Saturday, September 26, 2009

MUNAFIK6

Ketika Dibangkitkan
Firman Allah dalam surah al-Mujadalah ayat 18:
           •     •   
18. (setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadanya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
Firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 13-15:
                           
13. (ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

   •    •              
14. (pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang Yang beriman (sambil berkata): "Bukankah Kami bercampur gaul Dengan kamu (di dunia dahulu)?" orang-orang Yang beriman menjawab: "Benar! akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) Yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan Dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
           •       
15. "Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"

Kebangkitan
Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 68 yang bermaksud: “Kemudian ditiupkan sekali lagi lihatlah mereka itu berdiri menunggu”.
Mahsyar
Keadaan Orang Kafir dan Orang Munafik Dihimpunkan di Padang Mahsyar
Firman Allah dalam surah Maryam ayat 68 yang bermaksud: “Sebab itu, demi Tuhan engkau, sesungguhnya mereka dan syaitan-syaitan akan KAMI kumpulkan, kemudian, KAMI bawa mereka berlutut di keliling neraka Jahannam”.


Firman Allah dalam surah Thaahaa ayat 102-104:
         
102. (Iaitu) hari ditiup sangkakala, dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan BIRU.
      
103. mereka berbisik-bisik sesama sendiri: "Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja".
            
104. (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat".
Iaitu di hari (yang di waktu itu) ditiup sangkakala dan kami akan menghimpunkan pada hari itu, orang-orang yang berdosa dengan muka yang biru muram, mereka berbisik-bisik di antara mereka, kamu tidak berada (di dunia) melainkan hanyalah sepuluh (hari) KAMI lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika berkata orang yang paling lurus jalannya diantara mereka, kamu tidak berdiam (di dunia) melainkan hanya sehari sahaja”.
Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 97 yang bermaksud: “Dan KAMI akan menghimpunkan mereka pada hari kiamat (diheret) atas muka-muka mereka dalam keadaan buta,bisu dan tuli, tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam....
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dikumpulkan manusia pada hari kiamat di atas tiga jenis: yang berkenderaan, yang berjalan kaki dan yang berjalan dengan muka mereka”. Lalu seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana mereka berjalan dengan muka mereka?”. Rasulullah menjawab: “Yang menjalankan mereka dengan tapak-tapak kaki mereka itu berkuasa untuk menjalankan mereka dengan muka mereka” .
Ka’ab berkata bahawa mereka itu berdiri (menunggu Allah) selama tiga ratus tahun. Tetapi Abdullah bin Amr berkata: “Rasulullah s.a.w membaca ayat 6 surah al-Mutaffifin yang bermaksud: “Di hari manusia berdiri di hadapan Tuhan semesta Alam”. Kemudian Baginda bersabda: “Bagaimana dengan kamu, apabila kamu dikumpulkan oleh Allah, sebagaimana dikumpulkan anak panah pada tempatnya selama lima puluh ribu tahun, yang DIA tidak melihat kepada kamu” .
Al-Hasan al-Basri berkata: apa persangkaanmu dengan hari yang mereka berdiri padanya atas tapak kaki mereka selama lima puluh ribu tahun? Mereka tidak makan sesuatu makanan pun dan tidak meminum walau seteguk air, sehingga terputuslah leher mereka disebabkan kehausan dan terbakarlah perut mereka disebabkan kelaparan. Apabila mereka dibawa ke neraka lalu mereka dihidangkan dengan minuman dari sumber mata air yang amat panas. Sehingga mereka tidak tertanggung lagi maka mereka mencari orang yang mulia disisi Tuhannya agar dia boleh memberi Syafa’at (pertolongan) kepada mereka. Dan mereka tidak mampu mendapatkan Syafaat dari para Nabi kerana para Nabi menolak sambil berkata: “Tinggalkan aku bersendirian dengan urusanku”. Masing-masing berdalih dengan kesangatan marah Allah Ta’ala. Sehingga bersyafaatlah Nabi Muhammad s.a.w bagi siapa yang diizinkan baginya” .
Orang Islam Dihimpunkan di Padang Mahsyar Mengikut Tingkat Masing-Masing.
Suatu ketika, Muaz bin Jabal ra mengadap Rasulullah saw dengan bertanya: “Wahai Rasulullah! Tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT dalam surah Saba’ ayat :
Mendengar pertanyaan ini, Baginda saw menangis dan basah pakaiannya dengan air mata. Lalu baginda menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa ummatku masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...”Maka Baginda menyatakan yang dimaksudkan dengan firman Allah : “Maka kamu sekelian datang berbaris-baris” iaitu ummat Nabi Muhammad saw akan datang kehadapan Allah SWT dalam dua belas barisan iaitu:
1 – Barisan Pertama
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan tidak berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”
2 – Barisan Kedua
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan (menyia-nyiakan) sembahyang. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”

