Saturday, September 26, 2009

MUNAFIK3

Azab Ketika di Akhirat
1 - Ketika Meninggal Dunia
Ketika dicabut Nyawa
Sakaratulmaut kesukaran dan kesakitannya.
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”.
Dari Hasan al-Bashari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dia (mati) itu kadar tigaratus pukulan pedang” .
Ditanya Nabi s.a.w dari hal mati dan kesukarannya, maka Baginda s.a.w menjawab: “Bahawasanya semudah-mudahnya mati adalah seperti duri dalam bulu. Maka adakah keluar duri dari bulu selain bersama duri itu bulu?” .
Diriwayatkan bahawa jikalau setitik dari kepedihan mati itu diletakkan di atas bukit-bukit dunia semuanya nescaya hancurlah bukit-bukit itu .
Diriwayatkan bahawa Nabi Ibrahim a.s tatkala meninggal maka Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bagaimana engkau mendapati mati hai khalilKu? Ibrahim a.s menjawab: “Seperti besi membakar daging yang diletakkan dalam bulu basah kemudian ditarik. Maka Allah Ta’ala berfirman: “Adapun sesungguhnya Kami telah memudahkannya kepada engkau” .
Diriwayatkan dari Nabi Musa a.s bahawa tatkala telah jadilah ruhnya kepada Allah Ta’ala (wafat), maka Tuhannya berfirman: “Hai Musa! Bagaimana engkau mendapati mati? Nabi Musa a.s menjawab: “Aku dapati diriku seperti burung pipit ketika digoreng di atas tempat gorengan. Ia tidak mati untuk dapat beristirehat, dan ia tidak terlepas untuk terbang” .
Umar r.a berkata kepada Ka’abul Ahbar: “Hai Ka’ab! Terangkanlah kepada kami dari hal mati. Ka’ab lalu menjawab: “Wahai Amirulmukminin! Bahawa mati itu seperti ranting yang banyak duri yang dimasukkan dalam rongga badan seseorang dan setiap duri itu diambil dengan akarnya. Kemudian ditarik oleh seorang lelaki yang kuat dengan sekali tarik. Maka diambillah apa yang diambil dan ditinggalkan apa yang ditinggalkan” .
Nabis s.a.w bersabda: “Wahai Aisyah! Bahawa nyawa orang mukmin itu keluar dengan keringat dan nyawa orang kafir itu keluar dari dua rahangnya seperti nyawa keldai” .
Bahawa setiap anggota badan yang tidak mempunyai nyawa padanya maka sudah pasti ianya tidak akan merasa kesakitan dan kepedihan. Apabila ada pada anggota itu nyawa maka yang merasai kesakitan dan kepedihan ialah nyawa. Apabila anggota badan terkena luka atau tebakar maka menjalarlah bekasnya itu kepada nyawa. Maka dengan kadar menjalarnya kepada nyawa itu ia merasakan kesakitan atau kepedihan. Dan yang merasai kepedihan atau kesakitan itu berkecai berai kepada daging, darah dan bahagian-bahagian badan yang lain. Maka tidak mengenai nyawa secara terus menerus kecuali sebahagian kepedihan setelah diagih-agihkan kepada kulit, isi, tulang dan sebagainya. Bayangkan bagaimana sakitnya sekiranya kesakitan tersebut terus menerus mengenai nyawa? Maka alangkah besarnya kepedihan dan kesakitan itu dan alangkah susahnya. Dan perlu kita ingat, bahawa pencabutan nyawa itu ialah kepedihan dan kesakitan yang terus-menerus mengenai nyawa yang mengenai semua bahagiannya, sehingga tidak tersisa sebahagian pun dari bahagian-bahagiannya yang bertebaran di dalam tubuh, melainkan sampai padanya kesakitan dan kepedihan terus menerus.
Jikalau tubuh kita terkena duri maka kesakitan dan kepedihan hanyalah pada sebahagian dari nyawa iaitu tempat kita terkena duri tersebut sahaja. Begitu juga dengan luka maka kepedihan dan kesakitan hanyalah tempat luka sahaja.
Adapun kepedihan tercabutnya nyawa itu menyerang kepada diri nyawa itu sendiri. Dan mengenai semua bahagian-bahagiannya. Dialah (nyawa) yang dicabut,. Yang ditarik dari semua urat dari urat-urat badan. Dari semua saraf dari urat-urat saraf. Setiap bahagian dari bahagian-bahagian badan dan sendi dari sendi-sendi tubuh. Dan dari pangkal setiap rambut dan kulit. Dari puncak kepala sampai ke tapak kaki. Maka janganlah anda tanya dari kesusahan dan kepedihannya! Sehingga mereka mengatakan bahawa mati itu lebih sakit dari pukulan dengan pedang. Gergajian dengan gergaji dan guntingan dengan guntingan. Kerana terpotongnya badan dengan pedang hanya dirasakan pedih kerana berhubungan dengan nyawa. Bagaimana kalau yang kena itu ialah yang langsung bagi diri nyawa. Sesungguhnya orang kena pukul itu meminta pertolongan, kerana masih ada kekuatannya pada hati dan lidahnya. Dan sesungguhnya suara orang mati dan pekikannya terputus serta kesangatan pedihnya adalah kerana kesusahan bersangatan padanya. Mendaki ke hatinya. Dan sampai ke setiap tempat daripadanya lalu menggoncangkan setiap kekuatan dan melemahkan setiap anggota badan. Maka tidak tertinggal lagi baginya kekuatan untuk meminta pertolongan. Adapun akal maka telah ditutupkan dan dikacaukan, dan lidah pula telah dikelukan, sendi-sendi badan telah dilemahkan. Dan dia mahu jikalau dia mampu kepada istirehat dengan mengeluh, menjerit dan meminta pertolongan. Tetapi dia tidak mampu melakukan sedemikian. Maka jikalau ada padanya kekuatan nescaya itu memperdengarkan baginya ketika pencabutan nyawa helaannya, akan bunyi berbolak-balik nyawa dari kerongkong dan dadanya. Dan telah berubah warnanya dan redup. Sehingga seakan-akan telah nampak darinya tanah yang menjadi asal kejadiannya. Dan telah terhela daripadanya setiap urat atas keupayaannya. Maka kepedihan itu berkembang di dalam dan diluarnya. Sehingga terangkatlah kedua biji matanya kelopak matanya sebelah atas. Terkupaslah kedua bibirnya. Beralihlah lidah dari dasarnya. Terangkatlah kedua buah pelirnya ketempat yang tertinggi. Dan hijaulah anak-anak jarinya. Maka tidak lembut lagi setiap urat dari urat-uratnya, dari badan yang dihelakan daripadanya. Dan jikalau adalah yang dihelakan itu satu urat nescaya kepedihan lebih berat. Maka bagaimana apabila yang dihelakan itu adalah diri nyawa yang merasa kepedihan itu sendiri? Tidak dari satu urat akan tetapi dari semua urat. Kemudian, setiap anggota dari anggota-anggota badannya mati beransur-ansur. Lalu yang pertama ialah dingin/sejuk dua tapak kakinya, kemudian dua betisnya, kemudian, dua pahanya. Dan bagi setiap anggota badan itu sakarat, sesudah sakarat, kesusahan sesudah kesusahan. Sehinggalah sampai sakarat itu ke kerongkong. Maka ketika itu terputuslah pandangannya dari dunia dan isinya dan terkuncilah pintu taubat baginya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Diterima taubat hamba itu sebelum bulak-balik nyawa dalam kerongkong” .
Rupa Bentuk Malikilmaut, Keadaannya dan Cara Dia Mengambil Nyawa
Diriwayatkan dari Ibrahim a.s bahawa dia bertanya kepada Malakulmaut: “Adakah engkau sanggup memperlihatkan kepadaku rupa engkau yang engkau ambil atas rupa itu roh orang-orang zalim?. Ibrahim menyambung pertanyaannya: “Tidak sanggupkah engkau yang demikian?” Malaikat Maut menjawab: “Sanggup”. Malaikat Maut berkata: “Berpalinglah daripadaku” Nabi Ibrahim lalu berpaling daripadanya, kemudian menoleh kembali. Tiba-tiba dilihatnya Malaikat Maut itu seorang lelaki hitam kerinting rambutnya, busuk baunya, hitam kainnya, yang keluar dari mulutnya dan lubang hidungnya lidah api dan asap. Maka pengsanglah Ibrahim a.s kemudian ia sedar dan Malaikat Maut itu kembali kepada bentuknya semula. Lalu Ibrahim a.s berkata: “Hai Malaikat Maut! Jikalau tidak dijumpai oleh orang zalim ketika mati selain bentuk mukamu nescaya adalah yang demikian itu memadai” .

Penciptaan Malaikat Maut
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa ketika Allah mencipta Malaikat Maut, maka dia ditutup dari pandangan para makhluk dengan sejuta dinding penutup. Ukuran saiz besarnya melebihi beberapa langit dan bumi yang seandainya semua air lautan dan sungai dicurahkan ke atas kepalanya maka tidak akan ada setitik pun yang terjatuh ke bumi. Sesungguhnya dunia timur dan barat berada di hadapannya hanyalah ibarat sebuah meja di atasnya dihidangkan segala sesuatu dan diletakkan di hadapan seseorang untuk dimakan, maka makanlah dia dari apa yang berada di atas meja itu menurut sekehendaknya. Demikian pula Malaikat Maut membolak balik dunia ini, ibarat anak Adam membolak balik duit syiling yang ada di genggamannya. Malaikat Maut diikat dengan tujuh puluh ribu rantai yang setiap rantai panjangnya sejauh perjalanan seribu tahun, dan sama sekali tidak seorang Malaikat pun yang dapat mendekatinya, dan tidak ada yang mengetahui tempatnya, dan tidak ada yang mampu mendengar suaranya, dan tidak ada yang memahami hal keadaannya (perilakunya),dan sampai bila waktunya .
Setelah Allah S.W.T mencipta kematian dan memberikan kepada Malaikat Maut untuk mencabut nyawa, maka berkatalah Malaikat Maut: “Wahai Tuhanku! Apakah mati itu? Lalu Allah memerintahkan kepada dinding supaya terbuka sehingga dapat dilihat Malaikat Maut , kemudian Allah berfirman kepada para Malaikat : “Berdirilah kamu sekelian dan lihatlah ini ialah Malaikat Maut”. Maka berdirilah para Malaikat seluruhnya. Allah berfirman: “Terbanglah engkau di atas mereka dan bentangkanlah semua sayapmu dan bukalah seluruh matamu”.setelah Malaikat Maut itu terbang, maka semua Malaikat tersebut memandang kearahnya lalu mereka semua jatuh tersungkur lalu pingsan, sesudah mereka sedar lalu mereka bertanya: “Wahai Tuhan kami! Adakah Engkau menciptakan suatu makhluk yang lebih besar kejadiannya daripada makhluk ini? Allah berfirman: “Aku telah menciptakan Malaikat Maut, dan Aku lebih Agong darinya dan seluruh makhluk pasti akan merasa (maut) darinya .
Kemudian Allah S.W.T berfirman: “Wahai Izra’il, ambillah Malaikat ini, kerana engkau Aku beri kekuasaan atas dia”. Lalu Izra’il berkata: “Wahai Tuhanku! Dengan kekuatan apakah aku mengambilnya sedangkan dia(Malaikat Maut) lebih besar dariku?maka Allah memberinya kekuatan, kemudian dia (Malaikat Izrail) mengambilnya (Malaikat Maut) maka dia (Malaikat Maut) pun menjadi tenang dalam tangannya. Lalu Malaikat Maut itu berkata: “Wahai Tuhanku! Berilah keizinan kepadaku untuk aku mengumandangkan(melaungkan) di langit . maka Allah mengizinkannya. Maka Malaikat Maut bertempik dengan suara yang kuat dan bengis: “Aku adalah Maut yang memisahkan kekasih dari kekasihnya. Aku adalah Maut yang memisahkan suami dari isterinya. Aku adalah Maut yang akan memisahkan anak-anak dari ibu-ibunya. Aku adalah Maut yang memisahkan adik beradik lelaki dari adik beradik perempuannya. Aku adalah Maut yang mengosongkan rumah-rumah dan istana-istana dari penghuni-penghuninya. Aku adalah Maut yang meramaikan kubur dan aku adalah Maut yang memburu kamu semua, dan pasti aku menemui kamu walaupun kamu bersembunyi dalam bangunan besi sekalipun. Tidak ada satu makhluk pun kecuali akan menemuiku dan merasai aku . Mengikut riwayat bahawa Malaikat Izra’il ditugaskan sebagai pengambil nyawa kerana Malaikat Izra’il yang berjaya untuk mengambil tanah untuk dijadikan Adam-pen.
Dan sesungguhnya orang kafir dan orang munafik dan orang yang celaka apabila datang Malaikat Maut kepadanya, maka Malaikat Maut turun kepada mereka dengan diiringi di sebelah kirinya oleh Malaikat Azab juru siksa yang hitam mukanya dan matanya tersembul keluar membawa berbagai azab siksaan. Lalu mereka duduk di kejauhan. Kemudian Malaikat Maut menghampiri si celaka yang sedang nazak menunggu maut. Selanjutnya apabila Malaikat Maut sampai kepada si celaka tersebut maka Malaikat Maut berdiri dihadapan si celaka itu dengan rupa yang amat menakutkan. Kemudian berkatalah nafsu si celaka itu: Siapakah engkau dan apakah kehendakmu? Dia menjawab: Aku adalah Malaikat Maut yang akan mengeluarkan engkau dari dunia dan aku akan menjadikan anakmu sebagai yatim, isterimu menjadi janda dan hartamu akan diwarisi oleh ahli warismu yang diantaranya yang engkau tidak menyukainya sepanjang hidupmu. Engkau sesungguhnya tidak mahu mendahulukan yang lebih baik untukmu dan engkau tidak juga mementingkan akhiratmu. Pada hari ini aku datang kepadamu untuk mencabut nyawamu .
Maka si celaka ini memalingkan muka ke arah dinding lalu dia melihat Malaikat Maut telah berdiri dihadapannya, si celaka ini lalu memalingkan mukanya ke arah yang lain pula, namun di tetap di datangi oleh Malaikat Maut. Lalu Malaikat Maut berbicara: Adakah engkau tidak mengenali ku? Aku adalah Malaikat Maut yang telah mencabut nyawa kedua orang tuamu yang engkau sendiri pernah melihatnya. Pada hari ini engkau tidak lagi dapat mengambil manfaat darinya kerana aku akan mengambil nyawamu sehingga anak-anakmu, kerabat-kerabatmu, dan sahabat-sahabatmu melihatnya supaya mereka mahu mengambil contoh dari keadaanmu pada hari ini. Aku juga adalah Malaikat Maut yang telah membinasakan golongan orang-orang dahulu yang telah memiliki banyak kekuatan, harta, anak-anak juga pengikut berbanding kekuatanmu, hartamu, anak-anakmu juga pengikutmu. Kemudian Malaikat Maut bertanya kepadanya: (sekarang kamu telah melihat hakikat sebenar kehidupan dunia maka) bagaimanakah pendapat kamu tentang hakikat sebenar kehidupan dunia? Jawab si mati itu: Aku dapat melihat bahawa dunia ini sangat memperdaya dan banyak menipu. Kemudian Allah menciptakan dunia dengan satu bentuk, lalu dunia berkata: Wahai orang durhaka! Apakah engkau terasa malu kerana engkau berbuat maksiat (melakukan dosa) semasa di dunia dan tidak mahu menahan nafsumu dari mendorongmu menderhaka kepada Allah? (ingatlah! sedarlah)bahawa engkau yang mengejarku sedangkan aku tidak pernah mencarimu. Dan engkau tidak mahu membezakan antara halal dan haram seolah-olah engkau merasakan engkau tidak terpisah dengan dunia. Sekarang aku berlepas diri darimu dan dari segala perbuatanmu. Maka si mati itu melihat hartanya jatuh menjadi milik orang lain, lalu hartanya bercakap: Wahai orang durhaka! Engkau mencariku dengan jalan tidak benar dan engkau tidak membelanjakanku dengan cara yang benar mengikut kehendak Allah engkau tidak membelanjakan aku ke jalan yang benar dan engkau tidak menyedekahkan aku kepada fakir miskin dan aku sekarang telah jatuh menjadi milik orang lain .
Demikianlah firman Allah : “Pada hari ini tidak berguna harta dan anak, melainkan orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Maka si hamba lalu berkata:Wahai Tuhan!kembalikanlah daku agar aku dapat mengerjakan amal soleh (perbuatan baik) pada perkara yang telah aku tinggalkan”.
Maka Allah berfirman: “ Apabila datang ajal mereka maka tidak ditangguh walau sesaat pun dan tidak dapat dipercepatkan”.
Kemudian Malaikat Maut mengambil nyawanya. Firman Allah: “Janganlah begitu, sesunggunya ketentuan orang-orang curang adalah masuk neraka sijjin” .
Keadaan Malaikat Maut dan Cara Mengambil Nyawa
Diterangkan dalam kitab as-Suluk, riwayat dari Muqotil bin Sulaiman, bahawasanya Malaikat Maut mempunyai sebuah tempat istirehat di langit ketujuh. Ada yang mengatakan di langit keempat. Allah menciptanya dari nur, dia mempunyai tujuh puluh ribu kaki dan mempunyai empat ribu sayap. Seluruh jasadnya dipenuhi dengan mata dan lidah. Tidak ada seorang pun makhluk yang terdiri dari anak Adam dan sebagainya termasuk burung-burung dan kumbang-kumbang kecuali bagi Malaikat Maut pada jasadnya terdapat sebuah muka dan sebuah mata serta tangan dan hidung menurut bilangannya seluruh manusia. Maka dia mengambil roh dengan tangan itu dan memandang wajah yang tepat dengan arahnya masing-masing. Dengan keadaannya sedemikian dia mampu mencabut nyawa semua makhluk di segenap penjuru dan tempat .
Maka apabila seseorang dalam dunia ini mati hilanglah gambarnya dari jasadnya (Malaikat Maut).
Ada juga pendapat mengatakan bahawa Malaikat Maut mempunyai empat muka, satu di hadapannya, yang kedua di kepalanya, yang ketiga di belakangnya dan yang keempat di bawah tapak kakinya. Dia mengambil nyawa para Nabi dan Malaikat dengan wajah dari kepalanya, mengambil nyawa orang-orang mukmin dari wajah depannya, mengambil nyawa orang-orang kafir dari wajah belakangnya dan mengambil nyawa para jin dari wajah kedua kakinya. Salah satu kedua kakinya berada diatas jambatan neraka jahannam dan sebelah lagi berada di atas katil dalam syorga .
Adapun dalam hal mengetahui ajal, maka adalah bahawa Malaikat maut apabila naskhah catatan kematian dan sakitnya seseorang hamba jatuh kepadanya, maka dia berkata: Wahai Tuhanku! Bilakah aku mencabut nyawa si hamba itu, dimana dan pada tingkah bagaimanakah aku akan mengangkat nyawanya? Lalu Allah menjawab: Wahai Malaikat Maut, hal ini adalah pengetahuan ghaibKu yang tidak boleh melihatnya selain Aku, hanya Aku saja yang dapat memberitahukan kepadamu tentang kedatangan waktunya. Aku akan membuat tanda-tanda bagimu yang dapat engkau melihatnya, iaitu bahawa Malaikat yang diserah menjaga pernafasan-pernafasan dan amal perbuatannya, nanti akan datang kepadamu, lalu dia berkata: nafas si fulan itu cukup sempurna(habis). Dan juga Malaikat yang menjaga rezki dan amal perbuatannya berkata: telah sempurna rezkinya dan amal perbuatannya(habis). Kalau seseorang hamba itu dari golongan yang beruntung, maka akan terang cahaya putih di sekeliling nama hamba tersebut yang tercatat dalam buku catatan yang berada di tangan Malaikat Maut. Dan jikalau seseorang itu adalah hamba Allah yang celaka maka akan timbul cahaya hitam di sekeliling nama hamba tersebut. Tidaklah jelas tanda-tanda tersebut sehingga jatuhlah padanya sehelai daun dari pohon yang berada di bawah Arasyh yang pada daun tersebut tercatat nama hamba Allah itu. Maka pada saat itu dia mencabut nyawanya .
Diriwayatkan dari ka’ab al-Ahkbar, bahawasanya Allah s.w.t mencipta sepohon pokok di bawah arasyh yang berdaun sebanyak bilangan makhluk, dan apabila datang ajalnya seorang hamba dan umurnya masih tinggal empat puluh hari lagi, maka jatuhlah daun yang tertulis nama si hamba itu ke pangkuan Izra’el. Dengan demikian maka dia tahu bahawa dia telah diperintahkan untuk mencabut nyawa si hamba tersebut, dan setelah berlaku sedemikian maka penghuni langit menyebut si hamba itu sebagai mayyit(orang yang telah mati) walaupun si hamba itu masih hidup di atas bumi dalam waktu empat puluh hari .
Adapun untuk mengetahui tempatnya dimana seseorang hamba Allah itu mati, maka ada dikatakan bahawasanya Allah s.w.t mencipta Malaikat-Malaikat yang bertugas untuk setiap orang yang dilahirkan yang disebut Malaikat al-Arham(Malaikat penjaga Rahim). Apabila Allah menciptakan seseorang anak maka Allah memerintahkan supaya di dalam air mani yang berada di rahim ibunya itu di masuki tanah daripada bumi yang akan menjadi tempat kematiannya. Maka si hamba Allah ini akan pergi ke mana sahaja yang dia kehendaki tetapi akhirnya dia akan kembali ke tempat pengambilan tanah itu dan matilah dia di situ. Semua ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Seandainya kamu semua dalam rumah-rumah kamu, nescaya akan keluar orang-orang yang telah ditentukan kematiannya menuju tempat tidurnya(kematiannya)”.
Dalam sebuah hadis, apabila Allah hendak mencabut ruh seseorang hambanya, maka datanglah Malaikat Maut dari arah mulutnya. Lalu keluar suara zikir dari mulutnya, maka zikir itu berkata: Tidak ada jalan bagi mu dari arah ini kerana telah lama sekali dia menggunakan lidahnya pada mengingati Allah. Maka kembalilah Malaikat Maut kepada Allah sambil menceritakan apa yang telah berlaku, lalu Allah berfirman: Cabutlah dari arah lain. Maka dia datang dari arah tangan, maka datanglah amal sedekah sambil berkata: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabutnya disebabkan dia banyak bersedekah denganku, dia juga membelai-belai anak-anak yatim denganku. Dia menulis (di jalan Allah untuk memartabatkan agama Allah). Dia menghentam denganku tengkuk-tengkuk orang-orang kafir. Kemudian Malaikat Maut mendatangi arah kaki, maka kaki pun berkata: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabutnya dari arahku kerana dia berjalan denganku untuk sembahyang berjema’ah dan sembahyang hari raya serta majlis-majlis ilmu dan pengajian. Kemudian Malaikat Maut datang ke arah telinganya, maka telinga juga berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arahku ini kerana dia mendengar denganku bacaan al-Qur’an dan azan serta zikir. Lalu datang kepada mata, maka berkatalah keduanya: Tiada jalan bagimu dari arahku kerana dia melihat dengan kami mushaf dan wajah para ulama’, kedua orang tuanya dan orang-orang soleh. Maka kembalilah Malaikat Maut itu kepada Allah s.w.t sambil berkata: Wahai Tuhanku! Bahawa hambaMu berkata begini-begini. Lalu Allah berfirman: Malaikat Maut, letakkan namaKu pada tapak tanganmu dan perlihatkanlah kepada ruh hambaKu sehingga dia melihatnya nescaya keluarlah nyawanya.
Maka ditulislah nama Allah. Apabila ditunjukkan kepada hamba Allah tersebut maka keluarlah ruhnya dengan berkat nama Allah s.w.t dan lenyaplah rasa pahit pencabutan nyawa .

No comments:

Post a Comment