Wednesday, July 8, 2009
1 - CIRI-CIRI ULAMA’ BERTAQWA DAN CIRI-CIRI ULAMA’ JAHAT (1)
Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 175-183:
175. dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
176. dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
177. amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.
178. sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka Dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.
179. dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
180. dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.
181. dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.
182. dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.
183. dan Aku memberi tempoh kepada mereka; Sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.
Antara ciri-ciri yang membezakan antara ulama’ akhirat dengan ulama’ dunia adalah seperti berikut:
1 – Ulama’ akhirat tidak mencari dunia dengan ilmunya.
Kata Imam al-Gazali dalam kitab Ihya’ : “Sekurang-kurangnya tingkat seorang yang berilmu itu(tingkat paling rendah bagi orang yang berilmu-pen), mengetahui kehinaan dunia, keburukan, kekotoran dan kesamarannya. Kebesaran akhirat, keabadian, kebersihan nikmat dan keluhuran kerajaannya. Dan mengetahui bahawa antara dunia dan akhirat itu berlawanan. Keduanya seumpama dua wanita yang bermadu, apabila dicari kerelaan yang seorang, maka yang lain marah(dengki atau cemburu). Dan ibarat daun timbangan , manakala berat yang satu maka yang lain ringan.
Dunia dan akhirat itu laksana timur dan barat. Apabila kita mendekati yang satu, maka pasti bertambah jauh dari yang lain. Atau seumpama bekas, yang satu penuh dan yang lainnya kosong. Sebanyak mana yang diambil dari yang berisi untuk dituangkan ke dalam yang kosong sampai penuh, maka demikianlah akan menjadi kosong yang berisi tadi.
Maka orang yang tidak mengenal kehinaan dunia, kekotoran dan kecampur-bauran kelazatan dengan kesakitannya, kemudian keseraman apa yang kelihatan bersih dari dunia itu maka orang itu adalah manusia yang rosak akalnya.
Kata-kata “Keseraman apa yang kelihatan bersih”. Bahaya disebalik sesetengah perkara yang difatwakan atau dianggap sebagai harus dan halal.-pen.
Sesungguhnya penyaksian dan pengalaman menunjukkan kepada yang demikian. Maka bagaimanakah termasuk golongan orang yang berilmu orang yang tidak berakal?. Orang yang tidak mengetahui kebesaran keadaan akhirat dan keabadiannya, maka orang itu telah tertutup hatinya dan tercabut keimanannya. Maka bagaimanakah termasuk golongan orang yang berilmu orang yang tak beriman?. Dan orang yang tak mengetahui berlawanannya dunia dan akhirat dan mengumpulkan keduanya adalah satu harapan yang tak usah diharapkan. Maka orang itu bodoh dengan seluruh agama Nabi-Nabi. Bahkan hatinya telah tertutup dari seluruh isi al-Qur’an, dari permulaannya sampai kepada penghabisannya maka bagaimanakah dia dihitung termasuk dalam golongan ulama’?
Kata-kata Imam al-Ghazali: “Bahkan hatinya telah tertutup dari seluruh isi al-Qur’an, dari permulaannya sampai kepada penghabisannya”. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang telah dijelaskan dalam kitab “Ilmu Terbaik Untuk Dipelajari”, antaranya adalah seperti berikut:
Dari Ali bin Abi Talib k.w dia berkata; Saya mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Pada akhir zaman nanti akan muncul segolongan manusia yang umurnya masih muda dan berakal tetapi berbudi rendah. Mereka mengumandangkan Kalam Allah (al-Qur’an) (tetapi) mereka itu keluar dari Islam seperti keluarnya anak panah yang terlepas dari busurnya. Iman mereka tidak melepasi tenggorok mereka. Dimana saja kamu bertemu dengan mereka maka bunuhlah (lawanlah mereka bermati-matian) kerana orang yang membunuh mereka(memerangi mereka bersungguh-sungguh) akan memperoleh pahala pada hari kiamat nanti” .
Dari Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan muncul pada akhir zaman nanti- atau dikalangan ummatku – segolongan manusia yang membaca al-Qur’an tetapi al-Qur’an tidak melepasi tenggorok atau halqum mereka. Tanda-tanda mereka ialah kepala mereka gundul. Apabila kamu semua melihat atau bertemu mereka maka bunuhlah mereka itu” .
Orang yang mengetahui ini seluruhnya tetapi tetap tidak memilih akhirat dari dunia, maka (dia) adalah tawanan syaitan. Telah dibinasakan oleh hawa nafsu dan dipaksakan oleh kecelakaannya. Maka bagaimanakah dihitung termasuk dalam barisan ulama’, orang yang tingkatnya demikian?.
Dalam warta berita Nabi Daud a.s yang merupakan firman dari Allah Ta’ala, tersebut: “Sekurang-kurangnya perbuatanKu dengan orang yang berilmu apabila memilih hawa nafsunya dari mencintai Aku, ialah kuharamkannya kelazatan bermunajah dengan Aku. Wahai Daud! Jangan engkau tanyakan kepadaKu orang yang berilmu yang telah dimabukkan oleh dunia, maka dicegahnya engkau dari kecintaanKu. Mereka itulah penyamun-penyamun terhadap hamba-hambaku. Wahai Daud! Apabila engkau melihat seorang pelajar untukku, maka hendaklah engkau menjadi pesuruhnya. Wahai Daud! Sesiapa mengembalikan kepadaKu orang yang lari(lari dari Allah menuju iblis dengan memburu dunia). Maka Aku tuliskan(dicatatkan dalam catatan Allah) (bahawa) dia orang yang tahu kebenaran. Sesiapa yang Aku tuliskan sebagai orang yang tahu kebenaran, maka tidak Aku azabkan (siksakan) dia selama-lamanya”.
Dengan itu berkata al-Hasan: “Siksaan bagi orang yang berilmu ialah mati hatinya. Mati hati ialah mencari dunia dengan amal perbuatan akhirat”. kerana itu berkata Yahya bin Mu’az: “sesungguhnya hilanglah keelokan ilmu dan hikmah, apabila dicari dunia dengan keduanya”.
Berkata Sa’id bin al-Musayyab r.a: “Apabila engkau melihat orang yang berilmu mendatangi amir-amir, maka itu adalah pencuri”. Berkata Umar al-Khattab r.a: “Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia terhadap agamanya, kerana tiap-tiap orang yang mencintai sesuatu, dia akan berkecimpung pada yang dicintainya itu”. Berkata Malik bin Dinar r.a: “Aku telah membaca dalam beberapa kitab lama bahawa Allah Ta’ala berfirman: “Bahawa yang paling mudah bagiKu untuk diperbuatkan kepada orang yang berilmu apabila dia mencintai dunia, ialah Aku keluarkan dari hatinya kelazatan bermunajah dengan Aku”.
Seorang lelaki menulis surat kepada saudaranya: “ Engkau diberi ilmu, maka janganlah engkau padamkan nur ilmu itu dengan kegelapan dosa. Nanti engkau kekal dalam kegelapan pada hari berjalan semua ahli ilmu dalam sinar ilmunya”.
Iaitu di akhirat matahari tidak lagi bertugas memberi cahaya kepada manusia, maka manusia tinggal dalam kegelapan yang teramat sangat, maka pada masa itu orang-orang yang diberikan cahaya oleh Allah sahaja dapat berjalan dengan lancar. Antara orang yang mendapat cahaya di hari akhirat ialah orang yang berilmu. Jadi semua ahli ilmu mempunyai cahaya. Tetapi mereka yang menggunakan ilmunya untuk mendapatkan dunia maka tidak ada lagi bahagiannya di akhirat, oleh itu, berjalanlah dia dalam kegelapan-pen.
Berkata Yahya bin Ma’az kepada para ahli ilmu duniawi: “Wahai segala ahli ilmu!istanamu seperti istana kaisar Romawi, rumahmu seperti rumah raja farsi(kisra), pakainmu seperti pakaian golongan zahiriyyah, selipar kasutmu seperti selipar kasut jalut, kenderaanmu seperti kenderaan Qarun, tempat makanmu seperti tempat makan fir’aun, perbuatanmu seperti perbuatan orang jahiliyyah dan mazhabmu seperti mazhab syaitan. Maka dimanakah syari’at Muhammad itu?. (dimanakah syari’at Muhammad dalam hidupmu?-pen).
Berkata seorang penyair:
Pengembala menjaga gembalaannya dari serigala
Maka bagaimana pula......
