Tuesday, September 8, 2009

KEPALA LEMBU...Apa pandangan orang agama

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

1 - firman Allah yang bermaksud: Dari kalangan manusia ada yang mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan hari akhirat, tetapi mereka sebenarnya tidak beriman...

2 - firmanNa lagi: Apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu melakukan kerosakan dia atas muka bumi mereka menjawab: sesungguhnya kami ingin melakukan pembaikian(islah)...

3 - FirmanNya lagi: Demi Allah tidak beriman mereka itu sehingga mereka menjadikan kamu sebagai hakim (tempat rujukan hukum) tentang apa yang diperdebatkan antara mereka... kemudian tidak ada perasaan tidak puas hati dalam hati mereka tentang apa yang diputuskan oleh Rasulullah saw, dan mereka menyerahkan urusan kepada Allah...

MB KHALID DAN SEMUA UMMAT ISLAM

Ingatlah! Bahawa dari kalangan manusia ini ada yang munafik dan ada yang beriman…(orang-orang munafik lebih jahat dari kafir-oleh itu tempat mereka dalam neraka paling bawah dan disediakan azab yang paling dahsyat).

mereka yang munafik inilah yang akan melakukan kerosakan di muka bumi dan mereka bermati-matian menganggap apa yang mereka lakukan adalah demi untuk kebaikan.

Ini kerana cirri-ciri orang munafik ialah mereka tidak suka merujuk kepada al-Quran dan al-Hadis…dimana Allah bersumpah dalam firmannya yang bermaksud: demi Tuhanmu wahai Muhammad mereka itu tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau sebagai rujukan dalam kes yang menimbulkan perselisihan antara mereka, kemudian mereka terima dengan hati yang terbuka apa yang engkau putuskan…

Dalam kes penghinaan yang dilakukan oleh segelintir mereka yang mengaku dirinya Islam…adakah mereka sedar siapa diri mereka? Memang kita dibolehkan mengeluar pendapat dengan bertanya dan sebagainya, tetapi bermati-matian memperjuangkan pendapat kita itu yang perlu dipersoalkan.

Adakah mereka yang berdemontrasi dengan kepala lembu, merujuk segala tindakan mereka kepada mana-mana ulamak?kalau mereka tidak merujuk atau dibimbing oleh ulamak tentunya mereka golongan sesat. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Demi Allah mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau sebagai rujukan mereka….sebagaimana yang telah kita maklum bahawa Ulamak adalah waris para Nabi.

Adakah Soal Pembinaan Tempat Ibadat Berada Secara Mutlak Dibawah Kuasa Menteri Besar?

Bukankah soal agama berada dibawah kuasa Majlis Agama yang sekaligus bermaksud dibawah bidang kuasa Sultan?

Kenapa orang agama berdiam diri?bukankah kamu diupah untuk meyelesaikan kes-kes khususnya seperti kes ini? Mana mufti? Mana Harus sana Harussini? Mana DR Asri?

Kami rakyat nak dengar kata putus dari orang agama sebab Allah suruh…….bukan nak dengar dari Menteri Besar sebab Allah tak suruh…….dan kami ini orang beriman…kami tak mahu masuk kumpulan yang Allah bersumpah bahawa mereka tidak beriman….

No comments:

Post a Comment