Sunday, October 9, 2011

22 tanda hari kiamat semakin hampir :
1.Sembahy...ang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Monday, September 12, 2011

MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH KELANTAN

1 haribulan Mac 2011, adalah tarikh yang membuka tirai baru dalam sejarah hidupku. Pada tarikh inilah aku mula melapor diri untuk berkhidmat di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan.

Sebelum ini aku hanya bertugas di SMUA Al -Ittihadiah Tanjong Pagar Ketereh Kota Bharu Kelantan yang hanya merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan. Semasa di SMUA al-Ittihadiah aku di bimbing oleh seorang pengetua dan seorang sahabat yang aku sanjungi. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada ku, sehingga aku memahami erti hidup sebagai seorang guru.

Bermula di sekolah agama al--Ittihadiah Tanjong Pagar ini aku sudah mulai merasai kekuatan perjuangan mereka yang cintakan Islam. Mereka bertungkus lumus memajukan sekolah agama di kelantan termasuklah sekolah agama bantuan kerajaan.

Perpindahan aku ke Maahad Tahfiz Sains yang merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan merupakan suatu pendedahan baru kepadaku betapa hebatnya perjuangan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

Sedikit Sejarah Latar Belakang Penubuhan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Pada peringkat awalnya Maahad Tahfiz Wal Qiraat ditubuhkan di Pulai Condong dengan hasrat pelajarnya akan menyambung pelajaran ke Syubra Mesir dalam bidang hafazan dan al-Qiraat atau dalam bidang agama. Tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku dimana ramai dari kalangan pelajar lepasan SPM di sekolah ini berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akademik.
Bermula dari sinilah timbulnya idea untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Sains memandangkan permintaan dan kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu akademik disamping ilmu agama dan hafazan al-Quran. Dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz yang dapat melihat jauh kedepan beliau mencadangkan agar ditubuhkan sekolah yang dapat memenuhi permintaan dan kemampuan pelajar.
Pihak YIK mula merangka plan penubuhan Maahad Tahfiz Sains dan mencadangkan dengan nama Maahad Sains Tahfiz. Tetapi cadangan ini diubah oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan nama Maahad Tahfiz Sains.
Persoalannya: Kenapa Tok Guru ubah nama Maahad Sains Tahfiz kepada Maahad Tahfiz Sains?adakah penting sesuatu nama? apakah perbezaan antara dua nama ini?apakah hakikat disebalik nama ini? apakah pula bezanya antara Maahad Tahfiz Sains dengan Maahad Sains Tahfiz danMaahad Tahfiz Wal Qiraat?

Tuesday, April 26, 2011

DILEMA HADIS DA'IF

Apabila disebut hadis dha'if maka kebanyakan ummat islam hari ini merasa gerun dan takut, mereka takut kerana hukuman menggunakan, mengajar dan belajar hadis ini amat berat iaitu neraka sebagaimana disebut-sebut oleh ulama' yang bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berdusta atas namaku maka dengan itu dia telah menempah tempatnya dalam neraka"(atau sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW).

Dengan ancaman sebegini ramai dari kalangan ulama' sendiri lebih-lebih lagi orang-orang awam dari kalangan ummat Islam mulai menjauhi kitab-kitab tasauf, dan mereka juga telah meninggalkan beberapa amalan yang mendekatkan diri mereka kepada alam akhirat. Mereka lebih selesa belajar dan mengajar tentang perkara yang berkaitan dengan hadis sahih sahaja. Sedangkan kebanyakan kitab-kitab Tasauf mengandungi hadis-hadis dhaif, dan lebih dari itu kitab-kitab ini mengandungi hadis palsu.

Tanpa kita sedari, ummat Islam hari ini semakin jauh dari motivasi akhirat, ini kerana kitab-kitab yang mengandungi motivasi keakhiratan kebanyakannya adalah kitab Tasuf.