Thursday, July 16, 2009

SIAPAKAH NIK AZIZ???

MEREKA YANG MENUDUH SECARA SINDIRAN KEPADA TOK GURU NIK AZIZ SEBAGAI PENGIKUT ETIKA SYAITAN, BUKAN HANYA MELAKUKAN JENAYAH KEPADA TOK GURU SAHAJA BAHKAN MEREKA TELAH MELAKUKAN JENAYAH TERHADAP SEMUA TOK GURU-TOK GURU PONDOK SAMADA DI KELANTAN ATAU PATTANI. MEREKA JUGA TELAH MELUKAKAN HATI RAKYAT KELANTAN DAN SEMUA PENYOKONG PAS. KAMI TIDAK MAAFKAN KAMU KECUALI JIKALAU KAMU MINTA MAAF SECARA TERBUKA DALAM AKHBAR.

SIAPAKAH NIK AZIZ???

Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka

Pendidikan:
• Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
• Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
• Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
• Universiti Deobond, India – 1952.
• Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
• Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Pekerjaan:
• Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
• Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
• Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
• Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik:
• 1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
• 1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
• 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
• 1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
• 1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
• 1990-Sekarang – Menteri Besar Kelantan.

Trivia Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan:

•Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
•40% dari gaji beliau digunakan untuk parti PAS di Kelantan.
•Rumah beliau dekat tepi masjid dibuat dari kayu dan tangga dari simen, tiada batu marmar,mozaik atau hiasan yang mahal-mahal.
•Rumah beliau tidak berpagar tiada pengawal dan tiada orang gaji pun.Siapa-siapa boleh masuk kalau nak jumpa beliau.
•Dia seorang yang warak dan zuhud.
•Sejak dulu, elaun rumah, elaun keraian, elaun buka puasa malah elaun hari raya pun tak pernah beliau ambil.
•Beliau berpesan kepada semua ahli-ahli exco yang terpilih supaya tidak menerima sebarang bentuk hadiah dari sesiapa pun kerana hadiah itu berkemungkinan adalah berupa sogokan atau rasuah yang boleh menyebabkan korupsi.
* Setiap Subuh beliau akan menelefon beberapa orang YB untuk memastikan YB bangun sembahyang tahajjud, atau sekurang-kurangnya YB terasa malu kalau masa Tok Guru Telefon dia tak bangun lagi.
*Tok Guru sentiasa berpesan kepada YB apabila dengar suara azan wajib berhenti di Mesjid yang berdekatan. ini keranan Tok Guru tidak mahu ada dikalangan YBnya seorang yang bersifat munafik.

GELARAN TOK GURU

Ummat Islam Malaysia perlu sedar dan akur bahawa gelaran Tok Guru bukanlah anugerah dari Agong, Sultan, atau kerajaan. Gelaran Tok Guru adalah anugerah Allah. Anugerah Tok Guru kepada Nik Aziz diiktiraf dan diterima sebulat suara oleh semua Tok Guru pondok baik di Kelantan ataupun di Patani, mereka mengaku dan menerima tanpa bantahan bahawa Nik Aziz adalah Tok Guru.

oleh itu, menjadi suatu jenayah yang besar, apabila Dr.Asri, Dr. Juanda Jaya, Tan Sri Harussani, menuduh dengan secara sindiran bahawa Tok Guru Nik Aziz ikut etika syaitan...kenapa Dr. Asri, Dr. Juanda dan Tan Sri boleh mengeluarkan kenyataan dalam akhbar sebelum mendengar alasan dari Tok Guru? Dr. Asri, Dr.Juanda dan Tan Sri ingat orang lain tak pandai ke dalam bab Agama?. Dr. Asri, Dr. Juanda dan Tan Sri perlu tarik balik kenyataan dalam akhbar dan minta maaf kepada kami rakyat kelantan yang berada dimana saja. kalau tidak kami doakan agar Allah turunkan bala yang dahsyat kepada Dr dan Tan Sri agar Allah bukakan mata ulama' umno yang lain supaya tidak mengulangi perkara yang sama.

kalau Dr. Tan Sri tidak minta maaf secara terbuka kami oarang Islam rakyat kelantan dan juga penyokong PAS akan failkan saman untuk dibicarakan dimahkamah Allah di akhirat nanti.

INGAT!!!
Tok-Tok Guru Pondok bukan orang sembarangan, bukan macam ustaz-ustaz atau Dr.celup mana-mana universiti, Tok-Tok Guru Pondok adalah mereka yang telah diiktiraf bahawa mereka adalah orang yang benar-benar mahir dalam ilmu agama.

Monday, July 13, 2009

3) – Kenyataan Tan Sri Harussani (Mingguan Malaysia Ahad 28 jun 2009)

Mingguan: Apa pandangan Tan Sri berhubung kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan, yang sekaligus menggagalkan usaha untuk menyatukan umat Islam di dalam UMNO dan PAS?.

Tan Sri Harussani: Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Rukun Iman dan salah satunya ialah percaya kepada Allah, yang bererti kita mengucap dua kalimah syahadah kita masuk kumpulan muslim.

Kata penyokong fanatik Pas;
Syahadah tu benda kekal ke? Kalau kita ucap syahadah lepas tu kita sembah berhala, tak batal ke syahadah kita? Kalau batal – tak kan sembah berhala saja yang membatalkan syahadah –kalau sembah taat kepada selain Allah pada apa yang bertentangan dengan hak Allah, tak batal ke syahadah?. Kalau ambik ajaran Allah sekadar yang sesuai dengan nafsu dan sebahagian besar yang lain kita ikut yahudi dan kristian tak ke hancur syahadah kita?
Tak kan lah orang agama dapat gelaran Tan Sri pulak tu, tak reti bab membatalkan syahadah, atau tak kan le orang agama yang dapat gelaran Tan Sri boleh buat-buat tak reti dalam bab ini. Atau kerana dapat gelaran, seseorang itu boleh buat-buat tak reti dalam beberap bab agama?.

Kata Tan Sri lagi:
Apabila kita sudah masuk dalam kumpulan muslim, Allah “ikat” kita melalui firmannya dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: “ Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmatNya”.
Kata penyokong fanatik Pas: “Kalau masuk Islam takkan tak ada jalan keluar Islam?kalau dah keluar Islam mereka tak termasuk dalam ikatan tersebut...dan kalau orang yang disyaki keluar dari Islam juga tak termasuk dalam ikatan tersebut...
Alahai Tan Sri, takkan la Tan Sri tak baca buku Said Hawa tentang 20 pintu keluar dari Islam.

Kata Tan Sri lagi:
Manakala Rasulullah saw pula pernah bersabda bahawa, orang muslim itu adalah saudara bagi orang Islam yang lain. Kemudian Nabi kata, siapa sebenarnya orang muslim itu, orang-orang muslim yang selamat daripada keburukan lidahnya dan keburukan tangannya. Maka itu Rasulullah saw sendiri dalam membentuk ajaran Islam Baginda mempersaudarakan orang Islam.
Maknanya, itulah perjuangan utama kita iaitu mesti mempersaudarakan sesama orang Islam. Ia adalah perbuatan yang sebagaimana dijelaskan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: ...Dan peliharalah hubungan silaturrahim...(An-Nisa’: 1).
Kata penyokong fanatik Pas: “Munafik tu mende, dan siapa? Munafik ni mereka yang memusuhi Allah walaupun mereka tidak mengaku, perkara ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: Dari kalangan manusia ada yang mengatakan kami beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman...
Bagaimana kami nak jalinkan hubungan silaturrahim dengan mereka yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan Allah. Al-Quran tak nak guna, Hudud ditolak mentah-mentah, cina india ditipu kononya kalau hudud dilaksanakan mereka akan teraniaya. Mereka beriya-iya kempen cina dan india agar takut pada Islam. Orang yang menentang dan memburuk-burukkan hukum dan undang-undang Allah ni boleh ke kita menghubungkan silaturrahim dengannya---
TanSri ---- kami tak kuat macam Tan Sri, Tan Sri tak ape, kalau Umno nak tolak hudud pun Tan Sri tak apa kan?, kalau Umno nak tegakkan ISA pun Tan Sri tak marah kan? Itu tak apa ini pun tak apa, kalau Umno nak benarkan penjualan arak berleluasa pun Tan Sri tak marah kan?. Kalau Umno nak perjuangkan kebangsaan pun Tan Sri kata tak apa, kan?. Semuanya tak apa bagi Tan Sri.
Kami tak sekuat Tan Sri untuk menghadapi azab kubur dan api neraka. Kami tak memiliki keyakinan yang tinggi seperti Tan Sri untuk berhadapan dengan Allah dalam mahkamahnya nanti.

Kata Tan Sri lagi:
Oleh itu, kalau kita memecah belah orang Islam itu bukan ajaran Islam, itu ajaran syaitan. Tuhan sudah sebut bahawa syaitan itu bertujuan untuk membangkitkan di antara kamu permusuhan dan pergaduhan.
Jadi pada saya, perpaduan itu sesuatu yang cukup mustahak, perkara pokok yang wajib kita usahakan dalam apa bentuk pun.
Kata penyokong fanatik Pas: “adakah ajaran syaitan sahaja yang menggalakkan perpecahan? Ajaran Allah tak galakkan perpecahan ke?
Bukankah orang munafik bermati-matian mengaku dia orang Islam?
Kenapa al-Quran dinamakan al-Furqan?bukankah al-Furqan itu bermaksud pemisah diantara hak dan batil...kalau berpisah bagaimana nak bersatu? Kenapa Nabi Muhammad dituduh memecahbelahkan masyarakat? Sehingga turun surah al-Bayyinah menerangkan bahawa mengikut kaca mata orang kafir termasuk orang munafik bahawa Muhammad menggalakkan perpecahan. Tan Sri guna kaca mata mana dalam menghukum Pas ni menggalakkan perpecahan dan Pas ni ikut syaitan bukan ikut Allah.

Ni dia maksud surah al-Bayyinah:
1. orang-orang yang kafir dari ahli kitab (yahudi dan nasrani) serta orang-orang musyrik (mereka yang mensyirikkan Allah, iaitu mentatati titah perintah selain Allah dan membelakangkan ajaran Allah) tidak akan terlepas (berpecah meninggalkan kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -
2. Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci,
3. terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
4. dan orang-orang (yahudi dan nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah ugama yang benar.
6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
7. Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
8. balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kata penyokong fanatik Pas:
Bukankah dalam ayat-ayat diatas diceritakan bahawa Islam yang dibawa oleh Muhammad menyebabkan perpecahan dan perbalahan? Orang munafik akan membenci Muhammad untuk selama-lamanya kerana munafik amat selesa dengan kehidupan orang kafir yahudi atau nasrani dan seumpamanya. Orang munafik ni, wujudnya samapai hari kiamat.
Sementara itu, orang musyrikin dikatakan kafir juga, orang musyrikin ni dia mensyirikkan Allah walaupun dia mengamalkan ajaran nabi dahulu termasuk ajaran Nabi Ibrahim as. Takkan orang musyrikin ni ada zaman Nabi sahaja, takkan orang musyrikin ni yang sembah berhala sahaja? Orang yang mensyirikkan Allah dengan cara lain tak termasuk ke dalam golongan orang musyrikin ke?.
Jadi orang musyrikin yang wujud sepanjang zaman dan masa akan membenci ajaran Islam oleh itu, ada dikalangan mereka yang ambik Islam yang sesuai dengan jiwa mereka sahaja. Sama dengan orang musyrikin mekkah dahulu dia ambik juga ajaran Nabi Ibrahim tapi dia tawaf bertelanjang dan bersiaul serta bertepuk tangan...dia ubah ajaran Nabi ibrahim...kalau ubah ajaran Nabi Muhammad bagaimana pula???. Kalau ubah bubuh nama islam had-hari tak apa ke? Mungkin bagi Tan Sri semuanya tak apaaaa.

Kata Tan Sri lagi:
Berdasarkan kepada hujjah itu, saya berpendapat, idea Kerajaan Perpaduan adalah satu idea yang cukup baik dan saya amat bersetuju dengan langkah tersebut.
Kata penyokong fanatik Pas:
Itu pendapat dan hujjah Tan Sri, atas dunia kita bebas berhujjah dan membuat kesimpulan ikut cara kita. Di akhirat nanti kita kena dengar keputusan dari Allah...
Kami pula melihat dari sudut lain: Kami lihat firman Allah yang bermaksud: hendaklah kamu ta’awun iaitu tolong menolong (perpaduan)dalam perkara kebajikan dan taqwa,
Umno tolak negara kebajikan, Dalam bab taqwa pula, umno tolak hudud, mengejek hudud dan negara kebajikan dan sebagainya taqwa ke tu, apa yang taqwa pada Umno? Bagaimana kami nak adakan hubungan dengan mereka?
Dan Allah larang tolong menolong (perpaduan)dalam urusan dosa dan permusuhan sebagaimana firmannya yang bermaksud: “dan jangan sekali-kali kamu ta’awun, iaitu tolong, menolong (perpaduan)dalam urusan dosa dan permusuhan”.
Umno suka dosa, arak berleluasa, judi, rasuah, jenayah, penipuan bunuh orang dan banyak lagi, kalau kami tolong mereka kami tak berdosa ke?
Tok Guru Nik Aziz dikatakan ikut etika syaitan kerana tolak perpaduan, tak berdosa ke kita buat hubungan silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan Allah? Al-Quran kitab Allah, umno guna ke? Hudud hukum Allah ditolak sekeras-keranya tetapi ISA entah dari ajaran mana diambiknya dibela bermati-matian. Islam asal ditolak ketepi Islam had-hari diguna pakai. Nabi mana yang dituskan dengan Islam baru ini?.