3 - Barisan Ketiga
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
4 – Barisan Keempat
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang berdosa dalam urusan jualbeli. Maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.
5 – Barisan Kelima
Diringi dari kubur dengan bau busuk lebih dari bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu menggangu ketenteraman padang Mahsyar. Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula terasa takut kepada Allah SWT. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
6 – Barisan Keenam
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah nereka.
7 – Barisan Ketujuh
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah, dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
8 – Barisan Kelapan
Diringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. Mereka adalah orang yang berzina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
9 – Barisan Kesembilan
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
10 – Barisan Kesepuluh
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
11- Barisan Kesebelas
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata, kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.
12 – Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar ibarat bulan purnama. Mereka melalui titian sirath seperti kilat menyambar. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara sembahyang, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Syorga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.
Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya...
Rasulullah s.a.w bersabda: “Demi Tuhan yang diriku di TanganNya sesungguhnya diringankan penungguan itu atas orang mu’min sehingga adalah itu lebih mudah kepadanya dari solat fardu yang dikerjakannya dalam dunia” .
Diriwayatkan dari Nabi s.a.w bahawa Allah Ta’ala mencipta sebuah kota dari cahaya di bawah arasyh besarnya sepuluh kali ganda dunia di dalamnya terdapat seribu pohon dari intan, yaqut, zabarjad, mutiara dan marjan. Apabila tiba hari kiamat maka daun-daun dari pohon-pohon itu menjadi mekar (kembang) kemudian kedengaran seruan dari sisi Tuhan Yang Amat Pemurah: “Di manakah orang-orang yang menunaikan sembahyang lima waktu berjemaah dan dia duduk dalam majlis ilmu, maka ambillah mereka kebawah naungan pohon-pohon ini”. Maka mereka pun datang lalu duduk di bawah pohon-pohon tersebut. Kemudian diletakkan di hadapan mereka sebuah meja makan yang diperbuat dari cahaya, kemudian dihidangkan di atasnya makanan-makanan amat lazat yang disukai oleh diri-diri mereka dan lazat pada pandangan mata mereka. Lalu dikatakan kepada mereka: “Makanlah makanan itu semuanya” .
Dari Anas bin Malik ra, dari Nabis saw, baginda bersabda: “Hendakkah aku beritahukan kepada kamu, orang yang paling utama dari ummatku pada hari kiamat? jawab para sahabat: “Ya! Kami ingin mengetahuinya ya Rasulullah.
Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang membaca al-Quran. Apabila tiba hari kiamat, maka Allah Azza Wa Jalla berfirman: “Wahai Jibril, serukanlah di Mahsyar, “Ketahuilah, sesiapa yang didunia dahulu membaca al-Quraan maka berdirilah. Jibril berseru dua tiga kali, maka mereka pun berdirilah berbaris-baris di hadapan Allah Yang Maha Pengasih, tanpa ada seorang pun dari mereka yang berbicara, sehingga berdirilah Nabi Allah Daud as. Maka Allah berfirman: “Bacalah olehmu sekelian dan tinggikan suaramu”.
Masing-masing dari mereka lalu membaca apa yang diilhamkan Allah Ta’ala kepadanya dari firmanNya. Maka, tiap-tiap orang yang membaca diangkat darjatnya, masing-masing mendapat darjat sesuai dengan keindahan suaranya, lagunya, khusyu’nya, pemikiran dan pengamatannya. Kemudian Allah Ta’ala berfirman: “Hai keluargaku, adakah kamu mengenali orang-orang yang telah berbuat baik kepadamu semasa di dunia?
Jawab mereka: “Ya, kami ada mengenali mereka.
Allah Ta’ala berfirman: “Pergilah kamu sekelian ke Mahsyar, sesiapa sahaja yang kamu kenal dia boleh masuk syorga bersama kamu”.
Sifat Peluh
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dibangkitkan manusia dengan tidak beralas kaki, telanjang dan tidak berkhitan. Mereka di tenggelami oleh peluh dan sampai ke daun telinga” .
Uqbah bin Amir berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Berdekatanlah matahari ke bumi pada hari kiamat. Lalu berpeluhlah manusia. Sebahagian manusia ialah orang yang sampai peluhnya ke tumitnya. Sebahagaian mereka ialah orang yang sampai peluhnya setengah betisnya. Sebahagian mereka ialah orang yang sampai peluhnya ke pahanya. Sebahagian mereka ialah orang yang sampai peluhnya ke rusuknya. Sebahagian mereka ialah orang yang sampai peluhnya ke mulutnya. Dan Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan tangannya. Lalu Baginda pukulkan tangannya ke mulutnya. Sebahagian mereka ialah orang yang ditenggelami oleh peluhnya. Dan Nabi s.a.w memukul dengan tangannya ke atas kepalanya demikian” .


Melalui Neraka
Firman Allah dalam surah Maryam ayat 71-72 yang bermaksud: “Dan tiada seorangpun di antara kamu yang tidak masuk (mendatanginya) ke dalamnya (neraka), itulah keputusan Tuhan yang tidak dapat dihindarkan. Akhirnya Kami lepaskan orang-orang yang bertaqwa dan kami biarkan orang-orang yang bersalah berlutut di dalamnya”.
Kata Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’: “Maka anda itu termasuk orang yang datang (ke neraka) dengan yakin dan termasuk orang yang lepas dengan ragu. Maka tanamkanlah rasa dalam hati anda akan huru-haranya tempat kedatangan itu. Semoga anda menyiapkan diri untuk kelepasan darinya .

Titian Sirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Diletakkan titian itu di antara dua tepi neraka Jahannam, maka adalah aku orang pertama yang melaluinya dengan umatku dari kalangan Rasul-Rasul. Dan tiada yang berkata-kata pada hari itu selain Rasul-Rasul. Dan doa Rasul-Rasul pada hari itu ialah: “Ya Allah! Ya Tuhan!, selamatkanlah! Ya Allah! Ya Tuhan! selamatkanlah!”. Dan pada neraka Jahannam itu ada besi-besi runcing seperti duri “Sa’dan”. Tanya Rasulullah s.a.w: “Adakah pernah kamu lihat duri “Sa’dan”?. Mereka menjawab: “Ada wahai Rasulullah”. Rasulullah s.a.w menyambung sabdanya: “Bahawa besi runcing itu seperti duri “Sa’dan”, kecuali tiada yang mengetahui kadar besarnya selain Allah Ta’ala. Ia menyambar manusia disebabkan amalan mereka. Maka sebahagian mereka itu ada yang dibatalkan amalannya. Dan sebahagian dari mereka itu dipotong-potong dagingnya. Kemudian ia lepas ”.
Abu Said al-Khudri berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Manusia melalui di atas titi Jahannam. Dan di atas titian itu pohon duri, besi runcing dan bengkok yang menyambar manusia kanan dan kiri. Pada dua tepinya itu para malaikat berdoa: “Ya Allah! Ya Tuhan! Selamatkanlah, Ya Allah! Ya Tuhan! Selamatkanlah...
Ibnu Masud meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w, sampai ia menyebutkan waktu sujudnya orang-orang yang beriman di mana Nabi s.a.w bersabda: “Kemudian, Allah berfirman kepada orang-orang yang beriman: “Angkatlah kepala kamu! Maka mereka itu mengangkatkan kepalanya, maka DIA memberikan kepada mereka “NUR” (cahaya) sekadar amalan mereka. Sebahagian mereka ada yang diberikan cahaya seperti gunung yang besar yang ia berjalan dihadapannya. Sebahagian mereka ada orang yang diberikan cahaya lebih kecil dari yang demikian. Sebahagian ada orang yang diberikan cahaya sebesar pohon kurma. Dan sebahagian mereka ada orang yang diberikan cahayanya yang lebih kecil dari yang demikian. Sehingga adalah yang penghabisan dari mereka itu, seorang laki-laki yang diberikan cahaya dia atas ibu jari tapak kakinya, lalu ia menyinarkan sekali dan menggelap sekali. Maka apabila ia menyinar nescaya ia menggerakkan tapak kakinya lalu ia berjalan. Dan apabila ia menggelapkan nescaya ia berhenti, berdiri. Kemudian Nabi s.a.w menyebutkan lalunya mereka diatas titian di atas kadar cahaya mereka. Maka sebahagian mereka ada yang lalu seperti cepatnya mata memandang. Sebahagian mereka ada yang lalu seperti cepatnya kilat. Sebahagian mereka ada yang lalu seperti awan. Sebahagian mereka ada yang lalu cepatnya seperti susutnya bulan. Sebahagian mereka ada yang lalunya seperti larinya kuda. Dan sebahagian mereka ada yang lalu seperti larinya seorang laki-laki. Sehingga lalulah orang yang diberikan cahayanya di atas ibu jari tapak kakinya, yang merangkak diatas mukanya, kedua tangannya dan kedua kakinya. Yang ditarik daripadanya oleh sebelah tangan dan bergantung tangan yang lain. Bergantung sebelah kaki dan ditarik oleh kaki yang lain. Dan semua bahagian badannya terkena api neraka. Maka Nabi s.a.w bersabda: “Maka senantiasalah yang seperti demikian sehingga ia terlepas. Apabila ia terlepas ia berdiri kemudian mengucapkan: “Segala puji bagi Allah, Allah telah memberikan kepadaku, apa yang tidak diberikanNya kepada seseorang. Kerana DIA melepaskan aku daripadanya sesudah aku telah melihatnya. Maka orang itu pergi ke anak sungai di pintu Syorga lalu dia mandi” .
Anas bin Malik berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Titian itu seperti tajamnya pedang atau seperti tajamnya rambut. Dan para malaikat itu melepaskan orang-orang yang BERIMAN yang laki-laki dan yang wanita. Dan Jibril a.s yang akan memegang tempat mengikat tali celanaku, dan aku berdoa: “Wahai Tuhan!selamatkanlah! selamatkanlah! Maka orang-orang yang tergelincir baik laki-laki mahupun perempuan pada hari itu banyak” .
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencipta sebuah jambatan yang disebut sirath, berada di atas pertengahan neraka Jahannam. Jambatan ini amat licin dan sangat menggelincirkan. Sepanjang jambatan itu terdapat tujuh gedung pos (perhentian/persinggahan imigresen)yang jauhnya setiap satu pos adalah sepanjang jarak perjalanan tiga ribu tahun. Seribu tahun berhaluan naik menjulang. Seribu tahun lagi mendatar dan seribu tahun lagi menurun. Jambatan ini lebih kecil daripada rambut, dan lebih tajam daripada pedang, dan lebih gelap daripada malam. Setiap pos mempunyai tujuh cabang yang panjangnya sebagaimana tombak panjang yang tajam ujungnya. Para hamba akan berhenti duduk pada setiap pos dan ditanya tentang apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Maka untuk pertama kali, dihisab mengenai iman. Kalau imannya selamat, bersih dari kekufuran dan hati riya’, maka si hamba boleh tetap pada pos, tapi kalau tidak selamat, maka ia dijatuhkan ke dalam neraka. Dalam pemberhentian yang kedua ditanya mengenai shalat, ketiga mengenai zakat, keempat mengenai puasa, kelima mengenai haji dan umrah, keenam mengenai soal wudhu’, mandi dan janabah, dan ketujuh tentang perkara birrul walidaini (Berbuat baik) kepada orang tua, perhubungannya dengan sanak saudara, dan tentang berbagai penganiayaan. Kalau terlepas dari persoalan itu maka seseorang itu boleh berada pada pos (persinggahan), tapi kalau tidak maka ia dijatuhkan ke dalam neraka”. Imam Wahab berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w berdoa: Wahai Tuhan, selamatkan, Selamatkanlah, umatku.
Semua makhluk akan naik jambatan, sehingga bertumpang tindih di antara mereka, dan jambatannya bergerak sebagaimana perahu yang terapung di laut dalam keadaan seperti angin taufan. Maka berlalu untuk golongan pertama dengan cepat seperti kilat yang sedang menyambar, golongan kedua seperti angin yang bertiup, golongan ketiga seperti cepatnya burung terbang, golongan keempat seperti larinya kuda yang baik, golongan kelima cepatnya seperti seorang lelaki yang berlari, golongan keenam seperti orang berjalan kaki, golongan ketujuh sekadar kurang lebih sehari semalam dan sebahagian mereka ada yang berjalan kurang lebih sebulan, dan sebahagian berjalan selama setahun, dua tahun dan tiga tahun, sehingga ada yang menempuh masa yang lebih lama, iaitu ada orang yang melalui jambatan selama dua puluh lima ribu tahun, dari tahun dunia .
Ada diriwayatkan bahawa sebahagian manusia ada yang melalui jambatan itu sedangkan berbagai api berada di bawah tapak kakinya, di atas kepalanya, di kanan kirinnya, dan berada di depan dan di belakangnya. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “ Dan tidaklah dari kamu sekelian kecuali akan melalui neraka Jahannam. Hal itu adalah merupakan kepastian yang telah diputuskan oleh Tuhanmu. Kemudian Kami menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim menjadi bangkai dalam neraka”. Api neraka itu menjilat pada tubuh-tubuh orang zalim dan kulit-kulitnya serta daging-daging mereka, sehingga mereka melaluinya dan menjadi seperti orang yang sangat hitam kecuali orang yang bisa selamat daripadanya. Sebahagian manusia ada yang melaluinya dengan tanpa takut sedikitpun dari gangguan jilatannya dan tidak terkena sama sekali jilatan apinya, sehingga ketika berlalu diatasnya ia berkata: Di manakah jabatan? Maka dikatakan kepadanya: Engkau telah melaluinya tanpa kesukaran kerana rahmat Allah S.W.T .
Terdapat cerita dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bahawa apabila datang hari kiamat, maka datanglah suatu umat, lalu ketika umat itu naik jambatan Nabi s.a.w berpaling kepada mereka kemudian Baginda s.a.w bertanya: “Siapakah kamu semua”? Mereka menjawab: “Kami adalah umatmu”. Maka Baginda s.a.w bertanya: “Adakah kamu semua berada atas syriatku iaitu mengamalkan syariat Rasulullah s.a.w (sebagaimana kita minta dalam al-fatihah) jawab mereka: “tidak”. Maka Baginda s.a.w tidak menghiraukan mereka dan Baginda s.a.w meninggalkan mereka, maka jatuhlah mereka ke dalam neraka Jahannam. Kemudian datang pula sekumpulan lain dari kalangan manusia , maka Baginda s.a.w bertanya: “Adakah kamu semua mengamalkan syariat Nabi kamu? Dan apakah kamu semua mengikuti jalannya (sirahnya)? Maka jikalau mereka menjawab dengan perkataan “Ya” maka mereka boleh melalui jambatan tersebut, tetapi jikalau mereka tidak mengatakan “Ya” maka mereka jatuh ke dalam neraka Jahannam, dan setelah mereka jatuh ke dalam neraka Jahannam mereka berhajat kepada syafaat Nabi s.a.w .
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa datanglah sekumpulan dari kaum, mereka berhenti di tengah jambatan sambil berkata: “Siapakah yang akan menyelamatkan kita dari neraka?”. Mereka tidak mampu bergerak untuk melaluinya, maka mereka sama-sama menangis. Lalu malaikat Jibril datang bertanya kepada mereka: “ Apakah yang menghalang kamu semua dari melalui jambatan?” Mereka menjawab: “Kami takut jatuh ke dalam neraka”. Maka Jibril bertanya: “Kamu semua semasa berada di dunia ketika menghadapi lautan yang dalam bagaimanakah caranya kamu semua dapat menyeberanginya?” Mereka menjawab: “Dengan menggunakan perahu”. Lalu malaikat Jibril mendatangkan masjid-masjid yang pernah mereka hadiri untuk bersembahyang. Sebagaimana keadaannya perahu maka mereka sama-sama duduk didalamnya, dan membawa mereka menyeberangi jambatan. Maka dikatakan kepada mereka: “Inilah masjid-masjid kamu yang kamu semua dulunya bersembahyang jama’ah di dalamnya” .
Dalam sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah S.W.T pada hari kiamat nanti akan menggiring masjid-masjid dunia sebagaimana unta yang kaki-kakinya terbuat dari intan, lehernya dari za’faran kepalanya dari kasturi yang harum, punggungnya dari zabarjad yang hijau. Yang naik unta itu adalah para ahli jamaah, sedang yang menuntunnya adalah tukang-tukang azan dan yang menggiringnya adalah para Imam-Imamnya. Lalu sama-sama berjalan melalui halaman kiamat. Lalu diundangkan: “Wahai para makhluk yang berada di halaman kiamat! mereka ini bukan golongan dari para malaikat yang dekat dan bukan para Nabi yang diutus, tapi mereka adalah dari umat Muhammad yang sentaiasa menjaga solatnya dengan berjamaah” .
Kata Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’nya: “Maka inilah huru-hara “Sirath” dan malapetaka-malapetaka besarnya. Maka panjangkanlah fikiran anda padanya. Sesungguhnya manusia yang lebih selamat dari huru-hara hari kiamat ialah orang yang memanjangkan fikirannya tentang huru-hara tersebut semasa dia berada di dunia ini. (INGATLAH) BAHAWA ALLAH TIDAK MENGUMPULKAN DIA ANTARA DUA TAKUT ATAS SEORANG HAMBA. Maka siapa yang takut akan huru-hara ini di dunia nescaya ia aman dari huru-hara itu di akhirat. Tidak aku maksudkan dengan takut itu ialah ketipisan hati, seperti tipisnya hati kaum wanita yang mencurahkan air mata anda dan melembutkan hati anda ketika mendengarnya, kemudian anda melupakannya dalam waktu yang singkat. Dan anda kembali kepada senda gurau dan permainan anda. Maka bukan begini yang dimaksudkan dengan ketakutan. Tetapi orang yang takut terhadap sesuatu nescaya ia akan melarikan diri darinya. Dan sesiapa yang mengharapkan sesuatu nescaya ia akan mencarinya. Maka ketahuilah bahawa tiada yang dapat melepaskan anda dari sirath dan neraka melainkan dengan perasaan takut padanya didunia ini, dan perasaan takut ini akan mencegah anda dari melakukan perbuatan-perbuatan maksiat kepada Allah Ta’ala dan ketakutan inilah yang menggerakkan anda untuk menta’atinya. Yang lebih teruk dari ini ialah ketaatan orang-orang bodoh iaitu apabila mereka mendengar huru-hara nescaya lidah dia terus mengucapkan memohon perlindungan Allah. Lalu salah seorang mereka mengucapkan: “Aku minta tolong pada Allah. Kami berlindung dengan Allah. Ya Allah! Ya Tuhan! Selamatkanlah!selamatkanlah! dan mereka bersama yang demikian (tetapi) berkekalan di atas kemaksiatan-kemaksiatan yang menjadi sebab kebinasaannya. Maka setan itu tertawa dari permohonan mereka, memohon perlindungan Allah itu sebagaimana ia tertawa kepada orang yang ditujukan oleh binatang buas di padang pasir dan dibelakannya ada benteng. Maka apabila ia melihat gigi binatang buas itu dan runcingnya dari jauh lalu ia mengucapkan dengan lidahnya: Aku berlindung dengan benteng yang kokoh ini. Dan aku meminta pertolongan dengan kekokohan bangunannya dan keteguhan sendi-sendinya”. Ia mengucapkan yang demikian dengan lidahnya dan ia tetap duduk pada tempatnya. Seakan-akan yang demikian itu melepaskannya dari binatang buas! Seperti demikian juga huru-hara akhirat. Tiada baginya benteng selain daripada ucapan “LA ILAHA ILLA ALLAH” dengan benar. Dan erti benarnya ialah: bahawa tiada baginya yang dimaksudkan selain Allah Ta’ala dan tiada yang disembah selain DIA. Dan sesiapa mengambil tuhannya hawa nafsunya maka dia itu jauh dari kebenaran tentang ketauhidannya dan hal itu membahayakan pada dirinya.
Jikalau anda lemah dari yang demikian itu semuanya maka hendaklah anda mencintai Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh mengagungkan SUNNAHnya, rindu menjaga hati orang-orang soleh dari ummatnya dan mengambil barokah dengan doa-doa mereka. Maka semoga kiranya anda memperoleh syafaat Nabi s.a.w atau syafaat orang-orang alim. Lalu anda terlepas dengan syafaat itu walaupun anda hanya membawa sedikit bekalan” .

No comments:

Post a Comment