Apabila disebut hadis dha'if maka kebanyakan ummat islam hari ini merasa gerun dan takut, mereka takut kerana hukuman menggunakan, mengajar dan belajar hadis ini amat berat iaitu neraka sebagaimana disebut-sebut oleh ulama' yang bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berdusta atas namaku maka dengan itu dia telah menempah tempatnya dalam neraka"(atau sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW).
Dengan ancaman sebegini ramai dari kalangan ulama' sendiri lebih-lebih lagi orang-orang awam dari kalangan ummat Islam mulai menjauhi kitab-kitab tasauf, dan mereka juga telah meninggalkan beberapa amalan yang mendekatkan diri mereka kepada alam akhirat. Mereka lebih selesa belajar dan mengajar tentang perkara yang berkaitan dengan hadis sahih sahaja. Sedangkan kebanyakan kitab-kitab Tasauf mengandungi hadis-hadis dhaif, dan lebih dari itu kitab-kitab ini mengandungi hadis palsu.
Tanpa kita sedari, ummat Islam hari ini semakin jauh dari motivasi akhirat, ini kerana kitab-kitab yang mengandungi motivasi keakhiratan kebanyakannya adalah kitab Tasuf.
Tuesday, April 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ust,saya nak tanya,ada disebut dalam qowaid fiqhiyyah yang bermaksud...
ReplyDelete"ibdat itu haram,kecuali ada dalil yang mebenarkannya"
maksudnya setiap ibadah memerlukan dalil yang sahih kerana ibdat tidak boleh dibuat mengikut logik akal..macam mana tu ye ust..??