Saturday, November 28, 2009

Latarbelakang Pendidikan Beberapa Tokoh Ulama' Terkenal Malaysia Kini.

Keperluan Mengetahui Latar Belakang Pendidikan Beberapa Tokoh Ulama Malaysia Kini.

Kita perlu sedar dan perlu insaf bahawa kita adalah makhluk yang penuh kekurangan...untuk mengecapi kehidupan yang bahagia dunia dan akhirat sudah tentu kita perlu menumpang mereka yang berilmu.

Kita hari ini dalam dilema...kerana kita diuji dengan pandangan ulama' yang akhir-akhir ini semakin nampak bercanggah antara satu sama lain...

Oleh itu, ana rasa kita semua perlu mengambil pengajaran dari apa yang digariskan oleh Imam-Imam besar ahli hadis yang meletakkan garis panduan dalam menerima dan mengkategorikan hadis-hadis Rasulullah saw agar kita tidak terpedaya dengan hadis-hadis palsu...

Antara perkara penting yang ditekankan oleh para Imam-imam ini ialah tentang rijal hadis...latar belakang periwayat-periwayat hadis ini dikaji dengan mendalam agar hadis-hadis dapat diklasifikasikan dengan baik.

Setelah diketahui tentang martabat periwayat-periwayat hadis ini barulah kita dapat simpulkan..hadis mana yang perlu diterima...hadis mana yang perlu ditolak...hadis mana yang perlu dinilai semula...dan sebagainya.

Setelah semua itu selesai barulah kita lihat pula dari sudut ilmu usul fikh...tentang kekuatan sesuatu hadis sehingga nasakh mansukh boleh dilakukan, atau mutlak mukayyad , umum dan khsus boleh diamalkan atau jikalau disana wujudnya kesinambungan maka kita gabungkan hadis-hadis yang wujud padanya kesinambungan sehingga ianya menjadi hujjah yang amat kukuh.

Perlu dinsafi bahawa latarbelakang suasana tempat dan masa juga mempengaruh ketepatan sesuatu hadis untuk diamalkan...

Proses sebegini juga amat perlu dalam meneliti pandangan-pandanga ulama hari ini...dimana ulama-ulama ini perlu dikenali dari sudut latar belakang pendidikan mereka...oleh itu, disini ana sertakan latar belakang ulama-ulama tersohor kita kini, agar kita dapat menilai diri mereka dan mengenali yang mana benar-benar mutiara...

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Latarbelakang Pendidikan


Pendidikan Awal.. daripada ayahnya Nik Mat alim..

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936

Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan

Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu

Universiti Deoband, India – 1952

Universiti Lahore, Pakistan - 1957

Universiti al-Azhar Mesir penghkususan Bahasa Arab (sarjana Muda)

Universiti al-Azhar Mesir Pengkhususan Perundangan Islam (Sarjana)

Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.


PROF. DATO' PADUKA DR. MAHMOOD ZUHDI HJ. AB. MAJID

Latar Belakang Pendidikan/Pengajian

Pendidikan Rendah : Madrasah Majidiyah, Kg Kayu Rendang,
Melor, Kota Bharu, Kelantan
(1952 – 1958)

Pendidikan Menengah : Ma’ahad Muhammadiah Kota Bharu,
Kelantan
(1959 – 1965)

Pendidikan Tinggi : Yayasan Pengajian Tinggi Islam
Kelantan
(1966 – 1969)
[Sarjana Muda Syariah]
Universiti al-Azhar, Kahirah (1970 – 1972)
[Sarjana Syariah)

[Diploma Pendidikan] : Universiti `Ain Syams, Kahirah (1973)


[Sarjana Falsafah) : Universiti of Kent, England (1980 – 1983

[Doktor Falsafah] : Universiti Malaya (1990 – 1993)


TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

PENDIDKAN AWAL:

Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang mendapat pendidikan awal dari ayahandanya tahun 1955 seterusnya di Sekolah Rendah Rusila. Tahun 1961,

MENEGAH

beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab. Marang selama 5 tahun. Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin.

IJAZAH (SARJANA MUDA)
Pada tahun 1969, Tuan Guru Abdul Hadi Awang meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah dan mendapat biasiswa dari kerajaan Arab Saudi.

(SARJANA)
Kemudian pada tahun 1974 hingga 1976 beliau telah mendapat Sarjana Syiasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

TUAN GURU DR. HARON DIN

Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)

DATO' SERI (DR)HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA

KELULUSAN:
1. Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya
2. Diploma Pendidikan

SEKOLAH

1. Sekolah Melayu Kg Kedah, Pt Buntar, Perak
2. Anglo Chinese School, Parit Buntar, Perak
3. Sekolah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak 1956 – 1959
4. Kuliah Al-Attas, Johor Bharu, Johor 1959 – 1960
5. Kolej Islam Malaya Klang, Selangor 1960 – 1964