Apabila.....
Pengembala itu sendiri adalah serigala.....?
Syair ini mengkritik ulama’ yang bersekongkol dengan pemimpin yang jahil. –pen
Berkata penyair lain:
Wahai para pembaca.....
Wahai garam negeri.....
Tidaklah garam dapat membuat perbaikan,
Apabila garam itu sendiri busuk.....
Syair ini juga mengkritik pemerintah dan ulama’ yang bersekongkol dengannya.-pen.
Ditanyakan kepada sesetengah ‘arifin (Orang yang mempunyai makrifat kepada Allah): Adakah tuan berpendapat bahawa orang yang meletakkan pekerjaan maksiat menjadi kecinta’annya, tidak mengenal Allah.
Menjawab ‘arifin itu: “Tak ragu aku bahawa orang yang memilih dunia dari akhirat adalah tidak mengenal Allah Ta’ala”.
Selain dari itu, amat banyak lagi kata-kata hikmah tentang itu.
Janganlah anda menyangka bahawa meninggalkan harta kekayaan saja sudah mencukupi untuk menghubungkan diri dengan ulama’ akhirat, sebab mencari kemegahan itu lebih lagi membawa kemelaratan dari harta.
Berkata Sahl r.a: “Ilmu itu seluruhnya dunia, yang akhirat dari ilmu itu ialah berbuat amal. Amal seluruhnya itu hampa, kecuali dengan keikhlasan”. Berkata Sahl seterusnya: “Manusia seluruhnya mati, selain para ahli ilmu. Para ahli ilmu itu mabuk, selain yang beramal. Orang yang beramal seluruhnya tertipu, selain yang ikhlas, orang yang ikhlas itu dalam ketakutan, sebelum diketahuinya apa kesudahan dari amalannya”.
Berkata Nabi Isa a.s: “Bagaimana menjadi ahli ilmu orang yang perjalanannya ke akhirat, sedang dia menghadap ke jalan dunia?.
Berkata shaleh bin Kaisan al-Bashari: “Aku berjumpa dengan beberapa orang syekh. Mereka itu berlindung dengan Allah dari orang zalim yang alim dengan sunnah nabi”.
Berkata Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa menuntut ilmu diantara ilmu-ilmu yang menuju kerelaan Allah untuk memperolehi harta benda duniawi maka orang itu tidak akan mencium bau syorga pada hari kiamat” .
Berfirman Allah Ta’ala dalam surah aali-Imaran ayat 187:
187. dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
Allah berfirman tentang ulama’ akhirat dalam surah aali-Imran ayat 199:
199. dan Sesungguhnya di antara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah Dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.
Berkata sesetengah ulama’ salaf: “Para ulama’ itu dibangkitkan dalam rombongan nabi-nabi. Dan para khadi (hakim) dibangkitkan dalam rombongan raja-raja.
Kata Imam al-Ghazali: Dimaksudkan dalam pengertian kahdi-kadhi itu juga seluruh ahli fikh yang tujuannya mencari dunia dengan ilmu pengetahuannya.
Sambung Imam al-Ghazali lagi: Pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Nabi Musa a.s membawa seekor babi dan pada lehernya itu tali hitam. Bertanya Musa a.s pada lelaki itu: “kenalkah engkau si anu?
Menjawab lelaki itu: “Kenal! Dialah babi ini”
Maka berdoa Nabi Musa a.s: “Wahai Tuhanku! Aku bermohon kehadiratmu. Kembalikanlah orang ini kepada keadaannya semula, supaya aku dapat menanyakan, apakah yang telah menimpa dirinya”.
Maka Allah Azza Wajalla mewahyukan kepada Nabi Musa a.s: “Sekiranya engkau meminta kepadaKu dengan apa yang telah dimintakan Adam atau lebih kurang lagi, tidak juga Aku perkenankan. Tetapi Aku khabarkan kepadamu, mengapa Aku berbuat begitu, adalah disebabkan orang itu mencari dunia dengan agama”.
Berfirman Allah Ta’ala dalam surah al-Qasas ayat 79-80:
79. kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik".
80. dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): "Celakalah kamu,(yang berkata demikian),(yakinlah bahawa) pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".
