beroleh limpah kurnia (kemenangan) dari Allah, sudah tentu ia mengatakan (dengan sesalnya), seolah-olah tidak ada hubungan kasih mesra antara kamu dengannya: "Alangkah baiknya kalau aku turut serta bersama-sama mereka, supaya aku juga beroleh kemenangan yang amat besar?"

Orang-orang munafik ini menyertai perjuangan atas dasar kebendaan yang mendorong mereka, bukan benar-benar atas dasar beriman kepada Allah dengan penuh keikhlasan. Oleh itu, mereka amat berhati-hati dalam mengadakan hubungan dengan orang Mukmin dan orang kafir. Tujuan mereka berbuat demikian agar semua keinginannya dapat dipenuhi dan apa yang dicita-citakan tercapai. Kerana itu mereka tetap bergabung dengan orang-orang Mukmin. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah at-Taubah ayat 73-74:
 •        •    
73. Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

                                                  
74. mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62:
            
62. mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaanNya, jika betul mereka orang-orang yang beriman.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 95:
            •    •     
95. mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu apabila kamu kembali kepada mereka (dari medan perang), supaya kamu berpaling dari mereka (tidak menempelak mereka); oleh itu berpalinglah dari mereka kerana sesungguhnya mereka itu kotor (disebabkan mereka telah sebati dengan kufur); dan tempat kembali mereka pula ialah neraka Jahannam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.

Orang-orang munafik berhati-hati dalam memberikan kesetiaan kepada orang yahudi dan penyokongnya kerana didorong oleh rasa takut tidak dapat pertolongan mereka dikala mereka ditimpa bencana. Perkara ini dijelaskan dalam al-Quran , Firman Allah dalam surah al-Ma’idah ayat 52:
    •                         
52. Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (yahudi dan nasrani), sambil berkata: "Kami takut jikalau kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.

Orang-orang munafik mengimpikan dan menginginkan kehidupan yang abadi dan selesa di dunia ini, mereka tidak mahu bersusah payah dalam menjalani hidup oleh itu mereka melarikan diri dari jihad. Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 81:
                      •       
81. orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata: "Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Api neraka jahannam lebih panas membakar", kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami.

Dan firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 42:
      •                •  
42. kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Sifat mereka ialah beriman apabila mendapat keuntungan dan kenikmatan dan berubah menjadi kafir apabila mereka diuji oleh Allah. Firman Allah dalam surah ayat 11:
 ••          •                 
11. dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, Iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.

Firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 10-11:
 ••   •        ••          •          
10. dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadaMu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?


      
11. dan sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya ia mengetahui akan orang-orang yang munafik.



Perhatilah dengan teliti firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 8-16:
 ••   •       
8. dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

          
9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.

             
10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).

           
11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".

       
12. Ketahuilah! bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

      ••              
13. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

     •           
14. dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".

       
15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

           
16. mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 204:
 ••                
204. dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).


15 - Mereka (Orang Munafik)Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Tetapi Mereka Suka Berdusta.

Firman Allah dalam surah al-Mutaffifin ayat 10:

   
10. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan –

Firman Allah dalam surah al-Mu’min ayat 28:

 •        
28. ……Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Empat











Cara untuk Manusia Mendidik Diri Serta Keluarganya Agar Takut kepada Kemurkaan Allah Dan Menyucikan Diri Dari Kemunafikan.
Firman Allah dalam surah ayat yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman jagalah dirimu dan kaum keluargamu dari neraka kerana bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah Malaikat yang tegas lagi garang yang tentunya tidak menyalahi segala titah perintah Allah dan melaksanakan apa yang diperintah.
Untuk mendidik diri seseorang hamba Allah dan keluarganya agar takut kepada Allah perlu diraikan perkara-perkara berikut:
1 – Meyakini Dengan Sepenuh Hati Bahawa Apa Yang Diceritakan Oleh Allah Dan Rasul Adalah Benar.
Firman Allah dalam surah ayat yang bermaksud: “Para Rasul beriman terhadap apa yang diturunkan kepada mereka, dan semua orang beriman percaya kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, Rasul-Rasulnya....
2 - Memupuk kecintaan kepada Allah dan Rasulnya.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Demi Allah, Dia tidak akan pernah memasukkan kekasih-Nya ke dalam neraka.
3 – Mempelajari Dan Menghayati Perkara-Perkara Yang Boleh Membatalkan Syahadah Dan Mempelajari Tentang Sifat-sifat Munafik Juga Dosa-Dosa Besar Demi Untuk Menjaga Diri Dan Keluarganya Dari Terjerumus Kedalamnya.
4 – Memperbanyakkan Puasa Sunat dan Sembahyang Sunat (Ibadat Sunat)
Dalam kitab Syuabil Iman, Nabi s.a.w memberi jalan agar kita melakukan puasa, sebab Allah berfirman: “Puasa adalah pelindung dari api neraka”.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa berpuasa satu hari di dalam peperangan (perjuangan) membela agama Allah, maka Allah menjauhkan wajahnya dari neraka dengan jarak tujuh puluh musim semi. (HR. Ahmad, Bukhari) .
5 – Jihad Dijalan Allah
Firman Allah dalam surah ayat yang bermaksud: “Adakah kamu semua ingin jika Aku tunjukkan kepadamu perniagaan(perkara yang dapat) menyelamatkan kamu dari api neraka?iaitu kamu perlu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjuang di jalan Allah dengan harta-harta kamu juga diri-diri kamu”.
Amal lain yang dapat menyelamatkan manusia dari neraka adalah takut kepada Allah dan berjihad di jalan Allah untuk menegakkan agamanya .
6 – Takut Kepada Allah Dan Menangis KeranaNya
Imam Mazhab menangis
Firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 46 yang bermaksud: “Dan bagi orang-orang yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua Syorga”.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah sebelum air susu kembali balik ke payu daranya, dan hamba yang berperang dalam membela agama Allah pun tidak akan terkena debu dan asap neraka”. (HR. Tirmizi dan Nasa’i) ”.
Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya, dan ketika ditanya jawabnya: “Andaikata Allah mengancam akan memenjarakan aku bila berdosa dalam bilik mandi selama seribu tahun, nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti. Maka bagaimana sedang kini Dia telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahun .
Menurut sebuah khabar bahawa apabila seseorang hamba menangis takut kepada Allah sehingga keluar air mata dari kedua belah matanya maka dari air mata itulah Allah ciptakan sebatang pokok bernama “Syajaratus Sa’adah” (pohon kebahagiaan). Apabila angin “takut dan kesedihan” bertiup mengenai pohon itu maka keluar darinya suara mengatakan: “Wahai Muhammad!. Seruan itu disampaikan oleh Allah kepada Rasulnya s.a.w dalam kuburnya dan Rasul s.a.w pun menangisi ummatnya. Lalu dari air mata Rasul itu Allah menciptakan sebatang pohon bernama “Syajaratus Syafa’at” (Pohon Syafaat). Apabila angin “Kenabian dan Kerasulan” bertiup mengenai pohon itu maka keluarlah daripadanya suara mengatakan: “Wahai ummatku!. Suara itu disampaikan oleh Allah keseluruh langit sehingga para Malaikat pun mendengarnya. Maka mereka sekelian bersujud kepada Allah menangis dan terhiba-hiba seraya mengatakan: “Wahai ummat Muhammad”. Allah mendengar tangis dan kehibaan mereka lalu berfirman: “Hai para Malaikat-Ku, kenapa kamu semua menangis? Jawab para Malaikat: “Tuhan kami, Engkau lebih mengetahui kenapa kami menangis dan terhiba-hiba terhadap ummat Nabi Muhammad”. Allah Ta’ala berfirman: “Hai para Malaikat-Ku saksikanlah bahawa aku benar-benar telah mengampuni siapa pun yang menangis kerana takut kepada-Ku dari ummat Muhammad” .
