Wednesday, July 8, 2009

2 - CIRI-CIRI ULAMA’ BERTAQWA DAN CIRI-CIRI ULAMA’ JAHAT (2)

(4) – Tidak Ingin Kepada Kemewahan, Pada Makanan, Minuman,Pakaian dan Sebagainya .
Kata Imam al-Ghazali: Diantara tanda-tanda ulama’ akhirat ialah mereka tidak ingin kepada kemewahan, pada makanan , minuman, pakaian. Tidak ingin kepada kecantikan pada perabut rumahtangga dan tempat tinggal. Tetapi mereka memilih kesederhanaan pada semua itu. Serupa keadaannya dengan ulama’ salaf, diberi Allah kiranya rahmat kepada mereka sekelian. Dan ingin mencukupkan dengan sedikit-dikitnya dalam segala hal.
Semakin bertambah keinginannya kearah sedikit semakin bertambah dekatnya dengan Allah Ta’ala dan tinggi kedudukannya dalam barisan ulama’ akhirat.
Dibuktikan kepada yang demikian oleh satu cerita dari Abu Abdillah al-Khawwash. Dia diantara teman sejawat Hatim al-Ashahm. Bercerita Abu Abdillah: “Aku pergi bersama Hatim ke Arrai dan bersama kami tiga ratus dua puluh orang lelaki. Kami bermaksud mengerjakan ibadah haji. Pada mereka itu kantong bulu. Tidak ada bersama mereka beg pakaian atau bekalan makanan. Maka kami masuk ke tempat seorang saudagar yang sederhana, yang mempunyai belas kasihan kepada fakir miskin. Pada malam itu kami menjadi tamunya.
Pada keesokan harinya, bertanya tuan rumah kepada Hatim: Apakah saudara ada mempunyai keperluan apa-apa? Sebab saya bermaksud hendak mengunjungi seorang ahli fikh kami yang sedang sakit sekarang.
Menjawab Hatim: Mengunjungi orang sakit ada kelebihannya, memandang wajah ahli fikh (orang alim) itu satu ibadah. Saya pergi bersama tuan.
Adalah yang sakit itu Muhammad bin Muqatil kadhi negeri Arrai. Ketika sampai kami di pintu, rupanya suatu istana yang mulia dan cantik. Hatim termenung seraya berkata: Beginikah pintu rumah seorang yang berilmu(seorang alim)?.
Kemudian diizinkan, lalu mereka masuk. Rupanya sebuah rumah yang sangat cantik, cukup luas, bersih, berpandangan indah dan bertirai. Maka Hatim termenung.
Kemudian mereka masuk ke tempat dimana orang sakit itu berada. Di situ orang sakit berbaring di atas katil yang empuk. Di kepalanya seorang khadam dengan memegang alat pemukul lalat.
Maka duduklah yang berkunjung tadi (saudagar itu) disamping kepala si sakit, menanyakan keadaan sakitnya, sedang Hatim berdiri saja. Lalu Ibnu Muqatil (orang sakit itu) mempersilakan Hatim duduk. Hatim menjawab: Tak usah, tuan.
Ibnu Muqatil bertanya: Barangkali ada keperluan?
Jawab Hatim: Ada.
Ibnu Muqatil bertanya: Apa?
Kata Hatim: Ada satu masalah yang ingin saya tanyakan kepada tuan.
Kata Ibnu Muqatil: Tanyalah.
Kata Hatim: Bangunlah tuan, duduklah, supaya aku tanyakan.
Maka bangunlah Ibnu Muqatil dan duduk. Lalu Hatim bertanya: Ilmu tuan ini dari mana tuan ambil?
Jawab Ibnu Muqatil: Dari orang-orang yang dapat dipercayai, yang menerangkan ilmu itu kepada saya.
Tanya Hatim: Orang-orang itu ambil dari siapa?
Jawab Ibnu Muqatil: Dari sahabat-sahabar Rasulullah s.a.w.
Tanya Hatim lagi: Para sahabat itu mengambilnya dari siapa?.
Jawab Ibnu Muqatil: Dari Rasulullah s.a.w.
Hatim bertanya lagi: Rasulullah s.a.w ambil dari siapa?
Jawab Ibnu Muqatil: Dari Jibril a.s dan Jibril mengambil dari Allah Ta’ala.
Maka berkata Hatim: Menurut apa yang dibawa Jibril a.s daripada Allah Ta’ala kepada Rasulullah s.a kepada Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w membawanya kepada para sahabatnya dan para sahabat kepada orang-orang yang dipercayai dan orang-orang yang dipercayai membawanya kepada tuan, maka adakah tuan mendengar dalam pelajaran itu bahawa orang yang terdapat dalam rumahnya kemewahan dan luas rumahnya cukup lebar akan memperoleh darjat yang tinggi pada sisi Allah Azza Wajalla?.
Jawab Ibnu Muqatil: Tidak.
Tanya Hatim: Bagaimana yang tuan dengar?
Jawab Ibnu Muqatil: Yang saya dengar bahawa orang yang zuhud di dunia, gemar akhirat, mencintai orang miskin dan mendahulukan untuk akhiratnya, maka memperoleh kedudukan yang tinggi pada sisi Allah Ta’ala.
Berkata Hatim: Tuan sekarang, siapa yang tuan ikut? Nabikah serta para sahabat r.a dan orang-orang soleh r.a atau fir’aun dan namruz, orang pertama mendirikan bangunan tinggi dengan batu marmar dan batu merah?.
Sambung Hatim lagi: Wahai ulama’ su’ (ulama’ jahat)! Orang yang seperti tuan, bila dilihat oleh orang bodoh (orang awwam) yang memburu dan gemar kepada dunia akan berkata: Orang yang berilmu itu sudah begitu, apakah tidak patut aku lebih jahat lagi daripadanya?.
Maka keluarlah Hatim dari situ dan bertambahlah penyakit Ibnu Muqatil.
Peristiwa yang terjadi antara Hatim dan Ibnu Muqatil, sampai kepada penduduk Arrai, lalu berkatalah mereka kepada Hatim: Bahawa at-Thanafisi di Qazwin lebih mewah lagi dari Ibnu Muqatil.
Maka sengajalah Hatim pergi ke sana, lalu masuk ke rumah at-Thanafisi seraya berkata: Kiranya tuan diberi rahmat oleh Allah. Saya ini orang bodoh, ingin benar tuan ajarkan saya permulaan pelajaran agama dan anak kunci sembahyang, bagaimana saya berwudhu’ untuk sembahyang. Maka kata at-Thanafisi: Boleh dengan segala senang hati, ha, tolong ambil kendi yang berisi air itu”
Lalu dibawakan kepadanya. Maka duduklah at-Thanafisi mengambil wudhu’ tiga-tiga kali, kemudian berkata: Beginilah cara berwudhu’, cobalah berwudhu’.
Maka berkata Hatim: Biarlah ditempat tuan, supaya saya berwudhu’ di hadapan tuan, sehingga benar-benar tercapai apa yang saya maksudkan.
Maka bangunlah at-Thanafisi, dan duduklah Hatim berwudhu,. Dibasuh ke dua lengannya empat-empat kali. Lalu at-Thanafisi menegurnya: Hei! Mengapa engkau memboros?.
Maka jawab Hatim: Apa yang saya boroskan?
Kata at-Thanafisi: Kau membasuh lenganmu empat-empat kali.
Jawab Hatim: Subhanallah! Maha Suci Tuhan Yang Maha Besar!. Hanya setapak tangan air sudah dikira memboros. Tuan dengan ini seluruhnya, apakah tidak memboros?
Maka tahulah at-Thanafisi, bahawa maksud Hatim bukanlah belajar. Lalu masuklah dia ke dalam rumahnya dan tidak muncul-muncul di muka umum selama empat puluh hari.
Mengikut pendapat penulis, kata-kata Hatim ini ada benarnya apabila kita meneliti secara jujur, ikhlas dan mendalam pada firman Allah Ta’ala dalam surah at-Taubah ayat 45-46:
34. Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama (ulama’ yahudi dan nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah(penipuan dengan berselindung disebalik agama), dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
35. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
Jikalau kita renung dua ayat ini dengan jelas dan jujur maka kita dapat faham darinya:
1- Allah menceritakan kejahatan ulama’ Yahudi dan Nasrani yang menyebabkan Allah Ta’ala membenci mereka. Iaitu para ulama’ yahudi dan nasrani ini dengan darjat yang Allah berikan kepada mereka, melalui pengetahuan agama, mereka menggunakannya untuk menipu masyarakat demi untuk kesenangan dan kemewahan hidup mereka(lihatlah keadaan ulama’ kita hari ini, semuanya sudah menjadi halal-pen).
2- Kemudian Allah mulakan pula cerita seterusnya dengan perkataan “Allazina” yang bermaksud sesiapa sahaja tidak kira yahudi, atau nasrani atau muslim atau sesiapa sahaja yang berperangai atau berkelakuan seperti ulama’ yahudi dan nasrani ini hukumnya adalah sama disisi Allah.
3- Tiga perbuatan disebut oleh Allah Ta’ala dalam ayatnya diatas iaitu, memakan harta orang dengan cara yang tidak mengikut kehendak Allah, menyekat perkembangan Agama Allah, dan menyimpan untuk dirinya harta kekayaan dan tidak mahu membelanjakannya di jalan Allah. Tiga perbuatan ini adalah perbuatan yang dibenci oleh Allah Ta’ala dan Allah janjikan untuk mereka yang melakukan tiga perbuatan ini, neraka jahannam.
4- Iaitu di hari akhirat mereka yang melakukan tiga perkara di atas atau salah satunya akan disiksa di neraka, sebagaimana firman Allah pada ayat 35 diatas.
5- Perlu kita teliti secara ikhlas dan mendalam firman Allah Ta’ala: “dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. Dan firmanNya lagi: "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu”.
Sedarkah kita bahawa penggunaan wang kita hari ini adalah tukaran dari penggunaan emas? Jikalau kita memiliki wang dengan nilai 10 ringgit bermakna kita memiliki emas sebanyak itu. Cuba bayangkan, nilaian emas ini, kita timbun sebanyak 200 ribu untuk dibekukan bagi pembinaan rumah kita, seratus ribu kita bekukan untuk kenderaan kita dan beratus ribu lagi kita bekukan dalam bentuk harta. Hanya semata-mata untuk kita bukan untuk ummat Islam seluruhnya. Kita rela sekolah agama mundur, bahkan kita yang beria-ia mewar-warkan sekolah agama mundur dan dengan kemunduran sekolah agama ini bermakna mereka menzalimi pelajar. Kenapakah kita dengan wang sebegitu banyak yang kita bekukan untuk diri kita, tidak kita bantu sekolah agama atau pengajian pondok yang dhaif? Apakah kita telah bersedia untuk menjawabnya di hadapan Allah di akhirat? apakah kita selamat dari azab neraka seperti yang diterangkan dalam ayat diatas?-pen.
Ketika Hatim datang di Baghdad, maka berkerumunlah penduduk mengelilinginya seraya berkata: Hai bapak Abdurrahman! Tuan seorang yang sukar mengeluarkan kata-kata, lagi bodoh. Siapa sahaja yang berbicara dengan tuan, tuan potong.
Menjawab Hatim: “Padaku ada tiga perkara, yang ingin aku lahirkan kepada lawanku: aku gembira apabila lawanku betul, aku bersedih hati apabila lawanku salah dan aku jaga diriku jangan sampai tidak mengetahui tentang lawan itu”.
Berita ini sampai kepada Imam Ahmad bin Hanbal, maka berkatalah Imam Ahmad : “Subhanallah! Maha Suci Allah, alangkah cerdasnya Hatim. Mari kita pergi menjumpai Hatim. Sewaktu telah sampai ke tempat Hatim, maka bertanya Imam Ahmad: Wahai bapa Abdurrahman! Manakah keselamatan itu di dunia ini?.
Jawab Hatim: “Wahai bapa Abdullah! Tak ada keselamatan di dunia sebelum ada padamu empat perkara: engkau maafkan orang kerana kebodohannya, engkau cegah kebodohan engkau terhadap orang lain, engkau berikan sesuatu kepada orang dan engkau tidak mengharap sesuatu dari orang. Apabila ada demikian maka selamatlah”.
Kemudian Hatim berangkat ke Madinah. Tiba di situ dia dikerumuni penduduk Madinah. Maka Hatim bertanya: “Kota manakah ini?”
Maka orang ramai menjawab: “Kota (madinah) Rasulullah s.a.w”.Tanya Hatim: “Dimanakah istana Rasulullah s.a.w? saya hendak mengerjakan solat didalamnya”. Orang ramai menjawab: “Rasulullah s.a.w tidak mempunyai istana, tetapi hanya memiliki sebuah rumah yang rendah di atas tanah”.
Hatim bertanya lagi: “Mana istana sahabat-sahabatnya?”.
Orang ramai menjawab: “Tak ada juga, mereka hanya mempunyai rumah-rumah rendah di atas tanah”.
Kata Hatim: “Kalau begitu, Wahai kaumku! Ini adalah kota fir’aun”.
Lalu Hatim diambil (ditangkap)oleh penduduk dan dibawanya ke tempat Sultan (penguasa) seraya mengatakan: “Orang ajam ini (orang bukan arab) ini mengatakan kota ini kota fir’aun.
Sultan bertanya: “Mengapa begitu?
Jawab Hatim: “Janganlah lekas marah kepadaku, aku ini orang bodoh yang asing di sini. Saya masuk negeri ini seraya bertanya: “Kota siapakah ini? Mereka menjawab: “Kota (Madinah) Rasulullah s.a.w. lalu saya bertanya: “Manakah istananya? Dan hatim meneruskan ceritanya.
Kemudian Hatim berkata: “Telah berfirman Allah Ta’ala – dalam surah al-Ahzab ayat 21:
21. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
Maka tuan-tuan, siapakah yang tuan-tuan ikut, Rasululah s.a.w atau fir’aun, orang yang pertama-tama membangun dengan batu marmar dan batu merah. Lalu mereka membiarkan dan meninggalkan Hatim.
Perhatian:
Inilah keadaan ummat Islam zaman dahulu. Apabila mereka mendengar kebenaran mereka menerimanya sebagai satu kebenaran. Dan mereka sedar dan akur kebenaran itu adalah benar. Oleh itu, mereka tidak mencari jalan untuk menentang atau menyakiti Hatim, soal mereka hendak mengikutinya atau tidak itu terserah kepada mereka. Berbeza dengan ulama’ dan masyarakat Islam sekarang. Mereka akan merobah dan memutarbelitkan kebenaran dan menambah-nambah pada kebenaran itu dengan kebatilan supaya mereka tidak merasa bersalah apabila tidak mengikut atau tidak melakukan kebenaran. Dan apabila mereka ditegur maka mereka akan mencari jalan untuk menghalang dan mengenakan tindakan kepada mereka yang menegurnya-pen.
Sambung Imam al-Ghazali lagi: Inilah cerita Hatim al-Ashamm – mudah-mudahan Allah memberikan rahmat untuknya. Dan akan diterangkan tentang kesederhanaan perjalanan hidup ulama’ salaf dan ketidak sukaan mereka kepada kecantikan dengan bukti-bukti yang menunjukkan kepada yang demikian, pada tempat-tempatnya nanti.
Untuk menambahkan lagi pengetahuan kita tentang sifat-sifat ulama’ akhirat dengan lebih lanjut sila lihat kehidupan Rasulullah, para sahabatnya yang diketuai oleh Abu Bakar, Omar, Osman, Ali, juga Fatimah anak kepada kekasih Allah juga kehidupan para ulama’-ulama’ besar seperti Imam Malik, Imam as-Syafi’ie, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan lainnya, serta hayatilah cara hidup para wali Allah. Cara kehidupan mereka inilah merupakan cara yang dikehendaki oleh Allah Ta’ala, dan inilah yang kita mohon dalam al-Fatihah yang khususnya dibaca setiap raka’at ketika kita menyembah Allah. Oleh itu, maka celakalah mereka yang berbohong dihadapan Allah-pen.