Cuba perhatikan perkataan “celaka”. Kenapa Allah gunakan perkataan tersebut. Jawapannya tidak laintidak bukan adalah supaya ulama’ rasa takut untuk mengejar dunia dari nama, pangkat, darjat dan gelaran.
Maka ahli ilmu itu tahu memilih akhirat atas dunia.
Renungan dan Perhatian:
Berpandukan keterangan-keterangan diatas, maka ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w menyarankan agar kita tanya hati kita sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Sabda Rasulullah s.a.w ini berdasarkan firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:
11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:
7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya
8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
1 – Tidak bertentangan perbuatannya dengan perkataan.
Ulama’ akhirat ialah ulama’ yang tidak menyuruh sesuatu sebelum dia sendiri menjadi orang pertama yang mengerjakannya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 44:
44. Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
Firman Allah dalam surah as-Saff ayat 3:
3. Amat besar kebenciannya(kemurkaan) di sisi Allah –(apabila) kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Sabda Rasulullah s.aw: “Aku lalui pada malam Isra’ku pada beberapa kaum yang di sayat bibirnya dengan gunting-gunting dari api neraka. Maka aku tanyakan : “Siapakah mereka itu?. Mereka menjawab: Kami adalah orang yang menyuruh dengan kebaikan dan tidak kami kerjakan. Kami melarang dari kejahatan dan kami kerjakan” .
Lihatlah keadaan ulama’ dunia hari ini, mereka mengajak manusia kepada Islam, tetapi mereka sendiri hidup bergelumang dalam kekotoran dunia-pen.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Yang binasa dari ummatku ialah orang yang berilmu yang zalim dan orang yang beribadah yang bodoh. Kejahatan yang paling jahat ialah kejahatan orang berilmu dan kebaikan yang paling baik ialah kebaikan orang yang berilmu” .
Sabda Rasulullah s.a.w : “Diantara yang aku takuti atas ummatku ialah tergelincirnya orang yang berilmu dan pertengkaran orang munafik tentang al-Qur’an” .
Atsar dan kata-kata ulama’-ulama’ besar dahulu
1 – Berkata al-Fudhail bin Iyadh r.a: “Sampai kepadaku bahawa orang berilmu yang fasiq didahulukan penyiksaannya pada hari kiamat daripada penyembah-penyembah berhala”.
2 – Berkata Abu Darda’ r.a: “Siksaan neraka bagi orang yang tidak berilmu satu kali dan bagi orang yang berilmu yang tidak mengamalkannya sebanyak tujuh kali”.
Perlu di fahami bahawa yang dimaksudkan disini ialah orang alim yang bercanggah perbuatannya dengan kehendak Allah, mereka mengetahui bahawa mereka adalah wakil dari Allah untuk memandu manusia ke akhirat tetapi apa yang berlaku ialah mereka sendiri terkandas di dunia ini, dan mereka hidup seolah-olah tidak mahu kembali ke akhirat.
3 – Berkata as-Sya’bi: “Muncul pada hari kiamat suatu golongan dari penduduk syorga berhadapan dengan satu golongan dari penduduk neraka. Maka bertanya penduduk syorga: Apakah sebabnya maka tuan-tuan dimasukkan ke dalam neraka? Adapun kami ini maka dimasukkan Allah ke dalam syorga ialah kerana kelebihan pengajaran dan pelajaran tuan-tuan(lah)”. (kenapa pula dengan Tuan-Tuan ini? Bukankah Tuan-Tuan yang mengajar agama semasa di dunia dahulu?)
Maka menjawab penduduk neraka: Kerana kami menyuruh dengan kebaikan dan kami tidak mengerjakannya, melarang dari kejahatan dan kami kerjakan”.
4 – Berkata Hatim al-A’sham r.a: “Tidak ada kerugian yang paling hebat pada hari kiamat selain dari orang yang mengajari manusia ilmu pengetahuan lalu diamalkan mereka, sedang dia sendiri tidak mengamalkannya. Maka mereka memperolehi kemenangan dengan sebabnya dan dia sendiri binasa”. Kata-kata ini dapat difahami dari pantun berikut:
5 – Berpantunlah ahli sufi:
Wahai pengajar manusia...
Engkau tertuduh.....
Engkau melarang mereka beberapa perkara...
Engkau sendiri mengerjakannya...