Kata Tan Sri lagi:
Kalau kita lihat pada waktu ini, apabila orang Islam berpolitik, mereka berpecah seama mereka. Ini berbeza dengan kaum lain, orang cina Contohnya, mereka pun berpolitik tetapi walaupun berada dalam parti yang berbeza-beza, mereka bersatu, ertinya mereka berpecah untuk mendapatkan sesuatu sedangkan kita berpecah untuk menghilangkan sesuatu.
Mereka (orang Cina) berpecah supaya banyak suara atau banyak jurusan bagi membolehkan mereka menuntut sesuatu demi kepentingan bangsa mereka, begitu juga dengan kaum India, mereka berpecah supaya mereka mempunyai banyak jalan bagi menyuarakan tuntutan atau pandangan. Tetapi bagaimana dengan orang Melayu?
Kata penyokong fanatik Pas: Kami Pakatan Rakyat macam cina dan india juga, kalau mereka berpecah untuk menuntut hak, maka kenapa kami tak boleh? Kami Pas tuntut hak kami iaitu Islam, Keadilan menuntut keadilan, Dap pula menuntut hak mereka. Dengan ini tidak timbul melayu atau Islam akan lemah kerana masing-masing menuntut hak. Perkara ini juga dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “jikalau tidak ada bangkang-membangkang tolak-menolak antara manusia satu sama lain tentu dunia ini akan rosak”. Kalau kami tak tuntut hak Islam adakah umno akan tunaikan hak kami?
Kata Tan Sri lagi:
Kita maki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan daripada etika Islam bahkan ia etika syaitan.
Kata penyokong fanatik Pas: “Tan Sri ni guna kaca mata Salman Rushdee ke? Kalau Salman Rushdee dia setan tapi dia kata Allah tu setan. Dia kata al-Quran tu ayat setan.
Maki hamun bukan dari setan saja, maki hamun dari Allah ada juga. Sebab itu Tok Guru pernah kata Tuhan mencarut. Mencarut dan maki hamun tu same le. Allah sifatkan mereka yang tidak menerima ajaran Islam sebagai orang yang tidak berakal, tidak berakal tu samalah dengan gila, Allah umpamakan mereka dengan binatang, binatang ternak, kera, beruk, lebih dahsyat lagi ialah anjing dan babi.
Takkan lah Tan Sri dapat gelaran Tan Sri tapi tak tahu kandungan al-Quran, itu tak logik. Kalau tahu kandungan al-Quran tak kan Tan Sri tak pernah jumpa ayat-ayat maki hamun Tuhan kepada mereka yang menolak ajaran Nabi Nabinya? Kami ulama’ Pas hanya menyampaikan apa yang terkandung dalam al-Quran dan kami yakin bahawa Tan Sri kecut perut takut nak baca dan terangkan ayat-ayat maki hamun Tuhan dan sebab kenapa Tuhan maki hamun kepada mereka yang tidak mahu ikut ajaran Nabi Nabi di hadapan pemimpin umno. Kalau Tan Sri berani buktikanlah. Ingatlah Allah amat benci orang yang tahu bercakap sahaja tapi tak mahu buat.
Pemimpin Pas ni berdosa tau, sebab banyak sembunyikan ayat-ayat Allah, mereka bukan apa Cuma takut ulama’ umno terasa hati. Oleh itu, mereka tak dedahkan kepada masyarakat sumpah seranah Allah terhadap ulama’ yang mementingkan jawatan pangkat dunia berbanding akhirat. Sedangkan Allah suruh dedahkan. Contohnya ayat yang menerangkan ciri-ciri ulama’ yang Allah samakan macam anjing. Cubalah Tan Sri baca dan huraikan ayat 175-176 surah al-A’raf dihadapan ulama’-ulama’ umno. Kan Allah suruh Nabinya ceritakan kisah itu dengan penegasan sebanyak dua kali iaitu dengan lafaz “Watlu” dan “Faqsusil qasasa”. Kalau penegasan dua kali tu tandanya Allah suruh sungguh-sungguh la.
Kata Tan Sri lagi:
Maka itu saya cukup kecewa apabila orang Islam sendiri menolak perpaduan dan lebih mementingkan perpaduan dengan bangsa asing daripada bersama orang melayu.
Kata Penyokong fanatik Pas: ooo jadi Tan Sri kecewa lah dengan suruhan Allah. Iblis dulupun samalah, kecewa dengan suruhan Allah supaya mematuhi titah perintahnya agar sujud pada Adam.
Bukankah Allah suruh bertegas dengan orang kafir yang menentang sekeras-kerasnya agama Islam dan Allah juga suruh orang Islam menentang sekeras-kerasnya orang munafik yang berkompromi dengan mereka? umno tipu MCA dan MIC dengan menakut-nakutkan mereka kepada Islam, bukankah begitu?kami ada bukti ucapan pemimpin umno yang menakutkan-nakutkan bukan Islam.
Allah juga arahkan supaya menyambut baik orang kafir yang sebahagian besar mereka setuju dengan Islam? Dengan firmannya yang bermaksud: “Sekiranya mereka condong untuk berdamai, maka kamu hendaklah condong kepada perdamaian juga....
Kata Tan Sri lagi:
kita jangan lupa kedudukan melayu dalam negara ini, hanya beberapa peratus sahaja. Mungkin kalau kita bandingkan dari segi pecahan Islam dan bukan Islam, mungkin 50 – 50. Ia bermakna kalau kita berpecah suara kita menjadi minoriti, jadi bila kita hendak berjaya?.
Penyokong fanatik Pas kata: Kenapa bilangan melayu jadi kecil? Kenapa bilangan Cina dan India begitu cepat dan bertambah dengan banyaknya? Kenapa? Suruhlah orang melayu berkahwin tiga atau empat, dari sudut keewangan kerajaan bantulah. Itulah tak nak ikut sunnah. Bahkan ulama’ umno lah yang bertanggungjawab beri kesedaran kepada orang Islam supaya berkahwin lebih dari satu. Sebab Nabi bersada yang bermaksud: “Berkahwinlah dan berbiaklah sesunggunya aku berbangga dengan ramainya ummat ku di akhirat nanti” ini tidak, para ibu berbangsa Melayu seolah-olah dipaksa supaya merancang keluarga. Ini kerja sapa?. Inilah padahnya kalau tak nak ikut al-Quran dan sunnah. Lepas itu kesalahan diletakkan dibahu orang lain. Lepas tu dia tulikan telinga tak nak dengar penjelasan.
Dan mengikut penelitian, bahawa orang melayu yang ramai anak sehingga ada yang anaknya lebih dari sedozen. Tetapi kenapa melayu sedikit???? Ini mesti ada yang tak kena.
Adakah kemasukan pendatang dari cina dan india dikawal dengan betul???. Adakah mereka tidak menyeleweng? Kita ada akal bukan? Kenapa tak boleh fikir?.
Kalau ummat Islam dari indon dan Bagladesh atau mana-mana negara Islam masuk ke Malaysia, umno bukan main sibuk lagi cerita tentang PATI. Tapi kalau yang datang dari cina atau india...kami tak pernah dengar adanya PATI.
Penyokong fanatik Pas kata:
Apa umno dah buat sehingga Islam dan kafir 50-50? Itulah Umno, kita harap dia memerintah dan kuatkan Melayu dan pastikan Islam bertambah tapi....cuba bayangkan kalau tidak ada pembangkang dari kalangan orang Melayu dan Islam apa akan jadi?. Tentu tak ada sapa nak peduli tentang pertambahan orang kafir dan bilangan orang Melayu yang murtad.
Inilah padahnya memburuk-burukkan Islam, usahkan orang kafir, yang dah Islam pun keluar dari Islam.
Kita harapkan Umno baiki sistem pendidikan agar kefahaman Islam semakin kuat dikalangan anak-anak Melayu tetapi masya Allah...anak-anak Melayu sekarang ini benar-benar jahil tentang agama.
Kalau ada sekolah agama Umno berusaha untuk menghancurkannya atau sekurang-kurangya melemahkannya atau menukarkannya menjadi sekolah agama kebangsaan (sekular).
Kata Tan Sri:
Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India (35 peratus), orang Melayu sudah 18 tahun tidak meningkat. Dalam 18 tahun itu juga, orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu, kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu kini ketinggalan dibelakang. Oleh itu, kalau kita berpecah lagi, keadaan umat Islam akan menjadi bertambah buruk.
Kata penyokong fanatik Pas:
Itulah antara punca atau sebab kami tentang Umno, sebab tak boleh diharap...orang melayu bukannya bodoh, tak ada lagi pelajar cina atau india yang mampu menewaskan kecemerlangan pelajar melayu Islam...15A SPM, 17A SPM, 20A SPM semuanya dibolot oleh orang Melayu ISLAM. Kalau kita guna otak tentu kita dapat simpulkan bahawa orang Melayu sememangnya bijak, jauh lebih bijak dari orang cina dan india....tetapi kenapa ekonomi mereka semakin merosot??? Sedangkan orang Melayu Islam semakin hari semakin bijak. Dimana silap dan salahnya???.kalau bukan penyelewengan, apa lagi alasannya....
Kenapa Umno cuba buang bukti bahawa orang Melayu Islam ini sememangnya bijak dan orang lain tak mampu mengatasinya? Kenapa sekat pelajar SPM ambik lebih subjek untuk peperiksaan SPM. Takut kalau kejayaan yang besar ini jadi bukti bahawa orang Melayu semakin bijak ke?. Atau takut mereka yang bijak ini suatu hari nanti jadi pembangkang yang akan menyusahkan UMNO, MIC dan MCA?. Atau takut melihat keyakinan melayu mulai kuat, takut untuk melihat kebangkitan Melayu Islam.
Kata Tan Sri lagi:
Allah sudah menyatakan perkara ini dalam al-Quran melalui firmanNya yang mengingatkan kita bahawa jangan kamu berpecah, kamu akan gagal dalam hidup ini. Akan hilang wibawa kamu dalam masyarakat. Itu Tuhan sudah sebut terang-terang, kenapa memilih jalan perpecahan, ini yang paling saya kecewa.
Kata penyokong fanatik Pas: kecewa dan putus asa tu memang kerja iblis semenjak dari dulu lagi. Kalau Tan Sri kecewa saja tapi tak putus asa, Tan Sri kena buktikan, buktikan Tan Sri berusaha sedaya upaya yang ada untuk memartabatkan Islam yang sekaligus akan memartabatkan melayu di Malaysia.
Kami berpecah kerana Umno banyak buat yang tak betul. Kalau kami tak bangkang adakah umno akan sedar?

MINGGUAN: Tetapi Pas tidak mahu berkerjasama dengan UMNO kerana mendakwa pernah ditipu suatu ketika dahulu, apakah ini wajar?
Hasussani: Tak kan kerana perkara itu, ia tidak boleh dimaafkan? Kalau itu satu pengalaman tidak bolehkah kita baikinya supaya tidak berulang? Kita sudah ada perjanjian bagi memastikan perkara itu tidak berlaku lagi. Anak kita pun kadang-kadang buat salah dengan kita tetapi kenapa kita boleh makan bersama semula dan boleh beri nasihat? Allah pun menyeru memohon keampunan kepada-Nya dan menyuruh kita bermaaf-maafan.
Jadi takanlah hanya kerana satu peristiwa itu, kita hendak menjadikan sandaran, apakah kita hendak hancur? Ini yang menjadi masalah. Atau kita hendak pakai juga pepatah, biar papa asal bergaya? Maknanya kita jadi hero tetapi kita kalah, kita kecundang, apa gunanya semua itu.
Kata penyokong fanatik Pas:
Lidah tak bertulang amat mudah mengeluarkan kenyataan. Anuar Ibrahim yang tanggung dia tahu bagaimana rasanya. Bukankah Rasulullah saw berpesan kepada orang yang merasai dirinya beriman agar tidak terjerumus kedalam lubang biawak untuk kedua kalinya dan Allah juga berpesan agar anak-anak Adam tidak tertipu untuk kedua kalinya?.
Siapakah Anuar Ibrahim, bukankah dulu dia Timbalan Perdana Menteri. Kalau dia pernah mengadakan perpaduan dengan UMNO sehingga dia sampai kekemuncak dan akhirnya disumbat dalam ISA apakah jaminan bahawa orang lain selain Anuar tidak akan menerima nasib yang sama atau lebih lagi, Itu berlaku zaman Mahathir, setelah diganti oleh Pak, didapati Anuar tidak bersalah setelah Anuar diaibkan dan hampir mati dengn racun arsenik, akhirnya didapati tidak bersalah. Masya Allah, beratnya bahu memikul...
Memang orang UMNO boleh kata, ooo itu dulu, zaman Mahathir, ini zaman Najib. Kita nak tanya orang UMNO: Mahathir kat mana sekarang? Bagaimana hubungan dia dengan Najib?. Adakah Najib tidak akan ikut telunjuk Mahathir. Kalau tak ikut telunjuk Mahathir sanggupkah Najib jadi macam Pak Lah?.
Kes liwat kedua Anuar masih belum selesai, macamman rakyat akan ada selera nak adakan hubungan ngan UMNO?

MINGGUAN: Masalahnya apabila seseorang bertaraf Mursyidul Am dalam Pas bercakap, orang lebih mempercayai kata-katanya biarpun dia mengecam sesama Islam.
Harussani: Kita pun tidak menafikan perangai pemimpin UMNO dahulu, sombong dan berlagak, tetapi sekarang sudah ada kesedaran berhubung kesilapan yang dilakukan. Tetapi kalau kita masih dengan hujjah masing-masing, itulah masalahnya. Kita sudah tengok kaum India yang merupakan kelompok kecil sudah mempunyai suara yang cukup kuat tetapi kita semakin lemah kerana berpecah.
Kata penyokong fanatik Pas:
Tok Guru Nik Aziz tak sombong sebab dia telah keluarkan kenyataan dari dulu sampai selama-lamaya bahawa jikalau UMNO setuju memperjuangkan ISLAM dalam semua sudut dan ruang maka Pas akan dibubarkan dan Tok Guru orang pertama akan mengisytiharkan kepada masyarakat bahawa dia masuk UMNO.
Susah sangat ke nak ikut syarat Tok Guru ni?. Tok Guru adalah orang yang kuat berpegang pada janji. Kalau nak tahu cubalah isytiharkan kepada rakyat bahawa UMNO telah setuju untuk berjuang ISLAM. Bukan islam had-hari.
Kita lemah bukan kerana berpecah tetapi kerana menolak Islam.
MINGGUAN:Bagaimanakah kita hendak satukan orang Melayu, kalau penyokong parti masing-masing terus mengamalkan politik sempit?
Harussani: Kita lupakan soal politik, kita balik kepada agama kita, balik kepada Tuhan kerana Islam menyuruh kita bersatu kerana kita bersaudara sesama Islam, haram memutuskan silaturrahim. Kembalilah kepada ajaran Islam jangan terlalu banyak politiking.
Kita berpolitik dengan tujuan mentadbir negara sahaja, bukan untuk berkelahi sesama kita, tetapi malangnya apa yang berlaku sekarang apabila orang melayu kita masuk politik mereka menjadi taksub.
Apabila bersikap demikian maknanya orang lain tak betul dia sahaja yang betul.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Kami nak tuntut hak kami, Pas nak tuntut Islam, keadilan nak tuntut keadilan contoh macam kes liwat Anuar dan sebagainya, DAP nak tuntut hak mereka. Malaysia ni bukan hak UMNO saja. Bukan hak melayu saja. Adakah orang yang menuntut hak boleh dikatakan fanatik?
Kata Tan Sri lagi:
Contohnya, krisis politik di perak, apabila pakatan pembangkang membawa kes itu ke mahkamah, pada mulanya mereka menang, mereka seronok. Kemudian apabila UMNO membuat rayuan dan menang, mereka (pakatan pembangkang) kata ini tidak boleh, ini tidak betul. Persoalannya apakah (keputusan) yang dahulu betul? Takkan dulu seorang hakim dan sekarang tiga hakim, tiga yang buat salah. Kemudian buat rayuan kepada Mahkamah Agung, lima hakim yang bersidang membuat keputusan yang sama, jadi tak kan kita tidak mahu terima, takkan lah hakim-hakim itu berat sebelah.
Kata penyokong kuat suara rakyat:
Sebelum dibawa kes tersebut ke mahkamah, UMNO rampas perak dengan guna kuasa Sultan. Memang guna kuasa Sultan tak bercanggah dengan undang-undang. Sebab Sultan berkuasa. Macam cerita Sultan-Sultan Melaka dulu, bukan takat rampas jawatan orang bahkan Sultan Melaka dulu ada yang rampas tanah bahkan ada yang rampas isteri orang. Memang kalau dilihat dari sudut undang-undang apa yang dilakukan oleh Sultan adalah betul untuk selama-lamanya di dunia ini, sebab undang-undang adalah rekaan manusia. Kalau undang-undang Allah, rampas ni tak boleh.
Apabila rampasan berlaku, kita ada hak demokrasi, bawa ke Mahkamah. Kalau tak ada peruntukan atau kebenaran atau salah disisi undang-undang kenapa Mahkamah terima apabila dibawa kes ini ke Mahkamah. Apabila dibawa ke Mahkamah Nizar menang.
UMNO pula buat rayuan, kenapa UMNO buat rayuan ,tentu UMNO macam Pakatan Rakyat juga, dia rasa keputusan Mahkamah tak betul. Kalau dia rasa Mahkamah betul kenapa dia buat rayuan? UMNO menang.
Apabila begitu, kita inikan manusia takkan tak pening. Dengan keadaan keputusan Mahkamah yang bercelaru. Takkan kita tak mahu kepastian. Sebab keputusan dahulu yang berpihak kepada Nizak dianggap keputusan yang tersilap.
Jadi takkan keputusan yang memberi kemenangan kepada UMNO bebas dari kesilapan. Dan Mahkamah pula buka peluang untuk Nizar buat rayuan. Dan kalau Nizar buat rayuan, salahkah dia? Salahkah sekiranya seseorang tidak berpuas hati dan Mahkamah pula buka pintu untuk buat rayuan, maka dia guna peluang tersebut?
Tidakkah tindakan Tan Sri ini menghina mahkamah?. Menjatuhkan hukuman dengan alasan atau menganggap salah tindakan Nizar yang dibenarkan oleh mahkamah.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Tan Sri orang Sultan Perak tentu Tan Sri akan berusaha sedaya upaya untuk bela Sultan. Kes Nizar ni, bukan lawan UMNO tetapi lawan Sultan yang dipergunakan oleh UMNO. Ingat!!! Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat nak membela Sultan, tidak akan membolahkan seseorang tu memutarbelitkan ayat-ayat al-quran untuk menyokong tindakannya. Allah tahu isi hati seseorang hambanya.
Kata Tan Sri lagi:
Oleh itu, saya tidak boleh terima tindakan pembangkang tetapi bila saya cakap macam ini mereka kata saya anti Pas,
Kata penyokong fanatik Pas:
1 - Tan Sri kan Mufti, dengan alasan dan hujjah yang lemah ini Tan Sri sudah mampu mengeluarkan pendapat dan pegangan? Begitukah syarat ijtihad seorang Mufti?
2 – Tan Sri kan orang Sultan. Dan Tan Sri bermati-matian nak jadi Hang Tuah.
Kami rakyat tidak buta mata dan tidak buta hati .
Kata Tan Sri lagi:
bila keluar kenyataan saya dukacita kerana kerajaan perpaduan gagal, mereka kata patutlah dapat (dianugerah) Tan Sri, sedangkan saya tak tahu fasal “Tan Sri”. Sebelum ini saya berada di Makkah, balik saja ada surat suruh terima, bukan UMNO yang beri tetapi Yang di-Pertuan Agong.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Takaknlah anugerah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong,Yang di-Pertuan Agong pilih tanpa merujuk kepada sesiapa atau menerima cadangan dari sesiapapun.Tentu pemilihan tersebut dicadang kepada Yang di-Pertuan Agong...sapa yang cadang tu? Takkan Tan Sri sebagai Mufti nak tipu kami. Bahawa orang-orang UMNO tidak terlibat dalam urusan mencadangkan dan memberi sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam memberi anugerah kepada mereka yang berjasa.

MNGGUAN: Ada pihak mengkritik Tan Sri jangan campur urusan politik, apa komen Tan Sri?
Harussani: Saya cuba melihat perjalanan politik mereka dan saya lihat ia tidak betul dari segi syarak, itu yang saya tegur. Begitu juga apabila UMNO bersikap tidak adil atau sombong, saya akan tegur.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Betul ke kenyataan TanSri ni? UMNO tolak Islam dan berjuang kebangsaan Tan Sri pernah tegur ke? Bila? Dimana?Kalau berjuang kebangsaan sahaja tetapi terima Islam tu kira boleh dimaafkan.
UMNO tolak hudud dari Allah dan bermati-matian memperjuangkan ISA yang entah dari mana datangnya ---Tan Sri Tegur ke ?bila dan dimana?
UMNO cipta agama Islam baru, iaitu Islam Had-hari, Tan Sri pernah tegur ke? Bila dan dimana?.
Kalau nak tanya tu memang banyak soalan. Tapi cukup takat soalan diatas aje rasanya.
Kata Tan Sri:
Dalam soal Pas, saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam, oleh itu apabila saya melihat tindakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah. Tak kan lah kerana itu pun nak suruh saya masuk UMNO.
Kata penyokong fanatik Pas:
Tan Sri kata, ---Saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam...oleh itu apabila saya melihat tidakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah...
Tan Sri mengaku bahawa Tan Sri tahu sikit-sikit fasal hukum Islam...Tan Sri ni memang ikut pengajaran dari Nabi Musa dan Khaidir...tetapi bagaimana pula Tan sri boleh yakin apabila melihat tidakan yang Tan Sri kira menyeleweng daripada hukum syarak---Tan Seri terus tegur tanpa menerima penjelasan yang sewajarnya dari orang yang Tan Seri anggap melakukan tindakan yang dikira bercanggah dengan Syarak. sedangkan Tan Sri sendiri mengaku bahawa Tan Sri tahu sikit-sikit aje tentang hukum Islam. Kalau dah mengaku tahu sikit-sikit kenapa tak cari penjelasan dulu baru boleh keluarkan kenyataan dalam akhbar. Berapa kali Tan Seri buat perjumpaan dengan Tok Guru sebelum Tan Sri keluarkan kenyataan yang berat kepada Tok Guru(Ikut etika syaitan ni satu teguran yang begitu dahsyat kepada Tok Guru).
Takkan Tan Sri tak ingat firman Allah yang bermaksud: “ Boleh jadi apa yang engkau sukai (engkau anggap betul) itu adalah keburukan dan kejahatan kepada kamu, dan boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya kebaikan untuk kamu”. Kenapa tak jumpa dulu dengan Tok Guru, dapatkan penjelasan darinya sekjelas-jelasnya baru boleh keluarkan kenyatan dalam akhbar. Tan Sri kan mufti yang bijaksana dan berpengaruh ramai penyokong dan pengikut. Muliakah tindakan mufti main pakai tembak peluru penabur...tanpa mendapat kepastian apa yang perlu ditembak dan adakah perlu ditembak...
Kata Tan Sri lagi:
Memang saya tidak tahu politik, kalau nak suruh cakap fasal politik, saya tak tahu. Suruh cakap fasal ekonomi, saya bukan ahli ekonomi. Sebab itulah kebanyaka ustaz-ustaz yang menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), apabila orang bahas ekonomi, dia tidak boleh bercakap. Golongan ustaz-ustaz ini hanya tahu soal dakwah, tidak tahu fasal politik. Kita perlu faham politik ini harus tahu semuanya.
Sebab itu saya tidak mahu terlibat dalam politik, kalau mahu dah lama saya boleh berbuat demikian. Saya fikir kalau saya jadi ahli Parlimen atau ADUN, jika orang bercakap perkara saya tak tahu, buat apa.
Kita tengok dalam Parlimen, apabila bercakap soal agama Islam ia lebih banyak menyentuh soal zakat, wakaf dan urusan pejabat agama, itu sajakah? Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan, begitu juga dengan ahli UMNO, kalau soal Islam tanya fasal berapa kutipan zakat, sepatutnya tak perlu tanya, itu kita punya.
Kata penyokong fanatik suara rakyat yang ingin melihat perubahan:
Tan Sri memang bagus mengaku tak tahu, tapi Tan Sri jangan lupa jawatan dan pangkat sebagai Mufti serta gelaran Tan Sri tu bukan hanya untuk jaga fasal hadih, nifas zakat dan beberapa perkara sahaja. Tetapi jawatan dan gelaran itu adalah tanggungjawab yang Allah berikan supaya Tan Seri menjaga agama dari setiap sudut. Kalau Tan Sri tak tahu boleh belajar kan? Bukankah Nabi kita berpesan agar menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad?
Baguslah kalau Tan Sri mengaku kelemahan tetapi, sebagai seorang yang beriman tentu Tan Sri ingin melihat generasi ulama’ selepas ini tidak lagi memiliki kekurangan dan kecacatan sebagaimana yang dimiliki oleh ulama’ sekarang. Sebab itu, Tok Guru bermati- matian menubuhkan sekolah agama yang membekalkan ilmu yang secukupnya kepada bakal-bakal ulama’ akan datang supaya ulama’ akan datang tidak ternganga (dalam kebodohan) apabila orang bincang fasal ekonomi, politik dan sebagainya.
Tetapi sayangnya UMNO mengkhianati bangsanya. Mereka menghalang pelajar dari belajar banyak mata pelajaran. Cukup sepuluh mata pelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM. Jadi macam mana ulama’ akan datang dapat memahami bidang lain selain bidang agama sahaja...UMNO seolah-olah tak nak lihat orang melayu Islam menguasai semua bidang... mereka nak ulama’ bodoh macam yang Tan Sri cakap iaitu ulama’ yang tak tahu itu dan ini . maka mudahlah UMNO nak T. I . P . U. Mereka.
Sekolah agama diserang dari berbagai sudut oleh UMNO. Takkanlah Tan Sri yang telah mengeluarkan kenyataan tentang kelemahan ulama’ boleh berdiam diri, dan membiarkan generasi ulama’ akan datang bodoh macam ulama’ sekarang. Adakah Allah akan memaafkan Tan Sri?.
MINGGUAN: Adakah dalam soal perpecahan umat Islam hari ini, para alim ulama harus campur tangan?
Harussani: Selamanya kita sudah memainkan peranan, tiap kali bersyarah saya akan membangkitkan soal perpaduan, soal silaturrahim, saya bangkit soal etika permasyarakatan, jangan lupa hukum bermasyarakat kerana kalau lupa dan buat silap sikit kita boleh jadi fasiq, tetapi siapa yang peduli?
Kata penyokong fanatik PAS: kalau tolak hudud pula apa hukumya? Kalau pertahankan ISA apa hukumnya? Kalau buat islam had-hari apa hukumnya? Takkan Tan Sri tahu bab fasik sahaja?
Ingat!!!hukum permasyarakatan perlu ikut landasan agama Islam, tu UMNO tak mahu Islam macammana?
Kalau UMNO terima Islam tentu Tok Guru bubar PAS.
Kata Tan Sri lagi:
Ketika memberikan tazkirah sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, semalam (khamis) saya bercakap sedikit sahaja mengenai sembahyang saya tidak kupas berapa rakaat sembahyang, saya tekankan soal Firman Allah bahawa sembahyang itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar. Bila kita sembahyang, pejamkan mata dan cuba lakukan pembetulan dalam diri, apakah kita ego, takbur,sombong, marah, mengumpat orang dengki atau khianat kepada orang lain. Kalau ada sifat itu masa sembahyang kena buang, kalau ada sifat itu masa sembahyang maka sembahyang kita tidak terpakai, ini Allah tegaskan dalam firmanNya yang bermaksud: “Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari dari hikmah sembahyang itu sendiri”. (al-Maa’uun: 4-5).
Itu semua harus dihapuskan, bila sembahyang lahirlah dia sebagai insan Rabbani. Bila kita tak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur. Kalau dia seorang bapa dia seorang bapa yang bertanggungjawab, kalau suami dia akan berikan hak kepada isteri dengan sebaik-baiknya, kalau dia isteri dia akan menjaga suami dan anaknya.
Kata penyokong fanatik suara rakyat yang ingin melihat perubahan:
kenapa Tan Sri dan rakan-rakan Tan Sri tak boleh duduk semeja berunding dengan ulama’ PAS?.Tan Sri kan mufti, takkan nak harapkan ulama’ Pas yang ajak dulu baru Tan Sri fikirkan nak terima atau tidak jemputan untuk duduk semeja bincang fasal agama dan rakyat juga negara.
Memang betul cara Tan Sri ceramah, tapi mengikut Nasihat Rasulullah saw dan sahabatnya, kesedaran tentang tanggungjawab tidak memadai disemai sekadar pendedahan duniawi sahaja. Kita perlu menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab mereka dengan berasaskan akhirat. Iaitu bermula dengan kematian, kubur, kebangkitan, mahsyar, mahakamah Allah, titian, neraka yang menjulang mengelilingi titian dan seterusnya baru syorga.
Kalau kesedaran tidak berpaksikan ilmu akhirat, maka kita hanya mampu melahirkan generasi munafik atau separa munafik sahaja. Sebab dia akan jaga segala-galanya apabila berada dihadapan orang sahaja, khususnya depan Tan Sri. Bagaimana dia nak jujur kalau tak ada ilmu tentang akhirat?.
Bagaimana mereka nak memiliki motivasi yang kental dalam menghadapi godaan dunia yang mencabar kalau ilmu dia takat teori fikh sahaja. Mereka tidak diisi dengan ilmu akhirat yang mencukupi. Tidak akan timbul perasaan berkorban apa saja kalau seseorang itu tidak memiliki rasa takut kepada peristiwa yang akan berlaku di hari akhirat nanti.
Oleh itu, di awal surah al-Baqarah Allah sifatkan orang yang berjaya ialah orang yang antaranya mereka yakin dengan hari akhirat... dalam tafsir al-Qurtubi... dinyatakan bahawa dari mana datangnya keyakinan kalau tanpa ilmu???. Jadi tidak dapat tidak jikalau kita inginkan kejayaan kita wajib mengisi dada-dada kita dengan ilmu yakin iaitu ilmu akhirat yang mendalam.
Dan kita perlu sedarkan masyarakat bahawa munafik itu lebih berat azabnya dari kafir, dan kita perlu perkenalkan kepada masyarakat siapakah yang dikatakan munafik melalui kacamata al-Quran dan al-Hadis.

MINGGUAN: Adakah kuasa yang menjadi penyebab atau faktor yang tersirat di sebalik yang tersurat menjadi punca keengganan menjayakan kerajaan perpaduan ini?
Harussani: Jika kuasa menjadi matlamat sampai bila-bila Islam tidak akan dapat dicapai dan pelaksanaan kerajaan perpaduan tidak mampu dilakukan. Sepatutnya, kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai perpaduan, keadilan dan persaudaraan.
Sebab itulah orang Arab tidak boleh menang melawan israel.begitu juga apabila setiap negara mengatakan ia lebih kuat daripada yang lain. Contohnya, libya dan Mesir, sudah beberapa kali mereka berpecah akibat perbezaan politik. Ia berlaku kerana masing-masing merasakan mereka lebih berkuasa, ini masalahnya.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
kami sokong pendapat Tan Sri Cuma kami nak tambah sikit iaitu sepatutnya kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai, perpaduan, keadilan dan persaudaraan mengikut ISLAM. Kerana tidak akan wujud perpaduan, keadilan dan persaudaraan tanpa ISLAM.
Negara Arab tidak berjaya kerana wadah perjuangan mereka bukan menegakkan ISLAM. Mereka berpecah kerana saling hendak menunjukkan kekuatan dan kemegahan bangsa, negara, puak dan sebagainya(sebab mengikut sejarah negara-negara arab itulah tabiat mereka suka berbangga dengan kabilah-kabilah mereka sehingga mereka sanggup berperang dalam tempoh yang lama demi untuk menunjukkan dan membanggakan kabilah, keturunan atau negara mereka. Islam datang lalu mengubah pegangan mereka dengan menjadikan ISLAM adalah kebanggan mereka, tetapi malangnya setelah lama Rasulullah saw meninggalkan kita maka masyarakat arab mulai kembali kepada tabiat mereka semula ). Mereka mencamppakan ISLAM ke belakang, mereka memijak-mijak ISLAM.
Kata Tan Sri lagi:
Kalau kuasa itu menjadi matlamat, maka kita tidak akan berjaya tetapi kalau matlamat kita adalah untuk melahirkan kedamaian, persaudaraan dan keadilan itu maka ia akan berjaya.
Dalam soal ini kedua-dua parti terlibat, UMNO pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana, saya bukan nak kata kepada Pas sahaja.
Kata penyokong fanatik PAS: Kenyataan Tan Sri ni ambik dari mana, mana dalilnya?
kalau kuasa tak perlu tentu Rasulullah saw serahkan kuasa kepada Abdullah bin Ubay bin Salul sebagai pemerintah Madinah.
Tanpa kuasa apa kita mampu buat? Nak makan kena ada kuasa mengarahkan tangan menyuap dan mulut mengunyah serta menelan kalau tak ada kuasa nak makan macammana?.
MINGGUAN: Kalau persengketaan ini berterusan apa yang berlaku kepada orang Islam?
Harussani: “Jika ini dibiarkan berterusan, orang Islam akan hancur. Bila berpecah, kita akan jadi lemah dan hilang wibawa termasuk kuasa politik. Jika ini berlaku, hancurlah kita, ini yang saya lihat.
Ada bertanya kenapa saya berani bercakap, saya hanya bercakap yang hak (benar), apa hendak jadi, jadilah. Politik tidak lagi dilihat sebagai alat tetapi bagi mendapatkan matlamat iaitu kuasa, kalau itu tujuannya habislah orang Melayu dan Islam.
Kata penyokong fanatik PAS:
lemah atau kuat adalah pemberian Allah. Semua itu telah dibuktikan oleh Allah, dalam perang Hunain, bilangan ummat Islam begitu ramai dan mereka dengan yakin akan dapat kemenangan. Tetapi mereka kalah, sebab Allah tak mahu terima amalan orang munafik yang menyertai peperangan atau perjuangan. Kalah kerana disertai oleh munafik. Menang kerana disertai oleh orang yang ikhlas kerana Allah. Takkan Tan Sri tak baca sejarah Islam.
Kata penyokong fanatik Pas lagi:
Kami setuju untuk kembali kepada Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, sebab kami memperjuangkan Islam dari dulu dan selama-lamanya...tapi bukan Islam Had-hari. Dan kalau UMNO setuju untuk kembali kepada Islam yang asal bukan Islam Had-hari Tok Guru akan isytiharkan pembubaran PAS dan Tok Guru sedia untuk masuk umno. Itu janji Tok Guru.
MINGGUAN:Apa yang paling merisaukan ialah keyakinan orang kepada individu bertaraf ulama, akibatnya apa sahaja dia cakap orang akan percaya, biarpun ia boleh memberi kesan yang buruk kepada perpaduan umat Islam, apa komen Tan Sri?
Harussani: Rasulullah saw pernah mengingatkan takutlah kamu kepada penyelewengan ulama kerana di mempunyai pengaruh. Tetapi kita sama-sama Islam dan berilmu kita boleh timbang sendiri, jangan kita taksub tak tentu fasal, lepas itu kita gelar orang macam-macam, dari segi syarak itu haram.
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Tan Sri kan Mufti, adakah wajar seorang Mufti mengeluarkan kenyataan dan fatwa tanpa merujuk kepada orang yang dituduh? Bolehkah seorang khadi, mufti, dan sebagainya menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan sebelah pihak?adakah boleh khadi atau mufti mengeluarkan hukum atau fatwa berdasarkan ilmunya sahaja tanpa mendengar penjelasan dari pihak yang didakwa? berapa kali Tan Sri panggil Tok Guru bertemu mata sebelum Tan Sri keluarkan kenyataan akhbar ini?atau mazhab mana Tan Sri guna?
Bukankah Rasulullah saw telah jelaskan bahawa khadi (termasuk mufti dan orang yang alim dalam agama terbahagi kepada tiga iaitu dua pertiga akan ke neraka dan hanya satu pertiga sahaja yang ke syorga)...tak takut kah Tan Sri mengeluarkan kenyataan dalam akhbar berpandukan keterangan sebelah pihak dan berdasarkan ilmu Tan Sri tanpa mengambil kira keterangan tertuduh?.
Kata Tan Sri lagi:
Firman Allah: “Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk...(al-Hujurat:11)
Tetapi apa yang kita lihat ada panggil orang komunis, ayah pin, ini apa?
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Ternyata Tan Sri tidak tahu alasan kenapa Tok guru panggil orang komunis, ayah pin...tanpa memanggil mereka yang dikira bersalah Tan Sri dah boleh buat keputusan? Tan Sri pakai mazhab mana? Bukankah dalam kaedah fikh ada disebut: al-Ahkam Taduru ma’a ilaliha wujudan wa adaman?iaitu hukum itu berubah mengikut perubahan sebab walaupun hukum asal termaktub dalam al-Quran tetapi ianya mungkin berubah apabila sebabnya berubah. sebagai contoh kewajipan sembahyang digugurkan kepada orang perempuan berhaidh. Sedangkan kita tahu sembahyang ni wajib tapi wajib sembahayang ni boleh jadi haram sembahayang, begitu juga dengan puasa.
Tan Sri seolah-olah menafikan ilmu Tok Guru dengan menjatuhkan hukuman tanpa mendengar sebarang keterangan dan alasan serta hujjah darinya. Bukankah itu satu jenayah?Tak berdosa ke Tan Sri? Atau Tan Sri ni kasyaf?.
Tan Sri ikut etika mana dalam bab ni?
Tan Suri juga kata bahawa Tan Sri tak pandai dalam bab politik, tetapi walaupun tak pandai dalam bab politik Tan Sri keluarkan hukum juga?
Kata Tan Sri lagi:
Tambahan pula yang dengar itu pula orang tak tahu. Contohnya seorang doktor bila dia bagi ubat orang percaya, tok bomoh cerita fasal sakit barah orang terus percaya sebab dia tok bomoh. Padahal dia pun tak tahu apa-apa.
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Tan Sri sedar ke Tan Sri adalah siapa dimata rakyat Malaysia. Tu yang Tan Sri keluarkan kenyataan akhbar tu. Tan Sri betul-betul yakin ke Tok Guru ikut etika syaitan?. Dan bolehkah hadir keyakinan dalam diri Tan Sri tanpa Tan Sri dengar keterangan dari pihak yang tertuduh?
Lagi ramai yang baca kenyataan Tan Sri dari yang dengar ceramah Tok Guru. Tan Sri lebih dikenali oleh rakyat Malaysia dan lebih ramai pengikut berbanding Tok Guru.
Adakah Tan Sri tahu bahawa sebelum ini sudah ada golongan yang mengatakan Tok Guru Nik Aziz adalah setan sebab menggalakkan perpecahan antara ummat Islam. Dengan kenyataan Tan Sri, Dr Asri, Dr Juanda Jaya dan seumpamanya --- Tan Sri tentu boleh agak apa persepsi masyarakat terhadap Tuan guru. Maka siapa yang lebih teruk Tok Guru atau Tan Sri?.
MINGGUAN: Islam menerima perbezaan pendapat. Malah al-Quran dalam surah an-Nisa’ ayat 59 menjelaskan bagaimana menghadapi perbezaan pendapat. Soalnya, mengapa terdapat parti-parti politik yang terlibat tidak mahu mentaatinya?
Harussani:Dalam ayat itu Allah berfirman yang maksudNya: “Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian”.
Sepatutnya, sebagai saudara seagama, kita patuh kepada arahan Allah. Kita wajib patuh kepada pemerintah selagi mana tidak diarah membuat maksiat. Kalau tidak taat, maka kita durhaka. Sekalipun jika pemimpin itu zalim.
Kata penyokong fanatik Pas:
Tak cukup kalau kita faham teks al-Quran tanpa mengetahui objektif sesuatu suruhan dan larangan.
Tak cukup kalau kita faham teks al-Quran tanpa mengandaikan bahwa hukum tersebut boleh berubah mengikut sebab atau illah.
Tak cukup kalau kita faham teks al-Quran dengan sifat ego kita sahaja iaitu tidak mahu ambil tahu pendapat dan hujjah orang lain.
Dan memang tak cukup ayat al-Quran yang Tan Sri guna, mungkin kesalahan cetakan atau mungkin Tan Sri guna ayat yang Tan Sri ndak saja yang tak nak guna Tan Sri buang. Yang tertulis dalam akhbar mingguan bahawa Tan Sri guna ayat takat: “Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan ulil amri... mungkin Tan Sri tak guna perkataan “Minkum”. Sebab tu jadi lain fahaman antara ulama’ Pas dan Tan Sri. Sebab perkataan “Minkum” itu adalah pemisah diantara penyokong hak dan batil.
Sebab itu sebarang keyataan dari Tan Sri ... Tan Sri kena buka agar ianya dapat dinilai oleh ulama’ lain... dan Tan Sri kena buka pintu perbincangan.
Tak boleh kita guna ilmu sempit kita saja untuk menghukum seseorang itu ikut etika syaitan atau tidak tanpa kita buka peluang untuk orang yang kita tuduh itu mengemukakan hujjah-hujjah mereka. Ingat! Kalau tuduhan kita itu tidak betul maka tuduhan itu akan dikembalikan kepada kita.
Kata Tan Sri lagi:
Rasulullah saw bersabda: “Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman,” itulah cara kita menolongnya.
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Kata-kata Rasulullah saw “ kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman” adakah ayat (hadis)itu hanya boleh difaham dengan menggunakan makna zahirnya sahaja?
Bukankah ada firman Allah yang menceritakan tentang tangan tetapi perlu ditakwil kepada kuasa? Adakah salah sekiranya disini kita ertikan pegang kedua tangan mereka itu iaitu kita tahan kuasa dia... sebagaimana yang dilakukan hari ini oleh mana-mana jabatan atau syarikat yang menahan tangan(kuasa) mereka yang melakukan kezaliman dengan gantung kerja.
Kata Tan Sri lagi:
Sepatutnya hubungan sesama Muslim itu penuh dengan kasih sayang bukannya menyemai sikap benci membenci atau keras. Ingatlah firman Allah yang maksudNya: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka...(al-Fath ayat 29).
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Dah ijtihad Tok Guru kata Umno sesat macam ayah pin dan komunis, maka bukankah Allah suruh bertegas dengan orang sesat?dan Tok Guru amat-amat berkasih sayang sesama mereka yang berjuang menegakkan Islam...
Tok Guru ajak debat untuk buktikan UMNO sesat kenapa tolak? Bukankah Allah suruh bekeras dengan orang kafir dan munafik? Yang berbunyi: Ya Ayuhannabiyyu jahidil kuffara wal munafiqin waghluz alaihim...
Dan firman Allah yang berbunyi: Fama lakum fil munafikin fi’ataini wallahu arkasahum bima kasabu...aturiduna an tahdu man adhallaah?...
Kata Tan Sri lagi:
Rasulullah saw bersabda: “Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh...janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu...jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara”.
Kesimpulannya, bagaimana kita hendak selesaikan kemelut ini?
Harussani: Kalau ulama perlu ambil peranan untuk selesaikannya, kita harus kembali ke pangkal jalan. Asas utama yang perlu adalah perpaduan, silaturrahim dan hormat menghormati. Perseteruan, pecah belah dan persengketaan adalah ajaran syaitan. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu...( al-Maidah ayat 9).
Kata penyokong fanatik PAS:
Terima Islam sepenuhnya jangan terima Islam separuh-separuh atau Islam hari-hari tertentu sahaja(had-hari)
Kalau umno terima Islam sepenuhnya. Maka tidak akan wujud lagi PAS.

