Allah mencipta manusia dan Allah berjanji akan sentiasa menguji mereka untuk membuktikan keikhlasan hati mereka kepada Penciptanya. Allah juga sentiasa menguji manusia kerana dengan ujian ini akan menjadi bukti yang akan memisahkan antara hak dan batil, antara kafir/kufur dengan iman.
Setiap kali Allah uji manusia maka Allah akan utuskan para Malaikat sebagai pengintip yang akan merakamkan setiap tindak-tanduk serta ucapan kita agar dapat dijadikan bukti semasa si manusia ini berhadapan dengan Allah di mahkamahnya nanti.
Maklumat yang didapati oleh Malaikat yang mengintip si manusia ini akan dihantar laporannya ke langit dan satu salinan lagi akan diserahkan kepada malaikat yang bertugas dalam kubur untuk menentukan tempat duduk si manusia ini, samada dalam taman dari taman-taman syorga atau lubang-dari lubang neraka.
Ramai dari kalangan ummat Islam menganggap beberapa perkara yang pada hakikatnya adalah penting dan besar disisi Allah sebagai perkara remeh dan seolah-olah tidak dikira dosa dan pahala padanya. Dengan asas pandangan dan pegangan ini ummat Islam pada asasnya sudah berpecah kepada dua golongan, iaitu golongan yang beriktikad bahawa agama Islam itu syumul dan satu golongan lagi (samada mereka sedar atau tidak) termasuk dalam golongan yang menafikan kesyumulan agama Islam.
Golongan yang beriktikad bahawa agama Islam adalah agama yang syumul ini akan berjuang untuk merealisasikan hukum dan perundangan Islam dalam semua aspek kehidupan termasuk bidang politik, perniagaan, sosial ibadah, perundangan dan sebagainya. Perjuangan mereka yang bersifat menyeluruh dalam semua bidang dan ruang ini adalah bukti yang jelas tentang iktikad dan pegangan mereka.
Sementara itu, mereka yang mengenali dan menerima Islam secara tidak sempurna pula hanya berjuang untuk memastikan Islam bergerak dan diamalkan dalam bidang-bidang dan ruang tertentu sahaja. Misalnya dalam bidang ibadah, urusan rumah tangga dan kekeluargaan, dan sedikit dalam bidang ekonomi. Kumpulan ini lebih memahami agama Islam sebagai agama yang mementingkan ibadat keagamaan sahaja. Oleh itu, apabila mereka melihat kumpulan yang memperjuangkan agama Islam dalam segenap bidang dan ruang mereka akan terasa pelik dan janggal. Bahkan ada di kalangan mereka yang merasakan perjuangan untuk menegakkan Islam secara menyeluruh adalah ajaran sesat.
No comments:
Post a Comment