Engkau rajin menasihati mereka...
Tetapi segala yang terlarang, engkau yang mengerjakannya..
Engkau hinakan dunia dan orang yang suka kepadanya...
Sedang engkau sendiri paling suka kepada dunia itu...
6 – Bersabda Nabi Isa a.s: “Orang yang mempelajari ilmu dan tidak mengamalkannya adalah seumpama wanita yang berbuat serong dengan sembunyi, maka ia hamil. Setelah bersalin, maka pecahlah khabar tentang perbuatan jahat wanita tersebut. Maka begitu pulalah orang yang tidak berbuat mengikut ilmunya, akan disiarkan Allah pada hari kiamat dihadapan orang banyak”.
7 – Berkata Muaz r.a: “Janganlah tergelincirnya orang berilmu, kerana kedudukannya tinggi di mata orang yang banyak maka dia diikuti mereka, meskipun dia telah tergelincir”.
8 – Berkata Umar r.a: “Apabila tergelincir orang yang berilmu, maka tergelincirlah alam makhluk”.
9 – Berkata Umar r.a: “Dengan tiga sebab hancurlah zaman, salah satu daripadanya, tergelincirnya orang berilmu”.
10 – Berkata Ibnu Mas’ud: “Akan datang kepada manusia suatu masa, yang terbalik, kemanisan hati menjadi asin. Sehingga pada hari itu, orang yang berilmu dan yang mempelajari ilmu tak dapat mengambil manfaat dari ilmunya. Maka hati orang-orang yang berilmu, dari mereka seumpama tanah kosong yang bergaram, yang turun kepadanya hujan dari langit, maka tidak juga diperoleh rasa tawar padanya. Iaitu, apabila condong hati orang yang berilmu kepada mencintai dunia dan melebihkannya dari akhirat. Maka pada ketika itu, dicabut Allah sumber-sumber hikmah dan dipadamkanNya lampu petunjuk dari hati mereka. Maka akan diceritakan kepadamu oleh orang yang berilmu dari mereka itu ketika engkau menjumpainya, bahawa dia takut akan Allah dengan lidahnya. Dan kezaliman jelas kelihatan pada amal-perbuatannya. Alangkah suburnya lidah mereka ketika itu dan tandusnya hati mereka, demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, tidaklah terjadi yang demikian itu selain kerana para guru mengajar bukan kerana Allah dan para pelajar belajar bukan kerana Allah”.
11 – Berkata Ka’ab r.a: “Adalah pada akhir zaman, orang-orang yang berilmu, menyuruh manusia zuhud dari dunia dan mereka sendiri tidak zuhud. Menyuruh manusia takut kepada Allah sedangkan mereka sendiri tidak takut. Melarang manusia mendatangi wali-wali negeri (pemimpin) sedangkan mereka sendiri datang kepada wali-wali negeri itu. Mereka memilih dunia dari akhirat, mereka makan hasil usaha lidah mereka. Mereka mendekati orang-orang kaya, dan tidak mendekati orang-orang miskin, mereka cemburu kepada ilmu pengetahuan seperti kaum wanita cemburu kepada kaum lelaki,dia marah kepada teman duduknya apabila dia duduk dengan orang lain. Orang-orang yang berilmu semacam itulah, orang-orang yang keras hati, musuh Allah Yang Maha Pengasih”.
12 – Berkata Ibnu Mas’ud r.a: “Tidaklah ilmu itu dengan banyak bercerita, tetapi ilmu itu takut kepada Allah”.
13 - Berkata al-Hasan: “Pelajarilah apa yang kamu mahu pelajarinya, Demi Allah! Kamu tidak akan diberi pahala oleh Allah sebelum beramal. Sebab orang-orang bodoh itu cita-citanya meriwayatkan ilmu dan orang-orang yang berilmu itu cita-citanya memelihara ilmu itu dengan amal”. (amal disini ialah setiap perbuatan yang tidak terpengaruh dengan dunia-pen).
14 - Berkata Malik r.a: “Menuntut ilmu itu baik dan mengembangkannya baik apabila niat itu betul. Tetapi perhatikanlah apa yang harus bagimu dari pagi sampai petang, maka janganlah engkau lebihkan sesuatu itu dari ilmunya”.
16 – Berkata Ibnu Mas’ud r.a: “Di turunkan al-Qur’an untuk diamalkan, maka ambillah mempelajarinya menjadi amalan. Dan akan datang suatu kaum yang membersihkan al-Quran seperti membersih selokan. Mereka itu tidaklah termasuk orang baik. Orang berilmu yang tidak mengamalkan, adalah seumpama orang sakit yang menerangkan tentang obat dan seumpama orang lapar yang menerangkan tentang kelazatan makanan dan makanan itu tidak diperolehinya”.
Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan diatas maka ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:
11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:
7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya
8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
2 – Ulama’ Akhirat Berusaha Bersungguh-sungguh Mencari Ilmu yang Berguna di Akhirat nanti.
Imam al-Ghazali berkata : Sewajarnyalah hendaknya pelajar itu sejenis dengan apa yang diriwayatkan dari Hatim al-Asham murid kepada Syaqiq al-Balakhi r.a. Bahawa Syaqiq bertanya kepada Hatim: “Semenjak bilakah engkau bersama aku?” Jawab Hatim: “Semenjak tiga puluh tiga tahun”. Bertanya Syaqiq lagi: “Apakah yang engkau pelajari padaku selama itu?”. Jawab Hatim: “Lapan masalah”. Berkata Syaqiq dengan terperanjat: “Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’uun”! terbuanglah saja umurku bersamamu. Kerana engkau tidak pelajari kecuali lapan masalah sahaja”. Jawab Hatim: “Wahai guruku! Aku tidak pelajari yang lain dan aku tidak ingin berdusta”. Berkata Syaqiq: “Terangkanlah masalah yang lapan itu agar aku dapat mendengarnya”.
Berkata Hatim:
1 – Aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat masing-masing mempunyai kekasih dan ingin bersama kekasihnya sampai ke kubur. Maka apabila telah sampai ke kubur, nescaya dia berpisah dengan kekasihnya itu.
Maka aku mengambil perbuatan baik menjadi kekasihku. Maka apabila aku masuk kubur, maka kekasihku ini akan masuk bersamaku.
Maka berkata Syaqiq: “Benar sekali, wahai Hatim!. Dan yang keduanya?
2 – Kata Hatim: “Aku perhatikan firman Allah Ta’ala:
40. adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), dan (maka) dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu,
41. maka sesungguhnya Syorgalah tempat kediamannya.
Maka yakinlah aku bahawa firman Allah Ta’ala itu benar. Lalu aku perjuangkan diriku menolak hawa nafsu itu sehingga tetaplah aku ta’at kepada Allah Ta’ala.
3 – Aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat bahawa tiap-tiap orang yang ada padanya sesuatu benda, menghargai, menilai dan memelihara benda itu, kemudian aku perhatikan firman Allah Ta’ala:
96. (sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
maka tiap kali jatuh ke dalam tanganku sesuatu yang berharga dan bernilai, lalu ku hadapkan kepada Allah semoga kekal dia terpelihara pada sisiNya.
4 – Aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing-masing mereka kembali kepada harta, kebangsawanan, kemuliaan dan keturunan. Lalu aku memandang pada semuanya itu, tiba-tiba tampaknya tak ada apa-apa. Kemudian aku perhatikan kepada firman Allah Ta’ala dalam surah al-Hjurat ayat 13:
13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Maka berbuat taqwalah aku sehingga adalah aku menjadi orang yang mulia disisi Allah.
5 – Aku melihat kepada makhluk ini dimana mereka tikam-menikam, kutuk-mengutuk antara satu sama lain. Dan asal ini semuanya ialah dengaki. Kemudian aku perhatikan firman Allah Ta’ala dalam surah az-Zukhruf ayat 32:
32. Adakah mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhanmu (Wahai Muhammad, Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; (semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu (yang meliputi kebahagiaan dunia dan akhirat) adalah lebih baik dari kebendaan dan keduniaan semata-mata yang mereka kumpulkan.
maka aku tinggalkan dengki itu dan aku jauhkan diri dari orang banyak. Dan aku tahu bahawa pembahagian rezeki itu adalah dari sisi Allah Ta’ala. Maka aku tinggalkan permusuhan orang banyak kepadaku.
6 – Aku memandang kepada makhluk ini, berbuat kedurhakaan satu sama lain dan berperang satu sama lain.