2 – Kenyataan Dr. Juanda Jaya (Berita Harian Selasa 23 jun 2009)

2 – Kenyataan Dr. Juanda Jaya (Berita Harian Selasa 23 jun 2009)
Bertajuk: Dendam, sifat takbur parti halang perpaduan ummah
Ulama guna wadah politik sebagai wadah perjuangan perlu fahami mereka umpama khadam, bukan tuan.

1 – Ulama’ yang menggunakan wadah politik sebagai jalan perjuangan fisabilillah sentiasa memahami mereka umpama khadam dan orang gaji bagi rakyat, bukannya sebagai tuan dan raja atau rahib yang suci maksum tanpa dosa.

Kata pentokong Fanatik Pas:
Itu dilihat dalam kontek sacara umumnya, tapi dari sudut rinciannya Allah suruh Rasulnya bertegas dengan orang munafik dan orang kafir...kan gitu Dr?. Rakyat ni berbagai, ada yang takut dan taat kepada Allah, ada yang kafir secara sembunyi, dan ada yang kafir secara jelas...nak tanya Dr laa..ulama’ kena jadi khadam atau orang gaji ke kepada orang munafik dan orang kafir yang menentang agama Allah?.

Kata Dr Juanda lagi:
2 – Ulama’ yang ikhlas memperjuangkan Islam dalam arena politik hendaklah memiliki sensitiviti jiwa yang halus, sentiasa memperbaharui niat dan menilai strategi di jalankan, bukan untuk keuntungan partinya semata-mata, bahkan hendaklah melihat daripada sudut lebih luas dan terbuka serta menerima pandangan parti lain demi kepentingan agama.
Mereka hendaklah sedar, perjuangan itu bukan untuk parti tetapi untuk Islam keseluruhannya dan agama Allah semata-mata. Maka hendaklah dikikis rasa kebencian dan dendam yang pernah ditoreh oleh parti lain ke atas mereka.
Kata Dr Juanda lagi:
3 – Seandainya orang yang mahu membela Islam dalam arena politik masih memiliki saki baki kudis dendam ke atas golongan dan parti ummat Islam lain serta menutup pintu serapat-rapatnya, menolak sebarang bentuk rundingan bagi mencapai perdamaian maka dikhuatiri niat perjuangan mereka tidak lagi murni dan ikhlas semata-mata kerana Allah.

Kata penyokong fanatik Anuar Ibrahim:
Kami yakin anda tentu waras semasa mengeluarkan kenyataan diatas. Kalau anda pernah dipenjarakan atas berbagai tuduhan antaranya tuduhan liwat dan anda hampir mati dibunuh dengan arsenik, sampai sekarang kes liwat siri kedua masih belum selesai-adakah anda akan dapat mengikis rasa kebencian dendam yang pernah ditoreh oleh parti lain ke atas mereka?

Kata penyokong fanatik PAS:
Anda kan doktor Falsafah dalam bidang agama tentu anda hebat, bukankah ada hadis yang mengatakan orang beriman(kalau dia benar-benar beriman) takkan jatuh ke dalam lubang biawak untuk kedua kalinya.” Hadis ini sesuai dengan pesanan Allah terhadap anak-anak Adam agar tidak tertipu oleh iblis untuk kedua kalinya.
Kami takut lah ramai dah suku sakat kami masuk ISA, dibunuh macam peristiwa memali, dan di Terengganu orang awam ditembak dan baaaaanyaaak lagi.

Kata Dr Juanda lagi:
Mungkin sudah timbul bibit niat lain yang berputar sekitar perebutan kuasa, kedudukan dan sentimen kepuakan yang penanda arasnya adalah saling memuji diri sendiri dan merendahkan puak lain.

Kata penyokon fanatik Pas:
Memang la Dr oii, Dr. Ni dapat ijazah kedoktoran cara betul ke beli hah? Kan kezaliman UMNO hanya boleh disekat dengan kuasa? Sebagaimana hadis yang disebut oleh Tan Sri Harussani sebagaimana yang disiarkan dalam mingguan Malaysia bertarikh 28 jun 2009:
Rasulullah saw bersabda: “Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman,” itulah cara kita menolongnya.

Kata penyokong fanatik Pas:
Kan Dr yang hebat belajar ilmu balaghah dimana firman Allah yang bermaksud “Tangan Allah berada atas tangan-tangan mereka” tangan disini maksudnya “kuasa”. Atau Dr tak belajar ilmu balaghah?
Laa Dr ni: Memang politik, macam ahli perniagaan mesti kempen kesedaran, dalam kempen kesedaran tentu ada puji-puji dan ceritakan kezaliman dan kelemahan musuh.
Takkan Dr ni macam yahudi, bila Allah kempen supaya sokong Nabi Muhammad Allah dedahkan kekejian kafir Qurysh, yahudi, kristian dan Allah puji Nabi Muhammad. Begitulah juga yang dilakukan oleh Nabi dan Rasul juga sahabat, mereka nakkan sokongan sebab dengan sokongan baru dapat kuasa untuk mencegah kemungkaran. Kafir Quraysh, yahudi dan juga kristan marah melenting sehingga nak bunuh Muhammad. Senang macam kacang aje guna sifir dua-takkan Dr tak reti.

Kata Dr Juanda lagi:
3 – Semua itu hembusan fitnah habuan dunia dan sifat takbur dengan kekuatan sendiri yang ditiupkan oleh syaitan.

Penyokong fanatik Pas tanya:
Dr yakin ke semua itu hembusan syaitan? Mengikut kacamata iblis/syaitan,orang kafir dan mata orang munafik - orang Islam tidak takbur terhadap mereka ke?”.
Bukankah Muhammad itu disifatkan : Bertegas/keras kepada orang kafir dan mesra sesama mereka? Bukankah Allah suruh Nabi Muhammad bersikap syadid (tidak berkompromi) dengan orang kafir yang menentang Islam dan munafik? Bukankan perbuatan Muhammad ini disifatkan takbur oleh orang munafik dan orang kafir? Salman Rushdee mengatakan Muhammad mendapat wahyu dari setan-Salman Rushdee tu kan setan tapi dia kata Allah tu setan-nampakkan tebaliknya pandangan mereka? Dr guna kaca mata mana dalam menilai Pas ini takbur atau tidak?

Kata Dr Juanda lagi:
4 – Selain keikhlasan, sifat memafkan dan semangat menyatupadukan umat, kekuatan politik Rasulullah saw juga terletak pada amalan syura. Daulah Islam tidaklah dibina melalui politik kuku besi.
Bahkan Islam menyeru supaya dipotong kuku yang mencengkam bahu rakyat, juga dipotong kuku besi yang menyuruh pengikut taat dan setia secara membuta tuli, yang mempergunakan agama sebagai tali pencekik yang mengikat leher umat dan menakutkan mereka dengan gelaran murtad dan kafir.

Kata penyokong fanatik Pas:
Umno ni bukan takat kuku besi, tembok besi pun mereka ada. ISA tu mende kalau bukan tembok besi. Tembok besi ni adalah hasil dari kuku besi. Oleh itu, harapnya Dr ni jangan tahu cakap saja, meh kita runtuhkan tembok besi dan seterusnya menghapuskan kuku besi. dalam UMNO buat sura adalah, kalau syura umno tak buat. Kalau buat syura tentu tak jual arak berleluasa, disko takkan lulus, begitu juga judi dan seumpamanya. Kan begitu Dr?. Kalau Umno buat syura dengan siapa dia buat Syura? Dengan ulama’ mana? Ulama’ mana yang jahat, boleh bersetuju dengan arak, zina,judi ,tolak hudud, pertahankan ISA bermati-matian dan seumpamanya?
Siapa yang mencengkam bahu rakyat Dr oooiii, Pakatan Rakyat nak buat negara kebajikan, sapa yang tolakkkk? Negara kebajikan tu mende? Takkan Dr tak tahu kot?takkan le orang nak buat negara kebajikan kita nak tuduh mereka mengamalkan kuku besi? Aii pakai kacamata mana Dr ni? Guna kacamata Salman Rushdee ke?
Sambung penyokong fanatik Pas: Murtad atau kafir tu Allah yang kata: bukankah Allah kata: sesiapa (yang berkuasa) tidak laksanakan hukum Allah maka dia kafir? Said Hawa dalam menerangkan hukum yang membatalkan syahadah ada menyebut 20 perkara yang membatalkan syahadah. Hampir kesemuanya ada pada UMNO. Tak perlu orang kata, cukup dengan Allah kata. Kami Orang Pas Cuma beri peringatan sahaja. Itu pun kalau nak dengar kalau tak nak ikut suka hati kamu lee.


Kata Dr Juanda lagi:
5 – Daulah Islam bukanlah seperti amalan politik rahib dan pendeta kritian yang mengamalkan negara teokrasi di Eropah suatu ketika dulu. Mereka menguasai rakyat dengan undang-undang ciptaan yang dicapkan agama, yang mengikut hawa nafsu dan keinginan sendiri dan mendakwa kebijakan politik mereka itu adalah suara Tuhan.
Penyokong Fanatik Pas kata: “Kalau main reka-reka agama ni Umnolah dia reka islam had-hari. Mereka memaksa dengan kuku besi dan dinding besi agar orang Islam terima suara Tuhan mereka.

Kata Dr Juanda lagi:
6 – Mereka mengaku kerajaan yang dibina adalah kerajaan Tuhan tetapi sebenarnya rakyat ditipu supaya mereka tidak melawan setiap kebijakan politik raja yang menjadi sekutu golongan gereja. Rakyat tidak boleh bersuara, membangkang apatah lagi melawan. Kerana suara Tuhan dan rahibnya lebih berkuasa dari suara rakyat yang hina. Lihatlah betapa liciknya mereka memperbodohkan rakyat.
Penyokong fanatik Pas kata: “Memang mereka mengaku kerajaan dibina adalah kerajaan islam had-hari mereka menggunakan kuku besi dan dinding besi untuk memaksa ummat Islam tunduk kepada mereka.

Penyokong Pakatan rakyat(suara rakyat) kata:
Kami suara rakyat, kami pakatan rakyat. Kami pembangkang, memang suara kami suara rakyat yang hina. Kata Dr juanda-lihatlah betapa mereka memperbodohkan rakyat. Siapa mereka yang dimaksudkan itu? Takkan lah kami sebab kami rakyat. Bahkan kami pakatan rakyat. Takkan rakyat perbodohkan rakyat?
Dan memang ulama’ umno itu sekutu pemerintah. Merekalah yang memperbodohkan rakyat.

Kata Dr Juanda lagi:
7 – Al-Quran menceritakan keadaan mereka ini dalam ayat yang bermaksud: “Mereka menjadikan pendita dan ahli agama mereka sebagai Tuhan selain Allah.” (surah at-Taubah ayat 31)
Rahib itu dijadikan seolah-olah Tuhan kerana mereka percaya pemimpin agama yang berkuasa itu semuanya maksum, tidak akan tersilap langkah dan wajib ditaati seperti mana mereka mentaati Tuhan. Siapa yang membangkang akan dikafirkan bahkan dihalalkan darahnya.

Kata Suara Rakyat:
macam ulama’ Umno lah dok suruh rakyat sokong Umno dan taat kepada pemimpin Umno, tolak hudud, bela Isa, arak berleluasa,judi rasuah bla,bla, banyak lagi. walaupun begitu Umno ni tak lah teruk sangat sampai menghalalkan darah mereka yang membangkangnya tetapi cuma dia campak dalam ISA. Mana yang lebih siksa azab yang lama atau bunuh? Kalau di akhirat Allah buang kematian sebab nak suruh rasa azab yang lama. Sebab kalau mati tak rasa sangat azab.
Dalam tak halalkan darah pun dia tembak jugee...macam kes memali dan di terengganu...bukankah fitnah itu lebih besar dari bunuh? Anuar liwat kan? Tapi pelik tak ade bukti...menyebabkan dia bebas kes liwat pertama dan sekarang dalam proses kes liwat kedua...
Pakatan Rakyat tak pernah bunuh orang atau tuduh orang liwat, usahkan orang bintang pun kami malu nak tuduh liwat. Dr oiii.