Amr bin Malik berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia menangislah, jika seandainya tidak boleh maka berpura-puralah menangis, maka penghuni neraka akan menangis di neraka sehingga mengalir air mata mereka laksana sungai sehingga habislah air mata mereka, maka seandainya sebuah kapal dilepaskan maka pastilah dapat berlayar dalam lautan air mata tersebut” .
Dari Zaid bin Rafi’e secara marfu’ berkata bahawa penghuni neraka apabila mereka telah memasuki neraka mereka menangis dengan air mata beberapa waktu kemudian mereka menangis dengan air mata nanah beberapa waktu, maka para penjaga neraka bertanya kepadanya: Wahai orang-orang yang malang engkau tinggalkan tangisan didunia yang dirahmati, apakah kamu mendapatkan orang yang engkau minta pertolongan hari ini? Maka mereka menguatkan suara-suara mereka dengan berkata: Wahai penghuni syorga, wahai bapa-bapa, wahai ibu-ibu dan anak-anak. Kami bangkit dari kubur dalam keadaan haus, dan kami lama berdiam dalam keadaan tersebut dan pada hari ini kami dahaga, maka tuangkanlah air kepada kami dari apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kamu, maka mereka menanti selama empat puluh tahun dan tidak ada seorangpun yang menjawab, kemudian mereka dijawab; kamu akan tinggal disana, maka mereka terputus harapan dari segala kebaikan. Firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 104 yang bermaksud: “Muka mereka dibakar api neraka, dan mereka di dalam neraka dalam keadaan cacat” .
Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 18-19 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik”.
Dikatakan bahawa Umar r.a mempunyai sebuah buku harian dimana dia tulis apa yang dikerjakannya, yang baik-baik maupun yang buruk-buruk, dari minggu ke minggu. Pada hari Jumaat dia membuka catatan tersebut untuk diperlihatkan pada dirinya sendiri. Apabila terlihat olehnya suatu yang tidak diredhai Allah maka dia memukul dirinya dengan cemeti sambil berkata: “Beginikah perbuatanku” . dan ketika Umar r.a meninggal dunia, orang hendak memandikannya ternyata pada punggungnya dan kedua lambungnya terdapat warna hitam kerana pukulan-pukulan yang banyak. Dan diriwayatkan bahawa apabila Umar r.a dengar ayat siksaan dari al-Qur’aan, tersungkurlah ia pengsan lalu sakit dan datanglah sahabat-sahabat untuk menjenguknya, maka terlihatlah pada wajahnya dua garis disebabkan sering dialiri air mata. Dan Umar r.a sering berkata: “Kalaulah aku tidak dilahirkan oleh emakku”. Diriwayatka bahawa Umar r.a suatu hari berjalan maka dia terdengar seseorang membaca: “Sesungguhnya azab Tuhan pasti terjadi, tidak seorangpun dapat menolaknya” Maka jatuhlah Umar dari kenderaannya dalam keadaan pingsan. Maka dia dibawa kerumahnya dan tidak keluar dari rumahnya selama sebulan”.
Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak berlinangan air mata kerana takut kepada Allah melainkan Allah mengharamkan neraka untuk membakarnya. Dan bila air mata itu mengalir ke muka, maka muka itu tidak akan diliputi kusut atau kehinaan. Dan tiada suatu amal kebaikan melainkan ada ketentuan pahalanya kecuali air mata, maka ia dapat memadamkan beberapa lautan api. Dan andaikata seseorang hamba menangis kerana takut kepada Allah untuk suatu ummat. Nescaya Allah akan memberikan rahmat bagi ummat itu, kerana tangisan hamba itu .
Abdullah bin Masud r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak seseorang hamba yang telah keluar dari matanya sebesar lalat atau kepala lalat air mata, (Tidak akan) tersentuh api untuk selamanya” .
Hasan al-Basri berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda yang berbunyi: “Tiada titisan yang lebih disukai oleh Allah dari dua titisan: iaitu titisan air mata di tengah malam yang gelap dan titisan darah dalam jihad fisabilillah .
Dari Ka’ab al-Ahbar, bahawa dia mengatakan: “Sesungguhnya menangis kerana takut kepada Allah sehingga mengalir air mataku adalah lebih aku sukai daripada aku bersedekah emas seberat badanku, kerana tidak seorangpun yang menangis kerana takut kepada Allah Ta’ala sehingga mengalir setitis dari air matanya jatuh di atas bumi, nescaya neraka tidak akan menyentuhnya” .
Diriwayatkan bahawa Allah Ta’ala mewahyukan kepada Nabi Musa a.s: “Tidak ada sesuatu perbuatan zuhud yang dapat menyamai perbuatan zuhud terhadap dunia. Dan tidak ada perbuatan mendekatkan diri kepada Allah (taqarrub) yang dapat menyamai perbuatan wara’ terhadap apa yang telah Aku haramkan kepada mereka. Dan tidak ada pengabdian yang dilakukan orang kepadaKu yang dapat menyamai tangisan seseorang kerana takut kepadaKu. Berkata Nabi Musa a.s: “Wahai Yang Maha Mulia dari semua yang mulia, wahai Yang Maha Penyanyang dari semua yang penyanyang, pahala apakah yang Engkau berikan kepada mereka atas semua itu?. Allah Ta’ala berfrman: “ Adapun orang-orang yang zuhud kepada mereka Aku perkenankan syorga buat mereka tinggal di mana saja mereka sukai, adapun orang-orang wara’ terhadap apa yang telah Aku haramkan atas mereka maka mereka Aku masukkan ke dalam Syorga tanpa hisab. Dan adapun orang-orang yang menangis kerana takut kepadaKu maka mereka di dalam Syorga tinggal bersama teman yang tertinggi” .
Menurut sebuah khabar, bila tiba hari kiamat seorang hamba dihadapkan dihadapan Allah Ta’ala lalu kitab catatannya diberikan kepadanya dan ternyata di dalamnya ditemui keburukan yang banyak maka dia berkata: Tuhanku, aku tak pernah melakukan keburukan-keburukan ini. Allah Ta’ala berfirman: Sesungguhnya Aku mempunyai saksi-saksi yang terpercaya. Hamba ini menengok ke kanan dan ke kiri, tapi seorang saksi pun tak nampak olehnya. Maka dia bertanya: Manakah saksinya? Maka Allah menyuruh anggota tubuhnya memberikan kesaksian masing-masing terhadap hamba itu. Dalam kesaksiannya, berkata dua telinga: Sesungguhnya kami mendengar dan mengetahui dia benar-benar telah melakukannya. Dan kata dua mata pula: Sesungguhnya kami telah melihat. Lalu kata lidah: saya benar-benar telah mengucapkan itu. Dan begitu juga dua tangan dan dua kaki berkata: Sesungguhnya kami telah melakukan itu. Sedang kemaluan hamba itu berkata: Aku telah berbuat zina. Hamba itu kini berada dalam kebingungan maka Allah Ta’ala memerintahkan supaya dia dibawa ke neraka. Tiba-tiba muncullah dari mata hamba itu yang sebelah kanan satu rambut. Ia meminta izin kepada Allah Ta’ala untuk berbicara. Maka Allah Ta’ala mengizinkannya ia pun berkata: Wahai Tuhanku! Bukankah Engkau telah berfirman: Hamba manapun yang menenggelamkan satu rambut diantara rambut-rambut matanya kerana takut kepadaKu, maka tidak lain akan kami selamatkan dia dari api neraka. Firman Allah Ta’ala: Benar, kata rambut itu pula: Saya bersaksi bahawa hamba yang penuh dosa ini pernah menenggelamkan aku dengan air matanya kerana takut kepadaMu. Maka Allah Ta’ala menyuruh dia dibawa ke Syorga dan terdengarlah seruan: Ketahuilah bahawa sesungguhnya fulan bin fulan benar-benar telah selamat dari api neraka kerana sebuah rambut yang teramat kecil di antara rambut-rambut matanya .
Diriwayatkan dari Atha’ bahawa dia mengatakan: Aku bersama Ibnu Umar dan Ubaid bin Amr pernah menemui Aisyah r.a. Maka berkatalah Ibnu Umar: “Ceritakanlah kepada kami sebuah hadis yang paling menakjubkan dari Nabi s.a.w. Aisyah menangis sambil berkata: Pada suatu malam iaitu malam giliran untukku, Rasulullah s.a.w datang kepadaku. Maka kulit Baginda bersentuhan dengan kulitku, lalu Baginda bersabda:Wahai Aisyah izinkan aku beribadat kepada Tuhanku, saya menjawab: Sesungguhnya aku tak menyukai hawa nafsuku, tetapi aku lebih suka kedekatan engkau kepada Allah Ta’ala. Baginda pun bagkit menghampiri sebuah bekas air yang tersedia dalam rumah sambil menangis, lalu berwudu’ . Baginda menyucurkan air banyak-banyak kemudian dibukanya al-Qur’aan lalu menangis lagi sehingga air matanya mengalir ke atas tanah. Bilal datang sedang beliau masih tetap menangis. Lalu katanya: Wahai Rasulullah, ku tebus engkau dengan bapak dan ibuku, kenapakah tuan menangis, padahal sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa tuan yang telah lalu mahupun yang akan datang? Jawab Rasulullah: Tidak patutkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur? Dan kenapakah aku tak boleh menangis, sedang Allah Ta’ala semalam benar-benar telah menurunkan wahyu kepadaku: (Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Wahai Tuhan kami, tidalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka). Hai Bilal! Tiada yang mampu memadamkan neraka itu selain air mata. Celakalah orang yang membaca ayat ini sedang dia tidak memikirkan isinya” .
Umar bin Abdul Aziz ketika sembahyang malam bertepatan membaca ayat: “Ketika belenggu di leher mereka, dan mereka diseret ke dalam air mendidih yang sangat panas, kemudian di dalam neraka jahim mereka di bakar”. Maka dia menggulang-ulang ayat ini sambil menangis sehingga subuh .
Tamim ad-Dari r.a ketika membaca ayat 21 surah al-Jaatsiyah yang bermaksud: “Apakah orang-orang durhaka itu menganggap Kami akan menyamakan mereka dengan orang-orang yang beriman dan beramal soleh”. Maka dia mengulang-ulang ayat ini sambil menangis hingga subuh .
Nabi s.a.w ketika membaca ayat al-Ma’idah ayat 118 yang bermaksud: “Jika Engkau siksa mereka maka mereka adalah hamba-hambaMu, dan jika Engkau ampunkan mereka, maka Engkau Maha Mulia dan Bijaksana. Maka diulang-ulang ayat ini sambil menangis hingga subuh .
Diriwayatkan bahawa Nabi Daud a.s sesudah berbuat kesalahan, maka tiap kali ia minum maka separuh dari isi gelasnya adalah air mata .
Dari Ibnu Abbas dan dari al-Abbas bin Abdul Muttalib r.a bahawa kedua-duanya mengatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kulit seseorang hamba menggigil kerana takut kepada Allah Ta’ala maka gugurlah darinya dosa-dosanya sebagaimana daun-daun kering dari pohon yang telah kering” .
Ada yang mengatakan: Apabila telah tiba hari kiamat kelak, maka keluarlah dari neraka jahim gumpalan api sebesar gunung. Api itu menuju ke arah ummat Muhammad s.a.w. Maka Nabi s.a.w berusaha menolaknya, tapi tidak mampu. Lalu Nabi s.a.w memanggil: Hai Jibril, hai Jibril, sungguh-sungguh api itu benar-benar menuju ke arah ummatku, hendak membakar mereka. Maka datanglah Jibril a.s membawa segelas air lalu diberikan kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata: Wahai Rasulullah! Ambillah air ini dan percikkan kepada api itu. Apabila Rasulullah s.a.w memercikkan air tersebut kepadanya, maka api itu padamlah seketika. Tanya Nabi s.a.w kepada Jibril: Wahai Jibril! Air apakah ini? Aku tak pernah tahu yang sepertinya dalam memadamkan api. Jawab Jibril: Air ini tidak lain adalah air mata ummatmu yang menangis kerana takut kepada Allah Ta’ala dalam kesendirian. Tuhanku telah memerintahkan aku untuk mengambilnya dan menjaganya sampai saat engkau memerlukannya, iaitu untuk memadamkan api yang menuju ke arah ummatmu .
Ada pula yang berkata, bahawa setelah Nabi Adam a.s turun dari Syorga, maka dia menangis selama tiga ratus tahun, dan tidak pernah menengadahkan kepalanya ke langit kerana malu kepada Allah Ta’ala. Dia bersujud di atas sebuah gunung di India, sekali sujud selama seratus tahun, sambil menangis sehingga air matanya mengalir di lembah sungai Sindus. Dari air mata Adam itu Allah menumbuhkan di lembah tersebut pohon darsini dan cengkih. Sedang burung-burung ikut meminum air mata Nabi Adam a.s itu. Kata burung-burung itu: Kami tak pernah meminum suatu minuman sehebat ini. Mendengar ucapan itu, Nabi Adam a.s menyangka bahawa burung-burung itu mengejeknya atas pelanggarannya. Sehingga Allah Ta’ala mewahyukan kepadanya: Wahai Adam! Sesungguhnya Aku tidak menciptakan suatu minuman yang lebih lazat dan lebih segar daripada air mata mereka yang bermaksiat .
Diceritakan bahawa Rabbah al-Abbasi pernah membeli seorang budak kecil berkulit hitam dengan harga empat dinar. Budak itu tidak mahu tidur dan tidak membenarkan tuannya tidur, sehingga apabila malam telah kelam, berkatalah Rabbah: Wahai anak! Kenapakah engkau tidak mahu tidur dan tidak membiarkan kami tidur? Jawab budak kecil itu: Tuanku! Apabila malam telah kelam (gelap), maka aku teringat betapa gelapnya kubur dan betapa gelitanya neraka Jahannam, sehingga hilanglah (keinginanku untuk) tidur. Bila aku teringat bahawa aku akan dihadapkan ke hadapan Tuhanku Yang Maha Hebat maka semakin besarlah rasa sedih dalam hatiku. Apabila aku mengingati Syorga dan kenikmatan di sana, maka semakin bertambah rasa rinduku. Maka bagaimanakah aku boleh tidur? Wahai tuanku. Mendengar kata-kata budak itu Rabbah jatuh pingsan, dan setelah sedar, ia berkata: Wahai anak! Orang sepertiku tidak patut memiliki orang seperti engkau. Pergilah, kamu merdeka, demi keredhaan Allah .
Diriwayatkan bahawa seorang lelaki mempunya seorang anak kecil, ia tidur bersama-samanya. Pada suatu malam anak itu nampak gelisah dan tidak boleh tidur. Maka si ayah bertanya: Anakku! Sakitkah kamu? Jawab si anak: Tidak ayah, tapi besok adalah hari khamis, setiap hari khamis aku akan ditanya tentang ilmu yang telah aku perolehi selama seminggu. Sedang guruku akan mendengarkan dariku. Aku khawatir kalau guruku menemui kesalahan lalu memukulku dan marah kepadaku. Si ayahnya itu menjerit dan ditaburkan tanah diatas kepalanya lalu menagis, katanya: Aku lebih patut seperti ini terhadap hari dimana aku akan dihadapkan pada Allah Yang Maha Rahman tentang segala pelanggaran yang pernah aku kerjakan di dunia. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka akan dibawa kehadapan Tuhanmu dengan berbaris .
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w bahawa Baginda bersabda: “Dua telapak kaki seorang hamba tak akan bergeser (tak akan berganjak) dari tempatnya pada hari kiamat, sehingga ia ditanya tentang empat perkara: tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang jasadnya untuk apa dia gunakan, tentang ilmunya, amal apa yang telah ia lakukan dengannya, dan tentang harta bendanya, dari mana dia perolehi dan untuk apa dia belanjakan” .
Seorang ahli makrifat berkata: Cucilah empat perkara dengan empat perkara, iaitu wajahmu dengan air matamu, lidahmu dengan mengingati penciptamu, hatimu dengan takut kepada Tuhanmu dan dosamu dengan bertaubat kepada Penguasamu (Tuhanmu) .
7 - Berdoa
Rasulullah s.aw bersabda bahawa hamba yang memohon kepada Allah syurga sebanyak 3 kali dengan doa: “Ya Allah! Masukkan kami ke dalam Syurga… syorga pun akan memperjuangkannya dengan berkata: “Ya Allah! Masukkan dia ke dalam diriku...
Juga memohon untuk tidak masuk neraka sebanyak 3 kali. Apabila seseorang hamba memohon untuk dihindarkan dari neraka sebanyak 3 kali maka neraka akan menyatakan kepada Allah agar hamba-Nya tersebut terhindar dari siksa dirinya dengan berkata: Ya Allah...Hindarkan hamba-Mu itu dari diriku” .
Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 65 yang bermaksud: “Dan orang-orang yang berkata: “Wahai Tuhan kami! Jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal”.
Nabi s.a.w menceritakan tentang kisah Malaikat yang pernah menghadiri satu majlis zikir. Saat melihat kehadirannya itu, Allah bertanya (sebenarnya Allah Maha Mengetahui ): “Hai Malaikat!..apa yang dimohonkan oleh hamba-hamba-Ku itu?.
“Ya Allah...Mereka memohon perlindungan dari neraka,”jawab Malaikat.
“Apakah mereka pernah menyaksikan neraka?”tanya Allah lagi.
“Belum...mereka sama sekali belum pernah melihatnya”. Jawab Malaikat.
“Bagaimana andaikata mereka mengetahui?. Allah kembali bertanya. “Andainya mereka tahu...pasti lari tercirit-birit, mereka merasa ngeri dan takut melihat neraka”. Terka makhluk Allah yang paling ta’at itu.
“Sekarang Aku minta kesaksianmu, bahawa Aku telah mengampuni dosa mereka”. Janji Allah (HR. Bukhari-Muslim) .
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila pada suatu hari yang sangat panas Allah mengarahkan pendengaran dan penglihatanNya kepada penduduk langit dan bumi, apabila seseorang hamba berkata “La Ilaha Illa Allah” alangkah panasnya hari ini, Ya Allah lindungilah aku dari panasnya api neraka jahannam, maka Allah berkata pada neraka jahannam: “Sesungguhnya seorang hamba telah berlindung kepadaKu dari mu dan Aku bersaksi bahawa Aku telah melindunginya darimu. Dan apabila hari terasa sangat dingin, Allah mengarahkan penglihatan dan pendengaranNya ke penduduk langit dan bumi apabila seorang hamba berkata: “La Ilaha Illa Allah, alangkah dinginnya hari ini, Ya Allah lindungilah aku dari dinginnya neraka jahannam. Maka Allah berkata kepada neraka jahannam: Sesunggunya seorang hamba telah berlindung kepadaKu darimu dan Aku bersaksi bahawa Aku telah melindunginya. Mereka bertanya: Bagaimanakah dinginnya jahannam? Baginda menjawab: Dimana ketika Allah melemparkan orang kafir, maka terpisahlah bahagian-bahagian tubuhnya” .
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu,
Maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya” .
Abu Hurairah r.a berkata: “Janganlah gembira seseorang yang lacur dengan suatu ni’mat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam yang tiap kali berkurangan ditambah pula nyalanya .
7. 1 - Sebab-sebab Doa Tidak Diperkenankan.
i) meninggalkan kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
عـَنْ عـَائِشـَة َرَضِىَ الله ُعـَنـْهَا قـَالـَتْ: دَخـَلَ عـَلـَىَّ النـَّبـِىٌّ (ص) فـَعَرَفـْتُ فِىْ وَجـْهـِهِ أنْ قـَدْ حـَضَرَهُ شَىْءٌ. فـَتـَوَضـَّأ َوَمَا كـَلـَّمَ اَحَـدًا فـَلـَصَقـْتُ بـِالـْحُجْرَةِ أَسْتـَمِعُ مَا يَقـُوْلُ, فـَقـَعَدَ عـَلـَى المِنـْبَرِ فـَحَمِدَ اللهَ وَأَثـْنـَىْ عـَلـَيْهِ وَقـَالَ: يـَا أيُّهَا النـَّاسُ إِنَّ اللهَ يَقـُوْلُ لـَكـُمْ: مُرُوْا بـِالمَعْرُوْفِ وَانـْتـَهُوْا عـَن المُنـْكـَرِ قـَبْلَ أنْ تـَدْعـُوْا فـَلا أُجـِيْبَ لـَكـُمْ وَتـَسْأَلـُوْنـِىْ فـَلا أُعْطِيْكـُمْ, وَتـَسْتـَنـْصُرُوْنِىْ فـَلا أَنـْصُرُكـُمْ. فـَمَا زَادَ عـَلـَيْهـِنَّ حـَتـَّىْ نـَزَلَ.
Dari Aisyah r.a berkata: Telah masuk kepadaku Nabi s.a.w (dalam bilik), aku dapat melihat dari air mukanya sesuatu permasalahan, (apabila Rasulullah s.a.w keluar)Baginda berwudu’ dan tidak bercakap dengan sesiapapun, maka aku mendekatkan telingaku pada dinding untuk mendengar apa yang akan Baginda katakan, maka Baginda terus menaiki mimbar, lalu memuji Allah dan berkata: “Wahai manusia! Bahawasanya Allah berfirman kepadamu, hendaklah kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari membuat keburukan sebelum kamu berdoa kepada KU, (jika kamu berdoa tanpa melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar) maka doa kamu tidak ku perkenankan, kamu minta pertolongan tidak aku berikan. Selepas itu Baginda tidak berkata-kata lagi sampai Baginda turun dari mimbar .
8 - Meyakini Dengan Sepenuh Hati Bahawa Kiamat, Mati, Alam Kubur, Kebangkitan, Mahsyar, Sirat, Neraka, Syorga Adalah Benar-Benar Wujud.