Monday, July 13, 2009

3) – Kenyataan Tan Sri Harussani (Mingguan Malaysia Ahad 28 jun 2009)

Mingguan: Apa pandangan Tan Sri berhubung kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan, yang sekaligus menggagalkan usaha untuk menyatukan umat Islam di dalam UMNO dan PAS?.

Tan Sri Harussani: Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Rukun Iman dan salah satunya ialah percaya kepada Allah, yang bererti kita mengucap dua kalimah syahadah kita masuk kumpulan muslim.

Kata penyokong fanatik Pas;
Syahadah tu benda kekal ke? Kalau kita ucap syahadah lepas tu kita sembah berhala, tak batal ke syahadah kita? Kalau batal – tak kan sembah berhala saja yang membatalkan syahadah –kalau sembah taat kepada selain Allah pada apa yang bertentangan dengan hak Allah, tak batal ke syahadah?. Kalau ambik ajaran Allah sekadar yang sesuai dengan nafsu dan sebahagian besar yang lain kita ikut yahudi dan kristian tak ke hancur syahadah kita?
Tak kan lah orang agama dapat gelaran Tan Sri pulak tu, tak reti bab membatalkan syahadah, atau tak kan le orang agama yang dapat gelaran Tan Sri boleh buat-buat tak reti dalam bab ini. Atau kerana dapat gelaran, seseorang itu boleh buat-buat tak reti dalam beberap bab agama?.

Kata Tan Sri lagi:
Apabila kita sudah masuk dalam kumpulan muslim, Allah “ikat” kita melalui firmannya dalam surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud: “ Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmatNya”.
Kata penyokong fanatik Pas: “Kalau masuk Islam takkan tak ada jalan keluar Islam?kalau dah keluar Islam mereka tak termasuk dalam ikatan tersebut...dan kalau orang yang disyaki keluar dari Islam juga tak termasuk dalam ikatan tersebut...
Alahai Tan Sri, takkan la Tan Sri tak baca buku Said Hawa tentang 20 pintu keluar dari Islam.

Kata Tan Sri lagi:
Manakala Rasulullah saw pula pernah bersabda bahawa, orang muslim itu adalah saudara bagi orang Islam yang lain. Kemudian Nabi kata, siapa sebenarnya orang muslim itu, orang-orang muslim yang selamat daripada keburukan lidahnya dan keburukan tangannya. Maka itu Rasulullah saw sendiri dalam membentuk ajaran Islam Baginda mempersaudarakan orang Islam.
Maknanya, itulah perjuangan utama kita iaitu mesti mempersaudarakan sesama orang Islam. Ia adalah perbuatan yang sebagaimana dijelaskan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: ...Dan peliharalah hubungan silaturrahim...(An-Nisa’: 1).
Kata penyokong fanatik Pas: “Munafik tu mende, dan siapa? Munafik ni mereka yang memusuhi Allah walaupun mereka tidak mengaku, perkara ini dijelaskan dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: Dari kalangan manusia ada yang mengatakan kami beriman, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman...
Bagaimana kami nak jalinkan hubungan silaturrahim dengan mereka yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan Allah. Al-Quran tak nak guna, Hudud ditolak mentah-mentah, cina india ditipu kononya kalau hudud dilaksanakan mereka akan teraniaya. Mereka beriya-iya kempen cina dan india agar takut pada Islam. Orang yang menentang dan memburuk-burukkan hukum dan undang-undang Allah ni boleh ke kita menghubungkan silaturrahim dengannya---
TanSri ---- kami tak kuat macam Tan Sri, Tan Sri tak ape, kalau Umno nak tolak hudud pun Tan Sri tak apa kan?, kalau Umno nak tegakkan ISA pun Tan Sri tak marah kan? Itu tak apa ini pun tak apa, kalau Umno nak benarkan penjualan arak berleluasa pun Tan Sri tak marah kan?. Kalau Umno nak perjuangkan kebangsaan pun Tan Sri kata tak apa, kan?. Semuanya tak apa bagi Tan Sri.
Kami tak sekuat Tan Sri untuk menghadapi azab kubur dan api neraka. Kami tak memiliki keyakinan yang tinggi seperti Tan Sri untuk berhadapan dengan Allah dalam mahkamahnya nanti.

Kata Tan Sri lagi:
Oleh itu, kalau kita memecah belah orang Islam itu bukan ajaran Islam, itu ajaran syaitan. Tuhan sudah sebut bahawa syaitan itu bertujuan untuk membangkitkan di antara kamu permusuhan dan pergaduhan.
Jadi pada saya, perpaduan itu sesuatu yang cukup mustahak, perkara pokok yang wajib kita usahakan dalam apa bentuk pun.
Kata penyokong fanatik Pas: “adakah ajaran syaitan sahaja yang menggalakkan perpecahan? Ajaran Allah tak galakkan perpecahan ke?
Bukankah orang munafik bermati-matian mengaku dia orang Islam?
Kenapa al-Quran dinamakan al-Furqan?bukankah al-Furqan itu bermaksud pemisah diantara hak dan batil...kalau berpisah bagaimana nak bersatu? Kenapa Nabi Muhammad dituduh memecahbelahkan masyarakat? Sehingga turun surah al-Bayyinah menerangkan bahawa mengikut kaca mata orang kafir termasuk orang munafik bahawa Muhammad menggalakkan perpecahan. Tan Sri guna kaca mata mana dalam menghukum Pas ni menggalakkan perpecahan dan Pas ni ikut syaitan bukan ikut Allah.

Ni dia maksud surah al-Bayyinah:
1. orang-orang yang kafir dari ahli kitab (yahudi dan nasrani) serta orang-orang musyrik (mereka yang mensyirikkan Allah, iaitu mentatati titah perintah selain Allah dan membelakangkan ajaran Allah) tidak akan terlepas (berpecah meninggalkan kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -
2. Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) lembaran-lembaran suci,
3. terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.
4. dan orang-orang (yahudi dan nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.
5. pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan yang demikian itulah ugama yang benar.
6. Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari ahli kitab dan orang-orang musyrik itu akan ditempatkan di dalam neraka Jahannam, kekalah mereka di dalamnya. mereka itulah sejahat-jahat makhluk.
7. Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk.
8. balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan Merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Kata penyokong fanatik Pas:
Bukankah dalam ayat-ayat diatas diceritakan bahawa Islam yang dibawa oleh Muhammad menyebabkan perpecahan dan perbalahan? Orang munafik akan membenci Muhammad untuk selama-lamanya kerana munafik amat selesa dengan kehidupan orang kafir yahudi atau nasrani dan seumpamanya. Orang munafik ni, wujudnya samapai hari kiamat.
Sementara itu, orang musyrikin dikatakan kafir juga, orang musyrikin ni dia mensyirikkan Allah walaupun dia mengamalkan ajaran nabi dahulu termasuk ajaran Nabi Ibrahim as. Takkan orang musyrikin ni ada zaman Nabi sahaja, takkan orang musyrikin ni yang sembah berhala sahaja? Orang yang mensyirikkan Allah dengan cara lain tak termasuk ke dalam golongan orang musyrikin ke?.
Jadi orang musyrikin yang wujud sepanjang zaman dan masa akan membenci ajaran Islam oleh itu, ada dikalangan mereka yang ambik Islam yang sesuai dengan jiwa mereka sahaja. Sama dengan orang musyrikin mekkah dahulu dia ambik juga ajaran Nabi Ibrahim tapi dia tawaf bertelanjang dan bersiaul serta bertepuk tangan...dia ubah ajaran Nabi ibrahim...kalau ubah ajaran Nabi Muhammad bagaimana pula???. Kalau ubah bubuh nama islam had-hari tak apa ke? Mungkin bagi Tan Sri semuanya tak apaaaa.

Kata Tan Sri lagi:
Berdasarkan kepada hujjah itu, saya berpendapat, idea Kerajaan Perpaduan adalah satu idea yang cukup baik dan saya amat bersetuju dengan langkah tersebut.
Kata penyokong fanatik Pas:
Itu pendapat dan hujjah Tan Sri, atas dunia kita bebas berhujjah dan membuat kesimpulan ikut cara kita. Di akhirat nanti kita kena dengar keputusan dari Allah...
Kami pula melihat dari sudut lain: Kami lihat firman Allah yang bermaksud: hendaklah kamu ta’awun iaitu tolong menolong (perpaduan)dalam perkara kebajikan dan taqwa,
Umno tolak negara kebajikan, Dalam bab taqwa pula, umno tolak hudud, mengejek hudud dan negara kebajikan dan sebagainya taqwa ke tu, apa yang taqwa pada Umno? Bagaimana kami nak adakan hubungan dengan mereka?
Dan Allah larang tolong menolong (perpaduan)dalam urusan dosa dan permusuhan sebagaimana firmannya yang bermaksud: “dan jangan sekali-kali kamu ta’awun, iaitu tolong, menolong (perpaduan)dalam urusan dosa dan permusuhan”.
Umno suka dosa, arak berleluasa, judi, rasuah, jenayah, penipuan bunuh orang dan banyak lagi, kalau kami tolong mereka kami tak berdosa ke?
Tok Guru Nik Aziz dikatakan ikut etika syaitan kerana tolak perpaduan, tak berdosa ke kita buat hubungan silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengan Allah? Al-Quran kitab Allah, umno guna ke? Hudud hukum Allah ditolak sekeras-keranya tetapi ISA entah dari ajaran mana diambiknya dibela bermati-matian. Islam asal ditolak ketepi Islam had-hari diguna pakai. Nabi mana yang dituskan dengan Islam baru ini?.

Kata Tan Sri lagi:
Kalau kita lihat pada waktu ini, apabila orang Islam berpolitik, mereka berpecah seama mereka. Ini berbeza dengan kaum lain, orang cina Contohnya, mereka pun berpolitik tetapi walaupun berada dalam parti yang berbeza-beza, mereka bersatu, ertinya mereka berpecah untuk mendapatkan sesuatu sedangkan kita berpecah untuk menghilangkan sesuatu.
Mereka (orang Cina) berpecah supaya banyak suara atau banyak jurusan bagi membolehkan mereka menuntut sesuatu demi kepentingan bangsa mereka, begitu juga dengan kaum India, mereka berpecah supaya mereka mempunyai banyak jalan bagi menyuarakan tuntutan atau pandangan. Tetapi bagaimana dengan orang Melayu?
Kata penyokong fanatik Pas: Kami Pakatan Rakyat macam cina dan india juga, kalau mereka berpecah untuk menuntut hak, maka kenapa kami tak boleh? Kami Pas tuntut hak kami iaitu Islam, Keadilan menuntut keadilan, Dap pula menuntut hak mereka. Dengan ini tidak timbul melayu atau Islam akan lemah kerana masing-masing menuntut hak. Perkara ini juga dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “jikalau tidak ada bangkang-membangkang tolak-menolak antara manusia satu sama lain tentu dunia ini akan rosak”. Kalau kami tak tuntut hak Islam adakah umno akan tunaikan hak kami?
Kata Tan Sri lagi:
Kita maki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan daripada etika Islam bahkan ia etika syaitan.
Kata penyokong fanatik Pas: “Tan Sri ni guna kaca mata Salman Rushdee ke? Kalau Salman Rushdee dia setan tapi dia kata Allah tu setan. Dia kata al-Quran tu ayat setan.
Maki hamun bukan dari setan saja, maki hamun dari Allah ada juga. Sebab itu Tok Guru pernah kata Tuhan mencarut. Mencarut dan maki hamun tu same le. Allah sifatkan mereka yang tidak menerima ajaran Islam sebagai orang yang tidak berakal, tidak berakal tu samalah dengan gila, Allah umpamakan mereka dengan binatang, binatang ternak, kera, beruk, lebih dahsyat lagi ialah anjing dan babi.
Takkan lah Tan Sri dapat gelaran Tan Sri tapi tak tahu kandungan al-Quran, itu tak logik. Kalau tahu kandungan al-Quran tak kan Tan Sri tak pernah jumpa ayat-ayat maki hamun Tuhan kepada mereka yang menolak ajaran Nabi Nabinya? Kami ulama’ Pas hanya menyampaikan apa yang terkandung dalam al-Quran dan kami yakin bahawa Tan Sri kecut perut takut nak baca dan terangkan ayat-ayat maki hamun Tuhan dan sebab kenapa Tuhan maki hamun kepada mereka yang tidak mahu ikut ajaran Nabi Nabi di hadapan pemimpin umno. Kalau Tan Sri berani buktikanlah. Ingatlah Allah amat benci orang yang tahu bercakap sahaja tapi tak mahu buat.
Pemimpin Pas ni berdosa tau, sebab banyak sembunyikan ayat-ayat Allah, mereka bukan apa Cuma takut ulama’ umno terasa hati. Oleh itu, mereka tak dedahkan kepada masyarakat sumpah seranah Allah terhadap ulama’ yang mementingkan jawatan pangkat dunia berbanding akhirat. Sedangkan Allah suruh dedahkan. Contohnya ayat yang menerangkan ciri-ciri ulama’ yang Allah samakan macam anjing. Cubalah Tan Sri baca dan huraikan ayat 175-176 surah al-A’raf dihadapan ulama’-ulama’ umno. Kan Allah suruh Nabinya ceritakan kisah itu dengan penegasan sebanyak dua kali iaitu dengan lafaz “Watlu” dan “Faqsusil qasasa”. Kalau penegasan dua kali tu tandanya Allah suruh sungguh-sungguh la.
Kata Tan Sri lagi:
Maka itu saya cukup kecewa apabila orang Islam sendiri menolak perpaduan dan lebih mementingkan perpaduan dengan bangsa asing daripada bersama orang melayu.
Kata Penyokong fanatik Pas: ooo jadi Tan Sri kecewa lah dengan suruhan Allah. Iblis dulupun samalah, kecewa dengan suruhan Allah supaya mematuhi titah perintahnya agar sujud pada Adam.
Bukankah Allah suruh bertegas dengan orang kafir yang menentang sekeras-kerasnya agama Islam dan Allah juga suruh orang Islam menentang sekeras-kerasnya orang munafik yang berkompromi dengan mereka? umno tipu MCA dan MIC dengan menakut-nakutkan mereka kepada Islam, bukankah begitu?kami ada bukti ucapan pemimpin umno yang menakutkan-nakutkan bukan Islam.
Allah juga arahkan supaya menyambut baik orang kafir yang sebahagian besar mereka setuju dengan Islam? Dengan firmannya yang bermaksud: “Sekiranya mereka condong untuk berdamai, maka kamu hendaklah condong kepada perdamaian juga....
Kata Tan Sri lagi:
kita jangan lupa kedudukan melayu dalam negara ini, hanya beberapa peratus sahaja. Mungkin kalau kita bandingkan dari segi pecahan Islam dan bukan Islam, mungkin 50 – 50. Ia bermakna kalau kita berpecah suara kita menjadi minoriti, jadi bila kita hendak berjaya?.
Penyokong fanatik Pas kata: Kenapa bilangan melayu jadi kecil? Kenapa bilangan Cina dan India begitu cepat dan bertambah dengan banyaknya? Kenapa? Suruhlah orang melayu berkahwin tiga atau empat, dari sudut keewangan kerajaan bantulah. Itulah tak nak ikut sunnah. Bahkan ulama’ umno lah yang bertanggungjawab beri kesedaran kepada orang Islam supaya berkahwin lebih dari satu. Sebab Nabi bersada yang bermaksud: “Berkahwinlah dan berbiaklah sesunggunya aku berbangga dengan ramainya ummat ku di akhirat nanti” ini tidak, para ibu berbangsa Melayu seolah-olah dipaksa supaya merancang keluarga. Ini kerja sapa?. Inilah padahnya kalau tak nak ikut al-Quran dan sunnah. Lepas itu kesalahan diletakkan dibahu orang lain. Lepas tu dia tulikan telinga tak nak dengar penjelasan.
Dan mengikut penelitian, bahawa orang melayu yang ramai anak sehingga ada yang anaknya lebih dari sedozen. Tetapi kenapa melayu sedikit???? Ini mesti ada yang tak kena.
Adakah kemasukan pendatang dari cina dan india dikawal dengan betul???. Adakah mereka tidak menyeleweng? Kita ada akal bukan? Kenapa tak boleh fikir?.
Kalau ummat Islam dari indon dan Bagladesh atau mana-mana negara Islam masuk ke Malaysia, umno bukan main sibuk lagi cerita tentang PATI. Tapi kalau yang datang dari cina atau india...kami tak pernah dengar adanya PATI.
Penyokong fanatik Pas kata:
Apa umno dah buat sehingga Islam dan kafir 50-50? Itulah Umno, kita harap dia memerintah dan kuatkan Melayu dan pastikan Islam bertambah tapi....cuba bayangkan kalau tidak ada pembangkang dari kalangan orang Melayu dan Islam apa akan jadi?. Tentu tak ada sapa nak peduli tentang pertambahan orang kafir dan bilangan orang Melayu yang murtad.
Inilah padahnya memburuk-burukkan Islam, usahkan orang kafir, yang dah Islam pun keluar dari Islam.
Kita harapkan Umno baiki sistem pendidikan agar kefahaman Islam semakin kuat dikalangan anak-anak Melayu tetapi masya Allah...anak-anak Melayu sekarang ini benar-benar jahil tentang agama.
Kalau ada sekolah agama Umno berusaha untuk menghancurkannya atau sekurang-kurangya melemahkannya atau menukarkannya menjadi sekolah agama kebangsaan (sekular).
Kata Tan Sri:
Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India (35 peratus), orang Melayu sudah 18 tahun tidak meningkat. Dalam 18 tahun itu juga, orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu, kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu kini ketinggalan dibelakang. Oleh itu, kalau kita berpecah lagi, keadaan umat Islam akan menjadi bertambah buruk.
Kata penyokong fanatik Pas:
Itulah antara punca atau sebab kami tentang Umno, sebab tak boleh diharap...orang melayu bukannya bodoh, tak ada lagi pelajar cina atau india yang mampu menewaskan kecemerlangan pelajar melayu Islam...15A SPM, 17A SPM, 20A SPM semuanya dibolot oleh orang Melayu ISLAM. Kalau kita guna otak tentu kita dapat simpulkan bahawa orang Melayu sememangnya bijak, jauh lebih bijak dari orang cina dan india....tetapi kenapa ekonomi mereka semakin merosot??? Sedangkan orang Melayu Islam semakin hari semakin bijak. Dimana silap dan salahnya???.kalau bukan penyelewengan, apa lagi alasannya....
Kenapa Umno cuba buang bukti bahawa orang Melayu Islam ini sememangnya bijak dan orang lain tak mampu mengatasinya? Kenapa sekat pelajar SPM ambik lebih subjek untuk peperiksaan SPM. Takut kalau kejayaan yang besar ini jadi bukti bahawa orang Melayu semakin bijak ke?. Atau takut mereka yang bijak ini suatu hari nanti jadi pembangkang yang akan menyusahkan UMNO, MIC dan MCA?. Atau takut melihat keyakinan melayu mulai kuat, takut untuk melihat kebangkitan Melayu Islam.
Kata Tan Sri lagi:
Allah sudah menyatakan perkara ini dalam al-Quran melalui firmanNya yang mengingatkan kita bahawa jangan kamu berpecah, kamu akan gagal dalam hidup ini. Akan hilang wibawa kamu dalam masyarakat. Itu Tuhan sudah sebut terang-terang, kenapa memilih jalan perpecahan, ini yang paling saya kecewa.
Kata penyokong fanatik Pas: kecewa dan putus asa tu memang kerja iblis semenjak dari dulu lagi. Kalau Tan Sri kecewa saja tapi tak putus asa, Tan Sri kena buktikan, buktikan Tan Sri berusaha sedaya upaya yang ada untuk memartabatkan Islam yang sekaligus akan memartabatkan melayu di Malaysia.
Kami berpecah kerana Umno banyak buat yang tak betul. Kalau kami tak bangkang adakah umno akan sedar?

MINGGUAN: Tetapi Pas tidak mahu berkerjasama dengan UMNO kerana mendakwa pernah ditipu suatu ketika dahulu, apakah ini wajar?
Hasussani: Tak kan kerana perkara itu, ia tidak boleh dimaafkan? Kalau itu satu pengalaman tidak bolehkah kita baikinya supaya tidak berulang? Kita sudah ada perjanjian bagi memastikan perkara itu tidak berlaku lagi. Anak kita pun kadang-kadang buat salah dengan kita tetapi kenapa kita boleh makan bersama semula dan boleh beri nasihat? Allah pun menyeru memohon keampunan kepada-Nya dan menyuruh kita bermaaf-maafan.
Jadi takanlah hanya kerana satu peristiwa itu, kita hendak menjadikan sandaran, apakah kita hendak hancur? Ini yang menjadi masalah. Atau kita hendak pakai juga pepatah, biar papa asal bergaya? Maknanya kita jadi hero tetapi kita kalah, kita kecundang, apa gunanya semua itu.
Kata penyokong fanatik Pas:
Lidah tak bertulang amat mudah mengeluarkan kenyataan. Anuar Ibrahim yang tanggung dia tahu bagaimana rasanya. Bukankah Rasulullah saw berpesan kepada orang yang merasai dirinya beriman agar tidak terjerumus kedalam lubang biawak untuk kedua kalinya dan Allah juga berpesan agar anak-anak Adam tidak tertipu untuk kedua kalinya?.
Siapakah Anuar Ibrahim, bukankah dulu dia Timbalan Perdana Menteri. Kalau dia pernah mengadakan perpaduan dengan UMNO sehingga dia sampai kekemuncak dan akhirnya disumbat dalam ISA apakah jaminan bahawa orang lain selain Anuar tidak akan menerima nasib yang sama atau lebih lagi, Itu berlaku zaman Mahathir, setelah diganti oleh Pak, didapati Anuar tidak bersalah setelah Anuar diaibkan dan hampir mati dengn racun arsenik, akhirnya didapati tidak bersalah. Masya Allah, beratnya bahu memikul...
Memang orang UMNO boleh kata, ooo itu dulu, zaman Mahathir, ini zaman Najib. Kita nak tanya orang UMNO: Mahathir kat mana sekarang? Bagaimana hubungan dia dengan Najib?. Adakah Najib tidak akan ikut telunjuk Mahathir. Kalau tak ikut telunjuk Mahathir sanggupkah Najib jadi macam Pak Lah?.
Kes liwat kedua Anuar masih belum selesai, macamman rakyat akan ada selera nak adakan hubungan ngan UMNO?

MINGGUAN: Masalahnya apabila seseorang bertaraf Mursyidul Am dalam Pas bercakap, orang lebih mempercayai kata-katanya biarpun dia mengecam sesama Islam.
Harussani: Kita pun tidak menafikan perangai pemimpin UMNO dahulu, sombong dan berlagak, tetapi sekarang sudah ada kesedaran berhubung kesilapan yang dilakukan. Tetapi kalau kita masih dengan hujjah masing-masing, itulah masalahnya. Kita sudah tengok kaum India yang merupakan kelompok kecil sudah mempunyai suara yang cukup kuat tetapi kita semakin lemah kerana berpecah.
Kata penyokong fanatik Pas:
Tok Guru Nik Aziz tak sombong sebab dia telah keluarkan kenyataan dari dulu sampai selama-lamaya bahawa jikalau UMNO setuju memperjuangkan ISLAM dalam semua sudut dan ruang maka Pas akan dibubarkan dan Tok Guru orang pertama akan mengisytiharkan kepada masyarakat bahawa dia masuk UMNO.
Susah sangat ke nak ikut syarat Tok Guru ni?. Tok Guru adalah orang yang kuat berpegang pada janji. Kalau nak tahu cubalah isytiharkan kepada rakyat bahawa UMNO telah setuju untuk berjuang ISLAM. Bukan islam had-hari.
Kita lemah bukan kerana berpecah tetapi kerana menolak Islam.
MINGGUAN:Bagaimanakah kita hendak satukan orang Melayu, kalau penyokong parti masing-masing terus mengamalkan politik sempit?
Harussani: Kita lupakan soal politik, kita balik kepada agama kita, balik kepada Tuhan kerana Islam menyuruh kita bersatu kerana kita bersaudara sesama Islam, haram memutuskan silaturrahim. Kembalilah kepada ajaran Islam jangan terlalu banyak politiking.
Kita berpolitik dengan tujuan mentadbir negara sahaja, bukan untuk berkelahi sesama kita, tetapi malangnya apa yang berlaku sekarang apabila orang melayu kita masuk politik mereka menjadi taksub.
Apabila bersikap demikian maknanya orang lain tak betul dia sahaja yang betul.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Kami nak tuntut hak kami, Pas nak tuntut Islam, keadilan nak tuntut keadilan contoh macam kes liwat Anuar dan sebagainya, DAP nak tuntut hak mereka. Malaysia ni bukan hak UMNO saja. Bukan hak melayu saja. Adakah orang yang menuntut hak boleh dikatakan fanatik?
Kata Tan Sri lagi:
Contohnya, krisis politik di perak, apabila pakatan pembangkang membawa kes itu ke mahkamah, pada mulanya mereka menang, mereka seronok. Kemudian apabila UMNO membuat rayuan dan menang, mereka (pakatan pembangkang) kata ini tidak boleh, ini tidak betul. Persoalannya apakah (keputusan) yang dahulu betul? Takkan dulu seorang hakim dan sekarang tiga hakim, tiga yang buat salah. Kemudian buat rayuan kepada Mahkamah Agung, lima hakim yang bersidang membuat keputusan yang sama, jadi tak kan kita tidak mahu terima, takkan lah hakim-hakim itu berat sebelah.
Kata penyokong kuat suara rakyat:
Sebelum dibawa kes tersebut ke mahkamah, UMNO rampas perak dengan guna kuasa Sultan. Memang guna kuasa Sultan tak bercanggah dengan undang-undang. Sebab Sultan berkuasa. Macam cerita Sultan-Sultan Melaka dulu, bukan takat rampas jawatan orang bahkan Sultan Melaka dulu ada yang rampas tanah bahkan ada yang rampas isteri orang. Memang kalau dilihat dari sudut undang-undang apa yang dilakukan oleh Sultan adalah betul untuk selama-lamanya di dunia ini, sebab undang-undang adalah rekaan manusia. Kalau undang-undang Allah, rampas ni tak boleh.
Apabila rampasan berlaku, kita ada hak demokrasi, bawa ke Mahkamah. Kalau tak ada peruntukan atau kebenaran atau salah disisi undang-undang kenapa Mahkamah terima apabila dibawa kes ini ke Mahkamah. Apabila dibawa ke Mahkamah Nizar menang.
UMNO pula buat rayuan, kenapa UMNO buat rayuan ,tentu UMNO macam Pakatan Rakyat juga, dia rasa keputusan Mahkamah tak betul. Kalau dia rasa Mahkamah betul kenapa dia buat rayuan? UMNO menang.
Apabila begitu, kita inikan manusia takkan tak pening. Dengan keadaan keputusan Mahkamah yang bercelaru. Takkan kita tak mahu kepastian. Sebab keputusan dahulu yang berpihak kepada Nizak dianggap keputusan yang tersilap.
Jadi takkan keputusan yang memberi kemenangan kepada UMNO bebas dari kesilapan. Dan Mahkamah pula buka peluang untuk Nizar buat rayuan. Dan kalau Nizar buat rayuan, salahkah dia? Salahkah sekiranya seseorang tidak berpuas hati dan Mahkamah pula buka pintu untuk buat rayuan, maka dia guna peluang tersebut?
Tidakkah tindakan Tan Sri ini menghina mahkamah?. Menjatuhkan hukuman dengan alasan atau menganggap salah tindakan Nizar yang dibenarkan oleh mahkamah.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Tan Sri orang Sultan Perak tentu Tan Sri akan berusaha sedaya upaya untuk bela Sultan. Kes Nizar ni, bukan lawan UMNO tetapi lawan Sultan yang dipergunakan oleh UMNO. Ingat!!! Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat nak membela Sultan, tidak akan membolahkan seseorang tu memutarbelitkan ayat-ayat al-quran untuk menyokong tindakannya. Allah tahu isi hati seseorang hambanya.
Kata Tan Sri lagi:
Oleh itu, saya tidak boleh terima tindakan pembangkang tetapi bila saya cakap macam ini mereka kata saya anti Pas,
Kata penyokong fanatik Pas:
1 - Tan Sri kan Mufti, dengan alasan dan hujjah yang lemah ini Tan Sri sudah mampu mengeluarkan pendapat dan pegangan? Begitukah syarat ijtihad seorang Mufti?
2 – Tan Sri kan orang Sultan. Dan Tan Sri bermati-matian nak jadi Hang Tuah.
Kami rakyat tidak buta mata dan tidak buta hati .
Kata Tan Sri lagi:
bila keluar kenyataan saya dukacita kerana kerajaan perpaduan gagal, mereka kata patutlah dapat (dianugerah) Tan Sri, sedangkan saya tak tahu fasal “Tan Sri”. Sebelum ini saya berada di Makkah, balik saja ada surat suruh terima, bukan UMNO yang beri tetapi Yang di-Pertuan Agong.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Takaknlah anugerah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong,Yang di-Pertuan Agong pilih tanpa merujuk kepada sesiapa atau menerima cadangan dari sesiapapun.Tentu pemilihan tersebut dicadang kepada Yang di-Pertuan Agong...sapa yang cadang tu? Takkan Tan Sri sebagai Mufti nak tipu kami. Bahawa orang-orang UMNO tidak terlibat dalam urusan mencadangkan dan memberi sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam memberi anugerah kepada mereka yang berjasa.

MNGGUAN: Ada pihak mengkritik Tan Sri jangan campur urusan politik, apa komen Tan Sri?
Harussani: Saya cuba melihat perjalanan politik mereka dan saya lihat ia tidak betul dari segi syarak, itu yang saya tegur. Begitu juga apabila UMNO bersikap tidak adil atau sombong, saya akan tegur.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
Betul ke kenyataan TanSri ni? UMNO tolak Islam dan berjuang kebangsaan Tan Sri pernah tegur ke? Bila? Dimana?Kalau berjuang kebangsaan sahaja tetapi terima Islam tu kira boleh dimaafkan.
UMNO tolak hudud dari Allah dan bermati-matian memperjuangkan ISA yang entah dari mana datangnya ---Tan Sri Tegur ke ?bila dan dimana?
UMNO cipta agama Islam baru, iaitu Islam Had-hari, Tan Sri pernah tegur ke? Bila dan dimana?.
Kalau nak tanya tu memang banyak soalan. Tapi cukup takat soalan diatas aje rasanya.
Kata Tan Sri:
Dalam soal Pas, saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam, oleh itu apabila saya melihat tindakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah. Tak kan lah kerana itu pun nak suruh saya masuk UMNO.
Kata penyokong fanatik Pas:
Tan Sri kata, ---Saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam...oleh itu apabila saya melihat tidakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah...
Tan Sri mengaku bahawa Tan Sri tahu sikit-sikit fasal hukum Islam...Tan Sri ni memang ikut pengajaran dari Nabi Musa dan Khaidir...tetapi bagaimana pula Tan sri boleh yakin apabila melihat tidakan yang Tan Sri kira menyeleweng daripada hukum syarak---Tan Seri terus tegur tanpa menerima penjelasan yang sewajarnya dari orang yang Tan Seri anggap melakukan tindakan yang dikira bercanggah dengan Syarak. sedangkan Tan Sri sendiri mengaku bahawa Tan Sri tahu sikit-sikit aje tentang hukum Islam. Kalau dah mengaku tahu sikit-sikit kenapa tak cari penjelasan dulu baru boleh keluarkan kenyataan dalam akhbar. Berapa kali Tan Seri buat perjumpaan dengan Tok Guru sebelum Tan Sri keluarkan kenyataan yang berat kepada Tok Guru(Ikut etika syaitan ni satu teguran yang begitu dahsyat kepada Tok Guru).
Takkan Tan Sri tak ingat firman Allah yang bermaksud: “ Boleh jadi apa yang engkau sukai (engkau anggap betul) itu adalah keburukan dan kejahatan kepada kamu, dan boleh jadi apa yang kamu benci itu sebenarnya kebaikan untuk kamu”. Kenapa tak jumpa dulu dengan Tok Guru, dapatkan penjelasan darinya sekjelas-jelasnya baru boleh keluarkan kenyatan dalam akhbar. Tan Sri kan mufti yang bijaksana dan berpengaruh ramai penyokong dan pengikut. Muliakah tindakan mufti main pakai tembak peluru penabur...tanpa mendapat kepastian apa yang perlu ditembak dan adakah perlu ditembak...
Kata Tan Sri lagi:
Memang saya tidak tahu politik, kalau nak suruh cakap fasal politik, saya tak tahu. Suruh cakap fasal ekonomi, saya bukan ahli ekonomi. Sebab itulah kebanyaka ustaz-ustaz yang menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), apabila orang bahas ekonomi, dia tidak boleh bercakap. Golongan ustaz-ustaz ini hanya tahu soal dakwah, tidak tahu fasal politik. Kita perlu faham politik ini harus tahu semuanya.
Sebab itu saya tidak mahu terlibat dalam politik, kalau mahu dah lama saya boleh berbuat demikian. Saya fikir kalau saya jadi ahli Parlimen atau ADUN, jika orang bercakap perkara saya tak tahu, buat apa.
Kita tengok dalam Parlimen, apabila bercakap soal agama Islam ia lebih banyak menyentuh soal zakat, wakaf dan urusan pejabat agama, itu sajakah? Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan, begitu juga dengan ahli UMNO, kalau soal Islam tanya fasal berapa kutipan zakat, sepatutnya tak perlu tanya, itu kita punya.
Kata penyokong fanatik suara rakyat yang ingin melihat perubahan:
Tan Sri memang bagus mengaku tak tahu, tapi Tan Sri jangan lupa jawatan dan pangkat sebagai Mufti serta gelaran Tan Sri tu bukan hanya untuk jaga fasal hadih, nifas zakat dan beberapa perkara sahaja. Tetapi jawatan dan gelaran itu adalah tanggungjawab yang Allah berikan supaya Tan Seri menjaga agama dari setiap sudut. Kalau Tan Sri tak tahu boleh belajar kan? Bukankah Nabi kita berpesan agar menuntut ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad?
Baguslah kalau Tan Sri mengaku kelemahan tetapi, sebagai seorang yang beriman tentu Tan Sri ingin melihat generasi ulama’ selepas ini tidak lagi memiliki kekurangan dan kecacatan sebagaimana yang dimiliki oleh ulama’ sekarang. Sebab itu, Tok Guru bermati- matian menubuhkan sekolah agama yang membekalkan ilmu yang secukupnya kepada bakal-bakal ulama’ akan datang supaya ulama’ akan datang tidak ternganga (dalam kebodohan) apabila orang bincang fasal ekonomi, politik dan sebagainya.
Tetapi sayangnya UMNO mengkhianati bangsanya. Mereka menghalang pelajar dari belajar banyak mata pelajaran. Cukup sepuluh mata pelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM. Jadi macam mana ulama’ akan datang dapat memahami bidang lain selain bidang agama sahaja...UMNO seolah-olah tak nak lihat orang melayu Islam menguasai semua bidang... mereka nak ulama’ bodoh macam yang Tan Sri cakap iaitu ulama’ yang tak tahu itu dan ini . maka mudahlah UMNO nak T. I . P . U. Mereka.
Sekolah agama diserang dari berbagai sudut oleh UMNO. Takkanlah Tan Sri yang telah mengeluarkan kenyataan tentang kelemahan ulama’ boleh berdiam diri, dan membiarkan generasi ulama’ akan datang bodoh macam ulama’ sekarang. Adakah Allah akan memaafkan Tan Sri?.
MINGGUAN: Adakah dalam soal perpecahan umat Islam hari ini, para alim ulama harus campur tangan?
Harussani: Selamanya kita sudah memainkan peranan, tiap kali bersyarah saya akan membangkitkan soal perpaduan, soal silaturrahim, saya bangkit soal etika permasyarakatan, jangan lupa hukum bermasyarakat kerana kalau lupa dan buat silap sikit kita boleh jadi fasiq, tetapi siapa yang peduli?
Kata penyokong fanatik PAS: kalau tolak hudud pula apa hukumya? Kalau pertahankan ISA apa hukumnya? Kalau buat islam had-hari apa hukumnya? Takkan Tan Sri tahu bab fasik sahaja?
Ingat!!!hukum permasyarakatan perlu ikut landasan agama Islam, tu UMNO tak mahu Islam macammana?
Kalau UMNO terima Islam tentu Tok Guru bubar PAS.
Kata Tan Sri lagi:
Ketika memberikan tazkirah sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, semalam (khamis) saya bercakap sedikit sahaja mengenai sembahyang saya tidak kupas berapa rakaat sembahyang, saya tekankan soal Firman Allah bahawa sembahyang itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar. Bila kita sembahyang, pejamkan mata dan cuba lakukan pembetulan dalam diri, apakah kita ego, takbur,sombong, marah, mengumpat orang dengki atau khianat kepada orang lain. Kalau ada sifat itu masa sembahyang kena buang, kalau ada sifat itu masa sembahyang maka sembahyang kita tidak terpakai, ini Allah tegaskan dalam firmanNya yang bermaksud: “Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari dari hikmah sembahyang itu sendiri”. (al-Maa’uun: 4-5).
Itu semua harus dihapuskan, bila sembahyang lahirlah dia sebagai insan Rabbani. Bila kita tak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur. Kalau dia seorang bapa dia seorang bapa yang bertanggungjawab, kalau suami dia akan berikan hak kepada isteri dengan sebaik-baiknya, kalau dia isteri dia akan menjaga suami dan anaknya.
Kata penyokong fanatik suara rakyat yang ingin melihat perubahan:
kenapa Tan Sri dan rakan-rakan Tan Sri tak boleh duduk semeja berunding dengan ulama’ PAS?.Tan Sri kan mufti, takkan nak harapkan ulama’ Pas yang ajak dulu baru Tan Sri fikirkan nak terima atau tidak jemputan untuk duduk semeja bincang fasal agama dan rakyat juga negara.
Memang betul cara Tan Sri ceramah, tapi mengikut Nasihat Rasulullah saw dan sahabatnya, kesedaran tentang tanggungjawab tidak memadai disemai sekadar pendedahan duniawi sahaja. Kita perlu menyedarkan masyarakat tentang tanggungjawab mereka dengan berasaskan akhirat. Iaitu bermula dengan kematian, kubur, kebangkitan, mahsyar, mahakamah Allah, titian, neraka yang menjulang mengelilingi titian dan seterusnya baru syorga.
Kalau kesedaran tidak berpaksikan ilmu akhirat, maka kita hanya mampu melahirkan generasi munafik atau separa munafik sahaja. Sebab dia akan jaga segala-galanya apabila berada dihadapan orang sahaja, khususnya depan Tan Sri. Bagaimana dia nak jujur kalau tak ada ilmu tentang akhirat?.
Bagaimana mereka nak memiliki motivasi yang kental dalam menghadapi godaan dunia yang mencabar kalau ilmu dia takat teori fikh sahaja. Mereka tidak diisi dengan ilmu akhirat yang mencukupi. Tidak akan timbul perasaan berkorban apa saja kalau seseorang itu tidak memiliki rasa takut kepada peristiwa yang akan berlaku di hari akhirat nanti.
Oleh itu, di awal surah al-Baqarah Allah sifatkan orang yang berjaya ialah orang yang antaranya mereka yakin dengan hari akhirat... dalam tafsir al-Qurtubi... dinyatakan bahawa dari mana datangnya keyakinan kalau tanpa ilmu???. Jadi tidak dapat tidak jikalau kita inginkan kejayaan kita wajib mengisi dada-dada kita dengan ilmu yakin iaitu ilmu akhirat yang mendalam.
Dan kita perlu sedarkan masyarakat bahawa munafik itu lebih berat azabnya dari kafir, dan kita perlu perkenalkan kepada masyarakat siapakah yang dikatakan munafik melalui kacamata al-Quran dan al-Hadis.

MINGGUAN: Adakah kuasa yang menjadi penyebab atau faktor yang tersirat di sebalik yang tersurat menjadi punca keengganan menjayakan kerajaan perpaduan ini?
Harussani: Jika kuasa menjadi matlamat sampai bila-bila Islam tidak akan dapat dicapai dan pelaksanaan kerajaan perpaduan tidak mampu dilakukan. Sepatutnya, kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai perpaduan, keadilan dan persaudaraan.
Sebab itulah orang Arab tidak boleh menang melawan israel.begitu juga apabila setiap negara mengatakan ia lebih kuat daripada yang lain. Contohnya, libya dan Mesir, sudah beberapa kali mereka berpecah akibat perbezaan politik. Ia berlaku kerana masing-masing merasakan mereka lebih berkuasa, ini masalahnya.
Kata penyokong fanatik suara rakyat:
kami sokong pendapat Tan Sri Cuma kami nak tambah sikit iaitu sepatutnya kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai, perpaduan, keadilan dan persaudaraan mengikut ISLAM. Kerana tidak akan wujud perpaduan, keadilan dan persaudaraan tanpa ISLAM.
Negara Arab tidak berjaya kerana wadah perjuangan mereka bukan menegakkan ISLAM. Mereka berpecah kerana saling hendak menunjukkan kekuatan dan kemegahan bangsa, negara, puak dan sebagainya(sebab mengikut sejarah negara-negara arab itulah tabiat mereka suka berbangga dengan kabilah-kabilah mereka sehingga mereka sanggup berperang dalam tempoh yang lama demi untuk menunjukkan dan membanggakan kabilah, keturunan atau negara mereka. Islam datang lalu mengubah pegangan mereka dengan menjadikan ISLAM adalah kebanggan mereka, tetapi malangnya setelah lama Rasulullah saw meninggalkan kita maka masyarakat arab mulai kembali kepada tabiat mereka semula ). Mereka mencamppakan ISLAM ke belakang, mereka memijak-mijak ISLAM.
Kata Tan Sri lagi:
Kalau kuasa itu menjadi matlamat, maka kita tidak akan berjaya tetapi kalau matlamat kita adalah untuk melahirkan kedamaian, persaudaraan dan keadilan itu maka ia akan berjaya.
Dalam soal ini kedua-dua parti terlibat, UMNO pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana, saya bukan nak kata kepada Pas sahaja.
Kata penyokong fanatik PAS: Kenyataan Tan Sri ni ambik dari mana, mana dalilnya?
kalau kuasa tak perlu tentu Rasulullah saw serahkan kuasa kepada Abdullah bin Ubay bin Salul sebagai pemerintah Madinah.
Tanpa kuasa apa kita mampu buat? Nak makan kena ada kuasa mengarahkan tangan menyuap dan mulut mengunyah serta menelan kalau tak ada kuasa nak makan macammana?.
MINGGUAN: Kalau persengketaan ini berterusan apa yang berlaku kepada orang Islam?
Harussani: “Jika ini dibiarkan berterusan, orang Islam akan hancur. Bila berpecah, kita akan jadi lemah dan hilang wibawa termasuk kuasa politik. Jika ini berlaku, hancurlah kita, ini yang saya lihat.
Ada bertanya kenapa saya berani bercakap, saya hanya bercakap yang hak (benar), apa hendak jadi, jadilah. Politik tidak lagi dilihat sebagai alat tetapi bagi mendapatkan matlamat iaitu kuasa, kalau itu tujuannya habislah orang Melayu dan Islam.
Kata penyokong fanatik PAS:
lemah atau kuat adalah pemberian Allah. Semua itu telah dibuktikan oleh Allah, dalam perang Hunain, bilangan ummat Islam begitu ramai dan mereka dengan yakin akan dapat kemenangan. Tetapi mereka kalah, sebab Allah tak mahu terima amalan orang munafik yang menyertai peperangan atau perjuangan. Kalah kerana disertai oleh munafik. Menang kerana disertai oleh orang yang ikhlas kerana Allah. Takkan Tan Sri tak baca sejarah Islam.
Kata penyokong fanatik Pas lagi:
Kami setuju untuk kembali kepada Islam yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, sebab kami memperjuangkan Islam dari dulu dan selama-lamanya...tapi bukan Islam Had-hari. Dan kalau UMNO setuju untuk kembali kepada Islam yang asal bukan Islam Had-hari Tok Guru akan isytiharkan pembubaran PAS dan Tok Guru sedia untuk masuk umno. Itu janji Tok Guru.
MINGGUAN:Apa yang paling merisaukan ialah keyakinan orang kepada individu bertaraf ulama, akibatnya apa sahaja dia cakap orang akan percaya, biarpun ia boleh memberi kesan yang buruk kepada perpaduan umat Islam, apa komen Tan Sri?
Harussani: Rasulullah saw pernah mengingatkan takutlah kamu kepada penyelewengan ulama kerana di mempunyai pengaruh. Tetapi kita sama-sama Islam dan berilmu kita boleh timbang sendiri, jangan kita taksub tak tentu fasal, lepas itu kita gelar orang macam-macam, dari segi syarak itu haram.
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Tan Sri kan Mufti, adakah wajar seorang Mufti mengeluarkan kenyataan dan fatwa tanpa merujuk kepada orang yang dituduh? Bolehkah seorang khadi, mufti, dan sebagainya menjatuhkan hukuman berdasarkan keterangan sebelah pihak?adakah boleh khadi atau mufti mengeluarkan hukum atau fatwa berdasarkan ilmunya sahaja tanpa mendengar penjelasan dari pihak yang didakwa? berapa kali Tan Sri panggil Tok Guru bertemu mata sebelum Tan Sri keluarkan kenyataan akhbar ini?atau mazhab mana Tan Sri guna?
Bukankah Rasulullah saw telah jelaskan bahawa khadi (termasuk mufti dan orang yang alim dalam agama terbahagi kepada tiga iaitu dua pertiga akan ke neraka dan hanya satu pertiga sahaja yang ke syorga)...tak takut kah Tan Sri mengeluarkan kenyataan dalam akhbar berpandukan keterangan sebelah pihak dan berdasarkan ilmu Tan Sri tanpa mengambil kira keterangan tertuduh?.
Kata Tan Sri lagi:
Firman Allah: “Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk...(al-Hujurat:11)
Tetapi apa yang kita lihat ada panggil orang komunis, ayah pin, ini apa?
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Ternyata Tan Sri tidak tahu alasan kenapa Tok guru panggil orang komunis, ayah pin...tanpa memanggil mereka yang dikira bersalah Tan Sri dah boleh buat keputusan? Tan Sri pakai mazhab mana? Bukankah dalam kaedah fikh ada disebut: al-Ahkam Taduru ma’a ilaliha wujudan wa adaman?iaitu hukum itu berubah mengikut perubahan sebab walaupun hukum asal termaktub dalam al-Quran tetapi ianya mungkin berubah apabila sebabnya berubah. sebagai contoh kewajipan sembahyang digugurkan kepada orang perempuan berhaidh. Sedangkan kita tahu sembahyang ni wajib tapi wajib sembahayang ni boleh jadi haram sembahayang, begitu juga dengan puasa.
Tan Sri seolah-olah menafikan ilmu Tok Guru dengan menjatuhkan hukuman tanpa mendengar sebarang keterangan dan alasan serta hujjah darinya. Bukankah itu satu jenayah?Tak berdosa ke Tan Sri? Atau Tan Sri ni kasyaf?.
Tan Sri ikut etika mana dalam bab ni?
Tan Suri juga kata bahawa Tan Sri tak pandai dalam bab politik, tetapi walaupun tak pandai dalam bab politik Tan Sri keluarkan hukum juga?
Kata Tan Sri lagi:
Tambahan pula yang dengar itu pula orang tak tahu. Contohnya seorang doktor bila dia bagi ubat orang percaya, tok bomoh cerita fasal sakit barah orang terus percaya sebab dia tok bomoh. Padahal dia pun tak tahu apa-apa.
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Tan Sri sedar ke Tan Sri adalah siapa dimata rakyat Malaysia. Tu yang Tan Sri keluarkan kenyataan akhbar tu. Tan Sri betul-betul yakin ke Tok Guru ikut etika syaitan?. Dan bolehkah hadir keyakinan dalam diri Tan Sri tanpa Tan Sri dengar keterangan dari pihak yang tertuduh?
Lagi ramai yang baca kenyataan Tan Sri dari yang dengar ceramah Tok Guru. Tan Sri lebih dikenali oleh rakyat Malaysia dan lebih ramai pengikut berbanding Tok Guru.
Adakah Tan Sri tahu bahawa sebelum ini sudah ada golongan yang mengatakan Tok Guru Nik Aziz adalah setan sebab menggalakkan perpecahan antara ummat Islam. Dengan kenyataan Tan Sri, Dr Asri, Dr Juanda Jaya dan seumpamanya --- Tan Sri tentu boleh agak apa persepsi masyarakat terhadap Tuan guru. Maka siapa yang lebih teruk Tok Guru atau Tan Sri?.
MINGGUAN: Islam menerima perbezaan pendapat. Malah al-Quran dalam surah an-Nisa’ ayat 59 menjelaskan bagaimana menghadapi perbezaan pendapat. Soalnya, mengapa terdapat parti-parti politik yang terlibat tidak mahu mentaatinya?
Harussani:Dalam ayat itu Allah berfirman yang maksudNya: “Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian”.
Sepatutnya, sebagai saudara seagama, kita patuh kepada arahan Allah. Kita wajib patuh kepada pemerintah selagi mana tidak diarah membuat maksiat. Kalau tidak taat, maka kita durhaka. Sekalipun jika pemimpin itu zalim.
Kata penyokong fanatik Pas:
Tak cukup kalau kita faham teks al-Quran tanpa mengetahui objektif sesuatu suruhan dan larangan.
Tak cukup kalau kita faham teks al-Quran tanpa mengandaikan bahwa hukum tersebut boleh berubah mengikut sebab atau illah.
Tak cukup kalau kita faham teks al-Quran dengan sifat ego kita sahaja iaitu tidak mahu ambil tahu pendapat dan hujjah orang lain.
Dan memang tak cukup ayat al-Quran yang Tan Sri guna, mungkin kesalahan cetakan atau mungkin Tan Sri guna ayat yang Tan Sri ndak saja yang tak nak guna Tan Sri buang. Yang tertulis dalam akhbar mingguan bahawa Tan Sri guna ayat takat: “Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan ulil amri... mungkin Tan Sri tak guna perkataan “Minkum”. Sebab tu jadi lain fahaman antara ulama’ Pas dan Tan Sri. Sebab perkataan “Minkum” itu adalah pemisah diantara penyokong hak dan batil.
Sebab itu sebarang keyataan dari Tan Sri ... Tan Sri kena buka agar ianya dapat dinilai oleh ulama’ lain... dan Tan Sri kena buka pintu perbincangan.
Tak boleh kita guna ilmu sempit kita saja untuk menghukum seseorang itu ikut etika syaitan atau tidak tanpa kita buka peluang untuk orang yang kita tuduh itu mengemukakan hujjah-hujjah mereka. Ingat! Kalau tuduhan kita itu tidak betul maka tuduhan itu akan dikembalikan kepada kita.
Kata Tan Sri lagi:
Rasulullah saw bersabda: “Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman,” itulah cara kita menolongnya.
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Kata-kata Rasulullah saw “ kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman” adakah ayat (hadis)itu hanya boleh difaham dengan menggunakan makna zahirnya sahaja?
Bukankah ada firman Allah yang menceritakan tentang tangan tetapi perlu ditakwil kepada kuasa? Adakah salah sekiranya disini kita ertikan pegang kedua tangan mereka itu iaitu kita tahan kuasa dia... sebagaimana yang dilakukan hari ini oleh mana-mana jabatan atau syarikat yang menahan tangan(kuasa) mereka yang melakukan kezaliman dengan gantung kerja.
Kata Tan Sri lagi:
Sepatutnya hubungan sesama Muslim itu penuh dengan kasih sayang bukannya menyemai sikap benci membenci atau keras. Ingatlah firman Allah yang maksudNya: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka...(al-Fath ayat 29).
Kata penyokong fanatik Tok Guru:
Dah ijtihad Tok Guru kata Umno sesat macam ayah pin dan komunis, maka bukankah Allah suruh bertegas dengan orang sesat?dan Tok Guru amat-amat berkasih sayang sesama mereka yang berjuang menegakkan Islam...
Tok Guru ajak debat untuk buktikan UMNO sesat kenapa tolak? Bukankah Allah suruh bekeras dengan orang kafir dan munafik? Yang berbunyi: Ya Ayuhannabiyyu jahidil kuffara wal munafiqin waghluz alaihim...
Dan firman Allah yang berbunyi: Fama lakum fil munafikin fi’ataini wallahu arkasahum bima kasabu...aturiduna an tahdu man adhallaah?...
Kata Tan Sri lagi:
Rasulullah saw bersabda: “Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh...janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu...jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara”.
Kesimpulannya, bagaimana kita hendak selesaikan kemelut ini?
Harussani: Kalau ulama perlu ambil peranan untuk selesaikannya, kita harus kembali ke pangkal jalan. Asas utama yang perlu adalah perpaduan, silaturrahim dan hormat menghormati. Perseteruan, pecah belah dan persengketaan adalah ajaran syaitan. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu...( al-Maidah ayat 9).
Kata penyokong fanatik PAS:
Terima Islam sepenuhnya jangan terima Islam separuh-separuh atau Islam hari-hari tertentu sahaja(had-hari)
Kalau umno terima Islam sepenuhnya. Maka tidak akan wujud lagi PAS.

No comments:

Post a Comment