Kata Dr Juanda lagi:
8 – Politik Islam hakikatnya memperjuangkan suara rakyat. Walaupun Rasulullah saw bersifat maksum tetapi dalam mengambil kebijakan politik yang tidak turun wahyu padanya, Baginda saw sentiasa mengambil kira pandangan sahabat dan ummat Islam keseluruhannya.

Penyokong fanatik Pakatan Rakyat(suara rakyat):
Memang politik Islam memperjuangkan suara rakyat oleh itu, rakyat di perak tak puas hati. Umno rampas guna kuasa raja dan mahkamah. Kenapa tak ngundi semuleee?. Kami pakatan Rakyat, suara rakyat, umno ambik ke suara kami? kalau ambik suara kami kenapa tak mengundi semula di perak Dr oiii.

Kata Dr Juanda lagi:
9 – Memelihara perdamaian dan kesatuan umat adalah perjuangan sunnah Rasulullah saw sedangkan dendam politik dan takbur parti dan kepuakan adalah benih dosa dan maksiat yang akan meruntuhkan kekuatan umat.

Kata Penyokong Fanatik suara rakyat:
Dr oiii, bukankah Allah arahkan umat Islam suapaya bersatu untuk kebajikan dan takwa. Dan Allah LARANG bersatu untuk buat dosa dan permusuhan?
Kami ajak orang Umno buat kerajaan perpaduan tapi apa mereka buat? Bukankah kami diejek? Kami ajak kepada takqwa iaitu memperjuangkan Islam dalam setiap sudut, supaya segala dosa dan noda dapat dibenteras dalam setiap sudut, tetapi Umno pilih nak Islam sikit-sikit aje. Takkah berdosa gitu? Sapa yang nak bermusuh dengan Allah, kami ke Umno? Kalau tak nak musuh dengan Allah tentu Umno terima semua ajaran al-Quran dan berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan kandungan al-Quran. Tak berdosa ke kami kalau kami bersama Umno?

Kata Dr Juanda lagi:
10 – Kuasa memerintah adalah anugerah Allah dan amanah kepada orang mukmin. Pembela Islam yang kalah dalam perjuangan politik dunia tetap akan menerima pahala disisi Allah, maka mereka tidak perlu sedih dan berputus asa.
Maka tiada sebab untuk mereka merosakkan niat suci kerana inginkan kemenangan dunia semata-mata. Mereka wajib percaya mereka hanyalah penyambung risalah perjuangan Nabi dalam membela agama Allah, kalah dan menang hanya sebuah permainan dunia yang akan menjadi dugaan terhadap matlamat dan tujuan akhirat mereka.

Suara Rakyat kata:
Kalau serigan itulah perjuangan, kenapa tiga orang yang tidak bersama dalam peperangan bersama Rasulullah saw diarahkan supaya dipulau sehingga mereka begitu terseksa?kenapa mereka yang meringan-ringankan perjuangan dizaman Rasulullah saw dikatakan munafik?takkanlah hukum munafik ni ada zaman Rasulullah saw sahaja?.
Kami takutlah Dr, kang kena tulis laporan oleh Malaikat pengintip sebagai munafik, kan nyanya, dalam kubur ibarat penjara, alahai...kalaulah laporan yang disampaikan kedalam kubur bahawa kita ni munafik...bagaimana laaaa azab siksanya. Sebab munafik ni tempat duduknya dalam neraka paling baaaaawwwaaah sekali.
Kalau seringan itulah perjuangan menegakkan agama tentulah ummat Islam dizaman Rasulullah saw tak akan keluar berperang dengan bermati-matian sebab mereka lemah dari segenap sudut...Dr oiii takutnye kami dengan pendapat Dr ni...
Mereka yang cuba mematahkan semangat juang ummat Islam dizaman Rasulullah saw dihukum sebagai munafik....kalau kita fikir secara logik memang benar hujjah mereka (yang dihukum sebagai munafik itu), sebab ummat Islam pada masa itu amat lemah buat apa nak perang kan jalan damai banyak...tapi Allah tak terima alasan mereka, bahkan Allah cop mereka sebagai munafik... hiiii kami takut la nak terima pendapat dan nasihat Dr.

1 – Kenyataan Dr. Asri Zainul Abidin (Sinar Harian Khamis 18 jun 2009)

Bertajuk: Individu tolak damai ibarat dirasuk syaitan.
( Orang yang tidak mahu melihat umat Islam berdamai adalah manusia yang dipengaruhi syaitan melainkan dia dapat membuktikan perbalahan itu adalah lebih baik daripada perdamaian).

Penyokong fanatik Tok Guru Nik Aziz kata:
Tuan yang budiman:
Kami rasa Tuan amat-amat waras dengan tajuk akhbar diatas. Dan kami yakin Tuan juga amat waras semasa Tuan mengeluarkan kenyataan diatas. Oleh itu.Sudilah kiranya Tuan Dr yang bijaksana, mendengar hujjah-hujjah dan bukti-bukti bahawa perbalahan itu lebih baik dari perdamaian? Bukankah dalam kaedah fikh ada menyebut: al-ahkam taduru ma’a ilaliha wujudan wa adaman? Hukum itu berlegar disekitar illah atau sebab dari sudut ada atau tiada. Sembahyang fardhu adakalanya wajib, tetapi adakalanya haram berdosa kalau sembahyang. Sebagai contoh: waktu datang haid dan seumpamanya.
Kalau sudi kami nak jemput Tuan yang bijaksana datang bertandang kerumah kami, kita borak-borak sambil menikmati juadah istimewa bersama. Atau kalau tak sudi bertandang kerumah kami, jemputlah kami ke rumah Tuan yang budiman.
Tuan kan arif tentang hukum-hakam fikh – bukankah orang macam Tok Guru Nik Aziz ni perlu dipanggil oleh kerajaan atau orang kerajaan datang bertemu dengannya-(kan begitu dalam hukum fikh)-untuk dinasihati. Dan orang kerajaan yang paling layak untuk menasihati Tok Guru ni adalah Tuan yang budiman dan rakan-rakan seperjuangan. Kalau boleh live kat TV biar malu muka Tok Guru, biar semua rakyat Malaysia tahu bahawa Tok Guru penipu,(kalau benar kenyataan Tuan seperti yang tertulis dalam akhbar).

Kalau Tuan Tak buat, maka kami mulai ragu-ragu terhadap Tuan yang budiman, dan Tuan tidak boleh menyalahkan kami jikalau kami terus menjadi pengikut fanatik Tok Guru.
Kami yakin Tuan adalah yang budiman lagi bijaksana bukan macam Tok Guru Nik Aziz yang bodoh, kami teeeringinn sangat nak jadi pengikut Tuan tapi Tuan perlu buktikan bahawa Tuan lebih betul dan hebat dari Tok Guru. Kalau zaman dahulu pendekar perlu buktikan kependekarannya. Bukannya bersuara lantang berkokok diceruk dapur. Dan kalau zaman Nabi dan Rasul dahulu pun mereka perlu buktikan kebenaran mereka. Sampai Allah bantu dengan mukjizat. Kan Tuan berada dipihak benar tentu Allah bantu. Kami aaammmat berharap kepada Tuan.

Rasulullah saw dulu pernah mengalahkan ahli gusti, sebab ahli gusti tersebut memberi syarat kepada Rasulullah saw iaitu sekiranya Rasulullah saw menang gusti dengannya maka dia ikut Rasulullah saw tetapi jikalau Rasulullah saw tewas maka Rasulullah saw akan mengikutinya. Rasulullah saw dengan yakin menyahut cabaran lelaki tersebut ini kerana Rasulullah saw yakin Beliau dipihak yang benar dan Beliau yakin Allah akan menolongnya. Ajak Tan Sri Harussani join sekali, dua lawan satu pun tak apa, sepuluh lawan satu pun tak apa. Kami tak letak syarat.

KERAJAAN PERPADUAN

Mutakhir ini kita dikejutkan dengan KERAJAAN PERPADUAN. Ummat Islam dalam dilema, mereka bingung memikirkan tentang keadaan yang berlaku dimana dipihak UMNO mereka beriya-iya membincangkan tentang Negara Perpaduan yang disarankan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi dan sebahagian besar pemimpin dan pengikut parti PAS juga bersetuju untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.
Tetapi hasrat ini dihalang secara keras oleh Tok Guru Nik Aziz dan tidak sedikitpun memberi tanda yang beliau akan menerima kerajaan perpaduan. Bahkan Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah memberi kata putus kepada saudara Nasarudin samada ingin kekal dalam PAS atau berhijrah menyertai UMNO, sekiranya beliau masih memikirkan dan beriya-iya untuk menjayakan kerajaan perpaduan. Tetapi Tok Guru Nik Aziz menarik balik kenyataannya tersebut.
Timbul berbagai tanggapan masyarakat terhadap Tok Guru Nik Aziz dan mereka yang selama ini telah lama menuduh Tok Guru sebagai setan kerana suka melihat perpecahan dikalangan ummat Islam makin merasa yakin dengan pendapat mereka kerana pendapat mereka ini seolah-olah disokong oleh tokoh-tokoh agama dan juga beberapa pemimpin PAS dan penyokong parti PAS sendiri.
Tidak kurang juga ramai yang tertanya-tanya siapakah dia Tok Guru Nik Aziz ni sampai tak dengar pendapat mufti. Bahkan melawan nasihat mufti.
Kami berusaha sedaya upaya mencari hakikat kebenaran (al-Haq). Kami akan menganalisa beberapa data maklumat yang kami terima agar kita semua dapat capai kesuatu kesimpulan yang adil dan saksama.

Wednesday, July 8, 2009

POLITIK MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

Politik sering dianggap sesuatu yang remeh oleh orang awam, minda mereka disuap dengan tanggapan sebegini adalah demi untuk memastikan mereka tidak terjerumus ke dalam kancah rusuhan dan penentangan yang berbahaya, dan untuk mengelak masyarakat dari memahami politik dalam erti kata yang sebenar mengikut kaca mata Islam.
Apa yang amat menyedihkan ialah ada diantara kita yang beranggapan bahawa politik tidak boleh dicampur adukkan dengan Islam, ini kerana politik bersifat kotor sedangkan Islam bersifat suci.
Mereka ini tidak sedar, mungkin kerana kedangkalan ilmu agama atau kerana menurut tuntutan nafsu, bahawa tanggapan mereka sebegitu boleh menghancurkan keislaman mereka. Ini kerana dengan memisahkan antara politik dan agama telah menyebabkan agama menjadi tidak sempurna, sedangkan agama Islam adalah agama syumul yang merangkumi semua urusan hidup mahupun yang sekecil-kecilnya sehinggalah yang sebesar-besarnya.(sila semak perkara-perkara yang membatalkan syahadah oleh Said Hawa).
BAGAIMANAKAH POLITIK MENGIKUT ISLAM?
Politik adalah perkataan yang diambil dari bahasa inggeris. Perkataan ini dalam bahasa inggeris disebut politic yang bermaksud: bijaksana atau pemerintahan.
Sementara itu dalam bahasa melayu perkataan politik pula bermaksud: berkenaan cara pemerintahan atau segala sesuatu berkenaan cara memerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara luar atau kelicikan, muslihat, tipu muslihat.
Dalam bahasa arab pula politik disebut “siyasah” yang merupakan kata terbitan yang bermaksud “pentadbiran”. Pecahan dari kata terbitan ini antaranya perkataan “sasa”yang bermaksud “memimpin” , “Sa’is” bermaksud “pemimpin”.
Politik dapat disimpulkan bahawa ianya bermaksud: bijaksana, berkenaan cara memerintah negara, hubungan luar negara dan cara memimpin. Oleh itu! Politik bukanlah suatu perkara kecil dan remeh yang boleh diabaikan begitu saja.
ADAKAH ISLAM MENGABAIKAN PERKARA YANG PALING BESAR INI?
Sebagaimana yang dijelaskan diatas bahawa politik adalah cara memerintah negara dan sudah tentu ianya bukan perkara kecil, maka amat jahatlah mereka yang mengatakan Islam mengabaikan politk dan politik tidak ada dalam al-Quran.
ADAKAH DALAM AL-QURAN AYAT-AYAT YANG MEMBICARAKAN TENTANG POLITIK?
Rasulullah saw adalah Nabi kita. Baginda diutuskan sebagai Nabi dan Rasul juga sebagai seorang pemimpin. Amat mustahil jikalau Rasulullah saw memimpin negara Islam Madinah hanya berpandukan ilmu yang dipelajari dari orang-orang kafir, (seperti pemimpin negara kita sekarang ini). Jadi persoalannya dari mana Rasulullah saw ambil cara memerintah negara? Adakah Rasulullah saw mereka cipta cara memimpin negara? Jawapannya tentulah tidak, habis dari mana Baginda mengambil cara-cara memerintah negara? Tentulah jawapannya dari wahyu yang Allah turunkan kepadanya samada dalam bentuk al-Quran atau hadis.
Dalam al-Quran Allah Ta’ala telah membicarakan tentang politik iaitu pentadbiran bermula dalam surah al-Fatihah iaitu disebut didalamnya perkataan “Rabb al-Alamin” dan “Malik yaumiddin”. Rabb al-Alamin bermaksud DIA Tuhan pengurus sekelian alam, dan DIA“Malik yaumiddin” bermaksud “Raja di hari pembalasan”.
Selepas itu Allah sebut bahawa pemerintahan di dunia ini akan diserahkan kepada manusia. Perkara ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 30 hingga seterusnya. Sementara pemerintahan di akhirat akan dimiliki sepenuhnya oleh Allah.
Dunia telah dicipta oleh Allah dan dihuni oleh makhluknya termasuk golongan jin. Sebelum manusia dicipta golongan jin yang berkuasa dibumi sehinggalah ke satu masa berlaku peperangan yang dahsyat dikalangan jin, dan pasukan Malaikat telah dihantar untuk menangkap dan menghukum jin yang melakukan kerosakan atas muka bumi. Dari kalangan mereka terdapat seekor jin yang ditangkap oleh Malaikat dan dibawa kelangit bersama Malaikat. Dia tinggal bersama Malaikat dan akhirnya menjadi seorang yang soleh lalu dilantik menjadi ketua pengaman yang bertugas menjaga keamanan dunia pada masa itu. Jin ini bernama azazil.
Azazil berkhidmat dengan jayanya sehinggalah pada suatu masa Allah memberitahu kepada Malaikat bahawa Allah akan mecipta manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi. Apabila sampai sahaja kehendak Allah ini kepada azazil, maka azazil mulai marah dan benci dan berdendam kepada manusia yang dianggap merampas haknya. Di hari semua Malaikat termasuk azazil dipanggil untuk sujud kepada Adam maka azazil menunjukkan kedurhakaannya di hadapan Allah. Maka Allah sumpah azazil dan menjadikannya iblis laknatullah. Iblis bermaksud yang putus asa atau yang menderhakai Allah terang-terangan dihadapan Allah.
Dengan anggapan bahawa manusia adalah punca dia disumpah maka azazil bersumpah dihadapan Allah bahawa dia akan memesongkan manusia dari mentaati Allah. Maka Allah halau iblis dan tidak membenarkannya memasuki syurga yang didiami oleh Adam dan isterinya Hawa. Tetapi dengan kehendak Allah iblis berjaya menyelinap masuk ke syurga dan menipu Adam yang menyebabkan Adam terpaksa keluar dari syurga dan diturunkan ke bumi. Dengan ini Allah memberi gelaran syaitan kepada iblis iaitu yang bermaksud menjauhkan hamba dari Tuhannya.
Semasa berada di bumi Adam merasa ketakutan yang amat sangat, maka Allah berjanji akan sentiasa menurunkan panduan untuk Adam dan anak cucunya hidup di bumi ini. Panduan kehidupan ini yang dipanggil cara pentadbiran dan pemerintahan.
Allah sentiasa mengingatkan Adam dan anak cucunya supaya sentiasa berhati-hati agar jangan tertipu untuk kali keduanya yang bakal menyebabkan Adam dan anak cucunya akan menerima nasib yang sama dengan iblis iaitu akan meringkuk dalam neraka.
Allah sentiasa mengutuskan Nabi dan Rasul yang sentiasa memperbetulkan corak kehidupan dan memberi panduan agar tidak tertipu oleh iblis yang sentiasa mengintip untuk mencari jalan dan peluang utntuk membalas dendam terhadap Adam dan anak cucunya.
Allah juga berpesan bahawa akan wujud dua golongan yang besar dari kalangan anak Adam iaitu pengikut syaitan dan pengikut Allah yang disebut dalam bahasa arabnya sebagai “Hizbu syaitan” dan “Hizbullah”.
Pengikut syaitan ini akan berusaha supaya dunia ini dikuasai oleh iblis, sementara itu pengikut parti Allah akan berusaha supaya dunia ini diperintah mengikut undang-undang Allah yang termaktub dalam al-Quran dan dijelaskan dalam hadis. Perkara ini disebut dalam surah al-Mujadalah ayat 19 dan ayat 22.
ADAKAH SEMUA MANUSIA LAYAK UNTUK MENJADI PEMIMPIN?
Dalam kata lain adakah semua manusia layak menjadi khalifah Allah di muka bumi ini? Maksud khalifah adalah pengganti dimana khalifah atau pengganti Allah dibumi ini ialah para Nabinya dan pengganti para Nabi ialah ulama’ yang mengenali Allah sebagai Rabb dan sebagai Malik yaumiddin dan tujuan khalifah pula ialah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dari panduan-panduan dan hukum-hukum yang terkandung dalam kitabnya. Bukan memimpin ikut suka hati kita. Ini kerana bumi ini bukan milik kita ianya milik Allah dan hanya diberi pinjam untuk sementara waktu sahaja.
Maka adakah mereka yang tidak mengerti (alim) tentang kitab Allah layak menjadi khalifah di muka bumi? Jawapannya ialah: Mampukah orang yang tidak alim dengan al-Quran dan sunnah merealisasikan apa yang ada dalam al-Quran dan sunnah?
Ciri-ciri khalifah Allah telah diterangkan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 31 – 33:
31. dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
33. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
Dari ayat di atas kita dapat simpulkan bahawa Adam layak memerintah kerana dia lebih alim dari Malaikat dan sudah tentu dia lebih alim dari iblis. Adam alim kerana dia diajar oleh Allah dan sesiapa yang menjadikan Allah sebagai gurunya maka dia akan alim seperti Adam dan layak menjadi khalifah. Untuk menjadikan Allah sebagai guru utamanya maka kenalah belajar kitab yang dikarang oleh Allah iaitu al-Quran dan penerangan yang telah dibuat oleh rasulnya yang disebut as-sunnah.
Oleh itu, Allah bertanya “Bukankah Allah Maha Bijaksana” kita jawab: “Ya saya adalah saksi kepada perkara tersebut”. Jikalau benar iktikad kita bahawa Allah Maha Bijaksana kenapa kita tidak mengikuti apa yang diajarnya dalam al-Quran?
KENAPAKAH WUJUDNYA DALAM KERAJAAN ISLAM MEREKA YANG TIDAK ALIM JADI PEMERINTAH DAN PERKARA INI DITERIMA OLEH ULAMA’.
Selepas zaman sahabat, berakhir dengan pemerintahan Islam jatuh ketangan Muawiyah bermulalah perlantikan khalifah secara warisan. Khalifah di zaman sahabat dilantik melalui pengundian.
Sebelum Mu’awiyah meninggal beliau telah memaksa seluruh ummat Islam untuk bersetuju melantik Yazid anaknya sebagai khalifah selepas Mu’awiyah meninggal. Sesiapa yang tidak setuju dengan perlantikan Yazid ini akan dikenakan tindakan tegas. Walaupun Yazid ini seorang yang terkenal melanggar batas agama tetapi ummat Islam terpaksa akur menerimanya sebagai khalifah Islam.
Saidina Husin antara cucu kesayangan Rasulullah saw menentang Yazid sebagai khalifah akhirnya saidina Husin telah dibunuh dan dipancung lehernya. Badannya telah di tanam di karbala’ dan kepalanya dibawa ke hadapan Yazid dan dikebumikan di Damsyik.
Nasib yang serupa inilah yang diterima oleh mana-mana ummat Islam yang menentang khalifah walaupun khalifah itu tidak layak menjadi khalifah. Apa yang ummat Islam mampu ialah bersabar, kerana Rasulullah saw mewasiatkan agar tidak berlaku peperangan antara ummat Islam. Perkara ini berterusan sehingga ke hari ini, para ulama’ terpaksa berdiam diri walaupun yang memerintah itu bukan orang yang sebenarnya layak menjadi pemimpin mengikut kacamata Islam. Ini kerana tidak ingin mewujudkan pertumpahan darah sesama Islam.
Tetapi sampai bila kita para ulama’ terlepas dari dosa kerana bersetuju dengan orang jahil jadi pemimpin? Rasulullah saw mewasiatkan agar tidak menentang pemimpin selagi mana pemimpin itu tidak melakukan kekufuran yang nyata. Dan kita juga dilarang menentang pemimpin kerana dikhuatiri akan berlaku pertumpahan darah antara ummat Islam.
Dalam dunia politik hari ini, demokrasi yang diamalkan, pemimpin dipilih melalui undian. Apakah alasan kita untuk masih mengekalkan mereka yang jahil dalam agama untuk menjadi pemimpin?
Sementara itu, pemimpin pula telah meperjuangkan kebangsaan dan mereka yang memperjuangkan kebangsaan ,mengikut Said Hawa boleh menyebabkan murtad. Dan mereka juga menolak hudud terang-terangan dan memperjuangkan ISA bermati-matian. Bukankah ini sudah menyatakan kepada kita bahawa mereka telah melakukan kekufuran yang nyata?
Persoalannya!!! Bagaimana kita sebagai orang yang tahu hukum-hakam hendak berhadapan dengan Allah dalam mahkamahnya sekiranya kita berdiam diri???
Kami amat berharap sekiranya sesiapa yang memiliki jalan penyelesaian agar membantu kami untuk melepaskan diri dari disoal oleh Allah di mahkamahnya nanti.
KAMI MENCARI HAKIKAT KEBENARAN(AL-HAQ). KAMI MERAYU KEPADA SESIAPA YANG MENGETAHUI HAKIKAT KEBENARAN AGAR MEMPERBETULKAN SEGALA KESILAPAN MAKLUMAT YANG KAMI UTARAKAN(SEKIRANYA ADA). KAMI TIDAK SANGGUP BERDEPAN DENGAN ALLAH DI AKHIRAT NANTI SEBAGAI ORANG YANG MENGEMBANGKAN AJARAN SESAT.

4- CIRI-CIRI ULAMA’ BERTAQWA DAN CIRI-CIRI ULAMA’ JAHAT (4)

(11) – Perpegangannya Tentang Ilmunya Berdasarkan Kepada Penglihatan Batin dan Diketahuinya Dengan Hati Yang Putih Bersih .
Kata Imam al-Ghazali: Antara tanda-tanda ulama’ akhirat ialah perpegangannya tentang ilmunya berdasarkan kepada penglihatan batin dan diketahuinya dengan hati yang putih bersih. Tidak(semata-mata) kepada lembaran buku dan kitab-kitab dan tidak pula bertaklid pada pendengaran dari yang lain. Yang ditaklidkannya, sesungguhnya pembawa syariat suci Nabi Muhammad s.a.w pada yang disuruhnya dan yang diucapkannya. Sahabat-sahabat r.a pun ditaklidkannya dari segi bahawa perbuatan mereka menunjukkan kepada pendengarannya dari Rasulullah s.a.w.
Kemudian apabila bertaklid kepada pembawa syariat suci itu dengan menerima segala perkataan dan perbuatannya, maka hendaklah berusaha benar-benar memahami rahsia ajarannya.
Seseorang yang bertaklid berbuat sesuatu perbuatan kerana Nabis s.a.w berbuatnya. Perbuatannya itu memang harus dan hendaklah kerana suatu rahsia padanya.
Maka hendaklah dia membahas benar-benar tentang rahsia segala perbuatan dan perkataan Nabi s.a.w kerana kalau memadai dengan menghafal sahaja maka jadialah dia kurang ilmu dan bukanlah seorang yang berilmu.
Kerana itulah ada orang mengatakan: Si fulan itu kurang ilmunya. maka tidaklah dinamakan orang itu berilmu apabila keadaannya hanya menghafal sahaja tanpa memerhatikan himah dan rahsia yang terkandung di dalamnya.
Orang yang tersingkap dari hatinya tutup dan memperoleh nur hidayah, maka jadilah dia seorang yang diikuti dan ditaqlidkan. Maka tidak selayaknya dia bertaqlid kepada orang lain.
Kerana itulah berkata Ibnu Abbas r.a: Tidak ada seorangpun, melainkan diambil dari ilmunya dan ditinggalkan selain Rasulullah s.a.w” .
Ibnu Abbas itu mempelajari fiqh dari Zaid bin Tsabit dan membaca al-Qur’an pada Ubai bin Ka’ab kemudian beliau berselisih dengan Zaid dan Ubai tentang fikh dan tentang pembacaan al-Qur’an.
Berkata sesetengah Ulama’ Salaf: Apa yang datang kepada kami dari Rasulullah s.a.w kami terima di atas kepala dan penuh perhatian dari kami. Dan apa yang datang kepada kami dari para sahabat r.a ada yang kami ambil dan ada yang kami tinggalkan. Dan apa yang datang dari para tabi’in, maka mereka itu laki-laki dan kamupun laki-laki.
Para sahabat itu lebih kerana mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri hal keadaan Rasulullah s.a.w. dan hati mereka terikat kepada hal keadaan itu yang diketahui dengan qarinah (tanda-tanda). Lalu membawa mereka kepada yang benar dari segi tidak masuk dalam riwayat dan ibarat. Kerana telah melimpahlah nur kenabian kepada mereka, yang menjaga dari kesalahan dalam banyak hal.
Apabila berpegang kepada yang didengar dari orang lain itu taklid yang tidak disukai, maka berpegang kepada kitab-kitab dan karangan-karangan adalah lebih jauh lagi. Bahkan kitab-kitab dan karangan-karangan itu adalah benda baru yang dibuat. Sedikitpun tak ada pada masa sahabat dan tabi’in yang terkemuka tetapi datangnya adalah sesudah seratus dua puluh tahun dari Hijrah Nabi s.a.w dan sesudah wafat seluruh sahabat dan sebahagian besar tabi’in dan sesudah meninggalnya Sa’id al-Musayyab, al-Hasan dan para tabi’in yang pilihan. Bahkan ulama-ulama yang mula-mula dahulu tidak menyukai kitab-kitab hadis dan penyusunan ktab-kitab, supaya tidaklah manusia itu sibuk dengan buku-buku itu dari hafalan, dari al-Qur’an, dari pemahaman dan dari peringatan. Mereka itu mengatakan: “Hafallah sebagaimana kami menghafal”.
Kerana itulah Abu Bakar dan segolongan sahabat Nabi s.a.w tidak menyetujui penulisan al-Qur’an dalam satu mashaf. Mereka berkata: “Bagaimana kita membuat sesuatu yang tidak diperbuat Nabi s.a.w”.
Mereka itu takut nanti manusia itu berpegang saja pada mushaf dengan mengatakan: “Kita biarkan al-Qur’an yang diterima oleh mereka dari tangan ke tangan dengan dipelajari dan dibacakan supaya menjadi pekerjaan dan cita-cita mereka”. Sehingga Umar r.a dan lain-lain sahabat menunjukkan supaya al-Qur’an itu ditulis kerana takut disia-siakan orang nanti dan malasnya mereka. Dan demi menjaga agar tidak menimbulkan pertikaian di belakang hari. Kerana tidak diperolehi yang asli yang menjadi tempat pemeriksaan dari kekeliruan samada pada perkataannya atau bacaannya.
Mendengar alasan-alasan tadi maka terbukalah hati khalifah Abu Bakar. Maka dikumpulkanlah al-Qur’an itu dalam satu mushaf.
Imam Ahmad bin Hanbal pula menentang menentang Imam Malik kerana Imam Malik mengarang kitab al-Muwatha’. Ahmad berkata: “Tuan ada-adakan yang tidak dikerjakan para sahabat r.a”.
Kata orang, kitab yang pertama dikarang dalam Islam ialah kitab Ibnu Juraij tentang atsar(iaitu ucapan para sahabat r.a dan para ulama’ Islam yang terdahulu) dan huruf-huruf tafsir dari Mujahid, Atha’ dan teman-teman Ibnu Abbas r.a di Makkah.
Kemudian muncul kitab Ma’mar bin Rasyid as-Shan’ani di Yaman. Dikumpulkan di dalam nya sunnah yang dipusakai dari Nabi s.a.w.
Kemudian lahir kitab al-Muwatha’ karangan Imam Malik bin Anas di Madinah. Kemudian kitab Jami’ karangan Sufyan at-Tsuri.
Kemudian pada abad keempat hijriyyah muncullah karangan-karangan tentang ilmu kalam. Lalu ramailah orang berkecimpung dalam pertengkaran dan tenggelam di dalam membatalkan kata-kata(tenggelam dalam perbahasan).
Kemudian tertariklah hati manusia kepada ilmu kalam, kepada kisah-kisah dan memberi pengajaran dengan mengambil bahan dari kisah-kisah tadi. Maka sejak dari itulah merosot ilmu yakin. Sesudah itu, lalu dipandang ganjil ilmu hati, pemeriksaan sifat-sifat jiwa dan tipu daya syaitan.
Orang tidak memperhatikan lagi kepada ilmu-ilmu tadi kecuali sedikit sekali bilangannya. Lalu orang-orang yang suka bertengkar dalam ilmu kalam dinamakan sebagai ulama’, tukang cerita yang menghiasi kata-katanya dengan susunan yang berirama dinamakan sebagai orang alim.
Ini tidak lain dan tidak bukan kerana orang awwamlah yang mendengar syarahan dan cerita orang-orang tadi, lalu mereka tidak dapat membezakan antara ilmu yang sebenarnya dan ilmu yang tidak sebenarnya. Perjalanan sahabat dan ilmu pengetahuan sahabat-sahabat r.a itu tidak terang pada orang awwam. Sehingga mereka dapat mengenal perbezaan antara para sahabat itu dan orang-orang yang disebut alim.
Maka terus meneruslah nama ulama’ melekat pada orang-orang itu dan dipusakai dari salaf kepada khalaf. Dan jadilah ilmu akhirat itu terpendam dan lenyaplah perbezaan antara ilmu dan bicara, selain pada orang-orang tertentu.
Orang-orang yang tertentu itu(al-Khawwash) apabila ditanyakan: “Si fulankah yang lebih berilmu ataukah si fulan?” lalu menjawab: “Si fulan lebih banyak ilmunya dan si fulan lebih banyak bicaranya”.
Jadi, orang-orang al-Khawwash mengetahui perbezaan antara ilmu dan kemampuan berbicara.
(wakil rakyat atau perdana menteri tidak disyaratkan orang berilmu, mereka yang pandai berbicara dan menghias kata-kata sahaja sudah layak -pen)
Begitulah, maka agama menjadi lemah pada abad-abad yang lampau. Maka bagaimana pula persangkaan anda dengan zaman anda sekarang?
Sudah sampailah sekarang, bahawa orang yang suka mengecam perbuatan mungkar, dituduh gila, jadi yang baik sekarang ialah orang bekerja untuk dirinya sendiri dan diam.

Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan-keterangan diatas, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:
11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:

7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya
8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(12) – Sangat Menjaga Dari Perbuatan-perbuatan Bid’ah meskipun telah mendapat persetujuan dari kebanyakan ulama’ (ulama’ jumhur) .
Kata Imam al-Ghazali: Antara tanda-tanda ulama’ akhirat itu ialah sangat menjaga dari perbuatan-perbuatan bid’ah, meskipun telah mendapat persetujuan dari kebanyakan ulama’ (ulama’ jumhur).
Janganlah kiranya tertipu atas kesepakatan orang ramai terhadap sesuatu yang diada-adakan sesudah para sahabat Nabi s.a.w. Hendaklah suka memeriksa tentang keadaan para sahabat, perjalanan dan perbuatannya, dan apa yang menjadi kesukaan mereka, mengajarkah, mengarangkah, suka bertengkarkah, menjadi kadhi kah, wali negerikah, memegang harta wakafkah, memagang harta wasiatkah, memakan harta anak yatimkah, bergaul dengan sultan-sultankah(pemerintah-pemerintah), berbaik pergaulan dengan merekakah? Atau adakah mereka dalam keadaan takut kepada Allah, gundah, tafakkur, mujahadah, muraqabah zahir dan batin, menjauhkan diri dari dosa yang sekecil-kecilnya sampai kepada yang sebesar-besarnya, berusaha memperoleh pengetahuan yang tersembunyi dari hawa nafsu dan tipu daya syaitan? Begitulah seterusnya dari segala ilmu batin.
Ketahuilah dengan sebenar-benarnya bahawa orang yang terpandang alim, pada masanya dan lebih dekat kepada kebenaran ialah orang yang menyerupai sahabat dan yang lebih mengenal jalan ulama’-ulama’ salaf. Maka hendaknya dari merekalah agama diambil.
Kerana itu berkata Saidina Ali k.w: Yang terbaik dari kita ialah yang lebih mengikuti agama ini. Perkataan Ali ini untuk menjawab pertanyaan yang ditujukan kepadanya: Tuan sudah menyalahi dengan si fulan.
Maka tidak layaklah untuk berkeberatan menentang orang masa sekarang, demi untuk menyetujui orang masa Rasulullah s.a.w. Manusia sebenarnya berpendapat dengan pendapat masanya, kerana tabiatnya condong kepadanya. Dan dirinya tidak mahu mengakui bahawa cara yang demikian menyebabkan tidak memperoleh syorga.
Dari itu, serukanlah bahawa jalan ke syorga tak lain dari itu. Sebab itu al-Hasan berkata: Dua orang yang mengada-adakan dalam Islam iaitu seorang yang mempunyai pendapat jahat, lalu mendakwakan bahawa syorga itu adalah untuk orang yang berpendapat seperti pendapatnya. Dan seorang lagi yang boros penyembah dunia, marah dia kerana dunia, senang dia kerana dunia. Dunialah yang dicarinya. Maka lemparkanlah kedua orang itu ke dalam neraka.
Dibalik itu, ada orang di dunia ini, antara pemboros yang mengajaknya kepada dunia dan yang berhawa nafsu yang mengajaknya kepada hawa nafsu. Maka Allah Ta’ala memeliharakannya dari kedua orang tadi, dimana dia merindui salaf-salaf yang soleh. Dia menanyakan perbuatan mereka dan mengikuti jejak mereka. Orang ini memperoleh pahala besar. Begitulah hendaknya kamu sekelian.
Diriwayatkan dari Ibnu Masud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dua itulah: kalam dan petunjuk. Yang sebaik-baik kalam(perkataan) ialah kalam Allah Ta’ala, dan yang sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Rasulullah s.a.w. ketahuilah! bahawa kamu harus berhati-hati dari perkara yang diada-adakan. Sejahat-jahat hal ialah yang diada-adakan. Dan tiap-tiap yang diada-adakan itu bid’ah. Tiap-tiap bid’ah itu sesat. Ketahuilah! jangan berlama-lama kamu di dalam bid’ah, maka kesatlah hatimu. Ketahuilah! tiap-tiap yang bakan datang itu dekat. Ketahulah! Bahawa yang jauh itu, ialah sesuatu yang tidak akan datang”(yang ditinggalkan) .
Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata: Petunjuk yang baik pada akhir zaman adalah lebih baik dari banyak amal perbuatan. Dan katanya lagi: Kamu sekarang pada masa dimana orang-orang baik dari kamu bersegera dalam segala pekerjaan. Dan akan datang sesudahmu nanti suatu masa dimana orang-orang baik dari mereka teguh lagi berhati-hati mengerjakan sesuatu, kerana banyaknya perbuatan syubhat (yang diragukan halal dan haramnya)
Kata Imam al-Ghazali: Memang benarlah ucapan Ibnu Mas’ud itu, siapa yang tidak berhati-hati pada masa sekarang lalu mengikuti saja orang ramai dan berkecimpung dalam perbuatan yang dikerjakan mereka nescaya binasa sebagaimana mereka itu binasa.
Berkata Huzaifah r.a: Yang lebih mengherankan diri ini, ialah perbuatan yang baik dari kamu pada hari ini adalah mungkar pada zaman lampau. Dan yang mungkar dari kamu pada hari ini adalah baik pada zaman dahulu. Sesungguhnya kamu senantiasa dalam kebajikan, selama kamu mengenal akan yang benar. Dan orang yang berilmu dari kamu tidak meringan-ringankan yang benar itu.
Dan sesungguhnya terhitung dalam perbuatan bid’ah, membentangkan permaidani dalam masjid. Dikatakan, itu adalah termasuk perbuatan yang diada-adakan oleh orang-orang yang mengerjakan hajji. Adalah orang-orang dahulu itu sedikit sekali yang membuat batas antara mereka dengan (ibu bapa mereka iaitu) tanah.
Begitu pula kesibukan dengan perdebatan dan pertengkaran dalam soal yang kecil-kecilan, termasuk diantara ilmu yang paling mulia bagi orang zaman sekarang. Dan mendakwakannya termasuk diantara perbuatan yang terbesar untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, padahal itu semua termasuk dalam perbuatan yang mungkar.
Diantara yang mungkar juga ialah menggubah-gubah (talhin) bacaan al-Qur’an dan azan. Diantara yang mungkar juga membanyakkan penggunaan air untuk membersihkan diri. Was-was sewaktu bersuci, menyangka sebab yang bukan-bukan mengenai najis kain, sedangkan dalam pada itu tidak mementingkan antara halalnya dan haramnya makanan yang dimakan(begitu juga dalam urusan keewangan). Dan begitulah seterusnya.
Benarlah Ibnu Mas’ud yang mengatakan: Kamu pada hari ini dalam zaman dimana hawa nafsu mengikuti ilmu, dan akan datang kepadamu nanti suatu zaman dimana ilmu mengikuti hawa nafsu.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa mengada-adakan dalam agama kita sesuatu yang tidak di dalamnya maka tertolak” .
Berkata Ibnu Abbas r.a: Kesesatan itu manis dalam hati orang-orangnya.
Berfirman Allah Ta’ala dalam surah al-An’am ayat 70:
70. dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) Dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke Dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Firman Allah dalam surah Fatir ayat 8:
8. maka (fikirkanlah) Adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadaNya, atau sebaliknya) ? kerana Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.
Seterusnya Imam al-Ghazali menyambung: Segala apa yang diada-adakan sesudah para sahabat r.a yang melampaui batas darurat dan keperluan, maka itu termasuk diantara permainan dan senda gurau.
Berkata Sahl at-Tustari r.a: Dari ma’siat yang terbesar ialah tak tahu bodoh didirinya, memandang kepada orang awwam dan mendengar perkataan orang lalai. Tiap-tiap orang alim yang telah berkecimpung dalam urusan dunia maka tidak wajar lagi perkataannya didengar. Tetapi hendaklah dicurigai dari tiap-tiap perkataan yang diucapkannya. Kerana tiap-tiap manusia itu berkecimpung pada apa yang disukainya dan menolak apa yang tidak bersesuaian dengan yang disukainya.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Kahfi ayat 28:
28. dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati (dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran), serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Orang awwam yang melakukan maksiat, keadaannya lebih bahagia dari orang yang bodoh dengan jalan agama, yang mengakui dirinya sebagai ulama’. Kerana orang awwam yang melakukan maksiat itu (apabila menyedarinya) akan mengakui kelalainnya lalu meminta ampun dan bertaubat. Dan orang bodoh itu yang menyangka dirinya berilmu, maka ilmu yang dipelajarinya, ialah pengetahuan yang menjadi jalan baginya kepada dunia, tersisih dari jalan agama. Lalu dia tidak bertaubat dan meminta ampun tetapi sentiasa berpegang kepadanya, sampai mati. Dan apabila ini telah menguasai pada kebanyakan manusia, kecuali orang-orang yang dipelihara oleh Allah Ta’ala, dan putuslah harapan untuk memperbaiki orang-orang tersebut, maka yang lebih menyelamatkan bagi orang-orang yang beragama, yang menjaga diri, ialah mengasingkan diri dan sendirian. Sebagaimana yang diterangkan dalam bab uzlah dalam kitab ihya’ ulumiddin.

Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan-keterangan diatas, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:

11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:

7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya

8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim/jahat)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim/jahat) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Kesimpulannya:
Kata Imam al-Ghazali: Maka inilah dua belas tanda ulama’ akhirat, kesemuanya berpandukan budi pekerti ulama’-ulam terdahulu (salaf).
Dari itu, hendaklah kamu menjadi salah satu dari dua: iaitu bersifat dengan sifat-sifat tersebut atau mengaku dengan kelalaian secara sedar. Awaslah! Jangan engkau menjadi orang ketiga, maka engkau akan ragu kepada diri sendiri dengan engkau gantikan alat dunia dengan agama. Engkau serupakan perjalanan hidup orang-orang batil dengan perjalanan hidup ulama’-ulama’ yang mendalam pengetahuannya. Maka termasuklah engkau disebabkan kebodohan dan keingkaran engkau ke dalam golongan orang yang binasa dan putus asa.
Berlindunglah kita dengan Allah s.w.t dari tipuan syaitan yang menyebabkan orang ramai binasa. Kita bermohon kepada Allah Ta’ala semoga dijadikanNya kita antara orang-orang yang tidak ditipu oleh kehidupan duniawi. Dan tidak ditipu oleh penipu pada jalan Allah.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
YA ALLAH BIMBING LAH KAMI MENUJU KEREDHAAN MU YA ALLAH. TANPA BIMBINGAN DARIMU NESCAYA KAMI AKAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI.