Monday, April 19, 2010

FAKTOR PENGETUA MENJANA IMPAK KE ARAH KEBERKESANAN SEKOLAH(1)

Faktor Pengetua Menjana Impak Ke Arah Keberkesanan Sekolah adalah sebuah buku yang penuh berharga sarat dengan ilmu,panduan dan pengalaman yang amat bernilai.

Buku ini ditulis oleh Sharifah Madinah bt. Syed Abdul Rahman.

Latar Belakang Pendidkan Sharifah Madinah.

Rendah dan Menengah
- Convent of the Holy Infant Jesus, Melaka.

Menengah Atas
- Sekolah Tinggi Melaka.

Ijazah
1 - Memiliki ijazah B.A(kepujian) dan Diploma Pendidikan daripada Universiti Malaya.
2 - Ijazah Sarjana Pendidikan, pengkhususan Bimbingan dan Kaunseling daripada Ohio Universiti, Amerika Syarikat.

Bertugas
Pernah bertugas sebagai guru, penolong kanan dan pengetua sekolah, disamping pernah juga menjawat jawatan pensyarah di maktab perguruan. Dua buah sekolah yang pernah ditadbirkan oleh beliau sebagai pengetua telah mencapai kejayaan yang cemerlang dari setahun ke setahun, baik dalam bidang akademik mahupun dalam bidang sukan dan pembangunan sakhsiyyah para pelajarnya.

Sepanjang karier selama 32 tahun, Sharifah Madinah telah terpilih menduduki pelbagai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Bahagian Latihan Guru di Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengkaji pelbagai isu,projek, dan program pendidikan. sebagai mengiktiraf dan menghargai komitmen beliau, Sharifah Madinah tiga kali terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1994, 2000 dan 2005 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku beliau yang bertajuk "Faktor Pengetua Menjana Impak Ke Arah Keberkesanan Sekolah" amat-amat wajar dijadikan panduan oleh semua mereka yang menjadi ketua atau pemimpin yang mengimpikan kejayaan yang cemerlang.

Buku ini amat-amat wajar dijadikan panduan khususnya Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang ketandusan cara dan idea untuk memajukan sekolah-sekolah dibawah kelolaan mereka. Buku ini juga perlu dihadam oleh pengetua-pengetua sekolah YIK demi untuk bersama melihat kemajuan sekolah-sekolah YIK.

Dengan menghadam buku ini maka terjawablah persoalan dimanakah punca kemunduran sekolah-sekolah YIK. Maka dengan itu perbuatan menunding jari dan menekan guru-guru akan terhapus dan akan timbul kesedaran untuk memperbaiki diri pentadbir kerana merekalah yang menjana impak ke arah keberkesanan sekolah.

PRAWACANA OLEH SYARIFAH MADINAH.

"Menjelang detik persaraan, selepas lebih dari tiga dekad mengabdikan diri dalam perkhidmatan pendidikan, terlintas di fikiran saya bahawa pengalaman kerjaya yang manis dan cukup menyeronokkan ini harus saya abadikan dalam bentuk tulisan. Saya memutuskan bahawa yang saya akan berikan tumpuan ialah tempoh sepanjang saya menjadi pengetua.

Saya memutuskan yang demikian dengan harapan rakan-rakan seperjuangan saya, iaitu guru-guru yang bakal menjadi pengetua dapat memperoleh manfaat daripada sekelumit pengalaman dan kemahiran yang telah saya lalui dan saya himpunkan lebih kurang sedekad lamanya sebagai pengetua. Jika tidak , pastilah pengetahuan dan pengalaman ini akan hilang dan dilupakan begitu sahaja. Kini, sekurang-kurangnya, apabila saya selesai menulis buku ini, saya pasti bahawa ada orang yang akan membacanya dan mudah-mudahan kandungannya akan memberi manfaat kepada mereka

Sesungguhnya, keputusan saya ini bersesuaian dengan kepercayaan peribadi saya. Pada tahun-tahun awal kerjaya perguruan saya, saya telah membaca buku " The Meaning of the Holy Quran tulisan Abdullah Yusof Ali, dan berasa amat tertarik pada surah 103, al-Asr yang bermaksud:

"DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI.
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

Sesungguhnya surah al-Asr cocok sekali menggambarkan kerjaya pilihan saya ini. Justeru, saya berusaha untuk mencontohi dan mengikut ajaran yang terkandung dalam surah ini. Berdasarkan kepercayaan ini, saya mencuba untuk menyampaikan ilmu yang saya himpunkan sepanjang usia kerjaya saya, yang selaras pula dengan tuntutan profesion yang sangat mulia, iaitu mendidik".

No comments:

Post a Comment