Wednesday, July 8, 2009

4- CIRI-CIRI ULAMA’ BERTAQWA DAN CIRI-CIRI ULAMA’ JAHAT (4)

(11) – Perpegangannya Tentang Ilmunya Berdasarkan Kepada Penglihatan Batin dan Diketahuinya Dengan Hati Yang Putih Bersih .
Kata Imam al-Ghazali: Antara tanda-tanda ulama’ akhirat ialah perpegangannya tentang ilmunya berdasarkan kepada penglihatan batin dan diketahuinya dengan hati yang putih bersih. Tidak(semata-mata) kepada lembaran buku dan kitab-kitab dan tidak pula bertaklid pada pendengaran dari yang lain. Yang ditaklidkannya, sesungguhnya pembawa syariat suci Nabi Muhammad s.a.w pada yang disuruhnya dan yang diucapkannya. Sahabat-sahabat r.a pun ditaklidkannya dari segi bahawa perbuatan mereka menunjukkan kepada pendengarannya dari Rasulullah s.a.w.
Kemudian apabila bertaklid kepada pembawa syariat suci itu dengan menerima segala perkataan dan perbuatannya, maka hendaklah berusaha benar-benar memahami rahsia ajarannya.
Seseorang yang bertaklid berbuat sesuatu perbuatan kerana Nabis s.a.w berbuatnya. Perbuatannya itu memang harus dan hendaklah kerana suatu rahsia padanya.
Maka hendaklah dia membahas benar-benar tentang rahsia segala perbuatan dan perkataan Nabi s.a.w kerana kalau memadai dengan menghafal sahaja maka jadialah dia kurang ilmu dan bukanlah seorang yang berilmu.
Kerana itulah ada orang mengatakan: Si fulan itu kurang ilmunya. maka tidaklah dinamakan orang itu berilmu apabila keadaannya hanya menghafal sahaja tanpa memerhatikan himah dan rahsia yang terkandung di dalamnya.
Orang yang tersingkap dari hatinya tutup dan memperoleh nur hidayah, maka jadilah dia seorang yang diikuti dan ditaqlidkan. Maka tidak selayaknya dia bertaqlid kepada orang lain.
Kerana itulah berkata Ibnu Abbas r.a: Tidak ada seorangpun, melainkan diambil dari ilmunya dan ditinggalkan selain Rasulullah s.a.w” .
Ibnu Abbas itu mempelajari fiqh dari Zaid bin Tsabit dan membaca al-Qur’an pada Ubai bin Ka’ab kemudian beliau berselisih dengan Zaid dan Ubai tentang fikh dan tentang pembacaan al-Qur’an.
Berkata sesetengah Ulama’ Salaf: Apa yang datang kepada kami dari Rasulullah s.a.w kami terima di atas kepala dan penuh perhatian dari kami. Dan apa yang datang kepada kami dari para sahabat r.a ada yang kami ambil dan ada yang kami tinggalkan. Dan apa yang datang dari para tabi’in, maka mereka itu laki-laki dan kamupun laki-laki.
Para sahabat itu lebih kerana mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri hal keadaan Rasulullah s.a.w. dan hati mereka terikat kepada hal keadaan itu yang diketahui dengan qarinah (tanda-tanda). Lalu membawa mereka kepada yang benar dari segi tidak masuk dalam riwayat dan ibarat. Kerana telah melimpahlah nur kenabian kepada mereka, yang menjaga dari kesalahan dalam banyak hal.
Apabila berpegang kepada yang didengar dari orang lain itu taklid yang tidak disukai, maka berpegang kepada kitab-kitab dan karangan-karangan adalah lebih jauh lagi. Bahkan kitab-kitab dan karangan-karangan itu adalah benda baru yang dibuat. Sedikitpun tak ada pada masa sahabat dan tabi’in yang terkemuka tetapi datangnya adalah sesudah seratus dua puluh tahun dari Hijrah Nabi s.a.w dan sesudah wafat seluruh sahabat dan sebahagian besar tabi’in dan sesudah meninggalnya Sa’id al-Musayyab, al-Hasan dan para tabi’in yang pilihan. Bahkan ulama-ulama yang mula-mula dahulu tidak menyukai kitab-kitab hadis dan penyusunan ktab-kitab, supaya tidaklah manusia itu sibuk dengan buku-buku itu dari hafalan, dari al-Qur’an, dari pemahaman dan dari peringatan. Mereka itu mengatakan: “Hafallah sebagaimana kami menghafal”.
Kerana itulah Abu Bakar dan segolongan sahabat Nabi s.a.w tidak menyetujui penulisan al-Qur’an dalam satu mashaf. Mereka berkata: “Bagaimana kita membuat sesuatu yang tidak diperbuat Nabi s.a.w”.
Mereka itu takut nanti manusia itu berpegang saja pada mushaf dengan mengatakan: “Kita biarkan al-Qur’an yang diterima oleh mereka dari tangan ke tangan dengan dipelajari dan dibacakan supaya menjadi pekerjaan dan cita-cita mereka”. Sehingga Umar r.a dan lain-lain sahabat menunjukkan supaya al-Qur’an itu ditulis kerana takut disia-siakan orang nanti dan malasnya mereka. Dan demi menjaga agar tidak menimbulkan pertikaian di belakang hari. Kerana tidak diperolehi yang asli yang menjadi tempat pemeriksaan dari kekeliruan samada pada perkataannya atau bacaannya.
Mendengar alasan-alasan tadi maka terbukalah hati khalifah Abu Bakar. Maka dikumpulkanlah al-Qur’an itu dalam satu mushaf.
Imam Ahmad bin Hanbal pula menentang menentang Imam Malik kerana Imam Malik mengarang kitab al-Muwatha’. Ahmad berkata: “Tuan ada-adakan yang tidak dikerjakan para sahabat r.a”.
Kata orang, kitab yang pertama dikarang dalam Islam ialah kitab Ibnu Juraij tentang atsar(iaitu ucapan para sahabat r.a dan para ulama’ Islam yang terdahulu) dan huruf-huruf tafsir dari Mujahid, Atha’ dan teman-teman Ibnu Abbas r.a di Makkah.
Kemudian muncul kitab Ma’mar bin Rasyid as-Shan’ani di Yaman. Dikumpulkan di dalam nya sunnah yang dipusakai dari Nabi s.a.w.
Kemudian lahir kitab al-Muwatha’ karangan Imam Malik bin Anas di Madinah. Kemudian kitab Jami’ karangan Sufyan at-Tsuri.
Kemudian pada abad keempat hijriyyah muncullah karangan-karangan tentang ilmu kalam. Lalu ramailah orang berkecimpung dalam pertengkaran dan tenggelam di dalam membatalkan kata-kata(tenggelam dalam perbahasan).
Kemudian tertariklah hati manusia kepada ilmu kalam, kepada kisah-kisah dan memberi pengajaran dengan mengambil bahan dari kisah-kisah tadi. Maka sejak dari itulah merosot ilmu yakin. Sesudah itu, lalu dipandang ganjil ilmu hati, pemeriksaan sifat-sifat jiwa dan tipu daya syaitan.
Orang tidak memperhatikan lagi kepada ilmu-ilmu tadi kecuali sedikit sekali bilangannya. Lalu orang-orang yang suka bertengkar dalam ilmu kalam dinamakan sebagai ulama’, tukang cerita yang menghiasi kata-katanya dengan susunan yang berirama dinamakan sebagai orang alim.
Ini tidak lain dan tidak bukan kerana orang awwamlah yang mendengar syarahan dan cerita orang-orang tadi, lalu mereka tidak dapat membezakan antara ilmu yang sebenarnya dan ilmu yang tidak sebenarnya. Perjalanan sahabat dan ilmu pengetahuan sahabat-sahabat r.a itu tidak terang pada orang awwam. Sehingga mereka dapat mengenal perbezaan antara para sahabat itu dan orang-orang yang disebut alim.
Maka terus meneruslah nama ulama’ melekat pada orang-orang itu dan dipusakai dari salaf kepada khalaf. Dan jadilah ilmu akhirat itu terpendam dan lenyaplah perbezaan antara ilmu dan bicara, selain pada orang-orang tertentu.
Orang-orang yang tertentu itu(al-Khawwash) apabila ditanyakan: “Si fulankah yang lebih berilmu ataukah si fulan?” lalu menjawab: “Si fulan lebih banyak ilmunya dan si fulan lebih banyak bicaranya”.
Jadi, orang-orang al-Khawwash mengetahui perbezaan antara ilmu dan kemampuan berbicara.
(wakil rakyat atau perdana menteri tidak disyaratkan orang berilmu, mereka yang pandai berbicara dan menghias kata-kata sahaja sudah layak -pen)
Begitulah, maka agama menjadi lemah pada abad-abad yang lampau. Maka bagaimana pula persangkaan anda dengan zaman anda sekarang?
Sudah sampailah sekarang, bahawa orang yang suka mengecam perbuatan mungkar, dituduh gila, jadi yang baik sekarang ialah orang bekerja untuk dirinya sendiri dan diam.

Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan-keterangan diatas, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:
11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:

7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya
8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

(12) – Sangat Menjaga Dari Perbuatan-perbuatan Bid’ah meskipun telah mendapat persetujuan dari kebanyakan ulama’ (ulama’ jumhur) .
Kata Imam al-Ghazali: Antara tanda-tanda ulama’ akhirat itu ialah sangat menjaga dari perbuatan-perbuatan bid’ah, meskipun telah mendapat persetujuan dari kebanyakan ulama’ (ulama’ jumhur).
Janganlah kiranya tertipu atas kesepakatan orang ramai terhadap sesuatu yang diada-adakan sesudah para sahabat Nabi s.a.w. Hendaklah suka memeriksa tentang keadaan para sahabat, perjalanan dan perbuatannya, dan apa yang menjadi kesukaan mereka, mengajarkah, mengarangkah, suka bertengkarkah, menjadi kadhi kah, wali negerikah, memegang harta wakafkah, memagang harta wasiatkah, memakan harta anak yatimkah, bergaul dengan sultan-sultankah(pemerintah-pemerintah), berbaik pergaulan dengan merekakah? Atau adakah mereka dalam keadaan takut kepada Allah, gundah, tafakkur, mujahadah, muraqabah zahir dan batin, menjauhkan diri dari dosa yang sekecil-kecilnya sampai kepada yang sebesar-besarnya, berusaha memperoleh pengetahuan yang tersembunyi dari hawa nafsu dan tipu daya syaitan? Begitulah seterusnya dari segala ilmu batin.
Ketahuilah dengan sebenar-benarnya bahawa orang yang terpandang alim, pada masanya dan lebih dekat kepada kebenaran ialah orang yang menyerupai sahabat dan yang lebih mengenal jalan ulama’-ulama’ salaf. Maka hendaknya dari merekalah agama diambil.
Kerana itu berkata Saidina Ali k.w: Yang terbaik dari kita ialah yang lebih mengikuti agama ini. Perkataan Ali ini untuk menjawab pertanyaan yang ditujukan kepadanya: Tuan sudah menyalahi dengan si fulan.
Maka tidak layaklah untuk berkeberatan menentang orang masa sekarang, demi untuk menyetujui orang masa Rasulullah s.a.w. Manusia sebenarnya berpendapat dengan pendapat masanya, kerana tabiatnya condong kepadanya. Dan dirinya tidak mahu mengakui bahawa cara yang demikian menyebabkan tidak memperoleh syorga.
Dari itu, serukanlah bahawa jalan ke syorga tak lain dari itu. Sebab itu al-Hasan berkata: Dua orang yang mengada-adakan dalam Islam iaitu seorang yang mempunyai pendapat jahat, lalu mendakwakan bahawa syorga itu adalah untuk orang yang berpendapat seperti pendapatnya. Dan seorang lagi yang boros penyembah dunia, marah dia kerana dunia, senang dia kerana dunia. Dunialah yang dicarinya. Maka lemparkanlah kedua orang itu ke dalam neraka.
Dibalik itu, ada orang di dunia ini, antara pemboros yang mengajaknya kepada dunia dan yang berhawa nafsu yang mengajaknya kepada hawa nafsu. Maka Allah Ta’ala memeliharakannya dari kedua orang tadi, dimana dia merindui salaf-salaf yang soleh. Dia menanyakan perbuatan mereka dan mengikuti jejak mereka. Orang ini memperoleh pahala besar. Begitulah hendaknya kamu sekelian.
Diriwayatkan dari Ibnu Masud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya dua itulah: kalam dan petunjuk. Yang sebaik-baik kalam(perkataan) ialah kalam Allah Ta’ala, dan yang sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Rasulullah s.a.w. ketahuilah! bahawa kamu harus berhati-hati dari perkara yang diada-adakan. Sejahat-jahat hal ialah yang diada-adakan. Dan tiap-tiap yang diada-adakan itu bid’ah. Tiap-tiap bid’ah itu sesat. Ketahuilah! jangan berlama-lama kamu di dalam bid’ah, maka kesatlah hatimu. Ketahuilah! tiap-tiap yang bakan datang itu dekat. Ketahulah! Bahawa yang jauh itu, ialah sesuatu yang tidak akan datang”(yang ditinggalkan) .
Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata: Petunjuk yang baik pada akhir zaman adalah lebih baik dari banyak amal perbuatan. Dan katanya lagi: Kamu sekarang pada masa dimana orang-orang baik dari kamu bersegera dalam segala pekerjaan. Dan akan datang sesudahmu nanti suatu masa dimana orang-orang baik dari mereka teguh lagi berhati-hati mengerjakan sesuatu, kerana banyaknya perbuatan syubhat (yang diragukan halal dan haramnya)
Kata Imam al-Ghazali: Memang benarlah ucapan Ibnu Mas’ud itu, siapa yang tidak berhati-hati pada masa sekarang lalu mengikuti saja orang ramai dan berkecimpung dalam perbuatan yang dikerjakan mereka nescaya binasa sebagaimana mereka itu binasa.
Berkata Huzaifah r.a: Yang lebih mengherankan diri ini, ialah perbuatan yang baik dari kamu pada hari ini adalah mungkar pada zaman lampau. Dan yang mungkar dari kamu pada hari ini adalah baik pada zaman dahulu. Sesungguhnya kamu senantiasa dalam kebajikan, selama kamu mengenal akan yang benar. Dan orang yang berilmu dari kamu tidak meringan-ringankan yang benar itu.
Dan sesungguhnya terhitung dalam perbuatan bid’ah, membentangkan permaidani dalam masjid. Dikatakan, itu adalah termasuk perbuatan yang diada-adakan oleh orang-orang yang mengerjakan hajji. Adalah orang-orang dahulu itu sedikit sekali yang membuat batas antara mereka dengan (ibu bapa mereka iaitu) tanah.
Begitu pula kesibukan dengan perdebatan dan pertengkaran dalam soal yang kecil-kecilan, termasuk diantara ilmu yang paling mulia bagi orang zaman sekarang. Dan mendakwakannya termasuk diantara perbuatan yang terbesar untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala, padahal itu semua termasuk dalam perbuatan yang mungkar.
Diantara yang mungkar juga ialah menggubah-gubah (talhin) bacaan al-Qur’an dan azan. Diantara yang mungkar juga membanyakkan penggunaan air untuk membersihkan diri. Was-was sewaktu bersuci, menyangka sebab yang bukan-bukan mengenai najis kain, sedangkan dalam pada itu tidak mementingkan antara halalnya dan haramnya makanan yang dimakan(begitu juga dalam urusan keewangan). Dan begitulah seterusnya.
Benarlah Ibnu Mas’ud yang mengatakan: Kamu pada hari ini dalam zaman dimana hawa nafsu mengikuti ilmu, dan akan datang kepadamu nanti suatu zaman dimana ilmu mengikuti hawa nafsu.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa mengada-adakan dalam agama kita sesuatu yang tidak di dalamnya maka tertolak” .
Berkata Ibnu Abbas r.a: Kesesatan itu manis dalam hati orang-orangnya.
Berfirman Allah Ta’ala dalam surah al-An’am ayat 70:
70. dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) Dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke Dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
Firman Allah dalam surah Fatir ayat 8:
8. maka (fikirkanlah) Adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadaNya, atau sebaliknya) ? kerana Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (Wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.
Seterusnya Imam al-Ghazali menyambung: Segala apa yang diada-adakan sesudah para sahabat r.a yang melampaui batas darurat dan keperluan, maka itu termasuk diantara permainan dan senda gurau.
Berkata Sahl at-Tustari r.a: Dari ma’siat yang terbesar ialah tak tahu bodoh didirinya, memandang kepada orang awwam dan mendengar perkataan orang lalai. Tiap-tiap orang alim yang telah berkecimpung dalam urusan dunia maka tidak wajar lagi perkataannya didengar. Tetapi hendaklah dicurigai dari tiap-tiap perkataan yang diucapkannya. Kerana tiap-tiap manusia itu berkecimpung pada apa yang disukainya dan menolak apa yang tidak bersesuaian dengan yang disukainya.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Kahfi ayat 28:
28. dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati (dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran), serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Orang awwam yang melakukan maksiat, keadaannya lebih bahagia dari orang yang bodoh dengan jalan agama, yang mengakui dirinya sebagai ulama’. Kerana orang awwam yang melakukan maksiat itu (apabila menyedarinya) akan mengakui kelalainnya lalu meminta ampun dan bertaubat. Dan orang bodoh itu yang menyangka dirinya berilmu, maka ilmu yang dipelajarinya, ialah pengetahuan yang menjadi jalan baginya kepada dunia, tersisih dari jalan agama. Lalu dia tidak bertaubat dan meminta ampun tetapi sentiasa berpegang kepadanya, sampai mati. Dan apabila ini telah menguasai pada kebanyakan manusia, kecuali orang-orang yang dipelihara oleh Allah Ta’ala, dan putuslah harapan untuk memperbaiki orang-orang tersebut, maka yang lebih menyelamatkan bagi orang-orang yang beragama, yang menjaga diri, ialah mengasingkan diri dan sendirian. Sebagaimana yang diterangkan dalam bab uzlah dalam kitab ihya’ ulumiddin.

Renungan dan Perhatian:
Dari keterangan-keterangan diatas, ciri ulama’ manakah yang dimiliki oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz berserta ulama’-ulama’ yang menyokongnya dan ciri manakah yang dimiliki oleh ulama’ yang menentangnya?
Sabda Rasulullah s.aw:
Bemaksud: “Mintalah fatwa (tanyalah)kepada hatimu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu, walaupun orang telah memberi fatwa kepadamu” .
Firman Allah dalam surahan-Najm ayat 11:

11. hati tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Sebab Allah telah menegaskan pada firmannya dalam surah as-Syams ayat 7-10:

7. Demi diri manusia serta penyempurnaannya

8. Maka Allah mengilhamkan kepada diri itu(jiwa) (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan(kefasikan), dan yang membawanya kepada bertaqwa.

9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menyucikan dirinya

10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 142: “Siapakah yang lebih zalim (tidak ada orang yang lebih zalim/jahat)dari orang yang menyembunyikan penyaksiannya (yang datang)dari Allah”
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 21: “ Dan siapakah lagi yang lebih aniaya(zalim/jahat) dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keteranganNya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya.
Oleh itu, berlaku amanah dan jujurlah pada diri sendiri, kerana kitalah yang akan dinilai dan segala perbuatan kita dicatat, dan kitalah yang akan disoal-siasat oleh Allah nanti, dan kita jugalah yang akan dihumban ke dalam neraka atau dimasukkan ke dalam syorga.
Tugas Rasulullah s.a.w dan ulama’ selepasnya hanyalah menyampaikan ilmu dari Allah Subhanahu Wata’ala sahaja. Maka ilmu itu sudah ada dihadapan mata kita, maka tanyalah hati kita. Manakah yang betul untuk kita ikut, dan manakah yang salah untuk kita jauhi.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 125:
125. maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Allah melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Kesimpulannya:
Kata Imam al-Ghazali: Maka inilah dua belas tanda ulama’ akhirat, kesemuanya berpandukan budi pekerti ulama’-ulam terdahulu (salaf).
Dari itu, hendaklah kamu menjadi salah satu dari dua: iaitu bersifat dengan sifat-sifat tersebut atau mengaku dengan kelalaian secara sedar. Awaslah! Jangan engkau menjadi orang ketiga, maka engkau akan ragu kepada diri sendiri dengan engkau gantikan alat dunia dengan agama. Engkau serupakan perjalanan hidup orang-orang batil dengan perjalanan hidup ulama’-ulama’ yang mendalam pengetahuannya. Maka termasuklah engkau disebabkan kebodohan dan keingkaran engkau ke dalam golongan orang yang binasa dan putus asa.
Berlindunglah kita dengan Allah s.w.t dari tipuan syaitan yang menyebabkan orang ramai binasa. Kita bermohon kepada Allah Ta’ala semoga dijadikanNya kita antara orang-orang yang tidak ditipu oleh kehidupan duniawi. Dan tidak ditipu oleh penipu pada jalan Allah.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.
YA ALLAH BIMBING LAH KAMI MENUJU KEREDHAAN MU YA ALLAH. TANPA BIMBINGAN DARIMU NESCAYA KAMI AKAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG RUGI.

No comments:

Post a Comment