Saturday, September 26, 2009

MUNAFIK9

Munafik: Satu Pendedahan, Mengikut al-Quran dan Sunnah
Tujuan Pendedahan.
Tujuan menceritakan tentang munafik secara detail supaya orang munafik maksiat mengetahui tentang kemunafikannya sehingga jiwanya menjadi baik dan kekufuran yang bersemayam di dalam hatinya dapat terbongkar. Dengan demikian, orang-orang yang beriman akan menyedari bahawa orang-orang munafik adalah benar-benar musuh yang harus selalu diwaspadai.
Menurut para ulama’, nifak terbahagi kepada dua jenis, iaitu nifak maksiat dan nifak kufur. Jenis nifak yang pertama ini paling ditakuti oleh orang-orang beriman dari kalangan sahabat Radhiyallahu Anhum. Mereka selalu dihantui rasa takut kalau-kalau dirinya terjangkit penyakit nifak.
Dalam hal ini Ibnu Mulaikah pernah berkata: Saya dapati tiga puluh orang dari sahabat Nabi s.a.w, semuanya merasa takut jangan-jangan dirinya terkena (virus) penyakit nifak ini.
Umar bin al-Khattab sendiri mempunyai kebimbangan seperti itu sehingga dia bertanya kepada Huzaifah : Wahai Huzaifah! Saya bersumpah dengan nama Allah, apakah Rasulullah s.a.w pernah menyebut namaku dalam daftar nama-nama orang munafik?. Jawab Huzaifah: Tidak, dan saya tidak akan mensucikan seorangpun sepeninggalan engkau” .
Hasan al-Basri mengatakan bahawa tidak ada seorang pun yang merasa dirinya aman terhadap nifak kecuali orang munafik, dan tiada seorang pun yang merasa takut terhadapnya kecuali orang mukmin.
Ibnu al-Qayyim berkata: Tanaman nifak itu tumbuh di atas dua tunas, satu tunas berupa bohong dan tunas yang lain berupa riya’. Kedua tunas itu keluar dari dua sumber iaitu nurani yang tumpul dan kemahuan yang lemah. Sekiranya empat elemen(perkara) tadi telah berkumpul, maka tanaman nifak berserta bangunannya akan semakin kokoh” .
Siapakah di antara kita yang dapat menjamin sifat dusta pada perkataan tidak mempengaruhi perbuatan dan amalannya? Adakah di antara kita yang merasa aman bahawa perbuatannya tidak akan dirosakkan oleh sifat riya’(melakukan sesuatu bukan kerana Allah)?.
Dalam kaitan masalah nifak ini dengan hati seseorang manusia Rasulullah s.a.w bersabda: “Hati manusia terbahagi kepada empat jenis, hati yang suci bersih bagaikan pelita yang bersinar, hati yang tertutup rapat, hati yang terbalik dan hati yang condong. Adapun hati yang suci bersih adalah hati seorang mukmin, pelita yang bersinar di dalamnya adalah cahaya keimanan. Sedangkan hati yang terbalik adalah hati orang munafik sejati, dan hati yang condong ialah hati yang di dalamnya terpendam perasaan iman dan nifak. Dan perumpamaan keimanan yang terdapat dalam hati seorang mukmin bagaikan tanaman kacang. Ia tumbuh dan berkembang dengan baik bila disiram air yang jernih. Sedang perumpamaan nifak bagaikan kudis(barah). Ia akan menjadi parah bila nanah dan darah semakin banyak. Dengan demikian mana diantara dua perkara itu(iman dan nifak) yang dapat mengalahkan yang lain maka dia akan menonjol” .
Nifak maksiat boleh disembuhkan melalui bimbingan wahyu iaitu al-Qur’an dan sunnah, perbuatan baik berpandukan al-Qur’an dan sunnah dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.
Nifak yang paling berbahaya adalah nifak kufur. Pada zahirnya orang yang berpenyakit nifak kufur ini seperti orang mukmin, namun dalam hatinya kufur. Sebenarnya iman yang terlihat pada lahirnya hanya untuk mengelabui orang lain sahaja. Sebab apa yang terpendam dalam hati adalah lebih berbahaya.
Nifak kufur ini sebagaimana kita lihat pada diri Abdullah bin Ubaiy bin Salul dan sahabat-sahabatnya, mereka adalah orang-orang kafir pada hakikatnya tetapi terpaksa mengaku Islam demi untuk menyelamatkan diri dan harta benda juga kedudukan. Golongan ini agak mudah sedikit untuk kita kenali .
Tetapi ramai dari kalangan ummat Islam hari ini tidak mengetahui atau ada yang mengetahuinya tetapi berusaha untuk melupakanya atas sebab-sebab tertentu, bahawa nifak kufur ini juga boleh terjadi kerana melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahdah.
Mereka yang melakukan perkara yang membatalkan syahadahnya sudah pasti dia bukan orang Islam lagi, kerana syahadahlah yang menentukan Islam atau tidak seseorang itu.
Cubalah kita perhati dan renung kepada masyarakat yang ada di sekeliling kita, betapa ramai mereka yang melakukan perkara yang membatalkan syahadah tetapi mereka merasakan diri mereka masih lagi sebagai seorang muslim. Mereka ini menjalani kehidupan sebagaimana orang Islam yang lain. Mereka ini juga sering mengajak ummat Islam dengan berbagai cara agar ummat Islam menyertai mereka dalam melakukan perkara-perkara yang membatalkan syahadah.
Disini diterangkan perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadah. Agar para pembaca berhati-hati dalam memilih pemimpin, penasihat,guru, sahabat dan sebagainya agar tidak tersalah pilih mereka yang akan menghumbankan kita ke lembah kekufuran dan kemunafikan.
Perkara-perkara yang Membatalkan Syahadah.
Mengikut Said Hawwa ada dua puluh perkara yang menyebabkan rosak dua kalimah syahadat atau sebab seseorang itu menjadi murtad. sekiranya seseorang itu melakukan dua puluh perkara berikut maka batallah Iman mereka . Perkara tersebut adalah seperti berikut:
1 – BERTAWAKKAL DAN BERGANTUNG KEPADA SELAIN ALLAH
Ini berdasarkan firman Allah: 
      
“Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu berserah, jika benar kamu orang-orang yang beriman"
Dalil ini berdasarkan kepada pengertian “La Ilaha Illa Llah” yang menekankan bahawa tidak ada yang berhak dipohon ketenangan dan kekuatan melainkan kepada Allah. Tawakkal bukan bererti meninggalkan kerja bahkan Allah menyuruh kita untuk bekerja. Kita hanya tidak boleh menggantungkan hidup kita kepada pekerjaan itu. Allah telah menyuruh kita mempersiapkan kelengkapan perang, tetapi dia juga meminta kita menyerahkan segala pergantungan kepadaNya.
Allah menyuruh kita bekerja dan berusaha dan dalam waktu yang sama kita beriman bahawa Dialah yang memberi rezeki. Dia menyuruh kita berusaha berubat kemudian meminta kita yakin bahawa Dia sahaja yang mampu menyembuhkan. Ringkasnya, sesiapa yang bekerja dan berusaha tanpa bertawakkal dan bergantung kepada Allah, dia telah merosakkan syarat tadi. Begitu juga sebaliknya, sesiapa yang bertawakkal tanpa daya usaha dia juga telah merosakkannya.
Dapat diandaikan satu perbezaan, bahawa orang kafir membanting tulang dan mengerah tenaga berusaha, begitu juga hal orang Islam, mereka berusaha sepenuh tenaga tetapi si kafir hanya menggantungkan harapannya kepada kerjanya, manakala si mukmin menggantungkan harapannya kepada Allah. Bergantung kepada sebab-sebab dan melupakan bahawa yang mengizinkan sebab itu berkesan adalah Allah, dikira maksiat. Bergantung kepada sebab dan yakin pula bahawa sebab-sebab itu tidak ada hubungan dengan Allah maka dikira syirik dan menghancurkan syahadah. Dalam al-Qur’an banyak disebutkan tentang masalah ini, antaranya:
Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 17 yang bermaksud: “Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka dan tidak kamu melemparkan di waktu kamu melemparkan tetapi Allah lah yang melempar”.
Kita harus yakin bahawa Allah jadikan sebab dan musabbab di dunia ini ada fungsinya.
Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 62 yang bermaksud: “Allah itu pencipta tiap-tiap sesuatu dan Dia pemelihara tiap-tiap sesuatu”.
Sesiapa yang mengingkari sebab-sebab dan menganggap tidak ada fungsinya adalah kafir, sebaliknya menganggap sebab-sebab memiliki pengaruhnya sendiri adalah syirik.

2 – MENGINGKARI NI’MAT ALLAH
Mengingkari ni’mat Allah samada ni’mat yang kelihatan bagus atau tidak, mudah difikirkan atau memerlukan penelitian khsus. Ini disebabkan bahawa semua ni’mat yang ada datang dari Allah. kita telah yakin bahawa pengertian Allah Yang Maha Kuasa ialah Dia sebagai Pemelihara , Pemimpin dan Pemberi ni’mat. Kita juga yakin sesuatu bencana yang menimpa juga datang dari Allah. Dia adalah Pemberi ni’mat dan Penghalangnya. Urusan ini bukanlah urusan manusia.
Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud: “Dia memberi apabila kamu meminta dan jika kamu menghitung ni’matNya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Tetapi manusia itu zalim, tidak berteima kasih”.
Firman Allah dalam surah Luqman ayat 20:
  •    •             ••            
20. “tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran”.
Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 76:
 •             •             •     
76. Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah Engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 53-55:
                                 
53. dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah; Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNyalah kamu meraung meminta pertolongan.
54. Kemudian, apabila ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak di antara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
55. (Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang Kami berikan kepada mereka. oleh itu, Bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).

3 – BEKERJA ATAU BERKHIDMAT DENGAN TUJUAN SELAIN ALLAH.
Hal ini amat dimurkai oleh Allah. Dalam surah al-An’am ayat 162, Allah Ta’ala berfirman:
 •        
162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
Berdasarkan ayat tersebut, ditegaskan dengan penuh yakin bahawa tidak ada ibadat atau perhambaan yang ditujukan kecuali kepada Allah. Pengertian ibadat disini tidak hanya terbatas kepada masalah sembahyang, zakat, puasa dan hajji. Tetapi ia mencakupi semua pekerjaan yang berlandaskan syariat dan ditujukan kepada Allah.
Sebaliknya setiap pekerjaan yang dimaksudkan kerana selain Allah, yang memang dimurkai oleh Allah adalah syirik. Disini dijelaskan beberapa contoh pekerjaan yang termasuk dalam kategori syirik.
a) Berkhidmat untuk menegakkan semangat kebangsaan dan menjadikannya sebagai tujuan utama hidup adalah dikira syirik.
b) Berperang untuk mempertahankan bangsa, berkempen supaya orang lain mendukung fikrah yang sama dengannya serta berjuang dan bekerja kerana kebangsaan adalah dikira syirik.
Penumpuan dan konsep hidup seperti ini dikira syirik. Ini adalah kerana Allah telah menyuruh kita bekerja, berkhidmat, berjuang dan berperang kerana Allah. Ummat Islam dibenarkan berusaha memperbaiki bangsanya atas dasar apa yang diperintahkan oleh Allah. Tetapi sekiranya bangsa kafir dia ditegah dari berkhidmat untuk mereka bahkan pada masa-masa tertentu dikehendaki memerangi mereka.
Bekerja semata-mata untuk kemajuan negara juga termasuk dalam ketegori syirik. Ummat Islam tidak boleh menyerahkan dirinya kepada negaranya kecuali apabila negara itu serta penghuninya hidup kerana Allah. Apabila kita bekerja untuk kebaikan negara seperti ini, pekerjaan itu dikira sesuai dengan perintah Allah. tetapi sekiranya kita meletakkan negara sebagai tujuan di dalam pekerjaan kita tanpa niat kepada Allah, maka orang itu telah dikira syirik.
Allah memandang hina terhadap orang-orang atau bangsa yang menggantungkan keyakinannya kepada negara. Firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 66:
           •       •          
66. “Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka)”.
Sesuatu pekerjaan atau apa sahaja yang dibuat atas dasar kepentingan meninggikan negara, menyatukannya atau membinanya dikira syirik. Tetapi sekiranya semua perkara diatas tadi ditunggak oleh iman ianya dikira dalam usaha melaksanakan perintah Allah. dan ia juga dinamakan ibadah.
Sesuatu pekerjaan yang dijalankan atas dasar untuk kemanusiaan semata-mata adalah dikira syirik. Ini disebabkan ia telah memalingkan konsep atau pengertian hidupnya dari Allah. slogan “Ilmu untuk ilmu”. “Sastera untuk sastera” dan “seni untuk seni” dikira sebagai mensyirikkan. Ringkasnya, setiap slogan atau simbol yang diluar niat untuk melaksanakan kehendak Allah adalah syirik.
Persoalan:
1 – Bagaimanakah keadaan kita di hadapan Allah nanti jikalau kita menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan? Samada SRK, SMK atau SMKA. Sedangkan sekolah-sekolah agama arab wujud dengan banyaknya ditempat tinggal kita?
2 – Bagaimana pula keadaan kita yang bertugas bertungkus lumus untuk menjayakan sekolah-sekolah tersebut yang menyebabkan banyak sekolah-sekolah agama ditutup atau diibaratkan hidup segan mati tak mahu?
3 – Sila perhatikan baik-baik firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 60:
                        •     
60. katakanlah: "Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah taghut. Mereka Inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
                 
76. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
                       
77. katakanlah: "Wahai ahli Kitab! janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"

                •  
78. orang-orang kafir yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
           
79. mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
                    
80. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).

4 – MEMBUAT UNDANG-UNDANG MENURUT NAFSU.
Membuat undang-undang menurut kemahuan manusia, bukan menurut kehendak dan ketentuan yang telah digariskan oleh Allah. Perbuatan semacam ini dikira melawan Allah.
Kerana Allah lah yang mempunyai hak menentukan undang-undang bagi kehidupan manusia. Samada halal atau haram, atau segala bentuk perintah dan larangan.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-An’am ayat 57:
                     •     
57. katakanlah: "Sesungguhnya Aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (Al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; ia menerangkan kebenaran, dan Dia lah sebaik-baik yang memberi keputusan".
Termasuk dalam kategori ini Sistem Demokrasi dalam Parlimen. Satu sistem dimana segala macam peraturan dan undang-undang dibuat oleh wakil-wakil rakyat di Parlimen. Mereka menentukan keputusan perundangan dan hukum mengikut suara terbanyak dikalangan mereka (padahal membuat undang-undang adalah milik Allah). disinilah letaknya kesyirikan.
Untuk menyelamatkan ummat Islam agar tidak terjerumus ke dalam perangkap syirik di dalam sistem demokrasi, mereka perlulah memahami konsep syura (bertujuan untuk menyusun undang-undang bagi mengelolakan negara Islam).
Di dalam Lembaga Majlis Syura cara pemilihan anggota-anggotanya boleh sahaja dilakukan melalui pilihanraya umum. Syaratnya mereka hendaklah sentiasa melaksanakan perintah Allah. mereka dibolehkan berijtihad dalam melaksanakan hukum-hukum Allah berkenaan dengan apa yang terjadi ketika itu setelah mengkaji nas-nas yang ada.
Disini dapat dilihat bahawa al-Quraan bahawa al-Quraan dan Hadis berperanan dalam negara berparlimen. Dengan kata lain, setiap anggota Majlis Syura tidak diperkenankan menentukan sesuatu undang-undang yang bertentangan dengan al-Quraan dan Hadis. Oleh itu, sekiranya sistem Parlimen menjadikan keduanya tadi sebagai dasar dan rujukan maka sistem ini dianggap Islami. Sekiranya tidak maka ia dianggap asing kepada Allah. mungkin ada kumpulan-kumpulan sosialis, kapitalis atau seumpamanya mahupun individu yang akan mengambil kesempatan dalam sistem ini.
Sama halnya dengan mengutamakan kepentingan parti atau individu dalam menyusun undang-undang. Adapun untuk menyusun undang-undang atas dasar hendak melaksanakan hukum Allah ia dibolehkan.
Termasuk dalam kategori perbuatan yang merosakkan syahadah ialah orang yang tidak mahu menerima tugas yang diperintahkan oleh Allah kepadanya. Tugas itu ialah melaksanakan hukum Allah di bumi ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w.

Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Jatsiyah ayat 18:
      •       
18.” kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar)”.

5 – MENTAATI SELAIN ALLAH TANPA KEREDHAANNYA.
Antara lain makna syahadah ialah “tidak ada yang layak dipatuhi melainkan Allah”. Taat yang dibenarkan dan dikehendaki oleh Allah ialah taat kepada RasulNya. Ini disebabkan mentaati Rasul bermakna mentaati Allah.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 80 yang bermaksud : “Sesiapa mentaati Rasul, maka dia mentaati Allah”.
Taat kepada pemimpin atau pemerintah hanya dibenarkan selagi mereka tetap menjalankan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah. Jika mereka telah keluar dari keduanya tadi, maka tidak boleh taat kepada mereka. Mereka ketika itu telah melakukan maksiat tidak kira walaupun mereka ulama’.
Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
                              
59. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
Dalam ayat di atas jelaslah bahawa taat kepada pemerintah disyaratkan agar mereka mestilah dari kalangan kita(orang-orang beriman). Orang-orang yang mahu kembali kepada al-Quraan dan Sunnah, sekiranya berlaku perselisihan. Dalam sebuah hadis maksudnya: “Tidak boleh taat kepada makhluk dalam hal derhaka kepada Allah” .
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “sesungguhnya taat itu hanya dalam perkara makruf (yang tidak bertentangan dengan syarak)” .
Dalam mencurahkan ketaatan hendaklah semata-mata kerana Allah. Tidak boleh kerana kepentingan diri sendiri, dorongan syaitan, sifat kekafiran, sesat, bida’ah, fasik, lalai, dorongan keturunan dan segala bentuk seruan ke atas thaghut.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Jatsiyah ayat 23:
                         
23. Dengan yang demikian, Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
Sebegitu ramai yang menjadi murtad, dirakamkan dalam al-Quraan semata-mata kerana taatnya mereka kepada golongan yang membantah apa yang diturunkan oleh Allah. walaupun dalam sebahagian perkara. Tidak taat kepada Rasulullah s.a.w dikira tidak taat kepada Allah kerana kita tidak dapat mengenali perintah Allah melainkan melalui Baginda s.a.w. taat kepada Rasul s.a.w bermaksud taat kepada sunnahnya. Sesiapa yang menentang Sunnahya dikira kafir manakala melanggar perintahnya dikira fasik.

6 – MENINGGALKAN HUKUM ALLAH.
Menjalankan hukum selain dari hukum Allah atau tidak menggunakan hukum Allah sebagai rujukan dalam semua masalah termasuk membatalkan syahadah.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Maidah ayat 44:
         •                  ••                 
44. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; Dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu Dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 60-61:
                              
60. “tidakkah engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada taghut itu. dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh”.

               
61. “dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu”.

7 – BENCI KEPADA AJARAN ISLAM
Benci kepada salah satu dari ajaran Islam atau keseluruhannya.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah Muhammad ayat 7-8:
         
7. “Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”.

    •  
8. “dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka”.
Pernah Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang aku (Rasulullah) datangkan”.
Termasuk dalam kategori ini ialah membenci atau tidak bersetuju terhadap salah satu dari hukum Islam samada ibadat, muamalat, politik, undang-undang ketika aman mahupun dalam darurat. Begitu juga terhadap akhlak, cara bermasyarakat dan adab berilmu.
Apa saja bentuk kebencian atau penentangan terhadap sesuatu yang terkandung dalam al-Quran atau Sunnah samada kata-kata, perbuatan, pengakuan atau sifat Baginda, adalah terkeluar dari Islam.

8 – BERLEBIH-LEBIHAN CINTA DUNIA
Mencintai kehidupan dunia melebihi kecintaan terhadap akhirat atau menjadikan dunia sebagai tujuan utamanya juga boleh membatalkan syahadah.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah Ibrahim ayat 2-3:

Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali-Imran ayat 14-15:
 ••                         
14. “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”.
        •   •                
15. “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya”.
Firman Allah Ta’ala dalam surah at-Taubah ayat 20:
                 
20. “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”.

9 – MENGHINA AJARAN ISLAM
Menghina salah satu dari ajaran al-Qur’an atau Sunnah, mempersendakan orang-orang alim atau orang-orang yang memperjuangkan Islam atau memperolok-olok hukum Allah akan menghancurkan syahadah.
Dengan meneliti masalah ini, Allah Ta’ala berfirman dalam surah at-Taubah ayat 64-66:
   •             •  
64. orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran yang menerangkan kepada mereka (dan kepada orang ramai) tentang apa yang ada dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (Wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa yang kamu suka), sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"

    •          
65. dan jika Engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayatNya serta RasulNya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"

              •   
66. “janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman. jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus berbuat jenayah(dosa)”.
Termasuk dalam kategori ini ialah menghina atau mempersendakan hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quraan. Seperti mengatakan “sudah ketinggalan zaman” atau penghinaan-penghinaan lain yang seumpamanya.

10 – MERUBAH HUKUM ALLAH
Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkanNya merupakan pendustaan dan derhaka.
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 105:
            
105. “sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta”.
Diantara dusta yang paling besar adalah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.



Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 116-117:
               •        
116. “dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah; Sesungguhnya orang-orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya”.

     
117. “(Mereka hanya mendapat) sedikit kesenangan (di dunia), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
Mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah adalah termasuk perbuatan kufur, begitu juga sebaliknya.
Sikap mudah mengahalalkan sesuatu atau sebaliknya memberi akibat yang buruk kepada kalimah syahadah yang telah diucapkan. Orang Islam tidak boleh mendahulukan akal fikirannya hingga mengatasi keputusan Allah dan RasulNya. Mereka mesti bersifat seperti dalam ayat 1 surah al-Hujurat:
          •   •    
1. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”.

11 – TIDAK BERIMAN KEPADA AL-QURAAN DAN SUNNAH.
Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 85:
                                                     
85. “kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. sesudah itu maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Adakah boleh seseorang lelaki yang sampai kepadanya hadisku sedangkan dia beristirehat di atas kerusinya sambil berkata: antara kami dan kamu ialah Kitabullah, apa yang kami dapati haram maka kita haramkannya. Sesungguhnya apa yang telah diharamkan oleh Rasulullah adalah sama seperti apa yang diaharamkan oleh Allah” .
Dari Imam Malik r.a ada diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Aku telah tinggalkan kepadamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya jika kamu berpegang kepada keduanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah RasulNya” .
Alasan yang mengatakan bahawa orang yang tidak bepegang dan beriman dengan nas-nas yang terdapat dalam al-Quraan itu adalah gugur syahadahnya ialah berdasarkan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Hijr ayat 9:
  •     
9. “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.
Orang yang tidak beriman dengan nas as-Sunnah juga dikira gugur syahadahnya kerana dia telah bertindak mendustakan Rasulullah s.a.w. termasuk dalam kategori ialah orang yang menambah-nambah al-Quraan dan al-Hadis. Ini jelas berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Siapa yang berbicara tentang hadisku padahal dia berdusta maka dia dianggap sebagai salah seorang pembohong” .

12 – MEMILIH ORANG KAFIR SEBAGAI PEMIMPIN.
Mengangkat orang-orang kafir dan munafikin sebagai pemimpin serta tidak mencintai orang-orang Islam dan orang-orang mukmin boleh menyebabkan terbatalnya syahadah.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Maidah ayat 51-53:
       •             •      
51. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yahudi dan nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim”.
    •                         
52. “Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya”.
          •       
53. “dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi”.
Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 57:
                   •     
57. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.
Imam Ibnu Taimiyyah dalam bukunya Majmu’ah at-Tauhid menyebut tentang bilakah diperbolehkan menyetujui perbuatan orang-orang kafir dan mentaati mereka, antaranya adalah seperti berikut:
“3 – Jika seseorang menyetujui sikap mereka secara zahir (luaran), dan dia tidak setuju terhadap sikap mereka secara batin (dalam hati dia tidak setuju perbuatan dan perangai orang kafir) mungkin kerana dia dipaksa supaya taat kepad orang kafir dan diancam bunuh jika tidak mentaati mereka, dalam hal ini ditegaskan oleh Allah dalam surah an-Nahl ayat 106:
             •           
106. “Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kekufuran maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar”.

TETAPI, JIKALAU DIA MELAKUKAN PERBUATAN YANG DEMIKIAN ITU KERANA TAKUT ATAU MENINGINKAN SESUATU DARI MEREKA, MAKA BERDASARKAN AYAT INI DIA TELAH MURTAD. KERANA DIA TERMASUK ORANG-ORANG YANG LEBIH MEMENTINGKAN KEHIDUPAN DUNIA DARIPADA KEHIDUPAN AKHIRAT ”.
(Maka penulis suka untuk bertanya: Maka tidak terasa gerunkah dalam hati mereka yang menderhaka kepada Allah dengan tidak mahu berjuang menegakkan hukum Allah - kerana takut kepada orang kafir, sedangkan orang kafir ini tidak pernah mengugut untuk membunuhnya?- ataupun kerana alasan untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara? )

13 – TIDAK BERADAB DALAM BERGAUL DENGAN RASULULLAH.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Hujurat ayat 2:
        •              
2. “Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya”.
Ragu dalam amalan agama (seperti merasakan) sama ada amalannya sia-sia atau tidak, juga dikira telah terkeluar dari Islam.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 217:
                                                           •     
217. “mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang Dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)”.
Meninggikan suara ketika berbicara dengan Rasulullah s.a.w seolah-olah berbicara dengan orang kebanyakan boleh membawa murtad, apalagi jika bersifat tidak sewajarnya seperti memperolokkan keadaan Baginda atau perbuatan Baginda.
Pernah orang kafir mempersendakan Rasulullah s.a.w tentang keadaan Baginda pada suatu ketika mempunyai sembilan orang isteri. Memang mereka berhak dihukum bunuh atas perbuatan mereka.
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-An’am ayat 112-113:
                         
112. “dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu”.

            
113. “dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka, dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu”.

14-TAKUT MENEGAKKAN TAUHID
Rasa takut dan lemah dalam menegakkan tauhid dan merasa senang dan terbuka dalam menegakkan syirik juga tergolong orang murtad.
Firman Allah Ta’ala dalam surah az-Zumar ayat 45:
    •               
45. “dan (di antara tanda-tanda orang-orang yang memiliki kesyirikan dalam hatinya): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa,ceramah,perbualan dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut selain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira”.
Pendekatan ayat tersebut dengan keadaan hari ini, seolah-olah telah menjadi perkara biasa. Apabila kita mengatakan bahawa segala peristiwa dan kejadian yang telah berlaku datang dari Allah mereka tidak suka. Tetapi sekiranya kita katakan itu semua ketentuan alam atau disebabkan oleh sebab-sebab biasa mereka diam dan gembira. Apabila kita katakan kemenangan kita hasil dari persiapan yang cukup atau tugas dijalankan dengan sempurna atau kita adalah pemuda-pemuda perkasa mereka menerimanya dengan baik. Tetapi jika kita katakan ini adalah pertolongan Allah sehingga kita menang mereka bersedih dan kecewa.
Begitu juga jika kita gagal dan kita katakan kita tidak menyediakan kelengkapan moden mereka dapat menerimanya. Tetapi kalau kita katakan bahawa kegagalan kita disebabkan kemurkaan Allah terhadap dosa yang kita lakukan, mereka tidak mahu menerima alasan tersebut(begitu juga dalam kes bala Allah yang lain seperti banjir. Denggi, dan sebagainya). Mereka ini apabila diminta agar Allah menjadi cita-cita mereka, kecewalah mereka. Tetapi jika perkara-perkara dunia yang dijadikan cita-cita mereka, mereka akan datang dengan lapang dada. Begitulah keadaan mereka.
15 – MERAGUI ISI AL-QURAAN.
Jika seseorang berpendapat bahawa al-Quraan terdapat pertentangan antara ayat yang zahir dengan isi yang terkandung di dalamnya, maka syahadahnya terbatal. Begitu juga sekiranya beliau berpendapat makna yang tersirat di dalam sesuatu ayat hanya boleh difahami oleh golongan tertentu melalui ilham.
Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 2:
      
2. “Sesungguhnya Kami menurunkan Kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya”.
Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 103:
                 
103. “Dan demi sesungguhnya Kami Mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata”.
Firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 37:
      •              
37. “dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. dan demi sesungguhnya, jika engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini)”.
Bahasa Arab dapat difahami melalui makna kalimahnya, kaedah tatabahasanya, atau bentuk ayatnya. Mereka yang tidak menguasai perkara-perkara ini mereka akan mudah tergelincir dari landasan asalnya.
Ketika itu ummat Islam akan terus berpecah dan berbalah kerana sumber rujukan mereka (ketika timbul masalah) iaitu al-Quraan telah mereka cemari. Ini terbukti kepada apa yang telah berlaku terhadap yahudi dan kristian. Sesungguhnya puak zindik merupakan puak yang sesat lagi menyesatkan apababila mereka dengan sengaja memutarbelitkan ayat al-Quraan sebagaimana diatas.

16 – MENGINGKARI SIFAT DAN NAMA-NAMA ALLAH
Tidak mengenal Allah dengan pengenalan yang benar dan jelas serta mengingkari sifat-sifatNya atau mengingkari nama-namaNya akan menyebabkan terkeluarnya dari Islam dan membatalkan syahadah.
Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 180:
                
180. “dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan”.
Firman Allah dalam surah Thaha ayat 8:
         
8. “Allah! tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik”.
Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 155:
                       •                       
155. “dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah Kami tentukan. maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun”.
Bagaimana seseorang dapat mengenali Allah apabila dia tidak mengetahui bahawa apa yang wujud di ala mini hasil dari ciptaanNya. Bagaimana pula seseorang dapat mengenali Allah jika dia tidak mngetahui nama-nama Allah dan sifat-sifat kesempurnaanNya. Seseorang sebenarnya tidak mengenal Allah sekiranya masih menganggap bahawa Allah itu serba kekurangan.
Firman Allah dalam surah al-Hajj ayat 74:
   •   •    
74. “mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah (tidak mengenali Allah) menurut penghormatan (pengenalan) yang selayaknya (sebagaimana yang ditetapkanNya); Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”
Orang-orang kristian telah menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah mempunyai anak. Orang yahudi pula menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu bakhil. Mereka juga mengatakan bahawa Allah telah kepenatan setelah mencipta semua makhluk dan setelah mentadbirkannya, kini Tuhan sedang berehat.
Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 15:
      •    
15. “dan mereka (yang musyrik mempersekutukan Allah dengan) menjadikan sebahagian dari hamba-hamba Allah sebagai anak baginya. Sesungguhnya manusia (yang demikian sesatnya) sangat tidak mengenang budi, lagi nyata kufurnya”.
Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 17:
    •                    •                      
17. “Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 73:
                           
73. “Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.
Sesiapa yang tidak mengenali sifat-sifat Allah, atau sifat-sifat yang tidak layak bagiNya dikira masih belum sempurna syahadahnya. Ini disebabkan mereka tidak dapat membezakan antara Allah dengan makhlukNya. Sekiranya alasan jahil diberikan, maka orang jahil dikira tidak bertauhid dan mereka akan terus menerus menafikan wahyu terutama wahyu yang menerangkan sifat-sifat Allah.

17 – MENOLAK KERASULAN NABI MUHAMMAD
Tidak mengetahui Rasulullah secara benar atau menafikan adanya sifat-sifat yang terpuji yang diberikan oleh Allah kepadanya, atau menghina sifat-sifat yang terpuji tersebut, atau tidak meyakini bahawa Rasulullah s.a.w adalah contoh tauladan yang baik bagi seluruh ummat manusia termasuk membatalkan syahadah.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21:
                 
21. “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.
Firman Allah dalam surah ali-Imran ayat 31-32:
     •          
31. “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

       •     
32. “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir”.
Firman Allah dalam surah saba’ ayat 28:
    ••     ••   
28. “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”.
Maka sesiapa yang mengatakan Baginda Badawi atau Arab dusun dengan niat menghinanya maka kafirlah dia.



18 – MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM
Mengkafirkan orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah, tidak mahu mengkafirkan orang yang telah ingkar syahadah dan tidak menghalalkan perang dengan mereka, maka termasuk membinasakan syahadah.
Dalam satu kaedah ada mengatakan: seiapa yang mengkafirkan seseorang mukmin maka dia kafir, sebaliknya orang yang tidak mengkafirkan orang kafir maka dia menjadi kafir. Begitu juga jika dia ragu terhadap kekafiran seseorang kafir maka dia juga dikira kafir.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah berlaku sesudahku nanti kekafiran yang memukul sebahagian darimu terhadap sebahagian yang lain” .
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Memaki-maki orang mukmin menjadi fasik, dan membunuhnya menjadi kafir” .
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak menuduh seseorang (terhadap orang lain) sebagai fasik, melainkan tuduhan itu akan kembali kepadanya sendiri, jika apa yang dituduhkannya itu tidak sebagaimana tuduhannya” .
Mengkafirkan orang mukmin dianggap kafir kerana ia merupakan penghinaan terhadap iman itu sendiri. Manakala ragu tehadap kekafiran seseorang kafir atau membenarkan pilihannya(mazhabnya), atau tidak mahu mengakafirkannya dianggap kafir. Kerana dia dianggap mendustakan (ketetapan) Allah dan Rasulnya.


19 – BERIBADAH BUKAN KERANA ALLAH.
Mengerjakan sesuatu ibadah bukan kerana Allah, seperti menyembelih bukan kerana Allah, sujud atau ruku’ bukan kerana Allah, atau tawaf di sekeliling lain dari ka’bah dengan mendekatkan diri kepada Allah, ini juga membatalkan syahadah.
Firman Allah dalam surah al-An’am ayat 162-163:
 •        
162. “katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.
       •  
163. “Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
Begitu juga halnya memohon doa kepada selain Allah dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat mahupun mudharat.
Firman Allah dalam surah ar-Ra’du ayat 14:
                             
14. “Kuasa menerima Ibadat yang benar adalah tertentu bagi Allah; dan benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak akan dapat menyahut atau memberikan sesuatupun kepada mereka, hanyalah seperti orang yang membentangkan kedua tapak tangannya kepada air supaya sampai ke mulutnya, padahal air itu sudah tentu tidak akan sampai kepadaNya. dan tiadalah Ibadat dan doa permohonan orang-orang kafir itu melainkan dalam kesesatan”.
Termasuk dalam kategori ini adalah mengangkat sumpah bukan dengan nama Allah. perbuatan ini adalah syirik. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa bersumpah bukan dengan nama Allah maka dia telah syirik” .
Begitu juga jika dia bernazar kepada selain Allah dengan menganggapkannya sebagai kewajipan dan dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Niat melakukan hajji selain ke Baitullah, dengan niat beribadah kepada Allah juga telah menjadi syirik.
Sebagai kesimpulan, seseorang mukmin tidak boleh beramal melainkan kerana Allah, dan dilarang beramal atau bekerja melainkan apabila diperintahkan oleh Allah atau yang selari dengan perintah tersebut. Setiap amalan yang tidak disukai oleh Allah dengan sendirinya dianggap maksiat. Manakala amalan yang diniatkan kepada selain Allah adalah syirik.
20 – BERPERASAAN RIYA’
Terdapat bermacam-macam jenis syirik dalam amalan seharian. Ada diantaranya dinamakan syirik kecil. Umpamanya mengerjakan sembahyang kerana Allah disamping ingin dipuji. Bersedekah kerana sungutan orang atau mahukan orang mengelilinginya memohon itu dan ini. Atau berjihad agar dikenang orang sepanjang zaman.
Syirik seperti ini jika datang dalam bentuk was-was atau secara tidak langsung yang bukannya tujuan sebenarnya beramal maka ianya tidak membatalkan syahadah. Masalah ini dapat dihilangkan dengan berdoa atau memohon ampun kepada Allah. Tetapi kalau itulah tujuan atau cita-cita sebenarnya. Maka batallah syahadahnya.
Termasuk dalam kategori syirik kecil ini adalah belajar kerana ingin memimpin manusia, berpidato kerana ingin dikatakan sebagai ahli pidato terbaik. Perbuatan seperti ini dapat meruntuhkan cabang tauhid, oleh ia dinamakan syirik kecil. Perbuatan ini dikira maksiat dan mengakibatkan pelakunya disiksa dineraka dan Isnya’Allah akan diampunkan selepas itu.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Akulah yang paling tidak memerlukan kepada sekutu-sekutu, jika sesiapa yang melakukan amalan yang menyengutukan Aku dengan yang lain, Aku membiarkan dia dengan syirik” .
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mahukah aku ceritakan sesuatu yang aku bimbang ke atas kamu lebih dari dajjal? Mereka menjawab: Ya kami mahu wahai Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: iaitu syirik khafi, iaitu orang yang mendirikan sembahyang kemudian dia menambah lagi sembahyangnya kerana dia tahu orang ramai melihatnya” .
Dari Abi Umamah dia berkata: Seseorang datang kepada Nabi s.a.w dan dia berkata: Apakah pendapat Rasulullah tentang seorang lelaki yang berperang kerana hendak mendapatkan pahala nama baik (pujian orang), apakah yang dia dapat? Rasulullah s.a.w bersabda: “Dia tidak mendapat sesuatu. Dan Rasulullah s.a.w mengulangi perkataan itu tiga kali dan bersabda lagi: “Tidak ada sesuatu untuknya. Kemudian Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan melainkan apa yang semata-mata kerana Allah dan mengiginkan keredhaanNya” .
Demikianlah beberapa perkara yang dapat membatalkan syahadah menurut Said Hawa.

No comments:

Post a Comment