Maka kembalilah aku kepada firman Allah dalam surah al-Fathir ayat 6:
6. Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya (partinya) supaya menjadi penduduk neraka.
Inilah antara ciri-ciri syaitan, iaitu mengajak penyokongnya untuk menjadi penghuni neraka-pen.
Dalam ayat ini Allah arahkan supaya orang yang mempercayai Allah agar memusuhi syaitan-syaitan yang mengajak mereka untuk menderhakai Allah, iaitu dengan menolak kehendak dan arahan Allah dan membesar-besarkan kehendak dan arahan musuh Allah-pen.
Untuk mengenali siapakah orang yang benar-benar beriman maka lihatlah pada amal perbuatan mereka, adakah mereka memusuhi syaitan yang mengajak manusia untuk mengagongkan orang-orang yahudi dan nasrani dan meninggalkan suruhan dan arahan Allah apabila berlaku pertentang diantara kehendak Allah dan kehendak orang-orang yahudi dan nasrani-pen.
Maka aku pandang syaitan itu musuhku satu-satunya dan dengan bersungguh-sungguh aku berhati-hati daripadanya, kerana Allah Ta’ala mengaku bahawa syaitan itu musuhku. Dan aku tinggalkan permusuhan makhluk dengan lainnya.
7 – Aku memandang kepada makhluk ini, maka aku melihat masing-masing mereka mencari sepotong dari dunia ini. Lalu dia menghinakan diri padanya dan dia masuk pada yang tidak halal daripadanya. Kemudian aku perhatikan firman Allah dalam surah Hud ayat 6:
6. dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Maka tahulah aku bahawa aku ini salah satu dari yang merangkak-rangkak yang rezekinya pada Allah Ta’ala. Dari itu, aku kerjakan apa yang menjadi hak Allah atasku dan aku tinggalkan yang menjadi hakku pada sisiNya.
Lihatlah ulama’ dunia di hari ini, mereka amat takut jikalau tidak dapat menjawat jawatan kerajaan atau dipecat dari jawatan kerajaan. Walaupun mereka tahu bahawa perbuatan mereka ini adalah suatu penghinaan terhadap status ulama’. Ini kerana ulama’ yang sepatutnya memimpin, tetapi mereka rela berada dibawah orang yang jahil tentang agama dan mereka rela mengikut telunjuk orang-orang jahil ini demi rezki yang berada ditangan orang-orang jahil ini-pen.
8 – Aku memandang kepada makhluk ini maka aku melihat masing-masing mereka bersandar kepada makhluk. Yang ini kepada bendanya, yang itu kepada kepada perniagaannya, yang itu pula kepada perusaannya dan yang itu lagi kepada kesihatan badannya. Dan masing-masing makhluk itu bersandar kepada makhluk yang seperti dia. Lalu aku kembali kepada firman Allah dalam surah at-Talaq ayat 3:
3. serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Maka aku pun menyandarkan diriku (bertawakkal) kepada Allah, maka Allah mencukupkan keperluanku.
Berkata Syaqiq: “Ya Hatim! Kiranya Allah Ta’ala memberikan taufiq kepadamu. Aku telah memperhatikan segala ilmu pengetahuan Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an yang mulia, maka aku peroleh bahawa segala macam kebajikan dan keagamaan berkisar diatas lapan masalah tersebut. Maka sesiapa memakainya, maka bererti dia telah memakai kitab empat itu.
Maka bahagian ini dari ilmu pengetahuan, tidaklah dipentingkan memperolehinya dan memperhatikannya selain oleh ulama’ akhirat. adapun ulama’ dunia, maka dikerjakan yang memudahkan mencari harta dan kemegahan. Dan disia-siakan ilmu yang seperti ini, yang diutuskan oleh Allah para Nabi a.s membawanya.
Berkata ad-Dhahhaq bin Muzahim: “Aku dapati para ulama’ dan tidak dipelajari oleh sebahagian mereka dari yang lain, melainkan tentang wara’ (memelihara diri dari dosa dan harta syubahat) tetapi ulama’ sekarang tidak dipelajarinya selain dari ilmu kalam”.
Renungan dan Perhatian:
Melalui keterangan-keterangan di atas maka, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:
11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:
7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya
8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment