Wednesday, August 12, 2009

BAGAIMANAKAH VIRUS-VIRUS TIKUS, BERUK, ANJING DAN BABI BOLEH BERSARANG DALAM TUBUH MANUSIA?

Jawapan kepada soalan ini amat mudah iaitu firman Allah dalam surah al-Baqarah yang menceritakan tentang Adam ditipu oleh iblis dengan memakan buah khuldi dan Allah berpesan agar anak cucu Adam berhati-hati agar tidak ditipu oleh iblis dan pengikut-pengikutnya untuk kali kedua.

Adam ditipu dengan makanan. Kita perlu berhati-hati dengan makanan...kalau kita makan benda kotor maka kuman-kuman kotor akan menjadikan tubuh kita sebagai sarangnya.

Kuman dari babi akan memasuki tubuh kita dan dapat membiak dengan baik kerana tubuh kita kotor. Adakah kita semua selidik dengan penuh hati-hati semua makanan yang kita ambil? Semua ubat-ubatan yang kita telan atau dimasukkan kedalam tubuh kita? Adakah semua yang masuk dalam tubuh kita bebas dari benda kotor khususnya bahan yang diekstrak dari babi?

Kenapa rumah kita dipenuhi lipas (binatang kotor)?. Kenapa rumah kita dipenuhi lalat(binatang kotor)? Bilakah binatang kotor akan menjadikan rumah kita sebagai sarangnya?

Pasti kita semua amat-amat tahu jawapannya...kuman atau virus sama dengan binatang lain...jikalau dalam tubuh kita kotor maka mereka akan menjadikan tubuh kita ini sarang mereka.

No comments:

Post a Comment