Saturday, September 26, 2009

MUNAFIK4

Ketika Menyembahyagi Jenazahnya
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 84:
     •       •       
84. dan janganlah engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka dalam keadaan fasik (derhaka).
Tidakkah kita merasa gerun apabila meneliti ayat ini? Ayat ini mengarahkan agar Rasulullah saw supaya tidak menyembahyangi jenazah orang-orang munafik dan melarang menjenguk kubur mereka. Tetapi, oleh kerana kita tidak mengenali dengan yakin seseorang itu munafik atau tidak, dan kita takut kalau tersalah menghukum keatas seseorang maka oleh itu ulama’ memfatwakan kebenaran menyembahyangi sesiapa sahaja dari kalangan ummat Islam yang meninggal dan kita menghadiri pengkebumiannya.
Tetapi ingat, ayat ini merupakan amaran keras oleh Allah bahawa walaupun ummat Islam tidak mengetahui seseorang itu munafik atau tidak, tetapi Allah mengetahuinya. Apalah guna sembahyang jenazah walaupun dihadiri oleh ulama’ besar dan ummat Islam yang begitu ramai jikalau seseorang itu dihukum munafik oleh Allah.


Sebab Atau Alasan Allah Tidak Terima Amalan Orang-orang Munafik
Firman Allah dalam surah an-Taubah ayat 54:
                      
54. dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci.
Allah Ta’ala tidak menerima Iman mereka, Allah ta’ala tidak menerima syahadah mereka, Allah Ta’ala tidak menerima segala amalan mereka. Perhatikanlah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 8:
 ••   •       
8. dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Alasan Allah Tidak Menerima Iman Mereka Ialah Seperti Berikut:
          
9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
             
10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit , maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


Perbuatan Yang Dikatakan Meperdayakan atau menipu Allah dan Orang-Orang Beriman
           
11. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
       
12. Ketahuilah! bahawa Sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

      ••              
13. dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
Iman maksudnya mempercayai dengan hati, mengungkapnya dengan lidah dan membenarkanya dengan perbuatan. Jadi maksud firman Allah dalam ayat diatas iaitu: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”.boleh juga difahami seperti berikut: “Beriktikad, berkata dan berbuat baiklah kamu sebagaimana beriktikad, berkata dan berbuat baiknya orang-orang beriman”. Apa yang terkandung dalam hati hanya Allah yang tahu, para malaikat, manusia dan makhluk lain yang akan menjadi saksi kepada setiap manusia samada seseorang itu beriman atau tidak hanyalah berpandukan apa yang mereka lihat dari perbuatan atau apa yang mereka dengar dari perkataan sahaja.
Sekiranya kita mengabaikan perkataan dan perbuatan dari mengikuti ajaran al-Qur’an dan al-Hadis dengan alasan Allah tidak memandang kepada rupa paras yang Allah lihat adalah ketulusan hati, maka persoalannya:
1 – Adakah hati akan bercanggah dengan apa yang diungkapkan dan apa yang dilakukan?
2 – Jikalau ada mereka yang demikian, maka adakah Malaikat yang menulis laporan tutur kata dan pekerjaan harian kita akan mengetahui isi hati kita dan menulis laporan harian kita dengan berdasarkan hati kita bukan berdasarkan apa yang diucapkan dan apa yang dilakukan?
3 - Malaikat yang mencatat segala tutur kata dan amalan (pekerjaan) harian kita akan menyerahkan laporan ini kepada Allah. Setelah kita diberkas oleh polis-polis Allah(Malaikat Maut) maka laporan ini juga akan diserahkan kepada Malaikat yang akan menyoal kita dalam kubur.
4 – Malaikat yang akan menyoal kita dalam kubur nanti akan berpandukan laporan yang diterima dari Malaikat yang mengintip kita semasa kita hidup di dunia.
5 – Setelah itu kita akan direman didalam kubur sehinggalah hari kebangkitan. Dan kubur ini akan bertukar samada menjadi lembah dari lembah-lembah neraka atau taman dari taman-taman syorga.
6 – Kita juga akan di bangkitkan bersama dengan kumpulan-kumpulan yang sama jenayahnya dengan kita berpandukan laporan yang didapati dari SB Allah semasa kita di dunia. Kita akan dihadapkan ke Mahkamah Allah, maka disinilah apa yang tersirat dalam hati akan dibongkarkan.
Sesungguhnya apa yang berlaku di dunia ini samada dalam proses polis dan mahkamah adalah gambaran awal kepada kita tentang proses polis Allah dan Mahkamah Allah yang akan kita laluinya nanti.
Hayatilah firman Allah dalam surah az-Zariyat ayat 20-21:
    
20. dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
     
21. dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Kata para ulama’: “Sesiapa yang mengenali dirinya maka dia mengenal Allah”.
     •           
14. dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
       
15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
Betapa Islam menderita dengan kejahatan orang-orang munafik, ini kerana sebagaimana yang diterangkan dalam ayat diatas, bahawa Allah akan memperolok-olokkan dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan iaitu Allah memberi ruang kepada orang-orang munafik supaya subur kemunafikannya melalui celah-celah hukum fikh. Mereka boleh berdalih dan berhelah dengan berbagai helah dan kemaslahatan sehingga mereka ini benar-benar berjaya merosakkan dan menghacurkan Islam dari dalam. Ummat Islam juga kebingungan dalam menghadapi orang-orang munafik ini. Hendak dikatakan dan dihukum sebagai munafik takut tersilap hukum, maka boleh memberi padah. Jikalau tidak diambil tindakan maka mereka merosakkan Islam dan akan menghancurkannya. Maka memang sesuai jika Allah memperolok-olokkan mereka dan akhirnya mereka ini mati dalam kekufuran tanpa mereka sedari dan ummat Islam lain juga tidak dapat membantunya kerana tidak berani atau was-was untuk menganggapnya sebagai munafik yang perlu dibaiki atau ditegur agar selamat untuk bertemu dengan Allah.

No comments:

Post a Comment