Monday, September 12, 2011

MAAHAD TAHFIZ SAINS TANAH MERAH KELANTAN

1 haribulan Mac 2011, adalah tarikh yang membuka tirai baru dalam sejarah hidupku. Pada tarikh inilah aku mula melapor diri untuk berkhidmat di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan.

Sebelum ini aku hanya bertugas di SMUA Al -Ittihadiah Tanjong Pagar Ketereh Kota Bharu Kelantan yang hanya merupakan sebuah sekolah bantuan kerajaan. Semasa di SMUA al-Ittihadiah aku di bimbing oleh seorang pengetua dan seorang sahabat yang aku sanjungi. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada ku, sehingga aku memahami erti hidup sebagai seorang guru.

Bermula di sekolah agama al--Ittihadiah Tanjong Pagar ini aku sudah mulai merasai kekuatan perjuangan mereka yang cintakan Islam. Mereka bertungkus lumus memajukan sekolah agama di kelantan termasuklah sekolah agama bantuan kerajaan.

Perpindahan aku ke Maahad Tahfiz Sains yang merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan merupakan suatu pendedahan baru kepadaku betapa hebatnya perjuangan yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz.

Sedikit Sejarah Latar Belakang Penubuhan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah.

Pada peringkat awalnya Maahad Tahfiz Wal Qiraat ditubuhkan di Pulai Condong dengan hasrat pelajarnya akan menyambung pelajaran ke Syubra Mesir dalam bidang hafazan dan al-Qiraat atau dalam bidang agama. Tetapi sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku dimana ramai dari kalangan pelajar lepasan SPM di sekolah ini berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akademik.
Bermula dari sinilah timbulnya idea untuk menubuhkan Maahad Tahfiz Sains memandangkan permintaan dan kemampuan pelajar dalam menguasai ilmu akademik disamping ilmu agama dan hafazan al-Quran. Dengan pandangan Tok Guru Nik Aziz yang dapat melihat jauh kedepan beliau mencadangkan agar ditubuhkan sekolah yang dapat memenuhi permintaan dan kemampuan pelajar.
Pihak YIK mula merangka plan penubuhan Maahad Tahfiz Sains dan mencadangkan dengan nama Maahad Sains Tahfiz. Tetapi cadangan ini diubah oleh Tuan Guru Nik Aziz dengan nama Maahad Tahfiz Sains.
Persoalannya: Kenapa Tok Guru ubah nama Maahad Sains Tahfiz kepada Maahad Tahfiz Sains?adakah penting sesuatu nama? apakah perbezaan antara dua nama ini?apakah hakikat disebalik nama ini? apakah pula bezanya antara Maahad Tahfiz Sains dengan Maahad Sains Tahfiz danMaahad Tahfiz Wal Qiraat?

No comments:

Post a Comment

Post a Comment