Bertajuk: Individu tolak damai ibarat dirasuk syaitan.
( Orang yang tidak mahu melihat umat Islam berdamai adalah manusia yang dipengaruhi syaitan melainkan dia dapat membuktikan perbalahan itu adalah lebih baik daripada perdamaian).
Penyokong fanatik Tok Guru Nik Aziz kata:
Tuan yang budiman:
Kami rasa Tuan amat-amat waras dengan tajuk akhbar diatas. Dan kami yakin Tuan juga amat waras semasa Tuan mengeluarkan kenyataan diatas. Oleh itu.Sudilah kiranya Tuan Dr yang bijaksana, mendengar hujjah-hujjah dan bukti-bukti bahawa perbalahan itu lebih baik dari perdamaian? Bukankah dalam kaedah fikh ada menyebut: al-ahkam taduru ma’a ilaliha wujudan wa adaman? Hukum itu berlegar disekitar illah atau sebab dari sudut ada atau tiada. Sembahyang fardhu adakalanya wajib, tetapi adakalanya haram berdosa kalau sembahyang. Sebagai contoh: waktu datang haid dan seumpamanya.
Kalau sudi kami nak jemput Tuan yang bijaksana datang bertandang kerumah kami, kita borak-borak sambil menikmati juadah istimewa bersama. Atau kalau tak sudi bertandang kerumah kami, jemputlah kami ke rumah Tuan yang budiman.
Tuan kan arif tentang hukum-hakam fikh – bukankah orang macam Tok Guru Nik Aziz ni perlu dipanggil oleh kerajaan atau orang kerajaan datang bertemu dengannya-(kan begitu dalam hukum fikh)-untuk dinasihati. Dan orang kerajaan yang paling layak untuk menasihati Tok Guru ni adalah Tuan yang budiman dan rakan-rakan seperjuangan. Kalau boleh live kat TV biar malu muka Tok Guru, biar semua rakyat Malaysia tahu bahawa Tok Guru penipu,(kalau benar kenyataan Tuan seperti yang tertulis dalam akhbar).
Kalau Tuan Tak buat, maka kami mulai ragu-ragu terhadap Tuan yang budiman, dan Tuan tidak boleh menyalahkan kami jikalau kami terus menjadi pengikut fanatik Tok Guru.
Kami yakin Tuan adalah yang budiman lagi bijaksana bukan macam Tok Guru Nik Aziz yang bodoh, kami teeeringinn sangat nak jadi pengikut Tuan tapi Tuan perlu buktikan bahawa Tuan lebih betul dan hebat dari Tok Guru. Kalau zaman dahulu pendekar perlu buktikan kependekarannya. Bukannya bersuara lantang berkokok diceruk dapur. Dan kalau zaman Nabi dan Rasul dahulu pun mereka perlu buktikan kebenaran mereka. Sampai Allah bantu dengan mukjizat. Kan Tuan berada dipihak benar tentu Allah bantu. Kami aaammmat berharap kepada Tuan.
Rasulullah saw dulu pernah mengalahkan ahli gusti, sebab ahli gusti tersebut memberi syarat kepada Rasulullah saw iaitu sekiranya Rasulullah saw menang gusti dengannya maka dia ikut Rasulullah saw tetapi jikalau Rasulullah saw tewas maka Rasulullah saw akan mengikutinya. Rasulullah saw dengan yakin menyahut cabaran lelaki tersebut ini kerana Rasulullah saw yakin Beliau dipihak yang benar dan Beliau yakin Allah akan menolongnya. Ajak Tan Sri Harussani join sekali, dua lawan satu pun tak apa, sepuluh lawan satu pun tak apa. Kami tak letak syarat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment