Saturday, September 26, 2009

MUNAFIK11

6 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Mereka Juga Suka Menghadiri Majlis-Majlis Ilmu, Tetapi Mereka Tidak Mengerti Sedikitpun Yang Disampaikan dan Apa Yang Diajarkan. Mereka Juga Suka Memperolok-olokkan dan Mengejek Apa Yang Didengarnya.

Firman Allah dalam surah Muhammad ayat 16:
 •   •                   •  
16. “Dan di antara mereka (yang hadir di majlismu wahai Muhammad, ialah orang-orang munafik) yang mendengar ajaranmu (dengan sambil lewa), sehingga apabila mereka keluar dari sisimu berkatalah mereka (secara mengejek-ejek) kepada orang-orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat-sahabatmu yang setia): "Apa yang dikatakan oleh Muhammad tadi?" mereka (yang munafik) itu ialah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah atas hati mereka, dan ialah orang-orang yang menurut hawa nafsunya”.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 127:
                  •    
127. “Dan apabila diturunkan satu surah dari Al-Quran (mendedahkan keburukan orang-orang munafik itu) setengah mereka memandang kepada setengahnya yang lain sambil berkata: "Adakah sesiapa nampak kamu (kalau kita undur dari sini)?" kemudian mereka berpaling pergi (dengan meninggalkan majlis Nabi); Allah memalingkan hati mereka (daripada iman), disebabkan mereka kaum yang tidak (mahu) mengerti”.











7 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Mereka Juga Amat Suka Dan Senang Mendirikan Masjid, Tetapi Mereka Manjadikannya Sebagai Markas Tempat Mereka Mengadakan Penipuan dan Mengatur Strategi Untuk Memerangi Allah dan RasulNya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 107:
                        •  
107. “Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina Masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, serta menunggu kedatangan orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu. Dan mereka bersumpah dengan berkata:" tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan Masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". padahal Allah menyaksikan, Bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta”.

8 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Apa yang Zahir Pada Diri Mereka Menyebabkan Orang Ramai Menyangka Mereka Sebagai Orang Yang Bertakwa dan Berilmu Pengetahuan.

Rasulullah s.a.w bersabda: “إنَّ أخوف ما أخاف على أمتى كلُّ منافقٍ عليمُ اللسان
Bermaksud: “Sesungguhnya sesuatu yang paling aku khwatirkan atas ummatku adalah setiap orang munafik yang pandai berbicara” .

Firman Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 4:
           •  •   •             
4. “Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya - dari kebenaran)?

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 204:
 ••                
204. “Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu)”.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud: “Apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu mengadakan kerosakan diatas muka bumi ini, tetapi mereka menjawab sesungguhnya kami ini ingin melakukan kebaikan. Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar”.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 205:
         •      
205. “Apabila mereka berpaling darimu, mereka berjalan(menjalani kehidupan) di muka bumi ini dengan melakukan kebinasaan(kerosakan)pada tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia) sedang Allah tidak suka kepada kerosakan”.

Kata Ibnu al-Qayyim: “Mereka berpakaian seperti pakaian orang-orang yang sesat dan merugi(pakaian macam orang kafir). Seseorang terkagum mendengar perkataan mereka kerana manis dan lembut. Bahkan mereka tanpa merasa malu dan kekok menjadikan Allah sebagai saksi keikhlasan mereka sedangkan dalam hati mereka sebenarnya penuh kedustaan . kita dapat melihat siapa mereka sebenarnya apabila kita merenung kepada perbuatan mereka iaitu ketika mereka menghadapi kebenaran, mereka akan tidur(diam tak mahu berjuang), tetapi jika membela kebatilan mereka terus maju pantang mundur. Semua perancangan mereka adalah membawa kerusakan negara dan moral bangsa. Begitu pula semua larangan yang mereka cegah sebenarnya merupakan sesuatu dapat membawa mereka kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat. kita juga dapati mereka ini bergaul dengan orang-orang yang beriman, mereka mendirikan sembahyang, berzikir, zuhud(tidak menggilai kehidupan dunia) dan ada dikalangan mereka ini menganggap mereka adalah ahli ijtihad” .


9 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Tetapi Mereka Ini Tidak Mahu Kepada Hukum Allah.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 60-61:
                                              
60. “Tidakkah engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) ang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”.
61. “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu”.


Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 47-51:
 •               
47. “Dan berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta Kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang sebenarnya beriman”.

           
48. “Dan (bukti berpalingnya mereka ialah) apabila mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, maka dengan serta-merta sepuak dari mereka berpaling ingkar (Menolak ajakan itu jika keputusan tidak menguntungkan mereka)”.

       
49. “Dan (sebaliknya) jika keputusan itu memberi hak kepada mereka, mereka segera datang kepadanya dengan tunduk taat (menerima hukumnya)”.

  •               
50. (Mengapa mereka bersikap demikian), Adakah kerana hati mereka mengandungi penyakit (kufur), atau kerana mereka ragu-ragu (terhadap kebenaran hukuman), ataupun kerana mereka takut bahawa Allah dan RasulNya akan berlaku zalim kepada mereka? (Allah dan RasulNya tidak sekali-kali akan berlaku zalim) bahkan merekalah sendiri orang-orang yang zalim (disebabkan keraguan dan kekufuran mereka)”.

                   
51. “Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan”.

Pada perang Tabuk, pasukan Islam sangat memerlukan air lalu Nabi s.a.w berdoa kepada Allah agar diturunkan hujan. Tiba-tiba datanglah awan dengan menurunkan hujan kepada mereka, tetapi hujan itu tidak sampai kepada kaum munafik. Melihat kejadian seperti itu salah seorang munafik ditanya: Bagaimana pendapatmu tentang apa yang berlaku? Dia menjawab: Itu merupakan awan yang berkebetulan lalu di sini. Dia sama sekali tidak percaya bahawa awan itu bukti kebenaran Nabi s.a.w. Setelah itu, dalam majlis terdengar ucapan seorang munafik: Jika apa yang dikatakan Muhammad tadi benar, tentu kami lebih jahat dari keldai. Ketika itu dalam majlis mereka ada seorang pemuda dari suku Ansar mendengar ucapan munafik tersebut, maka marahlah dia lalu dia melaporkan peristiwa itu kepada Nabi s.a.w. kemudian mereka(orang-orang munafik itu) datang menghadap Rasulullah s.a.w dan bersumpah bahawa pemuda itu dusta, maka Allah menurunkan ayat yang menceritakan kejahatan mereka iaitu firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62:
            
62. “Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, padahal Allah dan RasulNyalah yang lebih berhak mereka mendapatkan keredaanNya, jika betu-betull mereka adalah orang-orang yang beriman”.

Di zaman sekarang ini ramai orang mengaku sebagai seorang muslim, namun mereka menggugat persoalan-persolan dan undang-undang Islam yang telah kukuh. Tidak timbul di hati mereka keinginan memprotes undang-undang yang dibuat oleh manusia lebih-lebih lagi undang-undang yang dibuat oleh orang-orang barat, yang terang dan jelas dibenci oleh Allah sejak zaman-berzaman. Bahkan mereka ini lebih tertarik kepada peradaban barat, mereka ini benar-benar dalam kebingungan. Keadaan mereka ini seperti apa yang digambarkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: “Perumpamaan seseorang munafik itu bagaikan seekor kambing yang bingung mengikuti dua ekor kambing jantan. Pada suatu waktu dia mengikuti yang ini dan pada waktu yang lain pula dia mengikuti yang lain” .

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 13:
      ••              
13. “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah Kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).



Firman Allah dalam surah al-Qashash ayat 68:
                
68. “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dia lah juga yang memilih, tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih (selain dari pilihan Allah). Maha suci Allah dan Maha Tinggilah keadaannya dari apa yang mereka sekutukan dengannya”.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36:
         •             •   
36. “Dan tidak dibolehkan bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara-untuk mereka memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 65:
                   
65. “Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim (tempat rujukan)dalam apa sahaja persoalan dan perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”.

10 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Tetapi Mereka Beradab Dengan Adab Yang Buruk Terhadap Allah dan Rasulnya.

Seseorang yang mengaku dirinya sebagai seorang Islam tidak boleh dinamakan benar-benar Islam sebelum terdetik dalam hatinya keinginan untuk mengagungkan dan menghormati Allah dan RasulNya. Dia belum boleh dikategorikan sebagai orang yang benar-benar beriman sebelum timbul di dalam hatinya perasaan untuk beradab mulia kepada Allah dan RasulNya.
Termasuk beradab mulia kepada Allah dan RasulNya, ialah mentaati secara keseluruhan kepada perintah Allah dan RasulNya dengan sepenuh jiwa dan raga(sepenuh hati). Tidak wujud dalam hatinya bantahan atau penakwilan yang menyeleweng dari kehendak asal Allah dan Rasulnya.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 36:
         •             •   
36. “Dan tidak dibolehkan bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - untuk mereka memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”.

Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 65:
                   
65. “Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! mereka tidak beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim (tempat rujukan)dalam apa sahaja persoalan dan perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya”.

Sikap orang yang beriman jauh bezanya dengan sikap orang-orang munafik. Hati orang-orang munafik sentiasa was-was dalam menerima dan melaksanakan segala titah perintah Allah dan RasulNya. Bahkan lebih dari itu mereka suka memperolok-olokkan perintah tersebut. Firman Allah dalam surah aali-Imran ayat 154:
                                •        •            •                               
154. “Kemudian sesudah kamu berdukacita, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan lain yang hanya mementingkan diri sendiri, telah ditimpa perasaan cemas(berada dalam kerisauan dan kebingungan tidak dapat melelapkan mata)mereka menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah(Sangkaan bahawa jikalau muhammad itu benar-benar Nabi dan Rasulullah, tentu dia tidak akan dapat dikalahkan dalam peperangan). Mereka berkata: "Adakah bagi kita (hak campurtangan)dalam urusan ini?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya urusan itu seluruhnya di tangan Allah”. Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita (hak campurtangan)dalam urusan ini, nescaya kita tidak terbunuh di tempat ini(ditewaskan disini)" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (Apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui segala (isi hati) yang ada dalam dada”.

Adab Dengan Allah dan Rasulnya.

Firman Allah dalam surah al-Hujuraat ayat 2:
        •              
2. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya”.


Firman Allah dalam surah an-Nuur ayat 62-63:
                 •                         
62. “Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, dan apabila mereka turut bersama-sama dengan Rasulullah dalam sesuatu perkara yang memerlukan perhimpunan ramai, tidaklah mereka meninggalkan majlis perhimpunan itu sebelum mereka meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Wahai Muhammad) itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya. Maka apabila meminta izin kepadamu untuk pergi menjalankan sesuatu urusan mereka, maka izinkanlah bagi sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka, dan mintalah ampun kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

                             
63. “Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang di antara kamu yang menarik diri ke luar (dari majlis nabi) secara berselindung dan bersembunyi. oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

coba perhatikan firman Allah: “hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya, beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. Kemudian bandingkan dengan keadaan orang-orang munafik masa kini. Perhatikan kehidupan dan tingkahlaku mereka yang sering mengingkari(melawan) perintah Allah dan RasulNya, dan kita dapati mereka tidak takut kepada bala bencana yang menimpa mereka, dan apabila bala bencana menimpa mereka maka mereka mengatakan itu hanyalah bencana alam sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan kemurkaan Allah.

firman Allah dalam surah ayat 5:
              
5. “Dan apabila dikatakan kepada mereka: " marilah (bertaubat) supaya Rasulullah meminta ampun (kepada Allah) untuk kamu", mereka (enggan sambil) menggeleng-gelengkan kepalanya; dan engkau melihat mereka berpaling (dari bertaubat) serta mereka berlaku sombong angkuh”.

Orang-orang munafik juga sering memperolok-olokkan Nabi s.a.w. perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam surah at-Taubah ayat 65-66:
    •          
65. “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

Mengikut Imam al-Qurthubi bahawa ayat ini diturunkan ketika perang Tabuk. Kata at-Thabari dan lainnya dari Qitadah: ketika Nabi s.a.w bergerak menuju Tabuk, sekumpulan munafikin yang bergerak bersama Baginda s.a.w berkata: Kamu semua lihat! Lelaki itu akan membuka istana syam dan mengambil(merampas) kubu bani asfar. Maka Allah bukakan kepada Baginda apa yang ada dalam hati mereka dan apa yang telah mereka cakapkan. Maka Baginda bersabda: Hentikan mereka! Kemudian Rasulullah s.a.w pergi kepada mereka sambil bersabda: Kamu berkata demikian demikian. Maka mereka bersumpah bahawa kami hanya main-main dan bergurau jenaka sahaja, maksud mereka ialah mereka bukannya sungguh-sungguh dalam kata-kata mereka .
Maka Allah berfirman kepada mereka:
              •   
66. “Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman. Jika kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa”.

Kejahatan mereka ini tidak terhenti setakat itu sahaja bahkan mereka membuat perancangan jahat untuk membunuh Nabi s.a.w pada malam perjanjian aqabah ketika terjadi perang Tabuk. Saat itu golongan munafik berjumlah 12 orang. Kata Huzaifah: Nama-nama dan jumlah mereka telah diketahui semuanya oleh Nabi s.a.w. lalu saya mengusulkan kepada Baginda s.a.w: Sebaiknya engkau (wahai Rasulullah) mengutus kami mendatangi mereka untuk memenggal leher mereka. Jawab Baginda s.a.w: Aku tidak suka jika orang-orang arab berkata: Ketika Nabi s.a.w dapat menewaskan sahabat-sahabatnya(orang-orang munafik) lalu mereka dibununya. Maka serahkanlah urusan mereka semua sepenuhnya kepada Allah. Dialah yang akan memberi hukuman kepada mereka semua dengan “dabiilah”. Sebahagian sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan dabiilah itu wahai Rasulullah?jawab Nabi: Cahaya api yang berasal dari neraka jahannam yang diletakkan Allah diatas hati orang munafik sehingga dirinya hancur binasa. Maka peristiwa yang demikian itu benar-benar berlaku .

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 74:
                                                  
74. “Mereka bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak mengatakan (sesuatu yang buruk terhadapmu), padahal sesungguhnya mereka telah mengatakan perkataan kufur, dan mereka pula menjadi kafir sesudah melahirkan Islam, serta mereka berazam untuk melakukan apa yang mereka tidak akan dapat mencapainya (iaitu membunuhmu). dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan setelah Allah dan RasulNya memberi kesenangan kepada mereka dari limpah kurniaNya. oleh itu, jika mereka bertaubat, mereka akan beroleh kebaikan; dan jika mereka berpaling (ingkar), Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan mereka tidak akan mendapat sesiapa pun di bumi ini, yang akan menjadi pelindung dan juga yang menjadi penolong”.

Orang-orang munafik di zaman Nabi, mereka menentang dan beradab dengan Nabi dengan adab yang buruk. Sikap dan perangai orang-orang munafik di zaman Nabi s.a.w ini diwarisi oleh orang-orang munafik zaman sekarang.
Sebagaimana kita telah maklum bahawa ulama’ adalah pewaris nabi, jadi ulama’-ulama’ yang berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini akan ditentang oleh munafik-munafik sebagaimana nenek moyang mereka menentang Nabi s.a.w. Mereka juga beradab dengan adab yang buruk kepada ulama’ yang berusaha sedaya upaya untuk menegakkan agama Allah dengan adab yang buruk sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyang mereka kepada Nabi s.a.w-pen.

No comments:

Post a Comment