Kata Imam al-Ghazali lagi: sebenarnya menghiasi diri dengan yang mubah iaitu dengan yang diharuskan tidaklah haram. Tetapi berkecimpung dengan yang mubah itu, menyebabkan kita suka kepadanya sehingga sukar meninggalkannya.
Terus-terusan menghiasi diri itu, menurut biasanya tidak mungkin bila tidak secara langsung memperoleh sebab-sebabnya. Untuk menjaga keutuhan (kelangsungan) sebab-sebanya itu, terpaksa berbuat perbuatan maksiat, seperti bermanis muka, menjaga hati orang ramai dan kehormatan mereka serta hal-hal lain yang terlarang. Untuk penjagaan diri hendaklah menjauhkan yang demikian. Kerana orang yang berkecimpung dalam dunia, tidaklah sekali-kali selamat terpelihara daripadanya.
Jikalau keselamatan diri itu dapat diperolehi dengan berkecimpung di dalam dunia (maka Rasulullah lah orang pertama melakukannya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak melakukannya bahkan)Rasulullah s.a.w dengan tegas membelakangi dunia. Sebagai contoh: Baginda s.a.w membuka baju kemejanya yang bersulamkan bendera. Baginda juga menanggalkan cincin emas ketika sedang berpidato. Dan lain-lain contoh yang akan diterangkan.
Menurut cerita, Yahya bin Yazid an-Naufali menulis surat kepada Imam Malik bin Anas r.a seperti berikut:
Bismillahir Rahmanir Rahim
Wa Sallallahu Ala Rasulihi Muhammadin Fil Awwalina Wal Akhirin.
Dari Yahya bin Yazid bin Abdil Malik kepada Malik bin Anas. Amma Ba’dhu, sesungguhnya telah sampai kepadaku, bahawa tuan memakai pakaian halus, memakan roti tipis (lembut), duduk di atas tempat yang lembut dan meletakkan pada pintu seorang penjaga.
Sesungguhnya tuan duduk dalam majlis ilmu pengetahuan, kenderaan berkerumun ke rumah tuan, manusia datang kepada tuan. Diambilnya tuan menjadi Imam dan disukai mereka perkataan tuan.
Maka bertaqwalah kepada Allah Ta’ala wahai Malik! Hendaklah tuan merendahkan diri.
Aku tuliskan ini kepada tuan nasihatku ini dalam satu surat yang tidak dilihat selain Allah Subhanahu Wata’ala”.
Wassalam.
Lalu Imam Malik membalas surat Yahya seperti berikut:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Wa Shallallahu Ala Sayyidina Muhammadin Wa Ala Aalihi Wa Shahbihi Wa Sallam.
Dari Malik bin Anas kepada Yahya bin Yazid. Kesejahteraan dari Allah kiranya kepada tuan.
Ammaba’du, telah sampai surat tuan kepadaku, maka aku pandang surat itu menjadi nasihat, tanda kasih mesra dan ketinggian budi. Kiranya Allah mengurniai tuan dengan ketaqwaan dan memberi balasan kepada tuan dengan kebajikan, disebabkan nasihat itu.
Aku bermohon, agar Allah menganugerahkan taufik wa la Haula Wala Quwwata Illa Billahil Aliyyil Azim.
Apa yang tuan sebutkan mengenai saya, bahawa saya memakan roti tipis (lembut), memakai pakaian halus, memakai penjaga pintu dan duduk diatas tempat yang lembut, maka benarlah kami berbuat demikian.
Dan bermohonlah kami akan keampunan daripada Allah Ta’ala. Berfirman Allah Ta’ala:
32. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui. (Surah al-A’raf ayat 32)
Sesungguhnya saya mengetahui bahawa meninggalkan yang demikian itu lebih baik dari masuk ke dalamnya. Janganlah tuan meninggalkan kami dengan tidak mengirim-ngirimkan surat, sebagaimana kami pun tidak akan meninggalkan tuan dengan tidak mengirim-ngirimkan surat”.
Wassalam
Berkata Imam al-Ghazali: Lihatlah kepada keinsafan Malik, kerana dia mengaku bahawa meninggalkan yang demikian itu adalah lebih baik daripada masuk ke dalamnya. Dan dia berfatwa bahawa perbuatan tersebut itu diperbolehkan.
Sungguh benarlah Imam Malik pada keduanya itu.
Dan seumpama Imam Malik dalam kedudukannya, apabila dirinya telah membolehkan dengan keinsafan dan pengakuan mengenai nasihat yang seperti itu, maka kuat pulalah dirinya untuk berdiri di atas batas-batas yang diperbolehkan. Sehingga keadaan yang demikian tidaklah membawa dia kepada riya’ dan melampaui batas kepada perbuatan yang makruh.
Adapun orang lain, maka tidaklah menyanggupi yang demikian. Meningkatkan diri kepada bersenang-senang dengan yang diperbolehkan adalah besar bahayanya. Dan itu adalah jauh dari takut dan khuatir. Dan kekhususan ulama’ Allah itu, ialah takut. Dan kekhususan dari takut itu ialah menjauhkan diri dari tempat-tempat yang disangka berbahaya.
Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan-keterangan dia atas, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:

11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:

7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya

8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(5) – Ulama’ Akhirat Menjauhkan Diri Dari Sultan-sultan (Kerajaan) .
Kata Imam al-Ghazali: Antara tanda-tanda ulama akhirat ialah menjauhkan diri dari sultan-sultan (Kerajaan). Maka tidaklah dia sekali-kali masuk kepada sultan-sultan itu, selama masih dia memperolehi jalan untuk lari daripada mereka. Tetapi hendaklah dia menjaga diri dari bercampur baur dengan sultan-sultan (kerajaan) walaupun mereka datang kepadanya.
Sesungguhnya dunia itu manis menghijau, tali-temalinya ditangan sultan-sultan (Kerajaan). Orang yang bercampur-baur dengan mereka, tidaklah terlepas dari bersusah-payah mencari kerelaan dan menarik hati mereka, sedang mereka itu adalah orang zalim.
Maka haruslah di atas tiap-tiap orang yang beragama, menentang mereka dan menyempitkan dada mereka, dengan melahirkan kezaliman dan memandang hodoh perbuatan mereka (Kerajaan).
Orang yang masuk ke dalam kalangan sultan-sultan (iaitu menjawat jawatan kerajaan), adakalanya menoleh kepada berbaik-baik dengan mereka (sebagaimana Dato Seri Anuar Ibrahim dahulunya yang cuba masuk dalam kerajaan dan cuba membaikinya dari dalam). Lalu dia menodai ni’mat Allah kepadanya. Atau berdiam diri dari menentang sultan-sultan itu (penguasa-penguasa), lalu dia berminyak-minyak air (bermuka-muka) dengan mereka. Atau bersusah payah dalam perkataannya mencari kata-kata untuk kesenangan dan membaguskan hal ehwal sultan-sultan itu.
Yang demikian itu adalah kebodohan yang nyata. Atau mengharap akan memperoleh apa-apa dari dunia mereka. Dan itu adalah palsu. Dan akan datang nanti pada “Kitab Halal dan Haram” apa yang boleh diambil daripada harta sultan-sultan (kerajaan)dan apa yang tidak boleh dari barang-barang yang berharga, hadiah dan lainnya.
Kata Imam al-Ghazali: Kesimpulannya, bercampur-baur dengan sultan-sultan (Kerajaan) adalah kunci kejahatan. Dan ulama’ akhirat, jalan yang ditempuh mereka ialah menjaga diri.
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa mengikuti binatang buruan nescaya lalailah dia, dan sesiapa mendatangi sultan-sultan (kerajaan) nescaya terpesonalah dia” .
Nabi s.a.w bersabda: “Akan ada padamu amir-amir (pemerintah)yang kamu kenal dan kamu tentang. Maka sesiapa menentangnya, sesungguhnya terlepaslah dia. Dan sesiapa yang membenci kepadanya, maka sesungguhnya selamatlah dia. Tetapi jika sesiapa menyetujui dan mengikutinya, nescaya dia dijauhkan Allah Ta’ala”. Lalu ada yang bertanya: “Apakah kami perangi mereka?”. Nabi s.a.w menjawab: “Jangan, selama mereka itu mengerjakan shalat” .
Atsar dan Kata-Kata Ulama’ Dahulu
1 – Sufyan berkata: “Dalam neraka jahannam ada sebuah lembah yang tidak ditempati selain oleh a-Qurra’ (ahli pembaca al-Qur’an dan orang alim dalam agama) yang mengunjungi raja-raja(pemerintah).
2 – Berkata Huzaifah: “Berhati-hatilah kamu dari tempat fitnah. Lalu ada orang yang bertanya: Manakah tempat fitnah itu?”. Huzaifah menjawab: “Pintu rumah amir-amir(pemerintah)dimana seseorang dari kamu masuk ke tempat amir itu, lalu membenarkannya dalam perkara bohong dan mengatakan tentang sesuatu tidak menurut sebenarnya”.
3 – Orang ramai bertanya al-A’masyi: “Tuan telah menghidupkan ilmu pengetahuan, kerana banyaklah orang yang mengambil ilmu pengetahuan itu dari tuan”.
Maka A’masyi menjawab: “Jangan lekas benar mengatakan yang demikian, sepertiga dari mereka yang mengambil ilmu padaku itu meninggal dunia sebelum mengerti (benar-benar memahaminya)sepertiga lagi selalu kerumah sultan-sultan (pemerintah), maka mereka ini orang jahat dan yang sepertiga sisanya(bakinya) tiada memperolehi kemenangan kecuali sedikit sahaja”.
4 – Berkata Sa’id bin Musayyab r.a: “Apabila kamu melihat orang alim, datang menipu (mengampu atau membodek)amir-amir maka waspadalah daripadanya kerana dia itu pencuri”.
5 – Al-Auza’ie berkata: “Tidak adalah sesuatu yang lebih dimarahi Allah Ta’ala dari orang alim yang mengunjungi pekerja(yang bekerja pada amir iaitu penguasa).
6 – Berkata Makhul ad-Dimasyqi r.a: “Sesiapa mempelajari al-Qur’an dan memahami Agama, kemudian menyertai sultan (kerajaan/pemerintah) kerana bermanis muka kepadanya dan mengharap sesuatu padanya, nescaya masuklah dia ke dalam laut dari neraka jahannam menurut bilangan langkahnya”.
7 - Samnun berkata: “Alangkah kejinya orang alim, yang didatangi ke tempatnya, lalu tidak dijumpai. Maka ditanyakan tentang orang alim tadi, lalu mendapat jawapan: “Dia itu pada amir”.
Sambung Samnun lagi: “Aku pernah mendengar orang mengatakan: “Apabila kamu melihat orang alim mencintai dunia, maka curigailah dia terhadap agamamu! Sehingga aku sendiri mencoba yang demikian. Kerana tidaklah sekali-kali aku masuk ke tempat sultan itu, melainkan aku berfikir dan menilai diriku (muhasabah)sesudah keluar daripadanya. Maka aku dapati di atas diriku bekas dan kamu dapat melihat apa yang aku perolehi, iaitu: kekerasan, kekasaran dan banyaknya pertentangan untuk hawa nafsu. Sesungguhnya aku ingin dapat melepaskan diri daripada masuk ke tempat sultan itu untuk penjagaan diri. Sedang aku tidak pernah mengambil sesuatu daripadanya atau meminum seteguk air kepunyaanya”.
Kemudian sambung Samnun lagi: “Ulama’ zaman kita ini, adalah lebih jahat dari ulama’ bani Israil, yang berbicara dengan sultan dengan murah sahaja dan dengan yang bersesuaian dengan hawa nafsu sultan. Dan kalau mereka berbicara dengan sultan dalam hal yang menjadi tanggungan sultan dan dalam hal itu dapat melepaskan sultan, nescaya sultan itu merasa keberatan. Dan tidak suka lagi ulama’ itu masuk ke tempatnya. Dan adalah yang demikian itu melepaskan bagi ulama’ pada sisi Tuhannya”.(hal 259)
8 – Al-Hasan berkata: “Adalah diantara orang yang sebelum kamu, seorang lelaki yang terdahulu dalam Islam dan menjadi sahabat bagi Rasulullah s.a.w(berkata Abdullah bin al-Mubarak: Yang dimaksudkan dengan lelaki tersebut ialah Sa’ad bin Abi Waqqash r.a). orang itu tidak pernah mendatangi sultan-sultan (penguasa)bahkan beliau melarikan diri dari mereka. Lalu anak-anaknya bertanya kepadanya: Datangnya kepada sultan-sultan itu, orang yang tidak seperti ayah tentang persahabatan dengan Nabi s.a.w, dan lamanya dalam Islam. Kalau ayah datang kepada sultan-sultan itu, bagaimana? Orang itu menjawab: Wahai anakku! Apakah aku datang kepada bangkai yang telah dilingkungi orang banyak? Demi Allah, sesungguhnya, jikalau aku sanggup, nescaya tidaklah aku bersekutu dengan mereka pada bangkai itu”. Anak-anaknya bertanya lagi: Wahai ayah! Jadi binasalah kami ini kekurusan. Menjawab orang itu: Hai anak-anakku! Aku lebih suka mati sebagai mu’min yang kurus daripada aku mati sebagai munafik yang gemuk”.
9 – Berkata al-Hasan: “Orang itu memusuhi sultan-sultan (pemerintah) kerana demi Allah dia mengetahui bahawa tanah memakan daging dan minyak tidak memakan iman”.
Kata Imam al-Ghazali: Dan ini satu petunjuk bahawa orang yang memasuki tempat sultan (pemerintah) tidak akan selamat sekali-kali dari nifaq(bermuka dua). Dan nifaq itu adalah berlawanan dengan Iman.
10 - Abu Zar berkata kepada Salmah: “Wahai Salmah! Janganlah engkau mendatangi pintu-pintu sultan (pemerintah)sesungguhnya engkau tidak akan memperoleh sesuatu daripada dunia mereka, melainkan mereka memperoleh dari agama engkau yang lebih utama daripadanya”.
Kata Imam al-Ghazali: Inilah satu fitnah besar bagi ulama’ (yang memiliki hati yang sakit). Lebih-lebih lagi bagi ulama’ yang mempunyai cara berbicara yang mudah diterima orang dan mempunyai perkataan yang manis. Kerana sentiasalah syaitan membisikkan kepada ulama’ itu bahawa: Nasihatmu kepada sultan-sultan(pemerintah) dan kedatanganmu kepadanya, adalah hal yang menakutkan mereka dari berbuat kezaliman dan akan menggalakkan mereka menegakkan syiar-syiar Agama Islam. Sampai menjadi khayalan kepada ulama’ itu, bahawa masuknya ke rumah sultan-sultan itu adalah setengah dari agama.
Kemudian apabila telah masuk, lalu sentiasalah dia bersikap lemah-lembut dalam perbicaraan, bermuka-dua (bodek) dan berkecimpung dengan memuji dan menyanjung. Dan pada inilah terletaknya kebinasaan agama. Dan dikatakan: Ulama’ itu apabila telah berilmu, nescaya berbuat apabila berbuat nescaya sibuk, lalu hilang. Apabila telah hilang, lalu dicari. Dan apabila dicari lalu lari.
11 – Umar bin Abdul Aziz menulis surat kepada al-Hasan: “Ammaba’du, maka tunjukkanlah kepadaku golongan-golongan yang dapat aku minta tolong padanya untuk menegakkan perintah Allah Ta’ala”.
Maka al-Hasan membalas surat Khalifah Umar bin Abdul Aziz tadi: “Adapun kaum agama (ulama’ akhirat), mereka tidak berkehendak kepadamu. Dan kaum dunia (ulama’ dunia) maka engkau tidak berkehendak kepada mereka. Akan tetapi haruslah engkau (perlulah engkau sentiasa bersama)dengan orang-orang mulia (mengikut pandangan Allah)kerana mereka menjaga kehormatan dirinya daripada menodainya dengan pengkhianatan”.
Ini mengenai Umar bin Abdul Aziz r.a dan adalah dia yang paling zuhud pada zamannya.
Kata Imam al-Ghazali lagi: Maka apabila adalah syarat bagi kaum Agama lari dari Umar, maka bagaimanakah memperoleh perbandingan untuk mencari orang lain dan bercampur-baur dengan dia? Dan selalu ulama’-ulama’ terdahulu seperti: Al-Hasan, As-Sauri, Ibnul-Mubarak,al-Fudhail,Ibrahim bin Adham dan Yusuf bin Asbath, memperkatakan mengenai ulama’ dunia, dari kalangan penduduk Makkah, negeri Syam dan lain-lain. Adakalanya kerana mereka itu cenderung kepada dunia dan adakalanya kerana bercampur-baur dengan sultan-sultan.
Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan di atas, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:

11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:

7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya
8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(6) – Tidak Tergesa-gesa Memberi Fatwa, Tetapi Berdiri Teguh Menjaga Diri dari Memberi Fatwa Selama Masih Ada Jalan Untuk Melepaskan Diri .
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 32:
32. malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Tatkala Rasulullah s.a.w ditanyakan tentang tempat yang terbaik dan yang terburuk di bumi, maka Nabi s.a.w mejawab: “La adri(Saya tidak tahu)” sehingga datanglah Jibril a.s kepadanya maka ditanyakannya. Lalu Jibril a.s menjawab: “La adri(saya tidak tahu). Sehingga dia diberitahu oleh Allah Azza Wa Jalla, bahawa tempat yang terbaik ialah MASJID dan tempat yang terburuk ialah PASAR .
Imam al-Ghazali mengatakan bahawa antara tanda-tanda ulama’ akhirat adalah tidak tergesa-gesa memberi fatwa. Tetapi berdiri teguh menjaga diri dari memberi fatwa selama masih ada jalan untuk melepaskan diri.
Jikalau dia ditanyakan tentang apa yang diketahuinya benar-benar dengan dalil (nas) dari al-Qur’an atau Hadis atau Ijma’(sepakatan para ulama’ muktabar) atau qiyas yang nyata, nescaya berfatwalah dia. Dan jikalau ditanyakan tentang sesuatu yang diragukannya maka dia menjawab: “Saya tidak tahu(La adrii)”. Dan jikalau ditanyakan suatu persoalan yang hampir diyakininya(dzan), berdasarkan ijtihadnya dan terkaannya, maka dalam hal ini dia berhati-hati, mempertahankan diri dan menyerahkan penjawabannya kepada orang lain jikalau ada pada orang lain itu kemampuan.
Inilah hati-hati (al-Hazmu) namanya, kerana ikut-ikutan berijtihad adalah besar sekali bahayanya.
Pendapat sahabat dan ulama’ terdahulu tentang memberi fatwa:
1 – As-Sya’bi berkata: “La adri(tidak tahu)” adalah setengah ilmu. Maka sesiapa berdiam diri dimana yang tidak diketahuinya kerana Allah Ta’ala, maka tidak kuranglah pahalanya daripada orang yang berkata-kata. Kerana mengaku bodoh adalah amat berat bagi jiwa”.
2 – Berkata Ibnu Masud r.a: “Orang yang memberi fatwa kepada manusia mengenai tiap-tiap persoalan yang diminta mereka fatwanya, adalah gila. Dan seterusnya beliau berkata: “Benteng orang alim itu, ialah “La adri (aku tidak tahu)”.
3 – Berkata Ibrahim bin Adham r.a: “Tidak adalah yang lebih menyulitkan bagi syaitan selain orang alim yang berkata dengan ilmunya dan berdiam diri dengan ilmunya. syaitan itu berkata: Lihatlah kepada orang alim ini, diamnya lebih sulit bagiku daripada perkataannya”.
4 – Ibnu Umar berkata: “Kamu bermaksud menjadikan kami jambatan yang akan kamu lalui di atas kami ke neraka jahannam”.
5 – Abu Hafash an-Naisaburi berkata: “Orang alim itu, ialah yang takut pada pertanyaan, dimana ditanyakan kepadanya pada hari kiamat nanti: “Dari manakah jawapan yang kamu perolehi itu”.
6 – Adalah Ibrahim at-Taimi apabila dia ditanyakan sesuatu masalah, lalu menangis sambil berkata: “Apakah tuan-tuan tidak mendapat orang lain, maka tuan-tuan mendesak saya?”.
7 – Adalah Abul Aliyyah ar-Rayyahi, Ibrahim bin Adham dan as-Sauri berbicara dihadapan dua orang, tiga orang dan dihadapan jumlah yang kecil. Apabila orang sudah banyak lalu mereka itu pergi”.
8 – Adalah Ibnu Umar r.a ditanyakan sepuluh masalah, maka dijawabnya satu dan berdiam diri diri dari sembilan. Dan Ibnu Abbas r.a menjawab sembilan dan berdiam diri dari satu.
9 – Dalam kalangan ulama’ fikh ada yang menjawab “La adri(saya tidak tahu), lebih banyak daripada menjawabnya dengan jawapan saya tahu. Mereka itu antaranya: Sufyan as-Sauri, Malik bin Anas, Ahmad bin Hanbal, al-Fudhail bin Iyadh dan Bisyr bin al-Harits.
10 – Abdurrahman bin Abi Laila berkata: Aku mendapati dalam masjid ini seratus dua puluh orang sahabat Rasulullah s.a.w. Tidak seorangpun dari mereka yang ditanyakan tentang hadis atau fatwa, melainkan lebih menyukai bahawa temannya saja cukup menjawabnya”.
11 – Berkata sesetengah ulama’ terdahulu: Adalah sahabat-sahabat Nabi s.a.w tolak menolak pada empat perkara: menjadi Imam, memegang wasiat, menyimpan simpanan dan memberi fatwa.
12 – Berkata sesetengah mereka: Adalah yang paling lekas memberi fatwa (pendapat) ialah orang yang ilmunya paling sedikit. Dan yang paling menolak memberi fatwa ialah orang yang paling wara’ (menjaga diri dari tersalah melakukan kesalahan).
13 – Adalah para sahabat Nabi s.a.w dan para tabi’in itu sibuk pada lima perkara, iaitu: membaca al-Qur’an, meramaikan (memakmurkan) masjid, berzikir kepada Allah Ta’ala, beramar makruf dan bernahi mungkar.
14 – Berkata Ibnu Hushain: “Bahawasanya salah seorang dari mereka berfatwa mengenai sesuatu masalah, masalah mana, jikalau dibawa kepada Umar bin al-Khattab r.a nescaya akan dikumpulkannya seluruh sahabat yang turut dalam perang Badar untuk membahasnya”. (Nak buat Islam Hadhari tak tanya orang tapi terus buat dsbnya).
Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan diatas maka, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:
11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:

7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya

8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim/jahat)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim/jahat) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(7) – Banyak Perhatiannya Dengan Ilmu Bathin, Dengan Muraqabah Hati, Dengan Mengenal Jalan Akhirat, Cara Menempuhnya, Mengharapkan Benar-benar Untuk Menyingkapkan Yang Demikian itu Dengan Mujahadah dan Muraqabah .

Berkata Imam al-Ghazali: Diantara tanda ulama’-ulama’ akhirat itu ialah banyak perhatiannya dengan ilmu batin (dalaman iaitu hubungan antara hati manusia dengan penciptanya Allah)dengan sentiasa muraqabah hati (sentiasa menjaga hati supaya tetap hubungannya dengan Allah)dengan mengenal jalan akhirat, cara menempuhnya, mengharapkan benar-benar untuk menyingkap yang demikian itu dengan mujahadah (bersungguh-sungguh) dan muraqabah. (Mujahadah: berjihad menumpaskan hawa nafsu yang menghalangi jiwa dekat kepada Allah, Muraqabah: Memperhatikan atau mengintai gerak-geri hati jangan sampai terpengaruh dengan dunia dan hawa nafsu. Musyahadah: Menyaksikan dengan jiwa akan kebesaran Allah dan alam ghaib yang penuh dengan keajaiban kebesaran Allah Ta’ala).
Sesungguhnya mujahadah membawa kepada musyahadah dan ilmu hati yang halus-halus, dimana dengan ilmu-ilmu itu terpancarlah segala sumber hikmah(kebijakasanaan) dari hati.
Adapun kitab-kitab dan pengajaran, maka tidaklah mencukupi dengan itu saja. Tetapi hikmah yang diluar hinggaan dan tidak terhitung itu, sesungguhnya terbuka dengan mujahadah, muraqabah, langsung mengerjakan amalan zahir dan amalan batin dan duduk beserta Allah Azza Wa Jalla dalam khilwah (persembunyian), serta manghadirkan hati (jiwa) dengan fikiran yang putih bersih, terputus dari yang lain, langsung kepada Allah Ta’ala.
Itulah kunci ilham dan sumber kasyaf (terbuka hijab).
Berapa banyak pelajar yang sudah lama belajar, tetapi tidak sanggup dengan sepatah katapun melebihi dari apa yang didengarnya. Dan berapa banyak pelajar memilih yang penting saja dalam pelajarannya, menyempurnakan amal dan muraqabah hati, yang dibukakan Allah kepadanya ilmu halus-halus yang mengherankan akal orang-orang yang bermata hati.
Pada sesetengah kitab lama tersebut: “Hai bani israil”. Janganlah kamu mengatakan ilmu itu di langit, siapakah yang menurunkannya ke bumi? Janganlah kamu mengatakan ilmu itu dalam perut bumi, siapakah yang mengeluarkannya ke atas bumi? Dan jangan kamu mengatakan ilmu itu di seberang lautan, siapakah yang membawanya? Ilmu itu dijadikan dalam hatimu. Beradablah di hadapanKu dengan budi pekerti siddiqin, nescaya Aku lahirkan ilmu itu dalam hatimu, sehingga menutupkan kamu dengan kebaikan-kebaikan dan kelebihan ilmu”.
Jikalau tidaklah pengetahuan hati dari orang yang berhati dengan nur batin yang menjadi hakim atas ilmu zahir tentu tidaklah nabi s.a.w bersabda:
Bermaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: “Senantiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan amal ibadah sunnah, sehingga Aku sayang kepadanya. Apabila Aku telah sayang kepadanya, maka adalah Aku pendengarannya, dimana ia mendengar dengan pendengaran itu” .
Berapa banyak pengertian-pengertian yang halus dari rahsia-rahsia al-Qur’an yang terguris dalam hati orang-orang yang berzikir dan berfikir kepada Tuhan semata-mata, yang tidak disebutkan dalam kitab-kitab tafsir dan tidak sampai kepadanya pandangan-pandangan ahli-ahli tafsir yang utama.
Apabila terbukalah yang demikian itu bagi murid yang bermuraqabah dan dikemukakannya kepada ulama-ulama tafsir nescaya mereka itu akan menerimanya dengan baik. Dan mereka itu mengetahui bahawa yang demikian adalah diantara pemberitahuan hati yang suci dan rahmat Allah Ta’ala dengan cita-cita yang tinggi yang dicurahkan kepada murid tersebut.
Dan begitu pula tentang ilmu mukasyafah dan segala rahsia ilmu mu’amalah serta bisikan-bisikan hati yang halus-halus. Maka tiap-tiap ilmu dari ilmu-ilmu ini adalah ibarat lautan yang tak terduga dalamnya. Masing-masing pelajar hanya berkecimpung sekadar yang dinugerahkan dan diberikan taufik kepadanya dari amalan baik.
Tentang penyifatan ulama’ akhirat itu, berkata Sidina Ali k.w pada suatu perbicaraan yang panjang: “Hati itu adalah wadah, hati yang paling baik adalah hati yang menjaga kebaikan. Manusia itu tiga jenis: Alim Rabbani (memiliki ilmu keTuhanan), yang belajar ke jalan kelepasan dan yang bertualang rendah budi mengikut semua orang yang pandai berteriak, condong ke mana dibawa angin, tidak memperoleh sinar ilmu dan tidak bersandar kepada tiang yang teguh. Ilmu adalah lebih baik dari harta. Ilmu itu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu adalah bertambah dengan dibelanjakan dan harta berkurang dengan dibelanjakan. Ilmu itu agama yang diperpegangi. Dengan ilmu diusahakan taat dalam hidup dan elok sebutan sesudah mati. Ilmu itu hakim dan harta itu yang dihukum. Kegunaan harta itu hilang dengan hilangnya. Matilah penjaga-penjaga gudang harta, walaupun mereka itu masih hidup. Dan ulama itu terus hidup, kekal sepanjang zaman”.
Kemudian Saidina Ali k.w menarik nafas panjang seraya berkata: “Ah, sesungguhnya disini banyak ilmu, jikalau kiranya aku memperoleh orang-orang yang membawanya! Tetapi aku memperoleh pelajar yang tidak amanah. Ia menggunakan agama untuk menjadi alat mencari dunia. Dipandangnya lama-lama akan ni’mat Allah kepada para walinya dan dilahirkannya menjadi alasan kepada orang yang banyak. Atau aku memperoleh orang yang patuh kepada ahli kebenaran. Tetapi tertanamlah keraguan-keraguan di dalam hatinya dengan kedatangan syubhat yang pertama sahaja. Dia tidak bermata hati. Tidak yang ini(orang yang patuh tadi) dan tidak yang itu (pelajar yang tidak amanah yang tersebut di atas) atau aku memperoleh orang yang terpesona dengan kesenangan, mudah terlibat dalam pelukan hawa nafsu. Ataupun aku memperoleh orang yang terpedaya dengan mengumpulkan harta dan simpanan mengikuti hawa nafsunya sehingga mereka menyerupai hewan yang mencari rumput di padang luas.....wahai Tuhan! Begitulah kiranya ilmu itu mati, apabila mati pendukung-pendukungnya. Kemudian bumi ini tidak akan sunyi dari orang yang menegakkan kebenaran Allah. Adakalanya yang zahir terbuka dan adakalanya yang takut terpaksa. Supaya tidaklah batal segala hujjah dan keterangan-keterangan Allah Ta’ala.
Berapa orangkah dan dimanakah mereka itu? Mereka adalah sedikit bilangannya, tinggi kedudukannya. Diri mereka itu tidak ada orang-orang yang seperti mereka itu, berada di dalam hati. Allah Ta’ala menjaga hujjah (keterangannya) dengan mereka. Sehingga mereka menyimpan hujjah itu di belakangnya dan menanamkannya dalam hati orang-orang yang serupa dengan mereka. Ilmu itu menyerbu orang-orang tadi dalam keadaan yang sebenarnya. Maka mereka memperoleh secara langsung ruh keyakinan, lalu mereka memperoleh lunak apa yang diperoleh keras oleh orang-orang yang merosakkan dan memperoleh jinak apa yang dipandang liar oleh orang-orang yang lalai.
Mereka menyertai dunia dengan badan, sedang ruhnya tergantung di tempat tinggi. Mereka itu adalah auliya’ Allah Ta’ala dari kalangan makhlukNya. Pemegang amanahNya, pekerja-pekerjaNya, di bumiNya dan penyeru-penyeru kepada agamanya”.
Kemudian Saidini Ali k.w menangis sambil berkata: “Alangkah rindunya hatiku hendak melihat mereka...!
Kata imam al-Ghazali: Apa yang disebutkan oleh Saidina Ali k.w yang terakhir itu ialah sifat ulama’ akhirat iaitu: ilmu yang kebanyakannya diperoleh faedahnya dari amalan dan rajin bermujahadah.

Renungan dan Perhatian:
Melalui keterangan diatas maka, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:

11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:
7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya

8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

No comments:

Post a Comment