Wednesday, September 2, 2009

PUASA MEMPUNYAI MAKNA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

Allah berfirman yang bermaksud: Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana diwajibkan kepada ummat-ummat terdahulu dari kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa"...

Dikaitkan puasa dan takwa...ini bermakna bahawa sesiapa yang ingin melihat kesan puasa hendaklah dia melihat sudut ketakwaan pada dirinya yang terhasil dari puasa.

apa yang dimaksudkan dengan takwa? takwa bermaksud mengelak atau menjauhkan diri dari perkara yang dimurkai dan dibenci oleh Allah.

Apakah kita bermotivasi untuk mengelak atau menjauhkan diri kita dari perkara yang dimurkai Allah? bahkan kadang-kadang kita menganggap sesuatu yang dimurkai Allah itu adalah perkara remeh aje. atau kita sengaja menipu diri kita dengan mengatakan sesuatu perkara yang sebenarnya dimurkai Allah sebagai perkara yang tidak apa-apa. kenapa berlaku sebegini?

Kita berpuasa, kerana didorong oleh takut, ikut-ikut, dan dipaksa sahaja...kita sebenarnya tidak memahami dan tidak mengerti makna tersirat disbalik puasa...oleh sebab itu kita tidak ada motivasi untuk menghayati puasa.

Puasa merupakan simbolik kepada peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang dikeluarkan oleh Allah dari syorga. Kerana makananlah Adam dan Hawa dikeluarkan dari syorga. Dari makananlah manusia pertama melakukan kesalahan yang pertama. oleh itu, Allah berpesan kepada anak-anak Adam supaya jangan ditipu oleh syaitan untuk kedua kalinya, sehingga mengakibatkan kita terhalang dari syorga Allah .

Dengan berpuasa maka harap-harapnyalah anak-anak Adam ini ingat tentang peristiwa datuk dan nenek mereka dihalau dari syorga...maka mereka akan beringat-ingat...takut kalau mereka nanti akan dihalang untuk kembali ke syorga..

ingatlah bahawa iblis berjanji akan menipu anak cucu Adam dengan berbagai cara...jadi jagalah makanan kita... sebab Adam dan Hawa ditipu dengan makanan.

Biarlah puasa kita ditahun ini melatih kita untuk memilih makanan halal lagi baik.

Ingatlah! kita perlu mencari yang halal dengan penuh keikhlasan hati kita...kita tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada badan-badan tertentu 100% kerana sudah terbukti banyak badan-badan yang bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab mereka ibarat melepaskan batuk ditangga sahaja.

ingatlah! kalau kita sakit disebabkan bahan kimia atau bahan yang diekstrak dari babi, kita sorang yang akan menanggungnya - badan-badan yang bertanggungjawab menghalalkan makan tersebut tak akan bertanggungjawab dan amat jauh sekali untuk membantu kita...

cuba selidik dengan betul-betul, betapa ramai sekarang ini menghidap enyakit barah, kencing manis, buah pinggang, jantung...penyakit mereka ini adalah disebabkan bahan-bahan yang terkandung dalam makanan yang khsususnya ada tanda halal jakim dsb.

Adakah jakim atau badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal akan beri penutup hidung percuma kepada kita untuk mengelak penyakit selsema babi? adakah jakim akan bertanggungjawab terhadap mereka yang sakit disebabkan H1N1?

kita yang tanggung mereka hanya pandai keluarkan sijil halal sahaja.

itu keadaan didunia, di akhirat bagaimana pula?

Puasa juga mengingatkan kita tentang kematian dan kebangkitan. iaitu apabila kita sakit untuk menemui kematian maka disitulah puasa kita yang sebenar baru bermula dan kita akan terus berpuasa dalam tempoh masa yang lama... sehingga kita dibangkitkan dan tentu tengkuk kita kekeringan bahkan seluruh tubuh kita kekeringan, apabila berdiri diakhirat nanti maka dengan tubuh kita yang kering amat mudah dismabar api neraka....ingatlah!ingatlah!ingatlah...

oleh itu, basahilah dirikita dengan amalan-amalan agama dan lindungilah dari api neraka dengan ibadah.

No comments:

Post a Comment