SIKAP KAUM MUSLIMIN TERHADAP GOLONGAN MUNAFIK
Kaum muslimin dan muslimat perlu sedar dan akur bahawa agama Islam meliputi segenap kehidupan kita. Dimana dalam kehidupan kita ini kita akan terlibat dengan tiga hubungan iaitu:
Pertama: Hubungan kita dengan alam(dunia) iaitu hubungan kita dengan dunia ini secara umum dan hubungan kita dengan dunia kita(iaitu hubungan kerjaya), sebagai contoh: pemimpin dengan dunia pemimpinnya, ulama’ dengan dunia ulama’nya, doktor dengan dunia kedoktorannya, hakim dengan dunia hakimnya dan sebagainya. Dalam menjalinkan hubungan ini kita diwajibkan mengikuti iman dan akhlak yang diajar oleh Allah melalui al-Quraan dan hadis yang dihuraikan secara terperinci oleh para ulama’. (Iman/amanah).
Kedua: Hubungan kita dengan sesama manusia (iaitu atas dasar kita ini sesama manusia)iaitu hubungan kita dengan Rasulullah s.a.w. isteri-isterinya, para sahabatnya, ulama’-ulama besar dan ulama’-ulama’ biasa, para wali-wali Allah dan sebagainya. Kita juga mengadakan hubungan dengan orang awwam dan raja atau pemerintah dan sebagainya. Dalam menjalinkan hubungan ini kita perlu meraikan status kedudukan kita dan orang yang menjadi hubungan kita. Untuk menjaga hubungan manusia dengan manusia maka Allah Ta’ala mewajibkan kita mengikuti hukum perundangannya atau yang dikenali dengan hukum fiqh yang dihuraikan oleh ulama’ fiqh. (Islam)
Ketiga: Hubungan kita sebagai hamba dengan Allah, yang mana hubungan ini merupakan hubungan perseorangan dengan Penciptanya, dimana setiap diri secara perseorangan akan menghadap Allah Yang Maha Besar dan akan disoal siasat dengan penuh teliti setiap apa yang dilakukan semasa hambanya ini berada di dunia. (Ihsan).
Ketiga-tiga hubungan ini sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadis yang menerangkan bahawa Malaikat Jibril datang bertanya Rasulullah s.a.w tentang Iman, Islam dan Ihsan.
Hubungan kita dengan orang-orang munafik.
Sikap kaum muslimin sendiri dalam menghadapi golongan munafik ini (munafik kufur)terbahagi kepada dua golongan:
Golongan pertama: berkeberatan mengkategorikan golongan munafik kafir ini dalam golongan orang-orang kafir. Mereka bersikap demikian kerana telah tertipu dan terpengaruh oleh penampilan lahiriyyah orang-orang munafik. Sebab pada lahirnya orang-orang munafik sama dengan orang-orang beriman. Mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan sedekah, melaksanakan puasa, membaca al-Qur’an, membangun masjid-masjid dan menghadiri majlis pengajian ilmu.
Golongan pertama ini lebih memandang kepada menjaga maslahat dan hubungan sesama manusia, iaitu mereka ini melebihkan hukum fiqh sehingga mereka lalai hubungan mereka dengan Allah. Kebanyakan dari golongan ini tidak mementingkan hubungan atau tidak memahami hubungan mereka dengan Allah.
Golongan kedua: tidak segan-segan mengkategorikan sebagai golongan kafir kepada orang-orang munafik yang telah berusaha dengan sekuat tenaga untuk menghalangi kaum muslimin agar tidak menegakkan agama Allah(undang-undang Allah). mereka telah menunjukkan sikap kebencian yang sangat mendalam terhadap wali-wali Allah (kekasih-kekasih Allah. Bahkan lebih dari itu, mereka telah mengadakan persekongkolan jahat bersama-sama musuh-musuh Allah dalam menghancurkan agama Islam. Mereka suka melakukan kemungkaran. Mereka sangat jauh dari ketaatan kepada Allah, bahkan mereka suka memperolok-olokkan Allah dan RasulNya. Mereka juga gemar mengerjakan sesuatu yang menyebabkan kemurkaan Allah. kerana itu al-Qur’an terkejut melihat sikap orang beriman yang terpecah menjadi dua golongan dalam menghadapi orang-orang munafik. Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’ ayat 88:
•
88. “Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya”.
Orang-orang munafik kufur ini adalah orang-orang yang kafir disisi Allah. sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 8:
•• •
8. “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman”.
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 54:
54. “Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan Dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan Dengan perasaan benci”.
Firman Allah dalam surah ayat 66:
•
66. “Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah”.
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 84:
• •
84. “Dan janganlah Engkau sembahyangkan seorang pun yang mati dari orang-orang munafik itu selama-lamanya, dan janganlah engkau berada di (tepi) kuburnya, kerana sesungguhnya mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya, dan mereka mati sedang mereka Dalam keadaan fasik (derhaka)”.
Demi menjaga keaman hidup di dunia kita wajib mengikuti panduan syariah atau panduan fiqh. Dimana kita tidak dibenarkan membunuh mereka dan tidak dibenarkan melaksanakan hukum murtad kepada mereka, sebab yang berkuasa terhadap semua itu ialah hakim dan kerajaan. Jikalau kerajaan juga memiliki sifat-sifat nifak kufur ini maka kita tidak boleh memeranginya sehingga menumpahkan darah, kecuali pihak kerajaan betul-betul melakukan maksiat yang nyata dosa besarnya. Tetapi sekiranya tidak menumpahkan darah seperti hari ini, iaitu dengan cara mengundi maka apa lagi alasan untuk kita tidak melawan mereka?
Walaupun begitu kita perlu benar-benar insaf dan sedar bahawa kita mempunyai hubungan dengan Allah. Demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah perlu kita memiliki ilmu yang lebih mendalam agar kita dapat menjaga diri kita dari dijangkiti penyakit nifak atau sekurang-kurangya agar kita dapat menjauhkan diri kita dari mereka yang berpenyakit nifak agar ianya tidak memberi kesan kepada diri kita juga keluarga kita semasa pertemuan kita dengan Allah nanti. Apa yang perlu kita insafi dan sedar bahawa Allah memerintahkan kita agar memerangi kaum munafik ini dan juga sifat-sifat munafik agar ianya tidak merosakkan pertemuan kita dengan Allah. firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 73:
• •
73. “Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”
Kita juga perlu memutuskan hubungan dengan mereka atau memboikot mereka sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu berteman melainkan dengan orang mukmin dan janganlah makan makananmu kecuali orang yang bertakwa”.
Dan hayatilah Firman Allah ini: “Tidak sampai lagikah masanya untuk ummat Islam merasa khusyuk hatinya mengingati Allah dan (menghayati) apa yang diturunkan oleh Allah(al-Qur’an)janganlah sekali-kali kamu jadi seperti orang-orang terdahulu yang diberikan kitab oleh Allah sebelum kamu, dikeranakan lamanya tempoh mereka berpisah dengan Nabi dan Rasul mereka, maka hati-hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka adalah terdiri dari orang-orang yang rosak.....
Alangkah celakanya kita sekiranya kita melakukan perkara yang membatalkan Iman samada kita sedar atau tidak. Adakah alasan mengatakan kita ini jahil akan diterima oleh Allah? Kita diberi kesenangan, kesihatan dan umur yang panjang, ulama’ pula di hari ini begitu ramai dan banyak sekali untuk kita belajar dan bertanya.
Amat celakanya kita sekiranya kita ini tergolong dalam golongan alim ulama’ tetapi melakukan perkara yang membatalkan syahadah.
Lebih malang lagi sekiranya kita melakukan perkara yang membatalkan syahadah dan kita pula memiliki sifat-sifat munafik yang diterangkan dalam al-Quraan dan Hadis. Maka tanyalah diri kita dimanakah kita di hadapan Allah nanti. Iangatlah firman Allah: “Alangkah sabarnya mereka terhadap siksaan dalam neraka”. Maka tanyalah diri kita setakat manakah kita sanggup menanggung siksaan dalam neraka.
Disamping menghayati perkara yang membatalkan syahadah maka hayatilah juga sifat-sifat munafik agar kita terhindar dari kedua-duanya dengan bermujahadah untuk menjauhkan diri dari perkara-perkara dan sifat-sifat tersebut, dan hendaklah kita berusaha membasmi perkara dan sifat-sifat tersebut.
Apa yang amat perlu kita ketahui bahawa orang munafik ialah orang yang memiliki hati yang tidak dapat
TANDA-TANDA MUNAFIK
1 – Allah Sebagai Saksi Bahawa Mereka Berdusta Tentang Keimanan Mereka. Mereka Tidak Mahu Memahami Ajaran Agama. Mereka Menerima Ajaran Agama Sekiranya Ajaran Tersebut Memberi Keuntungan Kepada Dunia Mereka. Jikalau Ajaran Agama Bertentangan Dengan Nafsu(Kehendak) Mereka Maka Mereka Akan Memekakkan Telinga Kerana Tidak Mahu Menerimanya.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 8-9:
•• •
8. “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
9. “Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak merasainya(menyedarinya)”.
Firman Allah dalam surah al-Munafiqun ayat 1:
• • •
1. “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta”.
Telitilah dengan penuh mendalam tentang perangai mereka yang dikatakan orang munafik oleh Allah demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah, bukan untuk menghukum kepada manusia lain. (ini kerana untuk menjaga keamanan hidup di dunia maka Allah menentukan undang-undang baginya iaitu undang-undang fikh,dimana mengikut undang-undang fikh kita tidak dibenarkan menuduh seseorang itu munafik tanpa bukti yang kukuh ).
Apabila kita meneliti ayat-ayat di atas maka tidakkah timbul perasaan gerun dan takut dalam hati kita? Dimana mereka yang mengaku beriman dan mengaku bahawa Rasulullah s.a.w adalah Nabi dan mereka mengaku bahawa Allah adalah saksi tentang kenabian Muhammad tetapi Allah katakan mereka ini sebagai orang kafir munafik. Dimanakah pendustaan tersebut dinilai? Kenapakah kata-kata sahaja tidak mempunyai sebarang nilai disisi Allah jika berlaku pertentangan antara kata-kata dengan perbuatan dan pengorbanan. Dan adakah perkataan dan pengakuan yang tidak disusuli dengan perbuatan dan pengorbanan tidak mempunyai nilai disisi Allah? untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan tersebut telitilah sifat-sifat munafik seterusnya.
2 – Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad, Tetapi Apabila Dilihat Pada Perbuatan Mereka Kita Dapati Mereka Menentang dan berbuat Jahat Kepada Keduanya.
firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 81:
•
81. “Dan mereka (golongan munafik) berkata: "(kami) taat", kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (Wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka)”.
Firman Allah dalam surah ayat 47:
•
47. “Dan ( orang-orang yang tidak menghendaki jalan yang lurus ) mereka berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangi perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang yang beriman”.
3 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad, Tetapi Apabila Dilihat Pada Perbuatan (ibadah) Mereka Kita Dapati Mereka Memiliki Sifat Riya’. Mereka Mendirikan sembahyang Dengan Malas. Mereka Suka Mengakhirkan Sembahyang Sampai Waktunya Habis. Mereka Mempercepatkan Sembahayang Bagaikan Burung Gagak Mematuk Dengan Paruhnya dan Mereka Tidak Suka Menghadiri Sembahyang Berjemaah di Masjid.
Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’ ayat 142:
• ••
142. “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah , dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka ini apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka suka menunjuk-nunjuk(riak)kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali ”.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Itulah sembahyang orang-orang munafik. Salah seorang di antara mereka duduk-duduk sampai matahari berwarna kuning, padahal matahari di saat itu berada di antara dua tanduk syaitan atau berada di atas tanduk syaitan, lalu dia berdiri (untuk sembahyang) lalu mempercepatkan(tanpa rasa khusyuk sedikit pun) empat rakaat tanpa mengingat Allah, di dalamnya melainkan sedikit sekali” .
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sembahyang yang paling berat bagi orang-orang munafik ialah sembahyang isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui pahala yang terdapat dalam kedua sembahyang itu, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun harus merangkak”.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Sesungguhnya aku berniat akan menyuruh mereka sembahyang berjemaah. Lalu dikumandangkan iqamat kemudian aku menyuruh seseorang untuk menjadi imam sembahyang jemaah bersama orang ramai. Lalu aku bersama beberapa orang sahabat sambil membawa kayu bakar, mendatangi orang-orang yang tidak mahu menghadiri sembahyang(berjemaah) lalu aku bakar rumah-rumah mereka dengan api” .
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Dan tidak ada yang akan meninggalkan sembahyang berjamaah kecuali orang munafik yang sudah diketahui kemunafikannya”
Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud bahawa dia berkata: Sepengetahuan kami tidak ada yang enggan menghadiri sembahyang kecuali munafik tulin. Sungguh ada seorang lelaki datang sembahyang jemaah sambil dipapah di antara kedua orang sampai dia berdiri tegak dalam barisan” .
Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Ibnu Abbas ra, bahawa dirinya pernah ditanya tentang seseorang yang sentiasa melakukan puasa di siang hari dan selalu mengerjakan sembahyang malam, tetapi dia tidak pernah melakukan sembahyang jema’ah serta tidak pernah berkumpul (dengan kaum muslimin). Maka Ibnu Abbas ra. Menjawab: “Kalau dia mati dia akan masuk ke dalam neraka” .
4 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Mereka Juga Suka Bersedekah, Tetapi Jika Kita Teliti Perbuatan Mereka Ini Nampak Dengan Jelas Bahawa Mereka Bukan Mengharapkan Keredhaan Allah Tetapi Mereka Terpaksa (Untuk Menjaga Nama Pangkat dan Sebagainya iaitu Riya’).
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 54:
54. “Dan tidak ada yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana) mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan dengan keadaan malas dan mereka pula tidak mendermakan hartanya melainkan dengan perasaan benci”.
Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 98:
8. “Dan sebahagian dari orang-orang A'raab (arab kampung yang munafik) itu memandang apa yang mereka belanjakan (dermakan pada jalan Allah) sebagai satu bayaran yang memberatkan, sambil menunggu-nunggu masa (yang membawa bala bencana) menimpa kamu; atas merekalah (tertimpanya bala bencana yang dibawa oleh) peredaran zaman yang buruk itu. dan (ingatlah), Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui”.
5 - Mereka Mengaku Beriman dan Bersaksi Bahawa Rasulullah Adalah Rasul dan Mereka Menjadikan Allah Sebagai Saksi Terhadap Kenabian Nabi Muhammad. Mereka Suka Membaca al-Qur’aan, Belajar Isi Kandungan al-Qur’aan. Tetapi Mereka Melakukan Semua itu Bukan Kerana Allah.
1 – Contoh Keadaan Orang Munafik Yang Membaca al-Qur’aan dan Orang Munafik Yang Tidak Membaca al-Qur’aan.
عـَنْ ابـِىْ مُوْسَىْ الاشْعَرِىّ قـَالَ: قـَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص): الـْمُؤْمِنُ الـَّذِىْ يـَقـْرَأ ُالقـُرْآنَ وَيَعْمَلُ بـِهِ كـَالاُتـْرُجَّةِّ طـَعْمُهَا طـَيِّبٌ وَرِيْحُهَا طـَيِّبٌ. وَالمُؤْمِنُ الـَّذِىْ لا يـَقـْرَأ ُالقـُرْآنَ وَيَعْمَلُ بـِهِ كـَالتـَّمْرَةِ طـَعْمُهَا طـَيِّبٌ وَلا رِيْح لـَهَا. وَمَثـَلُ المُنـَافِق ِالـَّذِىْ يـَقـْرَأ ُالقـُرْآنَ كـَالرِّيْحَانـَةِ رِيْحُهَا طـَيِّبٌ وَطـَعْمُهَا مُرٌّ. وَمَثـَلُ المُنـَافِق ِالـَّذِىْ لا يـَقـْرَأ الـقـُرْآنَ كـَالحَنـْظـَلـَةِ طـَعْمُهَا مُرٌّ وَرِيْحُهَا خَبـِيْثٌ .
Dari Abu Musa al-Asy’ari r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin yang membaca al-Qur’an dan mengamalkan isinya, ibarat buah jeruk manis, rasanya enak dan baunya harum, sedangkan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an tetap mengamalkan isinya, ibarat buah kurma, rasanya enak dan manis tetapi tidak ada baunya. Adapun perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an maka ibarat minyak wangi, baunya harum tetapi rasanya pahit. Sedangkan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an, ibarat buah “Hanzalah”, rasanya pahit dan baunya busuk” .
2 – Orang Munafik Mempelajari al-Qur’aan Untuk Berhujjah Melawan Orang-Orang Beriman.
عـَنْ عُقـْبَة َبْن ِعَامِرٍ يَقـُوْلُ: اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ (ص) قـَالَ: اِنـِّىْ اَخَافُ عَلـَىْ اُمَّتِىْ اِثـْنـَتـَيْنِ القـُرْآنُ وَاللـَّبَنَ , اَمَّا اللـَّبَنَ فـَيَبْتـَغـُوْنْ الرَّيْفَ وَيَتـَّبـِعُوْنَ الشَّهَوَاتِ وَيَتـْرُكـُوْنَ الصَّلـَوَاتِ , وَاَمَّا القـُرْآنُ فـَيَتـَعَلـَّمُهُ المُنـَافِقـُوْنَ فـَيُجَادِلـُوْنَ بـِهِ الـْمُؤْمِنِيْنَ .
Dari Uqbah bin ‘Amir r.a dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada dua perkara yang saya bimbang terhadap ummatku iaitu al-Qur’an dan susu. Dengan susu mereka akan mencari makanan yang mewah, mengikut hawa nafsu (syahawat) dan meninggalkan salat, sedangkan al-Qur’an nanti akan dipelajari oleh orang-orang munafik dan digunakan untuk berdebat dengan orang-orang mukmin” .
3- Orang yang Menyalahgunakan al-Qur’an Merasakan/menganggap Ibadahnya Paling Baik
عـَنْ اَبـِىْ سَعِيْدٍ الـْخُدْرِىِّ (ض) أَنـَّهُ قـَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ (ص) يَقـُوْلُ: يَخْرُجُ فِيْكـُمْ قـَوْمٌ يَحْقِرُوْنَ صَلاتـَكـُمْ مَعَ صَلاتِهـِمْ وَصِيَامَكـُمْ مَعَ صِيَامِهـِمْ وَعَمَلـَكـُمْ مَعَ عَمَلِهـِمْ وَيَقـْرَءُوْنَ الـْقـُرْآنَ لا يُجَاوِزُ حَنـَاجـِرَهُمْ يَمْرُقـُوْنَ مِنْ الدِّيْنَ كـَمَا يَمْرُقُ السَّهْمِ مِنْ الرَّمْيَةِ .
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a dia mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara kamu semua nanti akan muncul segolongan orang yang memandang rendah sholat kamu semua berbanding sholat mereka, puasa kamu semua berbanding puasa mereka, dan amal kamu semua berbanding amal mereka. (sedangkan yang sebenarnya)Mereka ini membaca al-Qur’an tetapi al-Qur’an tidak melepasi tenggorok mereka (hanya dilidah sahaja tidak memasuki hati-hati mereka dan tidak menepatinya). Mereka keluar dari agama (Islam)seperti keluarnya anak panah yang terlepas dari busurnya” .
4- Tanda-tanda Orang yang Menyalahgunakan al-Qur’an
عـَنْ عَلِىِّ بْن ِاَبـِىْ طـَالِبٍ كـَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ قـَالَ: سَمِعْتُ النـَّبـِىَّ (ص) يَقـُوْلُ: يَأتِىْ فِىْ آخِرِ الزَّمَان ِقـَوْمٌ حُدَثـَاءُ الاثـْنـَان ِسُفـَهَاءُ الاحْلامِ يَقـُوْلـُوْنَ مِنْ خَيْرِ قـَوْلِ البَرِيَّةِ يَمْرُقـُوْنَ مِنْ الاِسْلامِ كـَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمْيَةِ لا يُجَاوِزُ اِيْمَانـُهُمْ حَنـَاجـِرَهُمْ فـَاَيْنـَمَا لـَقـِيْتـُمُوْهُمْ فـَاقـْتـُلـُوْهُمْ فـَاِنَّ قـَتـْلَهُمْ اَجْرٌ لِمَنْ قـَتـَلـَهُمْ يَوْمَ الـْقِيَامَةِ .
Dari Ali bin Abi Talib k.w dia berkata; Saya mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Pada akhir zaman nanti akan muncul segolongan manusia yang umurnya masih muda dan berakal tetapi berbudi rendah. Mereka mengumandangkan Kalam Allah (al-Qur’an) (tetapi) mereka itu keluar dari Islam seperti keluarnya anak panah yang terlepas dari busurnya. Iman mereka tidak melepasi tenggorok mereka. Dimana saja kamu bertemu dengan mereka maka bunuhlah (lawanlah mereka bermati-matian) kerana orang yang membunuh mereka(memerangi mereka bersungguh-sungguh) akan memperoleh pahala pada hari kiamat nanti” .
5- Antara Tanda-tanda Orang yang Menyalahgunakan al-Qur’an
عـَنْ اَنـَس ِبْن ِمَالِكٍ (ض) قـَالَ: قـَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص): يَخْرُجُ قـَوْمٌ فِىْ آخِرِ الزَّمَان ِاَوْ فِىْ هَذِهِ الامَّةِ يَقـْرَؤُوْنَ الـْقـُرْآنَ لا يُجَاوِزُ تـَرَاقِيْهـِمْ اَوْ حُلـُوْقـَهُمْ سِيْمَاهُمْ التـَّحْلِيْقُ اِذَا رَأَيْتـُمُوْهُمْ اَوْ لـَقِيْتـُمُوْهُمْ فـَاقـْتـُلـُوْهُمْ .
Dari Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan muncul pada akhir zaman nanti- atau dikalangan ummatku – segolongan manusia yang membaca al-Qur’an tetapi al-Qur’an tidak melepasi tenggorok atau halqum mereka. Tanda-tanda mereka ialah kepala mereka gundul. Apabila kamu semua melihat atau bertemu mereka maka bunuhlah mereka itu” .
6- Tiga golongan yang Mempelajari al-Qur’an
عـَنْ اَبـِىْ سَعِيْدٍ (ض) عـَنْ النـَّبـِىِّ (ص) قـَالَ: تَعـَلـَّمُوْا الـْقـُرْآنَ وَاسْألـُوْا اللهَ بـِهِ قـَبْلَ اَنْ يَتـَعَلـَّمَهُ قـَوْمٌ يَسْألـُوْنَ بـِهِ الدُّنـْيَا فـَإِنَّ الـْقـُرْآنَ يَتـَعَلـَّمُهُ ثـَلاثـَة ُنـَفـَرٍ, رَجُلٌ يُبَاهِىْ, وَرَجُلٌ يَسْتـَأكـِلُ بـِهِ وَرَجُلٌ يَقـْرَؤُهُ للهِ .
Dari Abu Said r.a dari Nabi s.a.w Baginda bersabda: “Pelajarilah al-Qur’an dan mohonlah kepada Allah dengan al-Qur’an sebelum al-Qur’an dipelajari oleh orang-orang yang hendak mencari dunia. Sebab al-Qur’an akan dipelajari oleh tiga jenis orang, iaitu mereka yang mempelajari al-Qur’an untuk kebanggaan, orang mempelajari al-Qur’an untuk mencari makan dan orang mempelajari serta membaca al-Qur’an untuk memperoleh keredhaan Allah” .
7- Orang Mempelajari al-Qur’an Bertujuan Memperolehi Dunia
عـَنْ جَابـِرٍ (ض) عـَنْ النـَّبـِىِّ (ص) قـَالَ: اِقـْرَؤُوْا الـْقـُرْآنَ مِنْ قـَبْل ِأَنْ يَأتِىَ قـَوْمٌ يُقِيْمُوْنـَهُ إِقـَامَة َقِدْحٍ يَتـَعـَجَّلـُوْنـَهُ وَلا يَتـَأجَّلـُوْنـَهُ .
Dari Jabir r.a dari Nabi s.a.w Baginda bersabda: “Bacalah al-Qur’an sebelum datang segolongan manusia yang membacakan al-Qur’an seperti orang yang sedang mengadakan undian. Mereka mengharapkan hasil yang cepat (imbalan duniawi) dan tidak mengharapkan hasil yang lambat (pahala ukhrawi)” .
8- Mempelajari al-Qur’an dan Membacanya Untuk Meminta-Minta Habuan.
عـَنْ عِمْرَانَ بْن ِحُصَيْن ٍ(ض) قـَالَ: اِنـِّىْ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ يَقـُوْلُ: مَنْ قـَرَأ الـْقـُرْآنَ فـَلـْيَسْأل ِاللهَ تـَبَارَكَ وَتـَعَالـَى بـِهِ . فـَاِنـَّهُ سَيَجـِيْءُ قـَوْمٌ يَقـْرَؤُوْنَ الـْقـُرْآنَ يَسْألـُوْنَ النـَّاسَ بـِهِ .
Dari ‘Imran bin Hushain r.a mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa membaca al-Qur’an hendaknya – dengan al-Qur’an itu – ia memohon kepada Allah. Dimana akan datang segolongan manusia yang membaca al-Qur’an( tetapi)meminta-minta kepada orang lain” .
9- Larangan Menjadikan al-Qur’an Sebagai Alat Untuk Mencari Makan
عـَنْ عَبْدِ الرَّحْمَن ِبْن ِشِبْل ٍ(ض) قـَالَ: قـَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص): اِقـْرَءُوْا الـْقـُرْآنَ وَاعْمَلـُوْا بـِهِ وَلا تـَجْفـُوْا عَنـْهُ وَلا تـَغـْلـُوْا فِيْهِ وَلا تـَأكـُلـُوْا بـِهِ وَلا تـَسْتـَكـْثِرُوْا بـِهِ .
Dari ‘Abdurrahman bin Syibl r.a dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: “Bacalah al-Qur’an dan amalkanlah isinya. Jangan membiarkan al-Qur’an tidak dibaca, tetapi jangan pula berlebih-lebihan dalam membacanya. Jangan mencari makan dengan al-Qur’an dan jangan menjadikan al-Qur’an untuk memperbanyakkan harta dunia” .
10- Ancaman Terhadap Orang yang Menjadikan al-Qur’an Sebagai Alat Untuk Mencari Makan
عـَنْ بُرَيْدَة َ(ض) قـَالَ: قـَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) : مَنْ قـَرَأ الـْقـُرْآنَ يَتـَأكـَّلُ بـِهِ النـَّاسَ جَاءَ يَوْمَ الـْقِيَامَةِ وَوَجْهُهُ عَظـْمٌ لـَيْسَ عَلـَيْهِ لـَحْمٌ .
Dari Buraidah r.a dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa membaca al-Qur’an untuk mencari makan (imbalan) dari manusia, maka pada hari kiamat nanti dia akan datang dalam keadaan wajahnya berupa(tinggal) tulang, tidak ada dagingnya” .
11- Rayuan syaitan Kepada Pembaca al-Qur’an (Qari-Qariah)
عـَنْ بْن ِعَبَّاس ٍ(ض)أَنَّ النـَّبـِىَّ (ص) قـَالَ: سَيَكـُوْنُ بَعْدِىْ قـَوْمٌ مِنْ اُمَّتِىْ يَقـْرَؤُوْنَ الـْقـُرْآنَ وَيَتـَفـَقـَّهُوْنَ فِىْ الدَِّيْنِ يَأتِيْهـِم الشـَّيْطـَانُ فـَيَقـُوْلُ:لـَوْ اَتـَيْتـُمْ السُّلـْطـَانَ فـَأصْلـَحَ مِنْ دُنـْيَاكـُمْ وَاعْتـَزَلـْتـُمُوْهُمْ بـِدِيْنِكـُمْ. وَلا يَكـُوْنُ ذَلِكَ كـَمَا لا يُجْتـَنـَىْ مِنْ الـْقـَتـَادِ الا الشَّوْكُ كـَذَلِكَ لا يُجْتـَنـَىْ مِنْ قـُرْبـِهـِمْ الا الـْخَطـَايَا .
Dari Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sepeninggalanku nanti akan muncul segolongan ummatku yang membacakan al-Qur’an dan mendalami agama, kemudian syaitan mendatangi mereka sambil berbisik “alangkah untungnya kamu bertemu dengan penguasa, nanti dia akan meningkatkan taraf hidup kamu, dan kamu juga dapat mengajak mereka sekali-sekali menjauhkan diri dari kesibukan sehingga mereka dapat beribadah sesuai dengan agama kamu.
Maka hal itu tidak akan terjadi(tidak akan berhasil).( Ini kerana keadaan itu)tidak ubah seperti pohon berduri yang tidak dapat dipetik kecuali durinya. Begitulah halnya dengan mendekati penguasa, tidak ada yang dihasilkan kecuali kesalahan-kesalahan sahaja” .
12- Orang Islam yang Munafiq Kebanyakannya Qari-Qariah
عـَنْ عَبْدِ اللهِ بْن ِعَمْرِو بْن ِالـْعَاص ِ(ض) قـَالَ: قـَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) :أَكـْثـَرُ مُنـَافِقِى اُمَّتِىْ قـُرَّاؤُهَا .
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru Ibnu al-‘Ash r.a dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang-orang munafik di kalangan ummatku kebanyakannya adalah qari-qari’ah mereka” .
13- Akan Terjadi Qari-Qariah Suka Bermaksiat
عـَنْ اَنـَسْ (ض) قـَالَ: قـَالَ النـَّبـِىُّ (ص): يَكـُوْنُ فـِىْ آخِرِ الزَّمَان ِعُبَاد ٌجُهَالٌ وَقـُرَّآءٌ فـَسَقـَة ٌ .
Dari Anas r.a dia berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan terjadi pada akhir zaman nanti, orang-orang beribadah tetapi mereka tidak tahu cara-cara ibadahnya dan qari-qariah yang fasik (senang berbuat maksiat)” .
14- Jurang Neraka Untuk Qari dan Qari’ah yang Memburu Kemasyhuran
عـَنْ اَبـِىْ هُرَيْرَة َ(ض) قـَالَ: قـَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) تـَعَوَّذُوْا بـِاللهِ مِنْ جُبِّ الحَزَن ِ. قـَالـُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! وَمَا جُبُّ الحَزَن ِ؟ قـَالَ: وَادٍ فِىْ جَهَنـَّمَ يـَتـَعَوَّذ ُمِنـْهُ جَهَنـَّمُ كـُلَّ يَوْمٍ اَرْبَعَمِائـَةِ مَرَّةٍ . قـَالـُوْا: يَا رَسُوْلَ اللهِ! مَنْ يَدْخُلـُهُ؟ قـَالَ: اُعِدَّ لِلـْقـُرَاءِ الـْمُرَائِيْنَ بـِاَعْمَالِهـِمْ وَاِنَّ مِنْ اَبْغـَض ِالـْقـُرَّاءِ إِلـَىْ اللهِ الـَّذِيْنَ يَزُوْرُوْنَ الأمَرَاءَ .
Dari Abu Hurairah r.a dia mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Mintalah perlindungan kamu semua kepada Allah dari Jubb al-Hazan (jurang kesedihan). Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah Jubb al-Hazan itu? Baginda menjawab: Iaitu sebuah lembah di neraka jahannam di mana setiap hari neraka jahannam memohon perlindungan dari lembah itu sebanyak empat ratus kali”.
Para sahabat bertanya lagi:Wahai Rasulullah! Siapakah yang akan dimasukkan ke tempat itu? Baginda menjawab: Tempat itu disediakan kepada qari dan qari’ah yang mencari kemasyhuran dalam amalnya. Dan di antara qari dan qari’ah paling dimurkai Allah adalah mereka yang sering mendatangi para penguasa” .
15- Sesiapa Sahaja yang Mencari Dunia Dengan Ilmu Agama (al-Qur’an dan Hadis) Merupakan Antara Golongan Pertama yang Dihumban ke Neraka.
عـَنْ اَبـِىْ هُرَيْرَة (ض) قـَالَ: حَدَّثـَنِىْ رَسُوْلُ اللهِ (ص) أَنَّ اللهَ تـَعَالـَى إِذَا كـَانَ يَوْمُ الـْقـِيَامَةِ يَنـْزِلُ إِلـَىْ الـْعِبَادِ لِيَقـْضِىْ بَيْنـَهُمْ وَكـُلُّ اُمَّةٍ جَاثِيَة ٌ.فـَأَوَّلُ مَنْ يَدْعُوْا بـِهِ رَجُلٌ جَمَعَ الـْقـُرْآنَ وَرَجُلٌ قـُتـِلَ فِىْ سَبـِيْلِ اللهِ وَرَجُلٌ كـَثِيْرُ الـْمَالِ.
فـَيَقـُوْلُ اللهُ لِلـْقـَارِئ: أَلـَمْ اُعَلـِّمْكَ مَا اَنـْزَلـْتُ عَلـَىْ رَسُوْلِىْ؟ قـَالَ: بَلـَىْ يَا رَبِّ. قـَالَ:فـَمَاذَا عَمِلـْتَ؟ قـَالَ: كـُنـْتُ اَقـُوْمُ بـِهِ آنـَاءَ اللـَّيْلِ وَآنـَاءَ النـَّهَارِ, فـَيَقـُوْلُ اللهُ لـَهُ: كـَذَبْتَ.وَتـَقـُوْلُ الـْمَلائِكـَة ُ:كـَذَبْتَ. وَيَقـُوْلُ اللهُ لـَهُ: بَلْ اَرَدْتَ اَنْ يُقـَالَ فـُلانٌ قـَارِئٌ, فـَقـَدْ قِيْلَ ذَلِكَ. وَيُؤْتِىْ بـِصَاحِبِ الـْمَالِ فـَيَقـُوْلُ اللهُ: اَلـَمْ أُوَسِّعْ عَلـَيْكَ حَتـَّىْ لـَمْ اَدَعْكَ تـَحْتـَاجُ إِلـَىْ اَحَدٍ؟ قـَالَ : بـَلـَىْ يَا رَبِّ. قـَالَ: فـَمَاذَا عَمِلـْتَ فِيْمَا آتـَيْتـُكَ؟ قـَالَ: كـُنـْتُ اَصِلُ الرَّحِمَ وَأَتـَصَدَّقُ. فـَيَقـُوْلُ اللهِ لـَهُ: كـَذَبْتَ. وَتـَقـُوْلُ الـْمَلائِكـَة ُ: كـَذَبْتَ.وَيَقـُوْلُ اللهُ لـَهُ: بَلْ اَرَدْتَ اَنْ يُقـَالُ فـُلانٌ جَوَادٌ وَقـَدْ قِيْلَ ذلِكَ.
وَيُؤتى بـِالـَّذِىْ قـُتِلَ فِىْ سَبـِيْلِ اللهِ فـَيَقـُوْلُ اللهُ لـَهُ: فـِيْمَاذَا قـُتـِلـْتَ؟ فـَيَقـُوْلُ: اَمَرْتَ بـِالـْجـِهَادِ فِىْ سَبـِيْلِكَ فـَقـَاتـَلـْتُ حَتـَّىْ قـُتِلـْتُ. فـَيَقـُوْلُ اللهُ لـَهُ: كـَذَبْتَ. وَتـَقـُوْلُ لـَهُ الـمَلائِكـَة ُ:كـَذَبْتَ. وَيَقـُوْلُ اللهُ : بَلْ اَرَدْتَ اَنْ يُقـَالَ فـُلانٌ جَرِىْءٌ فـَقـَدْ قـِيْلَ ذَلِكَ.
ثـُمَّ ضَرَبَ رَسُوْلُ اللهُ (ص) رُكـْبَتـِىْ فـَقـَالَ: يَا اَبَا هُرَيْرَة َ! اُوْلئِكَ الثـَلاثـَة ُ أَوَّلُ خَلـْق ِ اللهِ تـُسَعَّرَبـِهـِمْ النـَّارُ يَوْمَ الـْقِيَامَةِ .
Dari ‘Abu Hurairah r.a dia berkata; Saya diberitahu Rasulullah bahawa pada hari kiamat nanti Allah akan turun menemui para hambanNya untuk mengadili mereka. Semua orang pada saat itu duduk bertekuk lutut. Maka orang-orang yang pertama kali dipanggil adalah hafiz/qari al-Qur’an,orang yang terbunuh dalam peperangan fi sabilillah, dan orang yang banyak hartanya. Kemudian Allah bertanya kepada qari; “Bukankah AkU telah mengajarkan kepadamu tentang kitab yang AKU turunkan kepada RasulKU?Qari tadi menjawab: “Benar wahai Tuhanku. Allah bertanya lagi: “Maka apakah yang telah engkau amalkan dari perkara-perkara yang telah engkau pelajari (ketahui)?Qari tadi menjawab: “Saya membaca al-Qur’an siang dan malam. Allah menyanggah: “Engkau bohong. Malaikat juga menyanggah: “Engkau bohong.lalu Allah berfirman kepadanya: “ Engkau membaca al-Qur’an hanya kerana ingin disebut sebagai qari, dan sebutan tersebut telah engkau perolehi.”
Kemudian orang yang banyak hartanya dipanggil ke depan. Lalu Allah bertanya: “Tidakkah AKU telah memberikan rezeki yang banyak kepadamu sehingga engkau tidak AKU biarkan meminta/mencari bantuan dari orang lain? Orang kaya tadi menjawab: “Memang benar wahai Tuhanku. Allah bertanya lagi: “Maka apa yang telah engkau lakukan dengan harta-harta yang telah AKU berikan kepadamu?.Orang kaya tersebut menjawab: “Saya telah mempergunakan harta itu untuk menghubungkan silaturrahim dan saya telah menggunanya dengan memberi sumbangan dan bersedekah”. Allah menyanggah: “Engkau bohong.” Sanggahan ini diikuti oleh para Malaikat. Lalu Allah berfirman: “Engkau melakukan hal itu hanya kerana ingin disebut sebagai seorang dermawan. Dan sebutan itu telah engkau perolehi”.
Akhirnya orang yang terbunuh dalam perang fi sabilillah dipanggil kedepan.lalu ditanya oleh Allah: “Pada apakah engkau terbunuh? Orang tadi menjawab: “ Engkau telah memerintahkan untuk berjihad di jalan Engkau (fi sabilillah) maka saya berperang sehingga saya tewas terbunuh”. Allah membantah: “Engkau bohong. Para Malaikat juga turut membantah. Lalu Allah berfirman kepadanya: “Engkau berperang hanya kerana ingin disebut sebagai seorang pemberani (sebagai pahlawan) dan sebutan itu engkau sudah perolehi”.
Kata Abu Hurairah selanjutnya; Kemudian Rasulullah s.a.w menepuk lututku sambil bersabda: “Wahai Abu Hurairah!tiga jenis orang tadi adalah makhluk Allah yang pertama kali di saluti api neraka pada hari kiamat” .
Saturday, September 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment